PPKomp 2025
2.06K subscribers
58 photos
4 files
72 links
Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2025

www.ppkomp.com.my
Download Telegram
PPKomp 2025
Photo
Teruskan praktis coding!!

Masuk pertandingan PPKomp ni kita tak akan rugi apa-apa.
Antara dua, sama ada kita menang pertandingan, atau kita dapat belajar benda baru.
Jika tak praktis, kita akan rugi, satu apa benda pun kita tak dapat.

Link soalan tahun-tahun lepas untuk praktis:
www.ppkomp.com.my/latihan.htm

Jika tersangkut kat mana-mana soalan, boleh tengok contoh penyelesaian yang ada dalam YouTube.
Search keyword "PPKomp" dalam YouTube untuk lihat video yang telah dikongsi.
Google kalau tak faham. Banyak artikel yang bagus terutamanya yang ada dalam w3school atau StackOverflow.
PPKomp 2025
Photo
Assalamualaikum dan selamat petang..

Link soalan PPKomp 2022 telah dihantar melalui email masing-masing.
Sila baca peraturan-peraturan pada email dan pada landing page HackerRank dengan teliti supaya keputusan peserta tidak dibatalkan.

Link soalan PPKomp 2022 dihantar melalui senarai email seperti dalam borang pendaftaran kumpulan masing-masing.
Jika peserta tidak mendapat email, ada kemungkinan nama peserta tidak didaftarkan dalam kumpulan.

========
Peserta yang ingin menjawab lebih daripada satu set soalan, sila alert dengan nama soalan.

Soalan dengan nama yang hampir sama merupakan soalan yang berbeza.

Sebagai contoh, soalan dalam kedua-dua set di bawah merupakan soalan yang sama kerana namanya sama.
Set A: Kuiz (2)
Set B: Kuiz (2)

Soalan dalam kedua-dua set di bawah pula merupakan soalan yang berbeza walaupun nama soalan hampir sama.
Set A: Kambing (2A)
Set B: Kambing (2B)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di bawah ini disertakan link bagi mengakses Pertandingan Pengaturcaraan Komputer (PPKomp) 2022 untuk tindakan semua.

Terdapat 3 set soalan iaitu set A, B, dan C. Setiap set soalan didatangkan dalam dua mod bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sila pilih salah SATU medium bahasa sahaja untuk memulakan sesi pertandingan kerana kedua-dua medium bahasa dalam setiap set mempunyai set soalan yang sama. Jika peserta menghantar penyelesaian dalam kedua-dua mod bahasa, markah paling rendah akan diambilkira sebagai denda.

Set soalan A adalah lebih mudah berbanding set soalan C. Namun begitu, jumlah markah maksimum set soalan A lebih rendah berbanding set soalan C. Murid sekolah rendah digalakkan untuk memilih set soalan A dan pelajar universiti digalakkan untuk memilih set soalan C. Walaubagaimanapun, setiap peserta bebas memilih untuk menjawab mana-mana set soalan bergantung kepada kemahiran masing-masing.

Oleh kerana tempoh pertandingan hanya 2 jam, peserta dinasihatkan untuk fokus pada SATU set soalan sahaja (sama ada A, B, atau C). Walaubagaimanapun, jika peserta mengambil keputusan untuk cuba menjawab lebih daripada satu set soalan, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set soalan diambil sebagai markah akhir peserta. Sebagai contoh, jika Yusuf mendapat: set A = 70 markah, set B = 100 markah, set C = 90 markah, markah tertinggi daripada ketiga-tiga set iaitu 100 akan diambil sebagai markah akhir Yusuf.

Selamat membuat kod arahan :)

Kongsi detik-detik PPKomp anda:
1. Kongsi detik-detik PPKomp dalam bentuk gambar atau video.
2. Post & tag @PPKomp di Facebook atau Instagram.
3. Letak hashtag #PPKomp2022 #PPKomp pada post supaya kami dapat menemui post tersebut.

------------

Assalamualaikum and good day everyone..

Below are links to access PPKomp 2022 coding competition for your action.
There are 3 problem sets available which are A, B, and C. Each set of problems are available in both Bahasa Melayu and English respectively. Choose only ONE language medium to start the competition as both languages in each set contains the same set of questions. If you submit your solution(s) in both languages, the lowest mark will be taken as a penalty.

Problems in set A is simpler compared to C. However, total marks for set A is lower than C. You are encouraged to choose set A if you are a primary student and a university student is encouraged to choose set C. But then, you can choose to solve any problem set depending on your respective skills.

