MAHUKAN ANAK CEMERLANG?
Sesi persekolahan Tahun 2016 sudah pun bermula hari ini. Ibu bapa harus faham, kejayaan anak-anak dalam peperiksaan diakhir tahun bermula dari awal tahun. Bermula sahaja sesi persekolahan yang baru maka ibu bapa perlu bertekad dan berazam untuk membuat satu pembaharuan agar terbentuk tabiat atau habit cemerlang dalam diri anak-anak.
Ingat, kejayaan datangnya dari sikap istiqamah. Iaitu tabiat harian anak-anak. Kejayaan besar yang dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari.
Oleh itu marilah kita sama-sama membentuk tabiat positif yang merupakan kejayan-kejayaan kecil setiap hari ini.
Antaranya:
1. Hari persekolahan pastikan anak-anak tidur awal.
2 Simpan semua gajet dan permainan komputer serta tutup TV di hari persekolahan.
3. Setiap hari apabila anak balik dari sekolah, minta mereka keluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja. Dengan cara ini, ibu bapa dan anak-anak sentiasa ingat ada kerja yang belum disiapkan.
4 Pastikan anak-anak bangun awal dan Solat Subuh.
5. Pastikan anak-anak bersarapan pagi, usah biarkan mereka ke sekolah dengan perut kosong.
6. Jadikan tabiat untuk menyemak jadual sekolah sebelum tidur. Pastikan semua buku-buku untuk esok termasuk pakaian dan peralatan sekolah sudah tersedia.
7. Pastikan anak-anak sampai awal ke sekolah, usah lewat nanti didenda atau dicatat nama oleh pengawas. Tidak bagus untuk prestasinya dan perkembangan emosinya.
8. Tetapkan waktu belajar dan wak untuk mengulang kaji setiap hari. Sebaiknya, antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.
9. Amalkan untuk makan malam awal. Sebaiknya sebelum jam 7.00 malam.
10. Latih anak untuk menyediakan buku kecil yang boleh dimasukkan dalam poket bagi mencatat setiap peringatan, arahan, pesanan oleh guru-guru. Dengan cara ini mereka tidak lupa.
Selamat Kembali Ke Sekolah.

PERLU ADA DALAM FIKIRAN SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang sahaja kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 atau 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Watak dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin suka mengganggu waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika kita tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita pula tidak semestinya betul.
7. Kita tidak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tidak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk 'survive' di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 atau 7 orang anak kita sendiri. Mereka pula telah berpengalaman mendidik 6 atau 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa reda gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak mengapa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru yang mendidik anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Tepuk dada, tanya hati.
DISALIN DARI EDARAN MEDIA SOSIAL

🔴 KONVENSYEN POWER PARENTING 2016
Tema: Kecil Bagi Ibu Bapa, Besar Bagi Anak
Bersama dengan 5 IKON PARENTING iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Prof. Muhaya, Dr. Hj. Tengku Asmadi, Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki dan Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof.
MODUL UNTUK KONVENSYEN:
1. PARADIGMA IBU BAPA HEBAT - Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
2. PARENTING TANPA STRES - Prof. Dr. Muhaya
3. TIP POWER PARENTING - Dr. Hj. Tengu Asmadi T. Mohamad
4. PARENTING GAYA RASULULLAH - Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki
5. NLP UNTUK PARENTING - Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof
Penampilan Istimewa - ARTIS HELIZA HELMI
Daftar seorang untuk Konvensyen Power Parenting RM120.
Daftar 2 orang (sebelum 1 April 2016) RM200 sahaja.
LOKASI : HOTEL NOUVELLE, SEBELAH TOL SG. BESI, K. LUMPUR
SMS / Whatsapp
016-5580719
016-5260619
012-4931520
013-4334622
Emel : powerparenting@maptraining.com.my

Assalamu'alaikum,
Jom ikuti tip-tip keibubapaan PERCUMA bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi dalam Channel Telegram yang beliau kendalikan.
Pastikan tuan puan install Apps Telegram terlebih dahulu dan klik link di bawah untuk sertai:
https://telegram.me/powerparenting
Mohon diviralkan ke group lain yang tuan puan ada.
Syukran.

Mudah sahaja. Copy dan Paste mesej di atas itu. Anda tanpa sedar telah melakukan satu kebajikan dan membuat satu kebaikan.
♥️♥️♥️ PLATFORM UNTUK IBU BAPA MENDAPAT ILMU PARENTING
Mahu Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Bagus?
Serta saya dalam program parenting ini:
1. Sertai Konvensyen Power Parenting pada 30 Julai 2016 di K. Lumpur http://www.tengkuasmadi.com/powerparenting.html
2. Tip PERCUMA Power Parenting saya di telegram Channel https://telegram.me/powerparenting
3. Kelas Online PERCUMA Power Parenting di www.powerparenting.net
👍👍👍 Daftar Segera!
DR. HJ. TENGKU ASMADI
MENTOR POWER PARENTING

Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
PowerParenting
TARIKH: 30 JULAI 2016 KUALA LUMPUR
TIP JIKA BERLAKUNYA PENCERAIAN
Berikut adalah Tip bagi mereka yang sudah ditakdirkan mengharungi penceraian. Ia berlaku setiap hari. Malah kadar penceraian semakin hari semakin meningkat.
Perceraian usah dilihat hanya sebagai jalan penyelesaian kepada pertelingkahan tetapi sebaliknya ia cara terbaik untuk menginsafi diri.
Sekiranya terpaksa dilalui juga, maka tip berikut sangat berguna.
TIP UNTUK LELAKI
1) Tanya diri sendiri apa sebab berlakunya perceraian? Jika salah itu berpunca daripada diri sendiri, jadikan tempoh bercerai sebagai tempoh untuk menginsafi diri dan bukan menyalahkan bekas pasangan.
2) Jangan memusuhi bekas isteri sebaliknya cuba untuk berbaik-baik kembali. Meskipun bukan sebagai suami isteri. Usah simpan dendam dihati lebih-lebih lagi jika sudah punya anak.
3) Jangan cepat mencari pengganti. Sebaliknya jadikan tempoh bercerai untuk sebagai waktu bertenang. Itu sebab Islam menggariskan mengenai talak satu, talak dua dan talak tiga.
4) Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa. Bertanggungjawab kepada anak-anak.
5) Jangan serahkan tanggungjawab kepada anak-anak sepenuhnya kepada bekas isteri atas alasan sudah berkeluarga baru. Sebaliknya tanggungjawab dan hubungan bapa dan anak tidak akan putus hingga ke mati.
6) Ambil berat perkembangan anak-anak dan jangan biarkan mereka rasa terabai sehingga menyebabkan mereka bertindak memusnahkan diri sendiri sebagai membalas dendam kepada ibu bapa.
TIP UNTUK WANITA
1) Belajar untuk cepat menerima kenyataan dan jangan mengikut perasaan.
2) Jangan hidup berendam air mata sebaliknya anggap perceraian sebagai hikmah untuk memulakan kehidupan baru. Kekuatan ibu membantu menguatkan semangat anak-anak.
3) Jika sebelum ini anda tidak bekerja, cepat dapatkan pekerjaan. Urusan turun naik mahkamah memakan masa yang panjang dan wang yang banyak, tanpa pekerjaan anda akan lebih tertekan.
4) Ada kala bekas suami ingkar dalam pemberian nafkah untuk anak-anak, kuatkan diri dan perjuangkan hak anda.
Percayakan takdir Ilahi dan anggap perceraian itu sebagai hikmah dari-Nya kerana ada kala bagi sesetengah wanita, kehidupan berumahtangga lebih menyeksakan kerana sering didera suami secara fizikal dan mental.
♥️♥️♥️ PLATFORM UNTUK IBU BAPA MENDAPAT ILMU PARENTING
Mahu Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Bagus?
Sertai saya dalam program parenting ini:
1. Sertai Konvensyen Power Parenting pada 30 Julai 2016 di K. Lumpur http://www.tengkuasmadi.com/powerparenting.html
2. Tip PERCUMA Power Parenting saya di telegram Channel https://telegram.me/powerparenting
3. Kelas Online PERCUMA Power Parenting di www.powerparenting.net
4. Sertai Group Facebook Power Parenting Online bersama saya iaitu https://www.facebook.com/groups/716385388505161/

Assalamu'alaikum kepada semua ibu bapa.
Hari minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa secara berkualiti dengan anak-anak. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti:
1. Makan bersama
2. Solat berjemaah
3. Riadah bersama.
4. Menonton tv atau cerita bersama.
5. Duduk dan bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolahnya.
6. Kemas rumah dan bersihkan laman bersama.
7. Ajak anak cuci kereta sama-sama.
Malah pelbagai aktiviti lagi. Kuncinya, ia dilakukan BERSAMA-SAMA.
Selamat Berhujung Minggu.

Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?
Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"
Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".
Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"
Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."
Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."
Semoga Allah membimbing kita semua!

Inilah pesanan Ibnul Qoyyim. Hati-hati duhai bapa. Bukan mudah untuk kita ke syurga. http://www.tengkuasmadi.com/powerparenting.html
SATU PERKONGSIAN
Orang boleh lakukan apa sahaja pada kita, tetapi kitalah yang memilih cara untuk bertindak atau bertindakbalas terhadap mereka.
Apabila hati disakiti, kita boleh memilih sama ada:
Untuk marah atau sabar.
Untuk kecewa atau senyum.
Untuk dendam atau redha.
Apa juga tindakan atau perasaan ketika itu, ia bergantung kepada Cara Fikir atau Mindset dan hati (iman) kita.
Positifnya, cara fikir kita boleh diubah. Mindset boleh dibentuk. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan soalan-soalan yang meletakkan diri kita berkuasa untuk berubah.
Contoh, tanyalah pada diri soalan-soalan ini:
1. Apa hikmah disebalik semua ini?
2. Apa baiknya atas apa yang berlaku ini?
3. Apa yang boleh aku pelajari dari pengalaman ini?
4. Apa yang boleh aku lakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini?
5. Apakah peluang yang ada dari masalah ini?
Cubalah ..
Dr. Hj. Tengku Asmadi
FOUNDER MAP TRAINING
Jom sertai Konvensyen Power Parenting
http://www.tengkuasmadi.com/powerparenting.html
Dapatkan juga tip-tip PERCUMA Power Parenting di sini https://telegram.me/powerparenting
#konvensyenpowerparenting
#powerparenting
#drtengkuasmadi
#tengkuasmadi