Info Portal Malaya
8.6K subscribers
2.66K photos
3 videos
8 files
262 links
Download Telegram
Sopeah Jin (2015)

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 6 September 2024 (Jumaat)
Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Pyan Screw
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Emma Maembong, Shah Iskandar, Hairi Safwan, Fadlan Hazim, Raja Ema, Abdul Rahman Suud, Ruhaini

Sinopsis:
Kisah tiga orang adik-beradik Sabarudin, Shahbudin dan Tajudin diwasiatkan oleh ayah mereka sehelai peta lama yang menunjukkan harta karun.

Join: @portalmalay
JUDUL : CINTA BERSEGI SEGI
TARIKH / MASA : Isnin, 23 Oktober 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Suzanna Zaily Zin
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Mawar Rashid, Nazirul Mubin, Raja Azura, Eizlan Yusof, Feiyna Tajudin, Zahir Deck

SINOPSIS CINTA BERSEGI-SEGI
Zin Ruby dan Ana dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu. Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang beriya-iya mahu mencari pengganti. Dalam proses mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi jatuh cinta kepada ibu Zarina, Fetty jauh lebih tua daripadanya. Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan bakal menantu.

Join: @portalmalay
Abang Samseng Jemur Kain (2014)
Siaran: TV3
Tarikh: 21 Jun 2014, 10 malam
Pelakon: Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amar Baharin, Shah Iskandar, Zul Yahya, dan Fauziah Nawi

Sinopsis:
Marzuki merupakan seorang samseng yang ditakuti. Namun,sikapnya menjadi berlainan bila berdepan dengan isterinya Elyana. Dia bertukar menjadi suami yang romantik dan manja.Mampukah dia meninggalkan kerjayanya sebagai samseng demi anaknya.

Join: @portalmalay
JUDUL : JASMINE
TARIKH / MASA : Isnin, 30 Oktober 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Nina Iskandar, Liza Abdullah, Dato Jalaluddin Hassan, Afiq Muiz

SINOPSIS JASMINE
Zaman berusia 13 tahun ketika Jasmine kehilangan ibubapanya dalam kemalangan jalanraya. Jasmine ketika itu berusia 3 tahun. Bapa Jasmine, Zahari adalah driver kepada keluarga Zaman, Datuk Zahari dan Datin Sofia. Jasmine membesar menyayangi zaman sebagai abang kandungnya kerana dia tidak tahu bahawa dirinya hanya anak angkat. Datuk Zahari dan Datin Sofia merahsiakannya kerana tidak mehu Jasmine bersedih. Gerak manja Jasmine menyayangi dirinya membuatkan hati Zaman berdetik mencintai Jasmine. Sayang telah bertukar menjadi cinta tanpa dipinta. Untuk itu, walaupun diusia 33 tahun, Zaman masih sendiri. Hati Zaman terguris kala Jasmine menyatakan cintanya pada lelaki lain. Awal segala-gala pada Jasmine kerana Awal cinta pertamanya.

Join: @portalmalay
👍1
JUDUL : DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 6 Januari 2018, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Dato Hattan, Sharifah Shahira, Aman Graseka, Joey Daud, Ropie, Syamim Razi, Naraswara

SINOPSIS DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH
Mengisahkan Hattan, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Setiap kali dia ke sana, dia tanpa henti akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Rita. Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Rita berkahwin dengan abangnya, Zakuan tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir. Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal. Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Rita dan Amir daripada Zakuan yang sering menjadi menggangu hidup mereka.

Join: @portalmalay
👍1
Nenek Ranggi (2014)
Siaran: TV3
Pelakon: Maria Farida, Lufya Luvya, Shukri Yahaya

Sinopsis:
Keseronokan Azita untuk menerima menantu terbantut apabila dia termakan hasutan pembantu butiknya, Yam Becok bahawa dia akan menjadi nenek pada usianya 41 tahun. Saksikan kesudahan kisah mereka.

Join: @portalmalay
Gadis Kampung Paling Popular
Waktu Tayangan: Sabtu, 21 Oktober 2023, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Pelakon: Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Daim Jailani, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Sinopsis Gadis Kampung Paling Popular
Kisah Maya Maya seorang gadis kampung yang cantik dan suka menyanyi tetapi pemalu.Maya baru berhijrah ke bandar dan bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.

Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih. Adakah Azad akan mengetahui hal sebenar?