As duration of this competition is 2 hours, we are advising you to focus on only ONE problem set (either A, B or C). However, if you are deciding to try and solves more than one problem sets, the highest score will be taken as your final score. For example, if Yusuf scored 70 in A, 100 in B and 90 in C, the highest mark which is 100 will be taken as Yusuf’s final score.

Happy coding :)

Share your PPKomp moments:
1. Share your PPKomp moments in photo or video.
2. Post & tag @PPKomp at Facebook or Instagram.
3. Put hashtag #PPKomp2022 #PPKomp on the post so that we can find you.

---------

1. Bahasa Melayu:
Set soalan A (jumlah markah maksimum = 80) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-a
Set soalan B (jumlah markah maksimum = 110) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-b
Set soalan C (jumlah markah maksimum = 130) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-c

2. English:
Problemset A (max total score = 80) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-a-en
Problemset B (max total score = 110) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-b-en
Problemset C (max total score = 130) - www.hackerrank.com/2022ppkomp-c-en
🏅Keputusan tidak rasmi PPKomp 2022🏅
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan tidak rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2022 telah dikeluarkan dalam website www.ppkomp.com.my di menu Keputusan.

Sila semak ejaan nama dan markah peserta, jika ada pembetulan nama atau markah sila maklumkan kepada pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Pembetulan nama/markah yang lewat tidak akan diterima.

Bantahan terhadap keputusan juga telah dibuka.
Jika ada peserta atau pengurus kumpulan mengesyaki terdapat mana-mana peserta daripada mana-mana kumpulan (sama ada kumpulan lain atau kumpulan sendiri) menipu dalam pertandingan, pengurus kumpulan boleh mengemukakan aduan/bantahan.
Sila salurkan bantahan melalui pengurus kumpulan masing-masing dengan SEGERA.
Kami akan menyemak jawapan setiap individu yang disyaki.
Jika didapati ada unsur-unsur menipu, keputusan peserta/kumpulan yang terlibat (yang meniru dan yang memberi tiru) akan dibatalkan.
Bantahan lewat tidak akan diterima.

Sijil penyertaan dan sijil pemenang dalam bentuk softcopy dikeluarkan selewat-lewatnya pada 12/09/22.
Minta maaf di atas kelewatan kami.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan bermula 17/09/22.
Mana-mana peserta yang inginkan salinan sijil tambahan, bayaran RM5 untuk setiap keping sijil akan dikenakan.
Sila sertakan bukti pembayaran untuk salinan sijil tambahan melalui pengurus kumpulan masing-masing.

Terima kasih.

Bantahan keputusan dan pembetulan nama/markah akan ditutup pada 09/09/22.

Bantahan dan pembetulan nama/markah selepas 09/09/22 tidak akan diterima.
Pertandingan coding untuk pelajar kolej/universiti dan pelajar yang baru tamat belajar di kolej/universiti.

https://www.ridebeam.com/code-stars
🏅Keputusan rasmi PPKomp 2022🏅
==============================
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keputusan rasmi Pertandingan Pengaturcaraan Komputer 2022 telah dikeluarkan di website www.ppkomp.com.my pada menu Keputusan.

Tahniah kepada semua pemenang.
Kepada yang tidak berjaya, tahun depan kita cuba lagi 💪.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPKomp 2022 terutamanya pengurus-pengurus kumpulan dan semua peserta.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Normaziah Abdul Aziz, pengerusi ICPC IIUM di atas segala cadangan, nasihat, dan bantuan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada Dr. Marini Abubakar, Cikgu Shuhaimi bin Mohamad dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan PPKomp 2022.

Diharapkan pertandingan ini dapat menambah minat semua peserta untuk belajar pengaturcaraan dengan lebih mendalam.
Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah.

Terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Semua peserta dan pengurus kumpulan boleh dapatkan e-Sijil masing-masing menggunakan link di bawah.
e-Sijil pada tahun ni dibuat dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Inggeris.

Sijil fizikal akan dipos kepada pengurus kumpulan masing-masing pada tarikh yang akan kami maklumkan kemudian.

1. Link untuk dapatkan e-sijil peserta (untuk peserta yang bertanding sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/peserta/030918-16-0049.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/en-peserta/030918-16-0049.pdf

2. Link untuk dapatkan e-sijil pengurus kumpulan (untuk pengurus kumpulan sahaja):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/pengurus/000531-10-0036.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/en-pengurus/000531-10-0036.pdf

3. Link untuk dapatkan e-sijil individu terbaik (untuk peserta ranking tempat pertama hingga tempat ke-5 setiap kategori):
BM - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/individu-terbaik/030918-16-0049.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/en-individu-terbaik/030918-16-0049.pdf

4. e-sijil kumpulan terbaik (untuk 3 kumpulan terbaik setiap kategori sahaja) akan dihantar kepada pengurus kumpulan melalui Telegram.
Diminta pengurus kumpulan kongsi sijil kumpulan terbaik dengan peserta terlibat.

