SMSJ CHANNEL
1.39K subscribers
1.5K photos
79 videos
84 files
168 links
Mari beramai-ramai dapatkan maklumat terkini, sahih lagi telus berkaitan SM Sains Johor serta aktiviti murid dengan hanya satu klik 'JOIN' pada pautan berikut:

t.me/pibgsmsj

Maklumat lanjut di
https://www.sciencejohor.com
Download Telegram
20 unit minyak wangi akan diletakkan sebagai wakaf untuk kegunaan di Surau al-Ihsan. Pihak JK Murid Unit BADAR akan menyelia penggunaan wakaf ini.

Jutaan terima kasih kepada semua para penginfak yang sentiasa ikhlas dan istiqamah menyumbang untuk aktiviti kerohanian dan prasarana Surau al-Ihsan.

Semoga anak-anak SMSJ bertambah khusyuk dalam menunaikan ibadah di bulan Ramadan al-Mubarak.

#theempireofexcellence
#smsjsentiasadihati
Pelancaran & Gimik Ihya Ramadan 1446H/2025M Peringkat SM Sains Johor

Tarikh: 10 Mac 2025
Tempat: Dewan Seri Karyawan
Perasmi: Tn Hj Mohd Zakaria bin Yatimin
Forwarded from SMSJ CHANNEL
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan/Dato'/Datin.

SM Sains Johor dengan kerjasama PIBG SMSJ melancarkan kutipan infak untuk asnaf murid, (anak-anak Yatim Piatu/Yatim/Miskin) di SM Sains Johor.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank seperti yang tertera di bawah:

Bank Islam Malaysia Berhad
PIBG SEK. MEN. SAINS JOHOR
01050010006461
Nota: Infak Ramadan

atau boleh juga melalui pindahan dana "Toyyibpay" dengan klik pautan berikut:

https://toyyibpay.com/Infak-Ramadan-SMSJ-2025M-1446H

Didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan Tuan/Puan/Dato'/Datin.

Mudah-mudahan, dengan sumbangan ikhlas Tuan/Puan/Dato'/Datin akan dibalas dengan sebanyak-banyak ganjaran kebaikan. Insya-Allah.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 (2nd Intake) & Tingkatan 4 Ambilan Baharu SM Sains Johor bagi Sesi Persekolahan 2025

Ta
rikh: 17 Mac 2024 (Isnin)
Tempat: Dewan Seri Karyawan
Program Ceramah Lailatulqadar anjuran MAQDIS SMSJ sempena Sambutan Ihya Ramadan 1446H.

Semua warga SM Sains Johor diundang hadir sama mendapatkan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan yang sangat bernilai ini.

Untuk menderma untuk selenggara fasiliti Surau dan aktiviti kerohanian di sekolah ini, klik link di bawah:

⬇️⬇️⬇️
https://toyyibpay.com/SuraualIhsanSMSJ2025

جزاكم الله خيرا
Sambutan Ihya Ramadan 1446H 2025M Peringkat SM Sains Johor akan melabuhkan tirainya dengan diadakan Majlis Khatam al-Quran, Sumbangan Hari Raya dan Iftar Jamaie.

Sukacitanya dimaklumkan majlis ini juga bakal menerima kehadiran wakil daripada PPD, YDP PIBG SMSJ, Presiden SAJOHA untuk berbuka bersama-sama anak-anak SM Sains Johor. Semua warga SM Sains Johor diundang hadir bersama-sama dalam majlis yang mulia ini.

Untuk berkongsi rezeki dengan asnaf murid/murid yatim, klik pautan di bawah:

⬇️⬇️⬇️
https://toyyibpay.com/Infak-Ramadan-SMSJ-2025M-1446H

Mudah-mudahan, dengan sumbangan ikhlas Tuan/Puan/Dato'/Datin akan dibalas dengan sebanyak-banyak ganjaran kebaikan. Insya-Allah.

#theempireofexcellence
#smsjsentiasadihati
MAJLIS PENETAPAN TARGET MURID TINGKATAN 1,2,3,4 DAN 5 SM SAINS JOHOR TAHUN 2025

Tarikh: 20/3/2025
Masa: 3.00 p.m
Tempat: Dewan Sri Karyawan

https://photos.app.goo.gl/mEeUGmL784iNFMpA7

Perasmi: Puan Hjh Zanariah Binti Buang,
Pegawai Perhubungan Sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

#theempireofexcellence
#smsjsentiasadihati