❤️ Power Parenting DTA
5.76K subscribers
857 photos
91 videos
9 files
483 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR

Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah pendaftaran untuk kursus di Kajang telah kami tutup sebab sambutan yang amat menggalakkan hingga lebih daripada kapasiti dewan.

Oleh itu, kami terpaksa buka tarikh yang baru untuk Kursus MAP di kajang iaitu:

29 - 30 DISEMBER 2018
Dewan Seminar Kajang

Mereka yang sudah berdaftar tetapi belum membuat bayaran akan kami masukkan ke tarikh baru itu.

Tempat untuk Kursus MAP di Ipoh, Johor Bahru dan Kuantan juga hampir penuh. Oleh itu mereka yang membuat bayaran sahaja yang dikira sebagai telah sah berdaftar. Berikut adalah tarikh-tarikhnya:

8 - 9 Disember 2018 (Ipoh)
15 - 16 Disember 2018 (Kuantan)
22 - 23 Disember 2018 (JB)

Untuk Daftar Kursus, sila klik Borang Daftar Online di link berikut:

http://www.tengkuasmadi.com/daftarweb.html

Untuk info kursus pula sila klik link berikut:

http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html

Untuk daftar melalui whatsapp, mohon klik:

www.wasap.my/60134334622/Nak_Daftar_KursusMAP

Sekian.
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Ikuti Sembang Santai saya di FB LIVE hari ini, Isnin, 19 Nov 2018, jam 12.30 tengahari. Ikutinya di fb page saya dan jawab soalan-soalan mudah untuk dapatkan Kopi Pegaga Warisan Percuma!!
http://www.fb.com/drasmadi
3 PERKARA UNTUK KITA SAMA-SAMA JADIKAN AMALAN

1) Melepaskan kesusahan orang lain.
2) Memudahkan urusan orang lain.
3) Menutup aib orang lain.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Setelah hampir 25 tahun menjalankan Kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk anak-anak, saya dapati ramai ibu bapa sanggup keluarkan duit untuk akademik tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban untuk kembangkan bakat anak.
.
Salah satu cara untuk mengetahui bakat anak ialah dengan memberikan mereka peluang mencuba pelbagai perkara baru dalam hidupnya. Dari situ, anak sendiri dapat rasakan permainan atau aktiviti apakah yang dia mampu lakukan dengan baik dan memiliki minat serta kecenderungan.
.
Langkah seterusnya adalah penting. Keluarkan sedikit perbelanjaan untuk berikan peluang anak dilatih oleh jurulatih bertauliah atau berpengalaman. Seorang jurulatih yang berpengalaman dapat mengenalpasti sejauh mana anak kita mampu pergi dalam sesuatu bidang itu. Misbun Sidek misalnya, dia tengok anak pegang raket pun dia tahu dah sama ada anak kita berbakat dalam badminton atau sebaliknya.
.
Anda mungkin pernah lihat rancangan nyanyian The Voice. Yang mana penyanyi profesional yang menjadi mentor/jurulatih pada peringkat audition duduk membelakangkan peserta dan menilai seseorang itu hanya melalui suaranya. Jika dia suka, dia tekan butang dan kerusinya berpusing dan barulah dia dapat lihat peserta tersebut.
.
Apa yang menariknya, ada ketika peserta baru sahaja menyanyi dua tiga patah perkataan tetapi semua keempat-empat jurulatih berebut-rebut menekan tombol dan memusingkan kerusi memilih peserta tersebut. Kenapa? Sebab mereka tahu apa yang kita orang biasa tidak tahu. Itulah namanya skil dan pengalaman.
.
Sebab itulah untuk mengeluarkan emas dari dalam diri anak, perlu keluarkan sedikit wang.
.
Anak-anak yang berbakat melukis kalah dalam pertandingan melukis dengan anak-anak yang kurang berbakat disebabkan anak yang asalnya kurang berbakat itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke Kelas Lukisan. Maka anak itu mempelajari Teknik Melukis yang betul yang tidak diketahui oleh anak kita yang mungkin lebih berbakat itu. Rugikan?
.
Anak-anak yang petah bercakap kalah berpidato dengan anak yang asalnya bercakap pun takut buka mulut. Hanya kerana ibu bapa anak itu telah masukkan dia ke Kelas Public Speaking lalu dia menguasai Teknik Bercakap dan Berucap yang betul. Rugikan anak kita?
.
Nicol Ann David, ibu bapanya telah masukkan dia ke kelas squash sejak usianya 9 tahun. Lihat apa yang berlaku selepas itu, 10 tahun berturut-turut Nicol menjadi Pemain No. 1 Dunia dan menjadi Juara Remaja Dunia ketika usianya 15 tahun. Untungkan Nicol Ann David, dapat ibu bapa yang begitu
.
Begitulah juga dengan Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ia bukan kursus biasa-biasa yang mana asal anak-anak ada program cuti sekolah maka cukuplah. Sebaliknya ia kursus yang dikendalikan oleh saya dan team yang telah hampir 25 tahun pengalaman. Dengan ratusan pelajar telah menghadirinya dan beribu testimoni daripada ibu bapa dan pelajar sendiri maka ia bukti bahawa anak anda bakal mendapat yang terbaik selama dua hari berkursus.
.
Sebab itulah ada pelajar saya yang dari Kelas Corot naik ke kelas pertama dan kedua. Ada yang dulunya dapat No. 40 boleh dapat No. 1, 2 atau 3. Yang dulunya tidak pernah dapat A akhirnya boleh dapat semua A. Kenapa? Sebab mereka tahu sesuatu yang ramai pelajar-pelajar lain tidak tahu. Maka mereka dapat rasakan bahawa Belajar Itu Mudah dan Menyeronokkan. Tapi itulah, hanya ibu bapa yang berani melabur untuk anak-anak yang akan melihat hasilnya.
.
Tetapi Kursus MAP bukan untuk kejayaan akademik semata-mata. Ia adalah kursus untuk mengubah mindset anak-anak dan mendorong perubahan sikapnya. Ia merangkumi aspek perkembangan Akal (IQ), Jiwa (EQ) dan Rohani (SQ). Ia mendorong anak-anak merebut pelbagai peluang yang ada di sekolah selepas itu.
.
http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
.
.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder MAP
.
.
Malam ni saya akan muncul dalam rancangan bual bicara, Sila Duduk Jangan Lari, di TV Al Hijrah jam 10 malam.

#siladudukdanjanganlari
#drtengkuasmadi
#tvalhijrah
Nota Parenting untuk bantu anak-anak bina Mindset Positif ☝️☝️☝️
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Ada 9 seats sahaja lagi sebab ada yang tarik diri. Please call / whatsapp 012-5121520 or 013-4334622. First come first serve.
Cerita ini memberikan inspirasi buat anak-anak ☝️☝️☝️
Setiap kali sesi Motivasi Alihan Pelajar saya dijalankan, saya akan tanya apakah cita-cita anak-anak kita. Usah terkejut ada yang nak jadi Pro. Gamer. Sebabnya, terbukti mereka ni boleh cipta pendapatan berjuta setahun. Zaman sudah berubah.

https://info.jkcp.com/blog/professional-gamer-salary-esports/