BIJAK EMAS
23 subscribers
58 photos
3 videos
81 links
Download Telegram
SCAMMER ALERT

Sekarang ramai scammer yang berlakon sebagai dealer PG. Kononnya anda perlu masukkan sejumlah wang ke akaun tertentu untuk dapatkan bonus.

JANGAN TERPEDAYA

Sebarang urusan berkenaan duit dengan Public Gold, hanya akan masuk terus ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd (Maybank atau Public Bank).

Manakala urusan dengan saya akan melalui whatsapp sahaja: www.wasap.my/+60139385514 . Boleh save no ini siap-siap. TIADA melalui Telegram.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Harga karipap 30 tahun lalu, tahun 90-an sekitar RM0.10 ke RM0.20 sebiji. Hari ini jadi RM0.50 sebiji. Ada yang jual RM1 sebiji. Bermakna dalam masa 30 tahun, harga karipap naik 5 kali ganda.

Harga karipap naik 5 kali ganda, tak perlu buat analisis teknikal harga etc. Dan kalau ada orang buat analisis teknikal kepada kenaikan harga sebiji karipap, saya risau dia tak lama.

Harga barang lain pun memang naik saban tahun. Ini berlaku kerana kuasa beli duit jatuh setiap tahun.

“Kalau macam itu, simpanlah karipap sampai berpuluh tahun, nanti harga dah naik boleh jual. Ataupun kalau perlukan duit, gadai saja karipap tersebut”.

Cuma masalahnya karipap tak boleh disimpan berpuluh tahun. Memang harga naik, tapi kalau nak jual balik karipap itu selepas 3-5 tahun pun, ia sudah selamat jadi debu atau sudah dimakan lipas. Tak bertahan.

Apa lagi barang yang bertahan dan naik harga? Boleh lindungi inflasi? Tak lain tak bukan, ia adalah emas ataupun perak. Tak berkarat, tak perlu simpan dalam peti sejuk, tak susut berat.

Simpan emas tak perlu rumitkan minda kita duk fikir pasal analisis harga. Nak mula satu gram pun ambil masa sampai bertahun tak mula-mula. Tak perlu.

Asas simpan emas mudah saja. Ada duit, tukar kepada emas. Ramai orang fikir susah nak ada simpanan duit RM30 ribu. Tapi cuba simpan emas. Tengok-tengok sudah ada 100 gram sekejap saja.
Perkongsian Rakan Dealer.

Pergerakan harga emas sentiasa bergerak turun dan naik setiap masa, tidak perlu untuk pantau harga emas setiap masa jika nak mula simpan emas.

Sifu emas saya pesan untuk menjadi penyimpan emas yang berjaya kita cuma perlu tengok harga emas pada dua waktu sahaja; waktu nak beli dan waktu nak jual.

Jika harga emas pada waktu itu rendah, kita akan dapat banyak gram dan jika waktu itu tinggi, kita akan dapat kurang gram.

Selain dari dua waktu itu tidak digalakkan untuk tengok harga emas, tidak perlu bazir emosi tengok turun naik harga emas.

Adakah lebih baik kita manfaatkan masa yang ada buat kerja cari duit untuk tambah lagi gram emas, harga emas turun atau naik berapa banyak pun tiada masalah.

Pergerakan harga emas turun dan naik memberikan banyak peluang kepada penyimpan, pelabur dan penjual untuk membuat untung dengan emas.

Bila harga emas naik, inilah peluang kepada orang yang dah lama melabur sejak 4-5 tahun lepas untuk mendapatkan untung.

Bagi orang yang baru mula nak melabur dalam emas hari ini, peluang nak buat untung akan datang lagi 4-5 tahun akan datang.

Secara amnya harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang, jika kita sudah terlambat untuk ‘beli rendah jual tinggi’, boleh cuba untuk ’beli mahal jual lebih mahal’. Mudah kan?

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Insyaallah.

Haaa, faham?
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
“Sudah tua buat apa lagi simpan emas?”

