❤️ Power Parenting DTA
5.77K subscribers
855 photos
91 videos
9 files
481 links
Ini adalah channel rasmi untuk Group Power Parenting bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi. Sebarang isu hubungi beliau di drasmadi@gmail.com
Download Telegram
Channel photo updated
Assalamualaikum. Selamat Datang ke Channel saya ini.
Alhamdulillah ramai yang masuk di sini.
Jika ada sebarang soalan berkaitan Parenting yang mahu saya berikan pandangan atau jawapan sila ke @tengkuasmadi

Soalan-soalan yang terpilih akan saya jawab di sini untuk manfaat semua.
InsyaAllah saya akan kongsikan tip-tip Parenting bersama tuan puan.
InsyaAllah akan saya jawab di sini nanti
Dalam masa yang sama ikuti Kursus Online Power Parenting saya di

www.powerparenting.net

Grab your FREE lessons now!
Apabila tuan puan mesej saya secara peribadi, saya baca tetapi tidak dapat nak jawab semua. Tak boleh buat kerja lain saya nanti.

Nanti saya kupas setiap isu di sini yer.
Malah sebahagian daripada jawapan dah ada dalam Kelas Online saya. Iaitu belajar melalui emel.
Soalan yang saya terima setakat ini:

1. Bagaimana untuk tanam minat belajar?
2. Anak belajar tetapi kenapa masih tidak cemerlang?
3. Saya seorang guru tapi anak saya tidak cemerlang. Apa yang boleh dibuat?
4. Tip atasi anak kuat bergaduh.
5. Bila disuruh buat kerja rumah, muka masam. Nak buat macam mana?
6. Anak tidak mendengar cakap.
7. Tip supaya anak rajin solat.
Sabar yer. Nanti ada masa saya berikan pandangan.
Assalamualaikum semua,

Untuk menjawab soalan tentang bagaimana untuk tanam minat belajar dalam diri anak sila baca tulisan saya di sini berkenaan topik ini. Klik link di bawah:

http://www.tengkuasmadi.com/blog/cara-dorong-anak-belajar
Assalamualaikum dan Selamat Berhari Minggu semua,

Cuti Sekolah sudah bermula dan hari ini ialah hari minggu pertama Cuti Panjang anak-anak kita. Apa yang mereka lakukan? Ke mana mereka? Usah sia-siakan cuti. Ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Antara perkara yang boleh anak-anak kita lakukan atau libatkan ialah:

1) Cari aktiviti tersebut yang mementingkan nilai moral atau agama.
2) Cari aktiviti yang selamat untuk disertai.
3) Cari aktiviti yang meningkatkan kemahiran sosial.
4) Cari aktiviti yang tingkatkan Kemahiran ‘Survival’.
5) Aktiviti yang mahu dilakukan itu hendaklah meningkatkan kualiti diri.
6) Cari aktiviti yang mampu membentuk mindset yang positif serta merangsang perubahan sikap.
7) Cari aktiviti yang melibatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
8) Masukkan anak-anak ke dalam kursus atau program yang sudah lama bertapak, memiliki pengalaman luas dan terbukti hasilnya berdasarkan testimoni ibu bapa dan peserta.
9) Bawa mereka bercuti ke tempat-tempat yanf menarik,
10) Balik kampung ziarah saudara mara.
11) Bawa anak-anak melawat tempat-tempat yang ada unsur pendidikan seperti Pusat Sains Negara, Planetarium, Muzium Negara, Zoo Negara, Taman Rama-rama, Taman Orkid dan seumpamanya.