❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
856 photos
91 videos
9 files
482 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Yang berdekatan jom jumpa di sana ☝️☝️☝️
✳️✳️✳️✳️✳️✳️

ANAK BUAT PERANGAI?

🔥🔥🔥

Ada ketikanya anak buat perangai sebab dia tidak tahu meluahkan emosinya. Dia stres dengan kakak abang, kena marah dengan cikgu, kawan kenalan dia dalam whatsapp group dan bermacam sebab.

Ibu bapa tidak perlu gelabah, lakukan perkara berikut:-

✅ Dekati anak, pegang tangan dia, duduk sama aras dengan matanya, tengok tepat ke mata anak dan biarkan anak dapat rasakan bahawa kita memahami keadaannya.

✅ Tanya dengan nada yang mesra, apa sebenarnya yang telah berlaku? Biarkan dia cerita. Jadi pendengar yang baik untuknya.

✅ Tanya apa perasaannya, marah? Kecewa? Hampa? Geram? Ini melatih anak mengenal emosinya. Biar dia faham bahawa dia berhak untuk rasa begitu.

✅ Beritahu anak bahawa perasaannya itu tidak salah tetapi cara dia menyalurkan perasaannya itu yang salah seperti menengking, mengamuk, merengus, memukul dan seumpamanya.

✅ Tanya anak, apa yang dia belajar daripada semua ini? Latih dia mencari hikmah.

✅ Tanya anak, apa yang dia boleh buat dimasa akan datang agar tindakannya memberikan hasil yang positif untuk dirinya dan orang sekelilingnya.

✅ Puji anak dan yakinkan dia bahawa dia boleh berubah.

Kongsikan tip ini dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Jemput mereka untuk join Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi, cuma perlu klik https://t.me/powerparenting sahaja.

SALAM KASIH
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Parenting & Education Consultant
✳️✳️✳️✳️✳️✳️

ANAK BUAT PERANGAI?

🔥🔥🔥

Ada ketikanya anak buat perangai sebab dia tidak tahu meluahkan emosinya. Dia stres dengan kakak abang, kena marah dengan cikgu, kawan kenalan dia dalam whatsapp group dan bermacam sebab.

Ibu bapa tidak perlu gelabah, lakukan perkara berikut:-

✅ Dekati anak, pegang tangan dia, duduk sama aras dengan matanya, tengok tepat ke mata anak dan biarkan anak dapat rasakan bahawa kita memahami keadaannya.

✅ Tanya dengan nada yang mesra, apa sebenarnya yang telah berlaku? Biarkan dia cerita. Jadi pendengar yang baik untuknya.

✅ Tanya apa perasaannya, marah? Kecewa? Hampa? Geram? Ini melatih anak mengenal emosinya. Biar dia faham bahawa dia berhak untuk rasa begitu.

✅ Beritahu anak bahawa perasaannya itu tidak salah tetapi cara dia menyalurkan perasaannya itu yang salah seperti menengking, mengamuk, merengus, memukul dan seumpamanya.

✅ Tanya anak, apa yang dia belajar daripada semua ini? Latih dia mencari hikmah.

✅ Tanya anak, apa yang dia boleh buat dimasa akan datang agar tindakannya memberikan hasil yang positif untuk dirinya dan orang sekelilingnya.

✅ Puji anak dan yakinkan dia bahawa dia boleh berubah.

Kongsikan tip ini dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Jemput mereka untuk join Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi, cuma perlu klik https://t.me/powerparenting sahaja.

SALAM KASIH
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Parenting & Education Consultant
PETUA HARIAN

Apabila tangan anak kita atau kita sendiri terkena super glue atau sejenisnya, segera lakukan tip di bawah ini : 👇

✅ Siramlah tangan yang terkena super glue dengan garam, lalu celupkan ke dalam air, lihat hasilnya share ke teman atau saudara anda semoga bermanfaat.
Ayat pilihan hari ini ialah Surah Muhammad, 47:19
🔥🔥🔥 HOT TIPS: BAGAIMANA UNTUK MEMBUATKAN ANAK ANDA BERCAKAP 🔥🔥

Ramai ibu bapa mengadu anaknya tidak suka bercerita dan bercakap. Bercakap ni sebenarnya perlu dilatih. Kerapkali anak-anak tidak mahu bercakap sebab dia tidak tahu apa yang mahu dicakapkan.

