❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
INGATKAN ANAK UNTUK DOAKAN KITA

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. (HR Muslim)

Sayangnya, ramai diantara kita lupa betapa pentingnya mengingatkan anak-anak kita agar mereka mendoakan kita.

Jika kita tidak ingatkan mereka sewaktu kita masih hidup, mereka pasti lupa kita apabila kita mati nanti.

Ketika itu anak yang ramai dan harta peninggalan tidak membantu kita. Rugi yang teramat rugi. Kita fakir di alam sana.

Mengingatkan anak untuk mendoakan kita tidak mencukupi, kita mesti pastikan ia menjadi tabiat atau habit. Iaitu jika mereka tidak melaksanakannya hati menjadi resah dan gelisah. Oleh itu, didiklah anak mendoakan kita hingga menjadi tabiatnya.

Mendoakan pula bukan sekadar menadah tangan. Pastikan mereka mendoakan kita dengan hadirnya hati. Dengan penuh kusyuk, merendah diri, mengharap, bersungguh-sungguh dan yakin.

Semoga anak-anak kita menjadi orang yang mendoakan kita semua. Jangan pula lupa kita juga ada ibu dan bapa yang sedang menantikan doa kita juga.

Jadilah dan berilah contoh yang baik pada anak-anak.
Berikan pada anak-anak doa-doa di atas. ☝☝☝
Doa-doa di atas bagus jika diamalkan oleh para pelajar. ☝️☝☝
Program Cuti Sekolah MAC 2016 ini. ☝️☝☝
Ada orang tanya saya Channel Telegram Power Parenting ada admin yang jaga ker? Jawapannya tiada. Saya yang jaga sendiri. Selamat Datang, Welcome, Ahlan Wa Sahlan kepada semua ibu bapa. 😄😄😄