BIJAK EMAS
23 subscribers
58 photos
3 videos
81 links
Download Telegram
" Aku rasa susah nak menyimpan lah"

Ok, apa masalahnya?

" Gaji aku setakat sekarang sikit sangat bro, nak simpan pun tak cukup"

Ok, lagi?

"Itulah, mungkin bila gaji aku banyak, aku mudah nak menyimpan kan? Betul tak?"

Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN

" Eh betul lah kan? Dekat mana salahnya?"

Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.

Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu.

Nilai kembali betulkah apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?

1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?

2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?

3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?


Maka bagaimana kita nak menyimpan?

Begini kawan,

Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri.

Kalau ada duit syiling, simpan duit syiling

Kalau ada duit not 5 ringgit, letak asing dalam tabung

Kalau rasa boros juga, boleh juga simpan emas.

Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.

Pernah dengar kan?

" Besar periuk, besarlah keraknya?"

Begitulah kawan-kawan, mungkin sekarang kita rasa buat apa nak menyimpan, tapi percayalah satu hari bila kita sesak, simpanan ni lah yang berguna pada kita.

Haa, faham kan...😉
7 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas

Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.

Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.

Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 3 tahun saya dalam bidang emas:

7 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada SST atau GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Tiga perkara asas yang perlu kita usahakan dikala kita masih berkerjaya dan mempunyai gaji bulanan (pendapatan aktif) adalah:

1. Bina Dana Kecemasan minimum 6bulan
2. Bina Pendapatan Pasif setaraf pendapatan aktif
3. Kawal perbelanjaan bulanan dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif

Sebab kalau ditakdirkan kita hilang sumber pendapatan utama, kita masih lagi boleh survive dengan Dana Kecemasan yang ada...

Jika kita ada Dana Kecemasan sebanyak 6bulan gaji, secara teoritikal kita akan mampu untuk survive selama 6bulan tanpa sebarang gaji bulanan. Tetapi saya amat yakin actual practice kita tidak akan pernah cukup...

Sebab itu kita perlu back-up plan dengan membina pendapatan pasif setara dengan pendapatan aktif...

Jika berlaku apa-apa kecemasan terhadap pendapatan utama, kita masih lagi boleh tersenyum indah sebab kehidupan kita masih boleh berjalan seperti biasa..

Tapi dengan syarat, kita perlu kawal jumlah perbelanjaan bulanan kita tidak melebihi pendapatan aktif kita...

Sebaiknya kita perlu kawal perbelanjaan bulanan supaya sentiasa dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif...

Ramai di antara kita yang gagal membina status kewangan yang mampan sebab mereka kalah dalam mengawal jumlah perbelanjaan bulanan mereka...

Sebab itu pepatah melayu ada berkata "ukur baju dibadan sendiri", cuma kita saja yang selalu ambil sambil lewa...

Kalau kita lihat dengan keadaan ekonomi negara dan dunia sekarang ini, 3 perkara asas ini bukan lagi soal pilihan samada kita mahu buat atau tidak mahu buat...

Nak tak nak, kita hanya ada satu pilihan iaitu "mesti buat" demi memastikan kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun...

Betul ‼️ Rezeki itu ketentuan ALLAH tetapi kita sebagai hamba-NYA perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Menyimpan Rm di bank dengan menyangka nilainya akan bertambah itu silap.

Walaupun bank menawarkan deviden kepada penyimpannya tetapi kadar inflasi secara purata lebih tinggi sebenarnya.

Inflasi ini macam anai-anai. Walaupun kecil tetapi kesannya boleh meruntuhkan sebuah rumah. Nilai Rm kita berkurang setiap tahun.

Sebab itu antara nasihat pakar kewangan meminta simpan Rm di bank sekadar untuk kegunaan semasa. Tak sesuai untuk simpanan masa depan.

Begitu
Begitu mudah nak beli emas dengan Public Gold.

Ini adalah contoh kalau kita nak beli melalui app Public Gold.

Boleh masukkan jumlah emas yang kita nak beli samada dalam berat gram atau nilai RM.

Yang penting minima pembelian adalah RM100 (atau 0.3788 gram kalau ikut harga hari ini).

Selepas masukkan jumlah emas yang kita nak beli, tekan je button Place Order dan buat pembayaran menggunakan online transfer.

Selesai je buat pembayaran, akaun emas kita akan dikemaskini dalam tempoh 24-48 jam. Tapi biasanya dalam 1 jam selesai dah dan terus ada simpanan emas dalam akaun kita.

Soalan?

Klik sini http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Sebagai Gabenor untuk diri saya sendiri, ini adalah manifesto matlamat kewangan saya yang saya kena capai:

1. Dana kecemasan 6 bulan gaji basic.

2. Simpan > 10% gaji setiap bulan (emas dan wang).

3. Hutang kurang daripada 50% gaji bulanan.

4. Melabur 10% gaji bulanan.

5. Tidak berhutang dengan kawan.

6. Rajin bersedekah dan bayar zakat.

Kalau sahabat nak tiru, dipersilakan tiru. Kita majukan kewangan kita sama-sama, ok?