Join: @portalmalay
JUDUL : KETUPAT UNTUK ARIANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 10 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad (TV3)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri / Khairul Kiasan
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : Primework Studios Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Aliff Yasraf

SINOPSIS KETUPAT UNTUK ARIANA
Mengisahkan tiga kanak-kanak Anip, Bidin dan Caon, mereka merupakan sepupu dan sering balik ke kampung. Segalanya dilakukan bersama-sama sehinggalah Ariana muncul. Ariana, budak bandar yang menjadi kegilaan budak-budak kampung termasuklah Anip, Bidin dan Caon. Seminggu sebelum raya, mereka mula bertelagah dan bermasam muka sesama sendiri untuk cuba mengambil hati Ariana. Akhirnya, pak cik mereka Husin, terpaksa merancang sesuatu untuk merapatkan mereka kembali.

Join: @portalmalay
JUDUL : PUISI SEDIH AL-KITAB
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Khir Rahman, Riz Amin, Liza Othman, Sein Qudsi, Ieka Zulkifli, Zukhlayca Zahary, Elanie

SINOPSIS PUISI SEDIH AL-KITAB
Nadirah telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran. Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu. Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran. Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.

Join: @portalmalay
JUDUL : 14 HARI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Mac 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Khairun Nasuha Bt Shafiai
PENGARAH : Khalid Nadzri
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Elisya Sandha, Syazuwan Hassan, Luqman Hafidz, Riena Diana, Arash Mohamad, Watie Sadali, Faiz Tapaw, Putra Amaris, Aishah Atan, Abby Nadzri

LAGU & MUZIK
Gadis - Escape Plan
Stereotype - Akim & Majistret
Bukan AKu - Tasha Manshahar

SINOPSIS 14 HARI
Kisah Anggun tidak pernah merasa untuk dicintai oleh mana-mana lelaki. Atas dasar itu, Anggun telah menawarkan cadangan kepada rakan baiknya, Eddie untuk menjadi kekasihnya selama 14 hari sebelum Anggun berpindah ke Dubai. Namun Eddie tidak tahu tentang penghijrahan Anggun ke Dubai.

Eddie sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Mia. Eddie bersetuju dengan tawaran Anggun. Setiap hari mereka berdua akan keluar dating. Malah setiap hari Eddie akan menerima mesej romantik daripada Anggun yang membuatkan dirinya semakin berbunga-bunga. Selama tempoh 14 hari yang dilalui, Eddie sedar Anggun orang yang benar-benar memahami dirinya tidak seperti Mia sering memberi tekanan kepada Eddie.

Genap 14 hari Anggun dan Eddie sebagai pasangan kekasih. Sebelum berpisah mereka mengungkapkan kata-kata cinta terakhir. Namun kata-kata yang diucapkan Eddie adalah ikhlas daripada hatinya. Eddie sedar bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Anggun. Tetapi tiba-tiba Mia muncul dan menarik Eddie daripada Anggun. Pada hari Anggun bertolak ke airport, Eddie muncul dan meminta peluang daripada Anggun. Tetapi dimarahi oleh kedua ibu bapa Anggun. Sepanjang perjalanan Anggun menangis. Akhirnya ibu bapa Anggun izinkan hubungan Anggun dan Eddie. Mia terpaksa dilepaskan.

Join: @portalmalay
JUDUL : TERIMA KASIH RAMADAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Ben Laden, Aqasha, Razak Ahmad

SINOPSIS TERIMA KASIH RAMADAN
Selepas 6 tahun berkahwin, Maria dan Iskandar mengambil Ramadan sebagai anak angkat. Lebih bahagia lagi mereka apabila Maria disahkan mengandung. Namun Maria keguguran akibat kemalangan dan mula membenci Ramadan yang dianggap membawa sial.

Join: @portalmalay
😁1
JUDUL : CASSANDRA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 April 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Shashaa Raman, Dillah Ahmad, Julia Ziegler

SINOPSIS CASSANDRA
Cassandra seorang gadis kacukan dibesarkan oleh ayahnya selepas ibunya meninggal dunia. Dia terkenal di kampung kerana sikap ayahnya, Hj. Fauzan yang suka menderma. Cuma satu sahaja, sikap Hj Fauzan kurang disenangi iaitu kekayaan yang dimiliki membuatkan dia bongkak. Namun berbeza dengan Cassandra yang lebih selesa memilih cara hidup sederhana. Cassandra bersahabat baik dengan Luqman, Zaiyad dan Syakila. Hanya Cassandra dan Zaiyad berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Cassandra dan Luqman saling menyukai antara satu sama lain. Syakila yang menjadi ‘penghubung’ mereka berdua. Namun hubungan mereka merisaukan ibu Luqman kerana ibarat langit dan bumi kerana Luqman dibesarkan dalam kehidupan nelayan tidak seperti Cassandra.