Ramai penyimpan emas saya yang sudah berusia 50 tahun ke atas. Mereka mungkin bukan simpan emas untuk diri sendiri, tapi mereka nak jadikan harta kepada pewaris.

Emas adalah harta yang boleh diwarisi dan sangat mudah untuk diuruskan. Apa yang saya perhatikan, kenapa emas harta yang sangat mudah adalah:

1. Emas tidak ada pemilikan tetap. Sesiapa saja boleh pindahkan hak milik emas kepada sesiapa saja tanpa perlu diisytiharkan kepada sesiapa. Ini memudahkan proses pembahagian harta.

2. Emas tidak perlu didaftarkan di mana-mana institusi yang kita ada emas. Samada bank, mahkamah dan syarikat mana-mana tidak ada apa-apa maklumat mengenai berapa banyak emas kita ada. Bila nak bahagikan harta, dia tak perlu naik turun mana-mana pejabat.

3. Akaun emas atau emas di syarikat tidak dibekukan bila pemilik meninggal dunia. Sebagaimana bank, semua duit dalam bank akan dibekukan dalam masa 24 jam selepas kita diisytiharkan meninggal dunia.

4. Emas sangat mudah untuk dibahagikan sebab emas dikira dengan gram. Sangat senang nak agihkan harta dengan gram.

5. Harga emas naik untuk jangka masa 2 tahun ke atas. Oleh kerana kita tak pasti akan mati bila, jadi emas lebih sesuai untuk jadikan simpanan bagi pewaris.

Inilah yang saya rasa walaupun sudah berusia pencen, tapi ramai mereka simpan emas banyak. Orang pencen ini biasanya ada banyak duit. Kan? 😄
TAK ADA DUIT SUSAH
TAK ADA PAHALA PAYAH.

Bagi yang masih tercari-cari nak buat simpanan apa tahun ini, anda boleh mula dengan buat simpanan kecemasan dulu.

Kata pakar kewangan, minimum simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji.

Andai kata gaji kita RM3,000, jadi simpanan kecemasan kita sepatutnya RM9,000.

Inilah kita guna kalau ada perkara cemas berlaku tanpa kita duga.

Contoh tiba-tiba kita sakit, kereta rosak, atau diberhentikan kerja.

Simpanan kecemasan ni boleh letak dalam ASB atau Tabung Haji supaya tak terlalu mudah dan tak terlalu susah untuk dikeluarkan.

Cuma kalau tak mampu menahan nafsu terbelanja, boleh tukarkan dalam bentuk emas.

Lagi pun emas pun duit tunai juga.

Bila perlu cash, kita boleh pajak atau jual saja dan dapat duit on the spot.

Saya doakan kita semua berjaya ada simpanan kecemasan.

Kat dunia ni, tak ada duit keluarga kita jadi susah.
Kat akhirat, tak ada pahala kita jadi payah.
Beli emas untuk apa?
======

1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simpan aset, simpan emas”.. Whatt?!? Bukan emas tu untuk gegirl je ke?

2. Taat punya pasal.. Ikut je lah.. Beli satu keping 1 Dinar emas dan simpan. Takde feel pape pun. Kaya pun tak, rasa tak berduit tu ade la sebab tak dapat buat ape lagi dah, sebab dah jadi emas.. Bulan depan beli lagi.. pastu beli lagi.. (masa tu HH umur 25 tahun)

3. Tanpa disedari, dah berkeping-keping emas dalam peti simpanan. “Ok, kali ni rasa kaya sikit.” Kesimpulannya, simpan emas ni bukan nak cepat kaya tapi boleh kawal ketirisan simpanan, pastu pupuk budaya menyimpan dgn berkesan, menghargai titik peluh kerja sebulan yang tak dimamah inflasi.

4. Emas ni pelik. Kita baru simpan 1 gram pun member-member akan pandang kita tinggi. Walhal 1 gram je pun member start. handphone sekarang rata-rata harga RM2,500 dapat beli dekat 10 gram emas. Letak merata atas meja kat kopitiam, tak ada pulak kita takut 🤣

5. Takde pape yang pelik cuma bezanya apa yang kita tahu tentang emas, betul tak apa yang kita tahu & tindakan ada dibuat tak? Tu je..

