MAKLUMAT SKSB DI❤️KU
1.07K subscribers
85 photos
5 videos
37 files
43 links
Download Telegram
SURAT PEMAKLUMAN UJIAN SARINGAN COVID19_11.1.2022.pdf
142.7 KB
Share SURAT PEMAKLUMAN UJIAN SARINGAN COVID19_11.1.2022.pdf
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam SKSB Dihatiku...

PEMAKLUMAN JUALAN BUKU & KEPERLUAN SEKOLAH SESI 2022/2023

Jualan dibuka MULAI 17/1/2022 ( Isnin ) mengikut waktu Yang telah ditetapkan oleh pihak pengusaha kedai buku sekolah.

Jualan dibuka awal bagi mengelak kesesakan di saat2 akhir.

Sekian utk makluman.
Terima kasih.

Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai,Meru
16/1/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati sekalian,

Semenjak kebelakangan ini,pihak pengurusan sekolah mendapati ada dikalangan ibu/bapa/penjaga yang menunggu keputusan 'swabtest' atau mempunyai kontak rapat kes COVID-19 dikesan menghantar anak tuan/puan ke sekolah.

Keadaan ini menyebabkan boleh berlakunya penularan kes di sekolah dan pihak sekolah terpaksa mengeluarkan arahan penutupan kelas bg tujuan kuarantin kendiri dan melakukan sanitasi mengikut garis panduan Pengurusan Kes dan Kontak COVID-19 Di Sekolah Daerah Klang 4.0 kepada semua keluarga SKSB Dihatiku yg disahkan sebagai kontak rapat.

Sehubungan dengan itu,pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama drpd para ibubapa/penjaga agar dapat memastikan anak2 yg di dapati positive COVID-19 atau yg mempunyai gejala seperti demam.selsema dan batuk tidak hadir ke sekolah bg tujuan mengekang penularan kes di kalangan keluarga SKSB Dihatiku.

Sekian untuk makluman dan tindakan para ibubapa/penjaga yang dihormati sekalian.Segala kerjasama yg diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Marilah sama2 kita mengekang penularan kes COVID-19 dikalangan keluarga SKSB DIhatiku.

‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Unit HEM
SK Sungai Binjai,Meru
8/2/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

JEMPUTAN MENYERTAI LIVE YOUTUBE
SKSB DIHATIKU BERDOA : MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT NORMA BAHARU

Dengan segala sukacitanya, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Unit ICT menjemput guru, AKP, AJK PIBG, tuan/puan para ibu bapa dan anak2 yang berkelapangan utk menyertai siaran secara langsung majlis ini.

Tarikh : 25/2/2022 ( Jumaat )
Masa : 8.00 pg

Semoga majlis ini mendapatkan keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.

Terima kasih.

Link utk menyertai majlis…

https://www.youtube.com/watch?v=CsBl5e4B0qc
Selamat Menyambut Hari Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW

Daripada
Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai,Meru
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

Kepada semua ibu bapa / penjaga
Anak2 Prasekolah, Tahun 1 - 6

MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADAN 1443H / 2022M

Adalah dengan segala hormatnya,bersama ini disertakan surat makluman sesi persekolahan sepanjang bulan Ramadan 1443H / 2022M utk rujukan dan tindakan pihak tuan / puan.
Terima kasih.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Pengurusan Sekolah
SK Sungai Binjai,Meru
29/3/2022
Assalamualaikum…
Salam Sejahtera…
Salam SKSB Dihatiku…

Kepada :

Ibu Bapa / Penjaga Murid
SK Sungai Binjai, Meru

Tuan,

MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL WAKTU DAN PERUBAHAN WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADAN 1443H / 2022M

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan menguatkuasakan penyusunan semula jadual waktu bagi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 4 April 2022. Sehubungan itu, jadual waktu kelas yang baharu telah diedarkan kepada murid-murid dan ibu bapa melalui kumpulan Telegram® atau WhatsApp® kelas masing-masing.

3. Sehubungan dengan Itu juga, sepanjang bulan Ramadan ini jadual waktu balik bagi murid-murid akan mengalami perubahan terutama bagi murid sesi petang ( Tahun 1, 2 & 3 ) sepertimana surat yang dilampirkan.

3. Untuk makluman juga, kantin sekolah tidak akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. Semua murid bukan Islam diminta membawa bekalan sendiri atau ibu bapa boleh memastikan anak-anak telah mengambil sarapan/makan yang cukup.Tempat makan khas akan disediakan bagi murid2 yg bukan beragama Islam.

4. Diharapkan pihak ibu bapa / penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan Baik. Pihak sekolah juga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ibu bapa dan murid2 yang beragama Islam.

Kerjasama dan keperihatinan pihak ibu bapa / penjaga amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

”CAKNA , PANTAS DAN PRIHATIN “

Saya yang menjalankan amanah,

t.t
………………………………………..
( ROSLAN BIN ZAKARIA )
Guru Besar
SK Sungai Binjai,Meru