Pecinta Habib Umar Malaysia
1.58K subscribers
3.53K photos
914 videos
62 files
332 links
Ada di kalangan manusia yang akan memasuki SYURGA secara mudah. Mereka ialah orang yang MENCINTAI ULAMA' walaupun sebesar biji zarah.

Page FB : https://www.facebook.com/Muhibbin-الحبيب-عمر-بن-حفيظ-٢-105230768146330/

Instagram : @phabibumar_malaysia
Download Telegram
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Di antara bahaya yg paling besar menimpa para salik di jalan Allah adalah berasa takjub pada kalam-kalamnya sendiri.
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"𝘽𝘼𝙉𝙔𝘼𝙆 𝙆𝘼𝙇𝙄 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙍 𝘿𝘼𝙃..."

Jangan menganggap remeh kepada ilmu walaupun berkali-kali kita dengar.

Kita diajarkan, walaupun ilmu tu kita dah banyak kali dengar, anggap saja itu baru kali pertama kita dengar. Kerana ilmu ini yang didengar melalui telinga secara lafaznya, berbeza dengan pemahaman yang akan diberi oleh Allah. Lafaznya tak berubah tapi pemahaman tiada sesiapa yang boleh membatasi.

Pemahaman itu diberi oleh Allah SWT. Ayat (Al-Quran), hadis takkan berubah lafaznya tapi pemahaman akan sentiasa di’update’ dan diperbaharui oleh Allah SWT.

Rasulullah ﷺ bersabda;
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
"Sampaikanlah kalian dariku walau hanya satu ayat."

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid
Antara nasihat Guru saya yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga adalah nasihat dari Syeikhna أبو أسامة محمد حنفية حفظه الله تعالى ونفعنا الله به ketikamana saya menziarahi beliau pada tahun 2020 yang lepas.

Kata beliau حفظه الله تعالى ورعاه ketika saya bertanya tentang pembelajaran dan pengajian :

" Kita kalau boleh, mengajar tempat mereka. Kita datang rumah mereka untuk mengajar. Kalau mereka yang datang tempat kita, sekali dua boleh lah gagah. Lama-lama timbul pelbagai alasan. Motor rosak, urusan ini urusan itu. Akhirnya tergendala pengajian. Kalau kita sendiri datang rumah mereka, mereka tak boleh nak lari dah(tak ada alasan).

Zaman sekarang, tidak seperti zaman dahulu. Orang dahulu himmahnya tinggi. Sekarang guru pula kena ada himmah yang tinggi untuk menyampaikan ilmu. Kena cari pelajar. Bukan pelajar cari guru. Guru sendiri kena tanya tentang kelas. Bukan pelajar yang tanya guru tentang kelas "

Nasihat inilah yang buat saya bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Kita hanya menumpang himmah Para Guru sahaja. Semoga Allah meredhai Para Guru kita semua.

Ustaz Musytaq Al-Ash'ari
شرط الهوى في الحب كتم الأسرار

Jangan lah engkau menceritakan apa sahaja keistimewaan daripada Allah yang dianugerahkan kepada engkau di medsos.
Sheikh kata, suami ni kena check solat nya isteri. Walaupun dia berkahwin dengan anak mufti, anak kadhi.

Sesekala di tempat kerja, callah isterinya, tanya dah makan belum, dah solat belum.

Oh uzur bang.

Pukul berapa tadi uzur yang?

Pukul 1.30 bang. Maka suami nya catat.

Bila isterinya sudah suci tanya juga, katalah suci waktu asar. Tanya isterinya

Yang. Dah qadha zuhurnya?
Dah bang.
Zuhur yang haritu. Masa awak mula datang haidh tu, dah?

Oh ya la bang. Lupa saya.

Maka jangan tak jaga solat isteri nya.

Barulah suamiku imamku.... Kata Sheikh lagi.

Ingat. Awal awal manusia yang datang tuntut dari kita para suami ialah isterinya. Hanya dengan tuntutan dia satu orang, boleh muflis kita dibuatnya.

Dan siapa lagi? Lelaki yang boleh di seret wanita ke neraka?

Bapanya, anak anak lelakinya, pamannya, adik beradiknya. Mana mana lelaki keluarga terdekat nya.

Jaga, jangan tak jaga.
Tidak komplen artinya jangan buka mulut dan husnudzon kepada Allah terhadap ketentuan apapun yg Allah taqdirkan.
Jangan marah bila ada yg menegur salah silap kita, sebab terkadang kain yg kita pakai terkoyak (tersobek) di belakang, kita tak nampak sebab asyik tengok kain orang.
Pesan seorang Guru,

Antara perbezaan kamu dengan guru mursyid adalah, kamu bermegah-megah
Jangankan seorang itu menyangka banyaknya amalannya itu sehingga memandang lekeh orang lain itu dengan ketiadaan amalannya, kadang-kadang orang yang zahirnya ketiadaannya banyak rupa ibadah tetapi dalamannya itu lebih hebat lagi daripada sangkaan amalannya.

Bertaubatlah daripada rupa khayalan ibadahmu, berlari lari lah daripada khayalan yang lalai kepada musyahadah ma'nawi.
Bab takabbur ni, kau rasa satu manusia/satu makhluk hatta kucing sekalipon, kau rasa lebih baik dari dia dgn 1 markah ataupun dia lebih rendah dgn 1 markah sahaja. Itu maksud Takabbur.

Syeikh Abu Zaki As Sanggafuri Al Hadhrami
Kau dapat mee goreng, don't even compare dgn orang lain punya mee goreng.

"Tak macam aku punya". Takabbur tu.

Syeikh Abu Zaki As Sanggafuri Al Hadhrami
لاحول ولاقوة الا بالله العلي العظيم
Ujian paling berat adalah mereka yang mempunyai ilmu dan menyampaikannya.....setiap dari apa yang disampaikan MEREKA dulu yang akan merasai untuk diamalkan...