PPGB2.0
45.7K subscribers
1.18K photos
39 videos
171 files
542 links
Channel ini menyediakan bahanΒ² berkaitan PPGB2.0 untuk guru baru dan dokumenΒ² berkaitan perkhidmatan sebagai guru πŸ˜‰
Download Telegram
Memandangkan ramai dalam kalangan rakan-rakan dan junior yang dm/reply story saya kelmarin bertanyakan tentang cara membuat permohonan. Oleh itu, saya kongsikan syarat dan cara seperti di bawah.

Tujuan saya berkongsi disebabkan saya sendiri mengalami kesukaran untuk dapatkan maklumat dan bimbingan. Mujur ada seorang sahabat yang sudi membantu dalam memudahkan proses permohonan.

PERMOHONAN GAJI IJAZAH SARJANA (MASTER)/PHD

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41

(Kategori: permohonan tanpa pengalaman)
πŸ‘4❀2
Bagi melayakkan seseorang guru itu layak membuat permohonan adalah tertakluk pada syarat yang telah ditetapkan oleh SPP:

1. Layak bagi PPP posting kali pertama sahaja

(Nota: terpakai pada permohonan tanpa pengalaman. Namun bagi permohonan dengan pengalaman boleh rujuk semula dengan pihak SPP)

2. Ijazah Sarjana mesti diperoleh sebelum lapor diri

(Nota: Tarikh skrol adalah SEBELUM tarikh lapor diri.

Situasi saya, surat tawaran terima lebih awal sebelum tamat master tetapi lapor diri setelah skrol dikeluarkan oleh senat. Tempoh 4 bulan lepas dapat surat tawaran dari tarikh lapor diri πŸ˜‚)

3. Bidang master mempunyai akreditasi MQA/MQR

(Nota: tidak semua bidang pengajian master di universiti mempunyai akreditasi MQA/MQR. Rakan-rakan boleh semak akreditasi bidang pengajian di website https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

4. Bidang master perlu berkaitan dengan tagging/opsyen guru mengajar di sekolah.

(Nota: sekiranya tagging guru pada surat penempatan atau di sekolah adalah Bahasa Cina, manakala mempunyai master dalam bidang Bahasa Melayu. Pihak SPP maklumkan permohonan seperti kes berikut adalah DITOLAK. Sekiranya terdapat situasi terpencil, pihak SPP maklumkan bahawa panel penilai terdiri daripada pihak pembangun kurikulum dan akan dinilai melalui tranksrip yang disertakan bersama permohonan guru)

5. Permohonan hanya diterima dalam tempoh masa 3 tahun selepas guru melapor diri.

DOKUMEN DIPERLUKAN:

1. Surat Permohonan

2. Salinan Skrol

3. Salinan Transkrip

4. Salinan MQA/MQR

5. Surat Tawaran PPPDG41

6. Surat penempatan JPN

7. Surat Pengesahan Pelantikan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Sediakan Surat Permohonan semakan semula gaji kepada Pengetua sekolah

2. Dapatkan cop dan sign Pengetua sekolah

3. Serahkan kepada AKP bertugas surat dan dokumen yang diperlukan

4. Pihak sekolah bertanggungjawab uruskan permohonan seperti surat permohonan kepada SPP dan juga penghantaran kesemua dokumen guru.

(Nota: bagi situasi pihak sekolah/AKP yang meminta guru uruskan secara sendiri. Pihak SPP sedia maklumkan bahawa permohonan hanya diterima melalui pihak sekolah. Sekiranya terdapat kes terpencil, guru boleh berhubung semula dengan pihak SPP untuk maklumat lanjut)

Nota: Tempoh pemprosesan permohonan adalah dari 2 bulan hingga 12 bulan. Boleh rujuk pada tarikh dalam gambar di bawah.

Rakan-rakan boleh rujuk Skim Perkhidmatan PPP mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 berkenaan jumlah gaji peringkat Ijazah Sarjana dan PhD.

Disclaimer: perkongsian diatas berdasarkan temu bual dan pengalaman saya sendiri sepanjang proses permohonan bersama pihak SPP.

SEMOGA BERMANFAAT

Kredit: Syafiq Nasir.

Follow @ppgb2
Template Portfolio PPGB2.0 PM @MahMj86
πŸ‘6❀2
BAYARAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA.pdf
877.4 KB
Prosedur Kerja - BAYARAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN MELAPOR DIRI KALI PERTAMA

Guru-guru yang dilantik kali pertama layak membuat tuntutan perjalanan melapor diri 1 kali sahaja sepanjang perkhidmatan... ✌️🏻☺️
πŸ‘3
Borang Tuntutan Perjalanan TnT.xlsx
28.1 KB
Isi borang ni dan hantar pada kerani kewangan sekolah
BORANG PERMOHONAN UNTUK BERTUGAS DI LUAR IBU PEJABAT.docx
13.1 KB
Isi sekali borang kebenaran menggunakan kenderaan sendiri...
Sertakan sekali lampiran

1) surat panggilan lapor diri ke JPN/PPD (jika ada)
2) surat penempatan dari JPN
3) surat tawaran SPP
se_18022022.pdf
4.7 MB
Penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta Yang Melebihi 15 Hari Bagi Rawatan Pesakit Luar Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.


