❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Assalamu'alaikum,

Kadang-kadang cara untuk kita buat kebajikan itu mudah. Kita berkongsi ilmu pun dapat ganjaran. Di sini saya berkongsi ilmu dengan tuan puan secara percuma. Harapan saya, ia mampu membantu tuan puan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Dalam masa yang sama, tuan puan boleh membantu mereka yang juga ada anak untuk mendapat ilmu parenting ini dengan berkongsi link telegram ini di group-group yang ada.

https://telegram.me/powerparenting
Assalamu'alaikum,

Jom ikuti tip-tip keibubapaan PERCUMA bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi dalam Channel Telegram yang beliau kendalikan.

Pastikan tuan puan install Apps Telegram terlebih dahulu dan klik link di bawah untuk sertai:

https://telegram.me/powerparenting

Mohon diviralkan ke group lain yang tuan puan ada.

Syukran.
Mudah sahaja. Copy dan Paste mesej di atas itu.
Anak-anak zaman millenia ini berkawan dengan semua kaum yang berbeza agamanya. Apabila ditanya kenapa Islam tidak benarkan kita ucapkan Merry Xrismas kepada rakan sebagai menghormati mereka dan mengeratkan perhubungan maka video di atas 👆👆👆 oleh Dr. Naik menjelaskan tentangnya. Semoga bermanfaat.
MAHUKAN ANAK CEMERLANG?

Sesi persekolahan Tahun 2016 sudah pun bermula hari ini. Ibu bapa harus faham, kejayaan anak-anak dalam peperiksaan diakhir tahun bermula dari awal tahun. Bermula sahaja sesi persekolahan yang baru maka ibu bapa perlu bertekad dan berazam untuk membuat satu pembaharuan agar terbentuk tabiat atau habit cemerlang dalam diri anak-anak.

Ingat, kejayaan datangnya dari sikap istiqamah. Iaitu tabiat harian anak-anak. Kejayaan besar yang dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari.

Oleh itu marilah kita sama-sama membentuk tabiat positif yang merupakan kejayan-kejayaan kecil setiap hari ini.

Antaranya:

1. Hari persekolahan pastikan anak-anak tidur awal.

2 Simpan semua gajet dan permainan komputer serta tutup TV di hari persekolahan.

3. Setiap hari apabila anak balik dari sekolah, minta mereka keluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja. Dengan cara ini, ibu bapa dan anak-anak sentiasa ingat ada kerja yang belum disiapkan.

4 Pastikan anak-anak bangun awal dan Solat Subuh.

5. Pastikan anak-anak bersarapan pagi, usah biarkan mereka ke sekolah dengan perut kosong.

6. Jadikan tabiat untuk menyemak jadual sekolah sebelum tidur. Pastikan semua buku-buku untuk esok termasuk pakaian dan peralatan sekolah sudah tersedia.

7. Pastikan anak-anak sampai awal ke sekolah, usah lewat nanti didenda atau dicatat nama oleh pengawas. Tidak bagus untuk prestasinya dan perkembangan emosinya.

8. Tetapkan waktu belajar dan wak untuk mengulang kaji setiap hari. Sebaiknya, antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.

9. Amalkan untuk makan malam awal. Sebaiknya sebelum jam 7.00 malam.

10. Latih anak untuk menyediakan buku kecil yang boleh dimasukkan dalam poket bagi mencatat setiap peringatan, arahan, pesanan oleh guru-guru. Dengan cara ini mereka tidak lupa.

Selamat Kembali Ke Sekolah.