❤️ Power Parenting DTA
5.76K subscribers
857 photos
91 videos
9 files
483 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Alhamdulillah dan tahniah anakku Tengku Amnan Hafizeen, 5 tahun, atas kejayaannya mendapat No. 1 dalam kelasnya dan mendapat Anugerah The Best Akhlak di Raudah ADNI Taman Melawati, hari ini.

Apa yang menariknya lagi, dia juga lulus ujian untuk skip Kelas K1 tahun depan dan sebaliknya terus masuk ke Kelas K2. Maknanya apabila usianya 7 tahun nanti dia akan terus lompat kelas naik Darjah 2!!

Anak ini adalah betul-betul anak yang mengamalkan pemakanan Produk Minda JuzQ30 yang saya formulasikan. Ketika produk JuzQ30 dihasilkan usianya adalah 2 bulan dalam kandungan dan ibunya ambil JuzQ30 setiap hari. Teringat sewaktu usianya 6 bulan, Doktor Paedtrician di Prince Court yang mengikuti perkembangannya berkata bahawa perkembangan otaknya seperti anak usia 10 bulan.

Ketika usianya 3 tahun, guru tadikanya berkata, “eh! Anak tuan salah kelas ni, dia kena ke kelas 4 atau 5 tahun. Bila kami kata usia Amnan memang 3 tahun, baru gurunya terima. Tetapi Amnan pergi tadika 3 hari sahaja selepas tu dia tak nak pergi sebab katanya bosan”.

Akhirnya kami tidak jadi hantarnya ke tadika dan biarkan dia duduk sahaja di rumah. Tahun ini apabila usianya cukup 4 tahun, barulah kami masukkan semula ke tadika. Alhamdulillah dia cemerlang.

Apa yang menariknya, minggu depan giliran abangnya pula, Tahun 4, yang akan naik pentas sebab dapat No. 1 juga dalam Kelas dan dalam Darjah. Sehari selepas itu pula, kakaknya, Tahun 5, yang berlainan ibu pula juga akan naik ke pentas sebab dapat No. 1 dalam Kelas dan No. 1 dalam Darjah. Mereka semuanya amal JuzQ30 setiap hari.

Jangan salah faham, saya bukan bapa yang pentingkan No. 1 dan tak pernah paksa mereka dapat No. 1. Saya cuma minta anak-anak usahakan yang terbaik dan berikan mereka yang terbaik termasuk pemakanan.

Tetapi apabila mereka dapat No. 1, sebagai bapa saya turut gembira. Pastinya tuan puan juga mahukan anak tuan puan begitu. Sebab itulah saya kongsikan rahsia kejayaan untuk anak-anak melalui kursus Motivasi Alihan Pelajar saya. Cuti Sekolah ni ada program.

Saya kongsikan pula tip didik anak dalam kursus Power Parenting dan dalam buku-buku tulisan saya.

Dan saya kongsikan juga pemakanan minda JuzQ30 untuk kesuburan otak, meningkatkan fokus dan menambah tenaga otak.

#drtengkuasmadi
#juzQ30
#anakbijak
#anakpintar
#BeABetterMuslim
#DayangBeautySecrets
KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR

Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah pendaftaran untuk kursus di Kajang telah kami tutup sebab sambutan yang amat menggalakkan hingga lebih daripada kapasiti dewan.

Oleh itu, kami terpaksa buka tarikh yang baru untuk Kursus MAP di kajang iaitu:

29 - 30 DISEMBER 2018
Dewan Seminar Kajang

Mereka yang sudah berdaftar tetapi belum membuat bayaran akan kami masukkan ke tarikh baru itu.

Tempat untuk Kursus MAP di Ipoh, Johor Bahru dan Kuantan juga hampir penuh. Oleh itu mereka yang membuat bayaran sahaja yang dikira sebagai telah sah berdaftar. Berikut adalah tarikh-tarikhnya:

8 - 9 Disember 2018 (Ipoh)
15 - 16 Disember 2018 (Kuantan)
22 - 23 Disember 2018 (JB)

Untuk Daftar Kursus, sila klik Borang Daftar Online di link berikut:

http://www.tengkuasmadi.com/daftarweb.html

Untuk info kursus pula sila klik link berikut:

http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html

Untuk daftar melalui whatsapp, mohon klik:

www.wasap.my/60134334622/Nak_Daftar_KursusMAP

Sekian.
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Ikuti Sembang Santai saya di FB LIVE hari ini, Isnin, 19 Nov 2018, jam 12.30 tengahari. Ikutinya di fb page saya dan jawab soalan-soalan mudah untuk dapatkan Kopi Pegaga Warisan Percuma!!
http://www.fb.com/drasmadi
3 PERKARA UNTUK KITA SAMA-SAMA JADIKAN AMALAN