Ni belum lebih dalam tentang inflasi, tentang sejarah harga emas, tentang nak pilih emas apa yang sesuai. Ni totally nak didik simpan dengan displin je.

Jadi, kalau nak faham tentang emas, jangan tanya member yang takde simpan emas. Tanya orang macam yang buat posting cenggini.. (angkat bakul sendiri). Insya Allah kefahaman akan datang.

Kredit: Raja Emas Borneo
Tukar kaedah menyimpan jika kita tidak berjaya simpan duit sebelum ini.

Emas adalah salah satu kaedah yg sangat berkesan sebab ianya adalah force dan forgotten saving.

Apa itu force saving?
Force saving adalah simpanan yg dipaksa setiap bulan selepas dapat gaji. Gaji masuk terus potong untuk disimpan.

Ada yg buat secara automatik (autodebit) dan ada pula yg buat secara manual.

Apa itu forgotten saving?
Forgotten saving adalah simpanan yg kita kena lupakan, sebaiknya asingkan ke dalam akaun yg berbeza dari akaun yg digunakan seharian.

Ada yg simpan di ASB dan Tabung Haji, dua tempat ini adalah contoh tempat saving yg terbaik.

Kedua-dua kaedah ini boleh dilakukan untuk menyimpan emas, simpanan dalam bentuk emas amat mudah untuk dikumpul berbanding duit tunai.

Nak kumpul RM10,000 lebih mudah dengan 50g emas berbanding kumpul duit kertas.

Haaaa, gituu...
Duit kertas tak sesuai disimpan untuk jangka panjang sebabnya ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM100 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama pada 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat (untuk belanja harian/bulanan) atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori #1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan gram emas yang sama pada 10 tahun akan datang. Emas adalah simpanan yang sangat sesuai untuk jangka panjang.

Mula simpan emas sekarang
Klik sini
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
5 sebab kenapa saya pilih menyimpan emas dengan Public Gold.

1. Boleh bermula serendah RM100. Kalau bajet kecik, boleh beli minima RM100. Tapi kalau ada lebih boleh terus beli 1 gram.

2. Tiada komitmen bulanan. Nak simpan setiap bulan, boleh. Tak nak simpan pun tak apa.

3. Patuh syariah. Perkara yang ramai orang was-was tetapi sekarang sudah selesai kerana Public Gold ada sijil patuh syariah sejak tahun 2017.

4. Tiada caj simpan untuk akaun emas. So beli emas dan dapat emas. Tak perlu nak bayar caj upah simpan. Maximum profit.

5. Dan akhir sekali, boleh withdraw ke emas fizikal. Kalau terasa nak pegang emas fizikal, boleh terus withdraw emas dari akaun emas bila-bila masa.

Ada lagi nak tanya?
Boleh WhatsApp saya. Klik sini
http://www.wasap.my/60139385514/emasRM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Kenapa penyimpan emas takkan rugi:

Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa.

Emas adalah duit tunai juga

Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas / gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yg lebih banyak untuk dapat barang yg sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi

Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa
Tidak ada fomula lain bagi "Penyimpan Emas" melainkan beli saja bila korang ada lebihan duit yang tidak digunakan dalam jangkamasa 2 tahun.

Jangan kata korang adalah penyimpan emas yang berjaya kalau hanya beli emas sekali saja lepas tu tunggu harga emas naik harga.

Orang yang betul berjaya dalam simpanan emas ni adalah orang yang KONSISTEN membeli (kumpul) emas.

Semakin banyak emas yang berjaya dikumpul, itu bermakna semakin kaya (berharta).

Jadi, usah buang masa melihat atau memantau harga, sedangkan sepatutnya adalah pantau berapa gram emas yang berjaya korang kumpul.

Harga emas sudah pasti semakin lama, ia semakin mahal. Bukan kata emas, nasi lemak yang dijual ditepi jalan tu pun semakin tahun semakin mahal harganya.

