❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
856 photos
91 videos
9 files
482 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Jom live bersama saya di Radio Nasional FM, Selasa, 9 Julai 2019, 6.15 petang. NAK TANYA APA? Nanti saya jawab ...
Sekarang sedang promosi JuzQ30 untuk Exam!! Pakej RM360.

Beli 4 kotak dapat FREE 1 kotak. Dapat 5 kotak.
FREE lagi Langganan Aplikasi Belajar Online No 1 Di Malaysia iaitu OSEM yang bernilai RM68.

www.wasap.my/60122324633/NakPromoJuzQ30
Didik anak tentang seksual.. agar mereka terpelihara
Be A Better Muslim
TIP BELAJAR

Guru pakar ini kongsi 10 tip skor A Sains UPSR
11 Julai 2019
WARTAWAN GPSBESTARI
INI 10 tip untuk adik-adik skor A dalam subjek Sains UPSR. Tip dikongsi guru pakar Sains iaitu Cikgu Zazolnizam Zakaria.

Jom follow

1. Calon UPSR mesti menguasai fakta (pengelasan, definisi, prinsip Sains dan contoh yang relevan) berdasarkan buku teks KPM.
Murid perlu mempunyai daya hafal yang tinggi untuk fakta atau memahami setiap kandungan pelajaran sukatan Tahun Tiga hingga Tahun Enam KSSR.

2. Faham arahan dan kata kunci soalan (keyword) pada setiap soalan yang diberikan.
Tuliskan topik yang berkaitan pada mana-mana ruang kosong pada soalan. Selalunya jawapan soalan adalah berdasarkan topik yang diketengahkan dalam stimulus (rangsangan) mahupun stem (kata kunci) soalan.

3. Fokus menjawab soalan kertas 1; tangan kanan memegang pensel dan tangan kiri memegang pembaris bertujuan untuk menggariskan kata kunci soalan.
Gunakan teknik yang efektif pada soalan kertas 1. Singkirkan jawapan yang salah sebelum mengesahkan jawapan yang tepat.

4. Soalan berkaitan topik haiwan dan tumbuhan memerlukan murid mengenal pasti dan memahami jenis haiwan dan tumbuhan yang didedahkan di dalam buku teks.
Mengamati setiap spesies haiwan dan tumbuhan dengan melihat ciri-ciri dan pengelasan yang nyata. Topik ini merupakan topik yang sukar bagi taburan murid-murid di kawasan bandar.

5. Mantap dalam 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) yang menyumbang 60% soalan kertas 2. Manakala 40% soalan kertas 2 menekankan aspek fakta.
Mahirkan dalam membuat inferens dan pemerhatian yang memerlukan bandingan. Latih diri membina carta palang, melakar dan membina jadual dalam kemahiran berkomunikasi.

6. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula dengan pernyataan satu masalah yang perlu diselesaikan.
Situasi itu perlu menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah dipelajari lalu dikaitkan dengan masalah yang diberi.

7. Mantapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan asas atau tip mendapat markah daripada guru yang berpengalaman.
Elakkan memberikan jawapan secara umum. Fahami kata kunci soalan terutama untuk kertas 2 seperti cara, fungsi, kegunaan, kebaikan dan lain-lain.

8. Ambil berat penyiasatan-penyiasatan yang terkandung dalam buku teks kerana Sains adalah sesuatu yang dalam dibentuk secara inkuiri.
Ambillah peluang belajar dalam kumpulan untuk mengingat semula penyiasatan-penyiasatan tersebut atau dapatkan bimbingan tambahan daripada guru.

9. Cubalah menjawab soalan-soalan sebenar 2016, 2017 dan 2018 bagi membiasakan diri dengan soalan format terkini.
Jika masih mempunyai waktu yang mencukupi cuba juga soalan-soalan percubaan negeri-negeri.

10. Minggu peperiksaan, elakkan membaca buku rujukan yang tebal-tebal.
Terus fokus kepada nota ringkas daripada buku teks yang dibuat sendiri. Jaga kesihatan dan dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Sumber: Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam Zakaria (SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang)