POSITIVE CIRCLE
849 subscribers
696 photos
13 videos
15 files
327 links
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Download Telegram
Cubalah bantu selagi mana diperlu. Kita tidak tahu bila lagi kita boleh untuk membantu.

Jangan serius sangat. Senyum sikit ya!

#KaunselorKongsi
#kongsipositif
#positivecircle21
SIRI POSITIF: Hidup untuk Memberi Nilai

Hidup ini penuh dengan makna apabila kita memberi nilai kepada orang lain. Setiap dari kita mempunyai peranan tersendiri dalam masyarakat, dan dengan kadar masing-masing, kita boleh saling melengkapi dan membantu satu sama lain.

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain." (Hadis Riwayat Ahmad).

Bila kita berkongsi ilmu, tenaga, atau sekadar memberikan senyuman, kita sebenarnya sedang menyemai benih kebaikan yang akan tumbuh dan memberi manfaat kepada orang lain.

Seorang guru yang sabar mengajar anak muridnya, seorang jiran yang sedia membantu, atau seorang rakan sekerja yang memberi sokongan - semuanya adalah contoh kecil bagaimana kita saling melengkapi.

Kehidupan ini umpama mozek yang indah, di mana setiap kepingannya memainkan peranan penting. Tanpa satu keping, mozek itu tidak sempurna. Begitu juga dengan kita. Meskipun kita rasa peranan kita kecil, ia tetap penting.

"Setitis air dapat merubah lautan."

Dalam dunia yang serba mencabar ini, kadangkala kita terlupa bahawa setiap kebaikan, walau sekecil mana pun, boleh membawa impak besar kepada seseorang.

Jangan pernah meremehkan kuasa sebuah kebaikan. Kita mungkin tidak tahu betapa besar maknanya sesuatu bantuan kecil kepada orang yang memerlukan.

Mari kita sama-sama berusaha untuk memberi nilai kepada orang lain. Tidak perlu menunggu menjadi kaya atau berkuasa untuk membantu. Mulakan dengan apa yang kita ada.

"The smallest act of kindness is worth more than the grandest intention."

Hidup yang bermakna adalah hidup yang memberi. Dan setiap dari kita mempunyai potensi untuk memberi dan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Jangan takut untuk memberi, kerana kebaikan itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang kita tidak sangka-sangka.

Mari kita jadikan dunia ini tempat yang lebih baik dengan saling membantu dan memberi nilai kepada sesama kita.

Hasbullah Mustafa
Kaunselor Berdaftar

#KaunselorKongsi
#kongsipositif
#projekbuku
#positivecircle21
Slot Perkongsian Kad Aktiviti COVITS69 PERCUMA

Kami berbesar hati untuk berkongsi manfaat Kad Aktiviti COVITS69 kepada sesiapa sahaja, terutamanya rakan kaunselor, ahli AKRAB, guru-guru, jurulatih, dan mereka yang terlibat dalam program pelatihan.

Mari kita bincangkan masa, tarikh, dan tempat. Dengan jumlah minimum peserta, insyaAllah kami akan turun secara percuma ke lokasi anda.

Semoga manfaat kad aktiviti ini dapat disebar luaskan kepada mereka yang tercari-cari alat untuk beraktiviti, belajar, dan bimbingan.

Jom sampaikan info ini kepada rakan-rakan anda yang lain!

#KaunselorKongsi
#kongsipositif
#covits69
#positivecircle21
Perasaan seperti sedih, kecewa, marah, gembira, dan sayang adalah fitrah yang tertanam dalam diri setiap manusia. Semua emosi ini tidak sepatutnya kita nafikan, sebaliknya harus diraikan dengan bijak dan dalam batas kesederhanaan.

Melihat kepada persiapan dan pengorbanan yang Dato' lakukan, kami yakin bahawa emas itu seolah-olah sudah berada dalam genggaman Dato' sejak sekian lamanya. Namun, kita harus akur bahawa semua ini ada aturan dan ketentuan-Nya.

Kami percaya Dato' seorang yang kuat, dan kami juga tahu Dato' lebih memahami liku-liku ini. Dato' adalah seorang atlet yang luar biasa profesional.

Bagi kami, Dato' tetap menjadi pemilik "si jantung emas" yang kami banggakan. Teruskan menginspirasi kami, Dato'.

Kemah boh!

Hasbullah Mustafa
Kaunselor Berdaftar

#kongsipositif
#KaunselorKongsi
#positivecircle21
SIRI POSITIF: Syukur Membawa Cukup

Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ni.

Jom baca di sini:

https://www.facebook.com/share/p/67gScdhFzLdtMRSx/?mibextid=oFDknk

#positivecircle21
#KaunselorKongsi
#kongsipositif
SIRI INOVASI : Kreativiti?