Info dari

t.me/ppgb2
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Kuat kuasa 1 Januari 2022)
WP 1.4 14012022 (1).pdf
339.6 KB
Pekeliling Elaun & Kemudahan
❀1
Template PowerPoint PPGB2.0 beserta senarai semak dan dokumen lampiran (Versi 1 Mac 2022)

New!!!!!

* 3 Pilihan Cover
* Tulang Tepi
* LENGKAP Bab 1 - Peranan & Tanggungjawab

Pengeras : Ayam Golek + Pulut Kuning πŸ˜†

(Harga tidak diletakkan, terpulang atas kesudian dan kemampuan untuk memberi saguhati πŸ˜‰)

Jika berminat boleh PM @MahMj86
πŸ‘2
3 Pilihan Cover ✌️🏻☺️
Tahniah Guru Baharu yg melapor diri pada 1 Mac 2022... Jom dapatkan Template PPGB2.0. Lambat cepat kena buat jugak nanti... ✌️🏻☺️
πŸ‘1
FAQ Berkaitan Pelaksanaan PPGB2.0 πŸ‘†πŸ»
Antara soalan yang selalu ditanya

1. Adakah semua guru baharu perlu menyediakan ppgb tersebut?

2. Bagaimanakah cara penyediaan ppgb?

3. Adakah mentor akan diberi kepada setiap guru?

4. Adakah guru baharu perlu mencari mentor atau pihak sekolah yang akan tetapkan?

5. Bagi urusan ppgb, kepada siapa perlu kami rujuk?

Jawapan πŸ‘‡πŸ»

1. Perlu buat (kalau tak buat tidak dikenakan tatatertib, ada implikasi dari segi jika nk mohon sah jawatan, PGB boleh TIDAK mengesyorkan anda untuk disahkan jawatan)

2. Penyediaan fail/portfolio mengikut senarai semak seperti SPI ppgb2.0

3. Sepatutnya bila lapor diri Pengetua akan lantik guru mentor... Ada kes yg pengetua x tahu ttg ppgb2.0... Jd guru baharu kena mnta dgn pengetua...

4. Sepatutnya sekolah/pengetua, ambil langkah proaktif dgn minta sendiri guru mentor pada minggu pertama lapor diri

5. Rujuk mentor/pk1/pgb
πŸ‘2❀1
Contoh di atas, Pengetua tiba2 minta fail/portfolio PPGB2.0..

Sebenarnya byk lagi kes seperti di atas... Tiba2 Pegawai meja PPD / JPN bagi makluman nak dtg sekolah untuk buat pemantauan...

Jangan tunggu taklimat / sekolah... Ambil inisiatif sendiri minggu pertama dah mohon guru mentor dan sediakan portfolio ppgb2.0...

PM @MahMj86 untuk dapatkan Template PowerPoint PPGB2.0

Soalan berkaitan Template

1) Wajib guna template yg Sir Adi buat ke..?

2) Berapa harga template..?

Jawapan πŸ‘‡πŸ»

1) Tak wajib... Template PowerPoint PPGB2.0 yg disediakan oleh Sir Adi hanya untuk memudahkan proses penyediaan Portfolio PPGB2.0... Kalau nak buat sendiri A-Z pn tiada masalah... ✌️🏻

2) Harga..? Memahami keperluan guru baharu yg melapor diri, belum gaji dan sebagainya, harga template tidak ditetapkan... Terpulang kemampuan guru baharu untuk memberi sumbangan atas hasil usaha Sir Adi...

Apalagi... PM la cepattttttt....! ✌️🏻☺️
❀3πŸ‘1
Harini ada seorang cikgu baru lapor diri pm Sir Adi... Cikgu ni lewat lapor diri kena covid... Tiba2 GB mesej JPN nak dtg pantau... πŸ˜… Haru jgk kena mcm ni...

Mujur cikgu ni PM minta template PowerPoint PPGB2.0... Senang tinggal fill in je maklumat... Boleh edit...

Biasanya yg pm nk template, Sir terus bagi je fail template... Jgn risau la bab sumbangan tu... Terpulang atas kemampuan... Nak tunggu gaji pun takpe... Asalkan boleh mula buat portfolio ppgb2.0... βœŒοΈπŸ»πŸ˜‰

Dah lapor diri nanti kalau PGB belum lantik mentor, terus minta, jangan tunggu... Contoh surat ada dalam channel @ppgb2... Program ppgb2.0 ni mula dari tarikh lapor diri sehingga 1 tahun... Kalau tak siap portfolio baru extend...

Dah cukup 1 tahun,

PTM - settle
Isytihar Harta - settle
Evetting - settle
Portfolio PPGB2.0 - settle

Boleh la minta jasa baik GB / Pengetua untuk rekomen sah jawatan ✌️🏻

Ok... Nak template PM @MahMj86
Jangan segan jangan malu... 🀟🏻
πŸ‘5❀3