Mulai sekarang usah bertanya pada anak soalan-soalan tertutup yang memerlukan dia menjawab pendek.

Contoh:

❎ “Adik kat sekolah ok?” Maka dia jawab, “Ok”
❎ “Adik kerja sekolah dah buat?” Maka dia jawab, “Sudah.”

Itu jer..

Untuk didik anak-anak yang bijak, ibu bapa mesti bertanyakan soalan yang TERBUKA bagi merangsang anak berfikir dan bercakap.

Contoh:

✅ “Ibu perasan adik nampak stres sejak kebelakangan ini, cuba ceritakan pada ibu, apa yang berlaku?”

✅ “Dah lama kakak tak bercerita tenrang kawan baik kakak, Alia tu, bagaimana persahabatan kakak dengan dia? Cuba kongsikan sedikit.”

✅ “Apa pandangan adik jika kita ambil kelas tuisyen untuk bantu subjek-subjek yang adik lemah?”

Soalan-soalan terbuka bertujuan untuk anak-anak bercakap lebih banyak dari kebiasaan.

Kongsikan tip ini dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Jemput mereka untuk join Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi, cuma perlu klik https://t.me/powerparenting sahaja.

SALAM KASIH
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Parenting & Education Consultant
Assalamu’alaikum semua followers Channel Telegram PowerParenting.

Tahukan anda, 3 perkara yang akan dibawa ke kubur nanti ialah amal jariah, ILMU yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Untuk MEMBANGUNKAN UMMAH, BERMULA DARI RUMAH. Itu tagline PowerParenting.

Untuk bermula dari rumah ibu bapa mesti ada ilmu Parenting.

Jadi kenapa tidak ajak orang terdekat, rakan taulan dan saudara mara untuk dapatkan ilmu parenting percuma dari saya ini.

Bukan susah sangat, berikan link di bawah kepada mereka.

Jom sasarkan 1 Follower bawa 1 sahabat ke sini.

👇👇👇

Channel Telegram Power Parenting yang dikendalikan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi telah pun aktif sejak beberapa tahun yang lalu.

Pelbagai Tip Parenting dikongsikan oleh beliau dalam channel tersebut. Bila dah join boleh skrol ke atas dan lihat nota-nota Parenting sebelum ini.

Download dan Install Aplikasi TELEGRAM dari Apple Apps Store atau Google Play Store dahulu. Kemudian klik link di bawah untuk join channel Power Parenting.

https://t.me/powerparenting
✳️ HOT TIPS: LATIH ANAK SKIL MENYELESAIKAN MASALAH

Salah satu skil yang baik untuk anak-anak ialah skil menyelesaikan masalah. Apabila anak ada kebolehan ini dia akan cemerlang dalam hidupnya.

Kesilapan kita sebagai ibu bapa ialah kita teralu cepat mahu membantu anak, memberikan pandangan dan ada yang memaksa agar pandangan dan keputusannya diterima. Sikap I KNOW BEST atau Aku Lebih Tahu bukanlah satu sikap yang baik dalam membesarkan anak-anak. Kelak anak-anak jadi malas befikir dan mengharapkan ibu bapa untuk selesaikan semua masalahnya.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk tingkatkan skil ini:

✅ Tanya anak apa yang dia fikir boleh dilakukannya dengan masalah atau isu yang sedang dia hadapi itu.

✅ Berikan dia fikirkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang ada.

✅ Tulis setiap penyelesaian itu, jangan simpan dalam kepala sahaja.

✅ Bincangkan setiap satu penyelesaian yang ada itu. Apa jangkaan hasil daripada penyelesaian itu? Apa baiknya? Apa buruknya? Apa harganya? Apa kesan pada orang lain? Siapa yang boleh membantu? Jangkakan sesuatu yang mungkin tidak dijangka (Expect the unexpected!)

✅ Bersedia dengan respon dan reaksi dari orang lain.

✅ Minta anak berikan Score untuk setiap solusi yang ada itu. Agak-agaknya dari 1 hingga 10 berapa Score yang dia jangkakan. 1 untuk TIDAK BAGUS dan 10 untuk SANGAT BAGUS.