1) Melepaskan kesusahan orang lain.
2) Memudahkan urusan orang lain.
3) Menutup aib orang lain.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Setelah hampir 25 tahun menjalankan Kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk anak-anak, saya dapati ramai ibu bapa sanggup keluarkan duit untuk akademik tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban untuk kembangkan bakat anak.
.
Salah satu cara untuk mengetahui bakat anak ialah dengan memberikan mereka peluang mencuba pelbagai perkara baru dalam hidupnya. Dari situ, anak sendiri dapat rasakan permainan atau aktiviti apakah yang dia mampu lakukan dengan baik dan memiliki minat serta kecenderungan.
.
Langkah seterusnya adalah penting. Keluarkan sedikit perbelanjaan untuk berikan peluang anak dilatih oleh jurulatih bertauliah atau berpengalaman. Seorang jurulatih yang berpengalaman dapat mengenalpasti sejauh mana anak kita mampu pergi dalam sesuatu bidang itu. Misbun Sidek misalnya, dia tengok anak pegang raket pun dia tahu dah sama ada anak kita berbakat dalam badminton atau sebaliknya.
.
Anda mungkin pernah lihat rancangan nyanyian The Voice. Yang mana penyanyi profesional yang menjadi mentor/jurulatih pada peringkat audition duduk membelakangkan peserta dan menilai seseorang itu hanya melalui suaranya. Jika dia suka, dia tekan butang dan kerusinya berpusing dan barulah dia dapat lihat peserta tersebut.
.
Apa yang menariknya, ada ketika peserta baru sahaja menyanyi dua tiga patah perkataan tetapi semua keempat-empat jurulatih berebut-rebut menekan tombol dan memusingkan kerusi memilih peserta tersebut. Kenapa? Sebab mereka tahu apa yang kita orang biasa tidak tahu. Itulah namanya skil dan pengalaman.
.
Sebab itulah untuk mengeluarkan emas dari dalam diri anak, perlu keluarkan sedikit wang.
.
Anak-anak yang berbakat melukis kalah dalam pertandingan melukis dengan anak-anak yang kurang berbakat disebabkan anak yang asalnya kurang berbakat itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke Kelas Lukisan. Maka anak itu mempelajari Teknik Melukis yang betul yang tidak diketahui oleh anak kita yang mungkin lebih berbakat itu. Rugikan?
.
Anak-anak yang petah bercakap kalah berpidato dengan anak yang asalnya bercakap pun takut buka mulut. Hanya kerana ibu bapa anak itu telah masukkan dia ke Kelas Public Speaking lalu dia menguasai Teknik Bercakap dan Berucap yang betul. Rugikan anak kita?
.
Nicol Ann David, ibu bapanya telah masukkan dia ke kelas squash sejak usianya 9 tahun. Lihat apa yang berlaku selepas itu, 10 tahun berturut-turut Nicol menjadi Pemain No. 1 Dunia dan menjadi Juara Remaja Dunia ketika usianya 15 tahun. Untungkan Nicol Ann David, dapat ibu bapa yang begitu
.
Begitulah juga dengan Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ia bukan kursus biasa-biasa yang mana asal anak-anak ada program cuti sekolah maka cukuplah. Sebaliknya ia kursus yang dikendalikan oleh saya dan team yang telah hampir 25 tahun pengalaman. Dengan ratusan pelajar telah menghadirinya dan beribu testimoni daripada ibu bapa dan pelajar sendiri maka ia bukti bahawa anak anda bakal mendapat yang terbaik selama dua hari berkursus.
.
Sebab itulah ada pelajar saya yang dari Kelas Corot naik ke kelas pertama dan kedua. Ada yang dulunya dapat No. 40 boleh dapat No. 1, 2 atau 3. Yang dulunya tidak pernah dapat A akhirnya boleh dapat semua A. Kenapa? Sebab mereka tahu sesuatu yang ramai pelajar-pelajar lain tidak tahu. Maka mereka dapat rasakan bahawa Belajar Itu Mudah dan Menyeronokkan. Tapi itulah, hanya ibu bapa yang berani melabur untuk anak-anak yang akan melihat hasilnya.
.
Tetapi Kursus MAP bukan untuk kejayaan akademik semata-mata. Ia adalah kursus untuk mengubah mindset anak-anak dan mendorong perubahan sikapnya. Ia merangkumi aspek perkembangan Akal (IQ), Jiwa (EQ) dan Rohani (SQ). Ia mendorong anak-anak merebut pelbagai peluang yang ada di sekolah selepas itu.
.
http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
.
.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Founder MAP
.
.
Malam ni saya akan muncul dalam rancangan bual bicara, Sila Duduk Jangan Lari, di TV Al Hijrah jam 10 malam.

#siladudukdanjanganlari
#drtengkuasmadi
#tvalhijrah
Nota Parenting untuk bantu anak-anak bina Mindset Positif ☝️☝️☝️
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Forwarded from DR TENGKU ASMADI - NLP (Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad)
Ada 9 seats sahaja lagi sebab ada yang tarik diri. Please call / whatsapp 012-5121520 or 013-4334622. First come first serve.
Cerita ini memberikan inspirasi buat anak-anak ☝️☝️☝️