Join: @portalmalay
Manisnya Bulan Madu (2015)
Siaran: TV3
Tarikh: 3 Oktober 2015

Pelakon: Fattah Amin, Sherry Ibrahim, Fahrin Ahmad, dan Faye Kusairi.

Sinopsis:
Mirza dan Ameesha pergi berbulan madu di Istanbul dan membayangkan apabila tiba di sana mereka akan tinggal di hotel yang gah. Namun, sangkaan mereka ternyata meleset apabila mendapati apartment yang sempit dan kotor. Disana pula mereka bertemu semula dengan bekas suami dan bekas tunang mereka?

Join: @portalmalay
Pavlova Buat Delfina
Waktu Siaran: Sabtu, 28 September 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTM
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Luncai Emas Sdn Bhd
Pelakon: Syafie Tee, Amanda Laura Helms, Dilla Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Shahrolnizam Noor, Amy Nurtinie, Ahmad Ishmel Ismail, Nik Aneeynorly Che Dah, Afique Hussain, Norlida Amin, Zack, Farid Fauzi, Marinelacoste, Syed Irfan

Sinopsis Pavlova Buat Delfina
Mengisahkan Aryan, seorang disleksia tidak disokong oleh ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang cef. Ini kerana kedua ibu bapanya menganggap kerjaya sebagai cef untuk orang yangkurang oandai. Di kolej, Aryan menyertai Pertandingan ‘Best Dessert Championship’ yang menawarkan hadiah pengajian kulinari di Paris. Aryan menang, dan ibu bapanya sedar akan kesilapan mereka.

Join: @portalmalay
Pari-Pari Naik Lori (2021)
Siaran: TV2
Tarikh: 5 Julai 2021, 9 malam
Pengarah: Asya Kamaruddin
Pelakon: Bella Astillah, Mustaqim Bahadon, Nabil Aqil

Sinopsis:
Setelah berfikir panjang, Rosma mengambil keputusan untuk break dengan boyfriend dia iaitu Talha lepas dia rasa yang Talha ni tak ada cita-cita dengan hanya jual ayam. Rosma ni nak hidup dalam kekayaan dan bahagian.


Dan tanpa disangka lepas tu Rosma buat keputusan untuk bertunang dengan lelaki yang ada ciri yang dia nak iaitu Nazif. Keputusan Rosma bukan je mengejutkan orang kampung tetapi juga Talha.


Nekad nak dapatkan Rosma balik, Talha buat keputusan untuk buat rompakan masa majlis pertunangan Rosma berlangsung. Sekali dengan wang hantaran Rosma pun dia rembat.

Join: @ortalmalay
Senyawa
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Liang Chia sebagai Eric
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Amirah Razak sebagai Maya
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Nuremy Ramli sebagai Doktok

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna & Ajin

Sinopsis Senyawa
Mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan hidup dalam kebahagiaan bersama suaminya, Iskandar (Shahz Jaszle). Namun, di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.

Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (Datin Nina Juren) yang menginginkan cucu.

Tidak sanggup dimadukan, Zabrina nekad untuk mendapatkan ibu tumpang. Pertemuan dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), seorang gadis kampung yang berperwatakan seakan dirinya, membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Bagaimanakah kesudahan kisah pengorbanan terlarang ini?

Join: @portalmalay
Tabung Haji Tok (2013)
Siaran: RTM
Tarikh: 15 Oktober 2013
Tayangan Semula: 15 Jun 2024
Pelakon : Wan Hanafi Su, Yus Waisar, Muhammad Daeng Faiz, Fazli Daniel, Ahmad Fazli, Fatah Faqrullah & Farhana Qismina

Sinopsis:
Kisah Rafiq dipelihara oleh datuknya Pak Omar dengan hasil menjual lemang sesudah kematian ibu dan bapanya, Razali akibat penyakit. Semasa bapanya masih hidup, Pak Omar telah mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji untuk mengubat penyakit Razali. Beberapa tahun kemudian, Rafiq mendapat tahu duit haji Pak Omar habis dikeluarkan. Rafiq begitu sedih kerana setahunya, datuknya begitu berdikit-dikit bagi mencukupi duit hajinya. Tetapi kini, duit itu telah tiada lagi sedangkan bapanya tetap pergi juga buat selama-lamanya.