Jadi buat apa kita nak pening kepala pasal HARGA?
Fokus kepada gram emas saja.😊

Faham?
Kalau faham cepat wasap saya, mula terus
http://www.wasap.my/60139385514/emasRM100
.
.
Kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi?

Orang beli emas ikut-ikut tanpa ilmu akan rugi & sentiasa resah. Harga emas naik, susah hati & harga emas turun pun susah hati.

Bagi yg bermula dengan ilmu, harga emas naik / turun sentiasa senyum & happy. Sebab dia tahu nak buat apa

Saya senaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi:

Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa. Penyimpan emas yg berilmu, dia beli emas gunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2-3 tahun

Emas adalah duit tunai juga

Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas / gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yg lebih banyak untuk dapat barang yg sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi

Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya takkan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Orang yg tak ada ilmu, takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!
Kalau tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan menyimpan.

Sampai bila-bila pun tidak akan ada lebih sebab bila gaji meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut sama meningkat

Apabila dapat gaji, perkara paling utama adalah alihkan terlebih dahulu kepada simpanan minimum 10% daripada pendapatan, selebihnya barulah belanja.

Bukan belanja dulu kemudian baru nak menyimpan yang selebihnya memang tak akan tersimpan lah jawabnya.

Tak payah percaya, buat aje.

Klik sini untuk mula
http://www.wasap.my/60139385514/emasRM100
Rakan dealer yang lain ada nasihatkan, jika ada duit untuk diguna pakai dalam masa sebulan dua atau setahun ni jangan guna untuk beli emas lagi. Lebih baik simpan sahaja duit tersebut sebab emas simpanan untuk jangka masa panjang.

Jika susah sangat nak simpan duit barulah boleh cuba beli emas sedikit untuk menutup duit yang selalu bocor. Dia kata begitu sebab takut nanti anda rasa rugi apabila jual balik emas tersebut. Sebab emas ada spread, untuk jangka masa pendek dan sederhana anda akan rasa rugi kalau jual balik, tapi jika untuk jangka masa panjang tidak menjadi masalah, digalakkan beli dan simpanlah emas.

Sebab kadang-kadang ada orang yang mempertikaikan kenapa dia simpan emas rugi, ada jugak orang yang kata dia simpan emas boleh dapat untung. Yang sebenarnya bukan emas yang menjadikan kita untung dan rugi, tapi ilmu dan kefahaman kita tentang emas yang akan menentukan kita untung atau rugi.

Jika anda kata anda rugi simpan emas, kenapa ada orang kata dia untung simpan emas? Fikirkanlah...
Mindset Seorang Penyimpan Emas

Seorang penyimpan emas hanya ada satu matlamat iaitu menambah jumlah gram emas yang disimpan.

Walaupun harga emas menaik ataupun menurun, seorang penyimpan tetap membeli secara konsisten. 💪🏼

Di sini seorang penyimpan emas mengamalkan teknik averaging sama ada averaging up atau averaging down.

Contohnya, jika harga emas yang dibeli pada harga RM200, RM210, dan RM220. Harga average bagi semua emas yang telah dimiliki adalah RM210. Kaedah ini hanya berkesan pada seorang penyimpan emas yang konsisten.

Tidak perlu risau jika harga naik atau turun. Jika naik, teruskan membeli, jika turun, lebih banyak kita borong. Kerana kita dapat membeli emas yang mahal nilainya dengan harga yang murah. 😍

Ayuh mulakan pembelian dan simpanan emas anda serendah RM100 atau 1g 1 bulan. Tiada komitmen, hanya konsisten. 👍🏼😁👍🏼
Kisah dari rakan dealer....

“Saya dah lama minat emas tapi nantilah saya mula”

Jujurnya apabila saya dengar perkataan tapi ini, saya teringat satu kisah penyesalan seorang pelanggan saya. Berkali-kali beliau nyatakan tentang sikap menyesal beliau kerana bertangguh.
.
Ini kisahnya 😊

Seorang pelanggan saya mengambil masa lima (5) tahun untuk mulakan 1gram simpanan emas.