*Nombor pada hujung link tu kena tukar dengan nombor kad pengenalan (termasuk tanda sempang dan kena tambah extension .pdf)

**Peserta luar negara kena tukar nombor kad pengenalan kepada username HackerRank.
BM - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/peserta/hkhehmad.pdf

EN - https://www.ppkomp.com.my/2022/e-sijil/en-peserta/hkhehmad.pdf
MCC 2022 Registration Is Open!

Hi all,

The registration for Malaysian Computing Challenge (MCC) 2022 is open! Please read https://ioimalaysia.org/competition/mcc/2022/ for more information such as how to participate. The registration deadline is 15 October 2022 (Sat). If you have any questions, feel free to email mcc@ioimalaysia.org.

The MCC (Malaysian Computing Challenge) is an annual online competition designed to evaluate participants’ computational thinking abilities, and the first step in Malaysia's International Olympiad in Informatics (IOI) team selection process. Knowledge of programming is recommended but not required.

Best,
Jun Xing
Malaysia Informatics and Programming Society
Register Now
Questions? Email us at mcc@ioimalaysia.org
Forwarded from Khairunizam Ab Rahman
PPKomp 2025
Photo
Webinar Jom Skor A Sains Komputer.
=====
👆sesuai untuk peserta yang dapat 0 markah dalam pertandingan PPKomp.
Pelajar yang menang medal tak sesuai join webinar ni.
Webinar kali ni gunakan bahasa Python.
Jika ada sebarang soalan, boleh tanya soalan secara live dengan taip soalan pada bahagian komen.

Topik: Python
Penceramah: Khairunizam bin Ab Rahman
Anjuran: Unit Matematik, BPM MARA
Tarikh: 14/10/22 (Jumaat)
Masa: 08:30 - 10:30 malam

Semua pelajar dan guru-guru yang berkelapangan dijemput untuk sama-sama mendalami kemahiran pengaturcaraan Python. Kali ini siri "webinar Jom Skor A - Sains Komputer" membawakan anda secara live tentang cara bagaimana untuk menjawab soalan pengaturcaraan Python menggunakan Sistem HackerRank.
Layari YouTube channel Unit Matematik BPM bermula jam 8.30 malam pada 14 Oktober 2022.

Link:
https://www.youtube.com/watch?v=7azbLQRK3eo
Forwarded from Fatihah Education Consultants
Kelas intensif coding.
======
Tumpang iklan admin..

Kelas intensif 3 hari pengaturcaraan komputer semasa cuti sekolah terutamanya untuk pelajar SBP/MRSM/SMKA.

Sasaran: pelajar 10 - 15 tahun
Topik: Pengaturcaraan Python
Platform: Zoom (secara online)
Yuran: RM220
Tarikh: 28/02, 01/03, 02/03

Masa:
09:00 pagi - 10:30 pagi
rehat
11:00 pagi - 12:30 tengahari
rehat
02:00 petang - 03:30 petang
rehat
04:00 petang - 05:00 petang

--------------------------------
Jika berminat sila join WhatsApp group dengan klik link di bawah:
https://chat.whatsapp.com/Bv5PKLot47jKfM89imHe4W

Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan dalam WhatsApp group tersebut.

Tolong sebarkan kepada pelajar yang berminat.
Terima kasih.
Channel name was changed to «PPKomp 2023»
========== PPKomp 2023 ==========
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Program PPKomp 2023 telah ditolak oleh pihak BSKK, KPM kerana ada yuran pertandingan (melibatkan implikasi kewangan ke atas pelajar sekolah). Jadi semua pelajar sekolah yang akan menyertai PPKomp 2023 tidak dapat markah PAJSK.

Walaupun program ini ditolak KPM, PPKomp 2023 akan berjalan seperti biasa.
Pelajar sekolah masih boleh sertai PPKomp 2023 seperti biasa, dapat sijil penyertaan, tapi tak dapat markah PAJSK.
Forwarded from Fatihah Education Consultants
Peraturan tambahan PPKomp 2023
=============================
Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan AI chatbots, seperti ChatGPT atau mana-mana perisian yang serupa, semasa pertandingan berlangsung.