❤️ Power Parenting DTA
5.76K subscribers
857 photos
91 videos
9 files
483 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Ceriakan hari anda dengan Celiteh Motivasi dari Dr. Hj. Tengku Asmadi , topik kali ini SALAH SANGKA.

Sila SHARE untuk manfaat semua.

https://youtu.be/lK3gRviTN6I
Alhamdulillah.
Testimoni JuzQ30.
Jika ada yang mahukan harga diskaun, PM saya direct 0125034622
★★★ TARIKH KURSUS ★★★

✔ 8-9 Disember 2018 (Sabtu & Ahad) di Ipoh, Perak dalam bulan Sept/Okt 2018
✔ 24-25 November 2018 di Kajang, Selangor
✔ 15-16 Disember 2018 di Kuantan, Pahang
✔ 22-23 Disember 2018 di Johor Bahru
ARAS MATA
.
Apabila berbicara, aras mata memberikan kesan psikologi secara langsung antara kita dengan orang lain. Apabila memberikan arahan eloklah aras mata kita berada pada aras yang lebih tinggi.
.
Sebaliknya jika mahu membina hubungan yang saling mengerti dan memahami, eloklah aras mata pada kedudukan sama aras dengan orang yang kita sedang bercakap itu.
.
Sebab itulah apabila bercakap dengan anak kecil, dan dia sedang berdiri, maka eloklah melutut atau duduk di kerusi agar aras mata berada pada aras yang sama.
11 RAHSIA ANAK HEBAT
Oleh : DR. HJ. TENGKU ASMADI

RAHSIA PERTAMA: Anak hebat punya matlamat yang jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya itu. Apabila ditanya apa cita-citanya apabila dewasa nanti, anak hebat boleh memberikan jawapan dengan pasti akan cita-citanya itu. Matlamatnya cukup jelas. Malah dia tahu kenapa dia mahu mencapai cita-citanya itu dan untuk apa. Dia cukup yakin bahawa hanya faktor masa sahaja yang menghalangnya mencapai cita-citanya sekarang. Namun satu hari, ia pasti menjadi kenyataan.

RAHSIA KEDUA: Anak hebat pentingkan pelajarannya. Dia tahu hanya pelajaran sahaja yang membolehnya mencapai semua cita-citanya. Sebab itulah anak hebat sentiasa memberikan tumpuan dalam kelas, menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan dan mengulangkaji pelajarannya. Malah anak hebat menyertai program motivasi luar bagi mendorong dirinya dan memantapkan teknik dan kemahiran belajarnya.

RAHSIA KETIGA: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuan bagi mengatasi kekurangannya itu. Anak hebat sedar bahawa tidak semua orang tahu semua perkara. Dia juga sedar bahawa setiap orang memiliki kehebatan, bakat serta kebolehan yang berbeza-beza. Menyedari akan perkara ini maka anak hebat sentiasa mencari bantuan bagi mengatasi setiap kelemahannya itu.

RAHSIA KEEMPAT: Anak hebat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang. Mereka hormat kedua ibu bapanya dan sentiasa dengar akan nasihatnya. Anak hebat sentiasa berusaha menyenangkan dan menggembirakan keduanya. Anak hebat juga sentiasa membantu dan mesra dengan adik beradiknya. Dia juga disenangi oleh rakan-rakannya dan sentiasa menolong mereka sama ada dalam pelajaran atau urusan hariannya. Anak hebat sentiasa dipuji oleh guru-gurunya dan menjadi ayam tambatan disekolahnya. Dia juga sentiasa boleh diharapkan dalam apa juga urusan dan sentiasa bersedia untuk membantu.

RAHSIA KELIMA: Anak hebat sentiasa muhasabah tindak tanduknya dan memantau prestasi pencapaiannya. Dia tidak membiarkan kemajuannya terbantut. Dia tahu dimana dia berada sama ada semakin hampir atau masih jauh dari sasarannya. Apabila dia dapati sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasinya lalu dia ambil tindakan yang proaktif dan melakukannya tanpa menunggu disuruh, diarah atau ditegur.

RAHSIA KEENAM: Anak hebat sentiasa lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bagi seorang anak hebat tiada pekerjaan yang main-main dalam falsafah hidupnya. Apa sahaja yang perlu dilakukannya maka dibuat sebaik mungkin.

RAHSIA KETUJUH: Anak hebat istiqamah dalam usahanya. Anak hebat percaya kejayaan besar yang mahu dicapainya esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehinya setiap hari. Oleh itu, dia sentiasa istiqamah. Dia bukan seorang yang hari ini rajin esok tidak atau hari ini buat sikit esok banyak. Sebaliknya dia membuat perancangan belajar dan konsisten belajar mengikuti perancangan tersebut tanpa bosan atau jemu.

RAHSIA KELAPAN: Anak hebat sentiasa belajar dari orang lain dan suka hadiri pelbagai program, aktiviti dan seminar yang membuka mindanya. Anak hebat mempunyai mentor atau model ikutan. Dia belajar dari mentornya dan lakukan apa yang model ikutannya lakukan. Dia tahu bahawa kejayaan yang mahu dicapainya itu telah pernah dicapai oleh orang lain. Sebab itulah mereka ikuti pelbagai program bagi mengetahui apa orang hebat lakukan dan meniru perlakuan tersebut.

RAHSIA KESEMBILAN: Anak hebat sentiasa ingat Allah. Anak hebat tahu manusia ini hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang akan menentukan segalanya. Dia juga tahu jika dirinya engkar akan perintah Allah, bergelumang dengan dosa dan maksiat maka Allah akan tutup hatinya dan hilang keberkatan dalam usahanya.