Saya ulang,
5 tahun.
5 tahun.
5 tahun.

Sebenarnya bukan soal berat 1gram yang beliau mula tetapi soal masa yang terlalu lama untuk bermula. Itulah contoh kerugian yang saya cuba kongsikan.
.
Kita cakap mahu mengkaji tetapi sebenarnya kita ‘mencipta’ alasan untuk kita bertangguh dengan harapan kita mencari masa yang sesuai untuk bermula.

Masa yang kononnya sesuai itu tidak pernah kunjung tiba.

Mula-mula bertangguh membawa kepada sehari.

Kemudian bertangguh membawa kepada seminggu.

Seterunya bertangguh membawa kepada sebulan.

Akhirnya bertangguh membawa kepada setahun.

Maka bertangguh bersambung bertahun-tahun.
.
Kawan-kawan,

Simpan 1gram 1bulan = 12 gram setahun.
Simpan 1gram 1bulan = 24 gram 2 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 36 gram 3 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 48 gram 4 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 60 gram 5 tahun.

Ini hanyalah teori.

Pengalaman saya melihat kuasa menyimpan emas walaupun sekecil 1gram emas ini sangat luar biasa.

Ada orang berjaya capai target 10gram dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 20gram dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 50gram dalam tempoh 9 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 100gram dalam tempoh 15 bulan sahaja.
.
Kenapa?

Bila simpan 1gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding simpan duit RM270 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 5gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM1,350 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 10gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM2,700 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 20gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM5,400 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 50gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM13,500 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 100gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM27,000 walaupun sama nilainya.
.
Kenapa juga?

Sifat emas, lebih banyak kita kumpul lebih banyak kita mahu tambah dan pertahankan emas.

Sifat duit pula, lebih banyak kita kumpul lebih banyak kita mahu guna dan habiskan duit.
.
Siapa yang dah mulakan walaupun sekecil 1gram, pasti akan faham bagaimana aura emas.

Lagi simpan lagi ketagih.
Lagi ketagih, lagi bertambah.
Lagi bertambah, lagi banyak.
Lagi banyak, lagi seronok.
Lagi seronok, lagi bahagia.

Itulah ‘Kuasa’ konsisten simpan emas walaupun sekecil 1gram.
.
Dah mula?
Bagus.
Teruskan konsisten.

Belum mula? 🥺
Hmmmm Jangan bertangguh!
Mula sekarang!

Ambil tindakan segera dan mulakan simpanan EMAS anda hari ini.

Klik aje sini saya bantj

http://www.wasap.my/60139385514/emasRM100
‘Jongkong, Dinar & Barang Kemas yang mana lebih untung?’
‘Yang mana bagus antara Jongkong, Dinar atau Emas Perhiasan?’
‘Saya lebih suka Simpan barang kemas, boleh juga Isteri pakai’
‘Saya tidak suka barang kemas, Jongkong lebih cantik’

Saya kerap ditanya soalan dan diberikan statement seperti di atas.

Jadi saya jawab secara ringkas berkaitan keuntungan barang kemas, jongkong atau dinar. Untuk kita lebih mudah faham dan jelas tentang ketiga item tersebut jawapannya begini,

Barang kemas = Untung
Dinar & Jongkong = Lebih Untung

Jadi, simpan barang kemas bukan tidak untung cuma keuntungan itu tidak sama dengan menyimpan jongkong atau dinar.

Tiga (3) Faktor utama menyebabkan situasi untung atau lebih untung :
1. Ketulenan
2. Caj Pembuatan
3. Spread (Harga Jual Balik)

Pertama-Ketulenan

Barang kemas berketulenan 916, manakala Dinar & Jongkong berketulenan 999.9

Lebih tinggi kandungan emas, maka maka ianya lebih tulen dan membawa kepada nilai yang lebih mahal.

Jadi logik akalnya, lebih tulen maka lebih mahal.
.

Kedua-Caj Pembuatan

Perbezaan paling ketara antara barang kemas dengan Jongkong atau Dinar ialah Caj Pembuatan.