Join: @portalmalay
3 Dara Manik (2024)
Siaran: TVS

Sinopsis:
Mengisahkan tiga sekawan di rumah panjang yang bercita-cita menjadi pelakon tetapi dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mewarisi ilmu manik.

Suatu hari mereka bertiga keluar ke bandar Sarikei untuk menghadiri ujibakat sebuah filem dan berjaya dalam ujibakat tersebut, akan tetapi banyak perkara yang berlaku antara mereka betiga semasa menunggu panggilan untuk sesi pengambaran filem bermula.

Join: @ortalmalay
Kayangan
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Amazon Prime
Pengarah: Jason Chong
Produksi: Filmscape Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Zul Ariffin sebagai Habil
Siti Saleha
Hazeeq Dean
Atiq Azman
Elisya Sandha
Hasnul Rahmat
Salina Saibi
Nizam Kama
Mustaqim Bahadon
Joyce Harn

Join: @portalmalay
Project; Exit
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 1 November 2024
Rangkaian: Astro Premier, Astro GO, sooka
Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Syakir "Mo" Zakii, Luqman Sheikh Ghazali, Natasha Azlan, Muqri Azlan
Pengarah: Zulaikha Zakaria
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Telltale Studios

Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Jannah
Mierul Aiman sebagai Hadi
Naim Daniel sebagai Ucop
Kimberly Chuah sebagai Amy
Malia Baby sebagai Izzah
Nabila Huda sebagai Ibu Zan
Noorkhiriah sebagai Asma
Farah Ahmad sebagai Salina
Megat Sharizal sebagai Azmi

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Pergilah
Penyanyi: Daiyan Trisha
Komposer: Daiyan Trisha
Penulis lirik: Daiyan Trisha

Sinopsis Project Exit
Mengisahkan tentang empat remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada sebuah institusi pemulihan akhlak. Kisah ini tertumpu pada karakter Jannah (Shasha Abedul), seorang gadis remaja yang bergelut dengan masalah kemurungan. Dia dihantar ke sebuah institusi pemulihan akhlak bernama INSAN selepas percubaan tragis untuk menamatkan riwayat.

Di dalam pusat INSAN yang penuh kawalan, Jannah menemui sesuatu yang mampu mengubah hidupnya – diari peninggalan arwah bapanya. Diari itu menjadi kunci yang membuka segala rahsia gelap tentang tempat itu, termasuk perancangan terperinci untuk melarikan diri daripada cengkaman pengawasan ketat kakitangannya.

Sebagai remaja 16 tahun yang terperangkap dalam dinding INSAN, Jannah mengenali Hadi (Mierul Aiman), seorang pemuda berusia 17 tahun yang menghidap penyakit 'cystic fibrosis'. Tidak ketinggalan Ucop (Naim Daniel), ‘anak jalanan’ dengan sejarah kelam menjual bahan terlarang demi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan juga Amy (Kimberly Chuah). Bersama-sama, mereka menjadi rakan dan sekutu.

Dengan rahsia daripada diari itu sebagai panduan, mereka menyusun rancangan untuk meloloskan diri daripada genggaman INSAN. Walau setiap daripada mereka membawa beban kisah silam yang menjerat emosi, ikatan yang terbentuk menjadikan mereka lebih kuat dan berani. Dalam satu usaha yang tiada ruang untuk gagal, mereka merangka 'escape' terhebat, dengan satu tekad – bebas atau tewas. Mereka bakal bertempur habis-habisan untuk sebuah kebebasan.

Join: @portalmalay
1
JUDUL : DIAM TANDA SETUJU
WAKTU SIARAN : Sabtu, 10 April 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa
PELAKON : Mawar Rashid, Nurin Afiqah, Beto Kusyairy, Farid Kamil, Razman Mahayuddin, Syrul Ezwan, Saliza Ali, Hakimi Rejab, Shamer Rashid, Zack Zabhas, Tengku Zara

SINOPSIS DIAM TANDA SETUJU
Kisah dua sahabat baik yang berhadapan dengan konflik perhubungan di saat mereka mula panik memikirkan usia mereka yang semakin meningkat tetapi belum bertemu jodoh.

Join: @portalmalay