✅ PILIH salah satu daripada solusi yang ada dan dirasakan TERBAIK dan PRAKTIKAL (iaitu boleh dilaksanakan).

✅ Ada atau tidak sebarang halangan atau menyukarkan perlaksanaannya?

✅ Tanya anak BILA dia nak mula ambil TINDAKAN atau melaksanakan solusi itu.

✅ Tanya anak, bagaimana dia tahu bahawa Solusi itu berhasil? Apa tanda-tandanya? Apa perasaan dia?

🔥 Kongsikan tip ini dengan ahli keluarga dan rakan taulan. Jemput mereka untuk join Channel Telegram Power Parenting Dr. Tengku Asmadi, cuma perlu klik https://t.me/powerparenting sahaja.

SALAM KASIH
DR. HJ. TENGKU ASMADI
Parenting & Education Consultant
Channel photo updated
Sejak isteri saya letak pesanan ini di meja, tiada lagi anak-anak lepas makan atau minum tinggalkan cawan atau pinggan kotor yang telah digunakan di atas meja.
Pilihan saya apabila membeli .. ikut turutan 1 hingga 6. Penting untuk kita jaga makanan yang disuap ke mulut anak-anak kita.

1) Beli Produk Muslim yang ada HALAL JAKIM yang Halalan Toyyiban
2) Beli Produk Muslim yang ada HALAL JAKIM
3) Beli Produk Muslim
4) Beli Produk ada HALAL JAKIM
5) Beli Produk ada Sijil Halal Antarabangsa yang diiktiraf JAKIM
6) Beli Produk yang ada Sijil Halal Antarabangsa

Dr. Hj. Tengku Asmadi
https://t.me/powerparenting
Channel photo updated
Follow Channel Telegram Power Parenting https://t.me/powerparenting
TIP SAYA UNTUK MAKBUL DOA
.
Baik nak doa makbul? Boleh google pelbagai tip yang para ustaz telah berikan tentang cara berdoa, masa berdoa dan tempat berdoa yang membolehkan Allah makbulkannya. Jadi saya tidak mahu kupas perkara yang sama.
.
Cuma saya mahu kongsikan beberapa perkara yang saya sering lakukan. Tidak perlu ritual yang pelik-pelik. Apa yang Nabi SAW sampaikan pada kita itulah yang terbaik.
.
1) Sebelum berdoa, beristighfarlah banyak-banyak. Sebab kita ini manusia yang tidak sepi dari dosa. Biarlah kita lakukan dulu pembersihan jiwa dengan beristighfar dan memohon keampunan dari Allah swt.
.
2) Ucapkanlah dua kalimah syahadah. Kita mungkin tanpa sedar terbatal akidah akibat kata-kata dan perbuatan kita sendiri. Maka kembalilah kepada Islam.
.
3) Hadapkan hati pada Allah. Biar ada rasa hubungan hati. Biar terasa kita ni hamba. Sebab Allah itu dekat, lebih dekat dari kedua urat mareh. Maka yakinlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
.
4) Sepanjang berdoa fokus pada Allah dan fokus pada apa yang kita minta. Minda jangan menerawang. Meminta pada Allah biar pun dalam keadaan menangis. Usah percaya bahawa nak berdoa tidak boleh sedih-sedih. Sedih kerana terasa kerendahan diri sebagai makhluk itu mulia. Air mata yang mengalir kerana takutkan Allah itu memadamkan api neraka.
.
5) Ini paling best, saya sering berdoa dengan bertawassul kepada amalan-amalan baik yang pernah saya lakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Maka dalam doa saya sebut pada Allah kebaikkan itu dan mohon Allah makbulkan permintaan saya dengan bersandarkan kepada perbuatan baik itu.
.
Semoga bermanfaat.
.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Education & Parenting Consultant
.
Kongsikan dengan orang yang tersayang dan jemput mereka join Channel Telegram saya ini
https://t.me/powerparenting
Jom fahami seseorang melalui tingkahlakunya terutamanya anak-anak kita.

https://youtu.be/yEq8pkNl7P4

Please share dan join Channel Telegram Power Parenting, klik sahaja https://t.me/powerparenting