Barang kemas mempunyai Caj pembuatan yang sangat tinggi. Caj pembuatan mengikut rekabentuk emas tersebut.

Lebih susah atau sukar pembuatannya maka nilai atau caj pembuatan lebih tinggi dan mahal.

Sebagai contoh untuk lebih jelas, rekabentuk barang kemas yang berpintal-pintal, berpiuh-piuh, berpilin-pilin, berbengkang-bengkok dan bersimpang siur semestinya lebih mahal daripada barang kemas yang lurus.

Kita baca dan dengar pun sudah susah, inikan pula untuk menghasilkan rekabentuk sebegitu 😁
.

Ketiga-Spread

Antara perkara yang paling sukar sekali untuk faham tentang emas ialah Spread. Spread ialah harga belian balik. Ini bermaksud kita hanya faham ketika situasi menjual semula emas tersebut.

Di Public Gold, Dinar & Jongkong mempunyai spread yang sangat nipis sekitar 6% hingga 8%.

Barang kemas mempunyai spread yang sangat tinggi sekitar 15% hingga 40% kerana barang kemas kategori Emas terpakai (Used Gold) apabila jual disebabkan faktor calar, bengkok, patah, kemek dan sebagainya.

Ringkasan

Nak melabur pilih jongkong emas atau dinar emas. Nak melaram pilih barang kemas. Kesemuanya untung, bezanya untung atau sangat untung.

Simple ja. Tak perlu rumitkan 😁
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Hari ini dah ada pelbagai kemudahan online seiring dengan zaman teknologi, segala urusan boleh buat di mana-mana asalkan ada akses internet.

Public Gold adalah salah satu syarikat emas yang komited untuk membantu orang ramai untuk buat simpanan yang mudah dan selamat.

Sejak dari 2008 hingga ke hari ini sudah 13 tahun Public Gold memberikan servis berkaitan dengan jual beli emas dan perak secara online.

Public Gold menyediakan satu akaun simpanan emas (GAP) untuk memudahkan orang ramai untuk beli, simpan, jual atau gadai emas secara online 24 jam sehari 365 hari setahun.

Saya nak kongsikan 5 fungsi akaun simpanan emas (GAP) yang boleh digunakan oleh penyimpan emas yang berdaftar dengan Public Gold.

Konsep utama akaun simpanan emas (GAP) adalah untuk membantu orang ramai menyimpan emas dengan bajet yang rendah. Dengan RM100 pun boleh simpan emas hari ini.

Akaun simpanan emas (GAP) juga membantu orang ramai untuk simpan emas setiap bulan dengan yakin dan tenang. Setiap transaksi akaun simpanan emas (GAP) adalah patuh syariah.

Bonus simpan emas di akaun simpanan emas (GAP) tidak dikenakan caj upah simpan, boleh simpan sebanyak mana gram emas secara percuma.

Secara amnya bila dah daftar akaun Public Gold, automatik kita akan dapat akaun simpanan emas (GAP). Kita boleh akses akaun simpanan emas (GAP) kita melalui 2 kaedah; website dan app Public Gold.

Saya kongsikan cara untuk manfaatkan fungsi akaun simpanan emas (GAP) untuk kita dapat gunakan sebaik mungkin semua fungsi tersebut.

1. Purchase; kita boleh beli emas Public Gold secara online melalui sistem FPX ataupun manual transfer ke akaun bank Public Gold.

Setiap sen yang dibayar akan ditukarkan jadi gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) kita. Minimum pembelian adalah RM100.

Public Gold akan simpan gram emas kita, turun naik harga emas semasa tidak akan ada kesan pada gram emas yang kita dah simpan. Apa yang berubah adalah harga emas yang kita dah simpan.

2. Buyback; kita boleh terus jual emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online. Duit Public Gold akan bank in ke akaun bank kita dalam masa 1-2 hari bekerja.

Harga jualan balik mengikut pada harga buyback (PG buy) semasa di website Public Gold, kadar spread adalah 9% dari harga GAP semasa.