Kreativiti adalah gabungan unik antara pengetahuan, kemahiran berfikir kreatif, dan motivasi yang membentuk asas penting dalam inovasi.

Mengikut T.M. Amabile, terdapat tiga komponen utama dalam kreativiti yang perlu difahami dan diintegrasikan dalam kehidupan kita.

1. Kepakaran (Expertise):

Kepakaran merujuk kepada pengetahuan teknikal, prosedural, dan intelektual yang dimiliki seseorang individu. Semakin mendalam dan luas pengetahuan kita dalam sesuatu bidang, semakin besar keupayaan kita untuk menghasilkan idea-idea kreatif. Kepakaran ini boleh diperoleh melalui pembelajaran berterusan, pengalaman, dan pendedahan kepada pelbagai aspek dalam bidang tersebut.

2. Kemahiran Berfikir Kreatif (Creative Thinking):

Kemahiran ini adalah keupayaan seseorang untuk berfikir secara fleksibel, imaginatif, dan di luar kotak. Ia melibatkan kebolehan untuk melihat sesuatu masalah dari sudut yang berbeza dan menghasilkan penyelesaian yang unik. Kemahiran ini boleh dipupuk dengan mendorong diri untuk berfikir secara tidak konvensional dan mencabar asumsi yang sedia ada.

3. Motivasi (Motivation):

Motivasi adalah daya penggerak yang mendorong seseorang untuk terus berusaha dan menghasilkan sesuatu yang baru. Terdapat dua jenis motivasi—intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik datang dari dalam diri sendiri, seperti kepuasan peribadi atau minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Manakala motivasi ekstrinsik pula datang dari luar, seperti ganjaran atau pengiktirafan. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam menggerakkan kreativiti seseorang.

Untuk menjadi kreatif, kita perlu menggabungkan ketiga-tiga komponen ini dengan seimbang. Dengan membangunkan kepakaran, mengasah kemahiran berfikir kreatif, dan memupuk motivasi yang kuat, kita mampu menghasilkan idea-idea inovatif yang membawa impak positif dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ingatlah, kreatif bukan sekadar bakat, tetapi juga kemahiran yang boleh dipelajari dan diperkukuhkan. Jadi, mari kita terus mendorong diri untuk berfikir di luar kebiasaan dan mencipta sesuatu yang luar biasa!

Hasbullah Mustafa
Kaunselor Inovasi

#kaunselorinovasi
#kongsipositif
Buku yang sangat-sangat bagus bagi yang mencari kaedah merawat hati tika sedang diuji dengan Kaedah Tadabbur.

Langkah-langkah demi langkah diajar kepada pembaca. Senang difahami. Paling best ada ruangan beraktiviti dan helaian berwarna.

Rugi jika tidak dimiliki untuk kebaikan yang banyak.

Info lanjut di sini ya semua:

https://vt.tiktok.com/ZS2S9rBsK/

#bukuhealing
#kongsipositif
#positivecircle21
Isi kandungan buku. Mungkin membantu untuk lebih faham isi dalamnya.
FREE EBOOK

Tak sangka ebook ni free. Selalu kalau free ni, bagi list idea gitu je.. tak ajar cara buat.

Ebook free ni lain dari yang lain.

Tunjuk 5 idea buat side income yang proven , at least boleh buat RM2k sebulan, InsyaAllah.

Bukan je idea, sekali dengan STEP BY STEP cara buat ditunjukkan

Sementara masih free ni, cepat grab kat sini:

https://projeksideincome.com/r/bullah86/

Moga dapat banyak manfaat.

#kongsipositif
Explorace Ihtifal Cinta Rasul menggunakan bahan inovasi Kad Aktiviti COVITS69 dan HiREG 2.0

https://vt.tiktok.com/ZS29dQD83/
Usaha kecil vs Konsistensi

https://vt.tiktok.com/ZS2QhHrJA/
Jalan terus.

Masa untuk bertindak dengan apa yang dah dirancang.

#kongsipositif
#positivecircle21
Download EBOOK PERCUMA

Ya PERCUMA sahaja untuk dapatkan ilmunya.

Tak sangka ebook ni free. Selalu kalau free ni, bagi list idea gitu je.. tak ajar cara buat.

Ebook free ni lain dari yang lain.

Tunjuk 5 idea buat side income yang proven , at least boleh buat RM2k sebulan, InsyaAllah.

Bukan je idea, sekali dengan STEP BY STEP cara buat ditunjukkan

Sementara masih free ni, cepat grab kat sini:

https://projeksideincome.com/r/bullah86/

Moga dapat banyak manfaat.

#kongsipositif