❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Assalamualaikum,

Kosongkan Tarikh 30 JULAI 2016, SABTU tahun depan sekarang. Sebab, 2,000 ibu bapa akan memenuhi dewan POWER PARENTING SEMINAR 2016.

Maklumat terperinci akan saya berikan nanti. Buat masa ini, masukkan dalam jadual tuan puan.
Sains mendapati anak-anak yang cemerlang dibesarkan oleh ibu bapa yang memiliki sifat berikut:
1. Mereka menggalakkan anak-anak membantu kerja rumah seperti mengemas, menyusun, membersih, menghias dan seumpamanya.
2. Mereka ajar anak-anak skil sosial.
3. Mereka letakkan jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan anak.
4. Mereka menjaga kebahagiaan suami isteri demi anak-anaknya.
5. Mereka memiliki tahap pendidikan yang bagus.
6. Mereka ajar anak-anak Matematik diawal usia.
7. Mereka membina hubungan yang baik dengan anak-anak.
8. Mereka berjaya mengurus stres dalam mendidik.
9. Mereka hargai usaha anak dan bukan mengukur dari segi pencapaian semata-mata.
10. Mereka punya kerjayanya sendiri yang menyebabkan anak-anak terpaksa lebih berdikari menguruskan hal mereka.
11. Mereka mempunyai tahap sosioekonomi yang baik dan ini membolehkan mereka melabur untuk pendidikan anak-anak.
Channel photo updated
Pesan dan sampaikan pada anak-anak kita 👆👆👆