3. Transfer: kita juga boleh gunakan gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) untuk digunakan sebagai kredit (c-wallet) untuk membeli barang keperluan di platform PG Mall.

Gram ditukarkan kepada c-wallet ikut kadar harga GAP semasa dan dikenakan fee 5% dari jumlah transfer. Contohnya transfer emas bernilai RM100, kita akan dapat RM95 c-wallet.

4. Arrahnu; kita boleh gadai emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online dan tunggu duit pinjaman masuk ke akaun bank kita.

Kadar marhun ikut harga GAP semasa, upah simpan 1% sebulan dan had pinjaman 70% dari nilai marhun. Tempoh pinjaman maksimum selama 6 bulan.

5. Withdraw; akhir sekali kita boleh keluarkan emas fizikal mengikut baki gram yang kita ada dalam akaun simpanan emas (GAP) kita.

Boleh request Gold In Transit (GIT) untuk minta HQ Public Gold pos ke alamat kita atau buat appointment di cawangan Public Gold berdekatan untuk ambil emas fizikal.

Gold In Transit (GIT) ada insurans yang dijamin oleh Public Gold, tak perlu risau parcel hilang atau tak sampai. Caj untuk Gold In Transit (GIT) cuma RM10 sahaja.

Begitu mudah untuk kita menguruskan emas kita hari ini dengan adanya akaun simpanan emas (GAP) ini, Manfaatkan semua fungsi GAP dengan sebaiknya untuk kita membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Insyaallah.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.
Nota Emas Syawal Ameron:
🤔 Apa Itu Forgotten Saving? 🤔

👉🏻 Simpanan yang kita ada tapi kita lupakan.

💫 Contoh 5 tahun lepas ada beli emas 10 gram lepas tu lupa disebabkan sibuk. Then one day terjumpa surat emas 10 gram yang kita beli dulu.

💫 Simpanan yang tak payah nak fikir pon. Tak fikir = lupa.

💫 Contoh simpan duit dalam bank. Mesti kita akan check baki account tu sebab duit sentiasa nak guna.

💫 Namun, berbeza dengan emas dimana kita cuma simpan je dan lepas itu biarkan.

Begitulah.

Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.

Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja.

Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

Begitulah.

Nak mulakan serendah RM 100 pun boleh.

Klik sini jika berminat ya
http://www.wasap.my/601329385514/emasRM100
Duit bocor kerana 3 perkara :

1. Seronok belanja
2. Tersalah melabur (skim cepat kaya)
3. Orang pinjam.

Oleh itu pesan saya buat sahabat-sahabat, bagi mengelak 3 kebocoran utama ini, saya sarankan;

1. Alihkan simpanan ke tempat-tempat yang sukar untuk dikeluarkan. Contoh Tabung Haji tanpa ada kemudahan kad ATM.

2. Melabur di tempat yang sah dan diakui oleh kerajaan, boleh rujuk Bank Negara Malaysia. Melabur dalam mendapatkan ilmu dahulu adalah jalan terbaik.

3.Tukar kepada hard aset yang mesra 'cair' seperti emas. Masa senang jadi aset, masa susah jadi duit.

InsyaAllah
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Bijak dan duit

Orang kurang bijak fikir duit ada 1 fungsi, iaitu hanya untuk dibelanjakan.

Orang bijak fikir duit ada 2 fungsi iaitu disimpan dan dibelanjakan.

Orang lebih bijak fikir duit ada 3 fungsi iaitu disimpan, dibelanja dan dilaburkan.

Orang amat bijak fikir duit ada 4 fungsi iaitu disimpan, dibelanja, dilaburkan dan disedekahkan.

Kita nak pilih kurang bijak, bijak, lebih bijak atau amat bijak, terpulang. Betul kawan, duit tidak berakal. Tapi tuan duit mesti ada akal kan.

Turun dan naik emas itu biasa.Yang luarbiasanya bila kita terus konsisten simpanan emas untuk capai matlamat.

Semoga bermanfaat. 💪