Kita tak berlawan dengan sesapa. Kita berlawan dengan diri kita sendiri. Kalau kita menang, kita yang untung dan orang lain tak rugi.
Selepas beli emas, emas tu nak buat apa?

Penyimpan emas, tak tahu nak buat apa dengan emas yang telah dikumpul.

Tips yang saya nak bagi mudah saja. Kumpul saja sebanyak mana yang kita mampu dan gunakan emas apabila memerlukan.

Contohnya jadikan modal niaga, modal beli aset yang menguntungkan seperti rumah atau tanah, atau target nak kerjakan umrah dan tunaikan haji bila tiba masanya atau lain-lain yang berfaedah menggunakan emas yang dikumpul.

Jangan rasa rugi kumpul emas, sebab emas kekal bernilai dan terus bernilai dalam jangkamasa panjang.

Sepatutnya kita lebih risau simpan duit semata, kerana nilai duit sentiasa susut kuasa beli setiap tahun.

Ini terbukti, kuasa beli dengan ringgit semakin mengecil jika dibandingkan zaman nenek moyang kita.

Kesedaran terhadap emas harus kita ambil maklum. Emas adalah matawang sebenar bukannya duit kertas.
Forwarded from BIJAK EMAS
Ini pesan mentor saya :

Jangan habiskan usia kita dengan aktiviti yang tidak memberi impak kepada kehidupan kita.

Usia muda kena pelbagaikan sumber pendapatan. Ubah mindset kita dahulu. Baru tindakan.

Baiki kewangan. Baiki aliran tunai. Baiki simpanan. Miliki aset. Jangan jana liabiliti.

Apa yang boleh kita buat, sebagai kickstart kita ke arah itu?

🔸 Mulakan membaca buku
Apa sahaja buku. Self-help, self-motivation, kewangan dan hartanah, agama.

🔸 Labur diri untuk hadir seminar
Banyak seminar, talk, bengkel percuma untuk tambah baik diri. Minda kita aset yang paling penting untuk berubah.

🔸 Cari mentor
Nak tak nak, kena ada mentor yang bimbing kita. Supaya jelas matlamat itu. Dapatkan mentor yang terbukti berjaya (proven).
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Slow slow bekukan wang anda dalam bentuk emas.

Bila dah beli.
Kena peram dulu 2-3 tahun.
Lepas tu baru boleh menuai hasilnya.

InsyaAllah jika rajin peram lama sampai 10 tahun, anda akan senyum panjang dari Melaka sampai Singapura. Hahaha gitewww.

Buang habit boros membazir beli ntah apa-apa tu.... tak bawa manfaat pun.

Upgrade diri !!
Jadilah orang yang bijak urus duit dan bijak bekukan duit sendiri.

Siapa yang paling berdisplin peram emas kuning, dia yang untung besar satu hari nanti.

Ingat pesan saya.
Beli-simpan-peram.
Nak beli EMAS dengan Public Gold ada 3 kaedah pembelian. Jadi pilih la salah satu kaedah ikut kesesuaian kita.

1 - Beli full payment - Lock, bayar dan kena simpan sendiri.

*Contoh*
Beli 10gram seketul, bayar 2600*, pergi collect di branch.


2 - Beli kaedah EPP atau ansuran. Habis bayar kena ambil dan simpan sendiri.

*Contoh*
Beli 10gram emas, tapi boleh buat ansuran 4/10 bulan.

Contoh beli emas 10g RM 2600, bayaran bulanan sekitar RM 260.

Dah habis bayar boleh collect di branch.

3 - Kaedah AKAUN SIMPANAN EMAS atau dikenali sebagai GAP -

Boleh keluarkan fizikal bila-bila masa atau suruh Public Gold simpankan tanpa sebarang caj dikenakan.

Minima belian serendah RM 100

*Contoh*

Saya setiap bulan bank in RM 100 ke akaun emas GAP saya.

Bila dah cukup setahun saya dah ada 6g.( *Anggaran RM 100 : 0.3±g*)

Jadi saya ada pilihan untuk :

1. Keluarkan 5g seketul, atau 1g 5 keping.

2. Boleh jual secara online 5g tersebut.

3. Boleh pajak gadai secara online.

Anda suka cara yang mana satu, mari saya bantu.

http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
5 Tips Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

Tips1 : Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai "forgotten saving" (simpanan untuk dilupakan).

Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

Tips2 : Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas.

Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Mindset menyimpan iaitu, “simpan dulu belanja selebihnya" bukan "belanja dulu simpan selebihnya".

Tips3 : Jangan tunggu harga terbaik.

Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

Tips4 : Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.

Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan.

Tips5 : Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping. Atau cukup 11 gram, keluarkan gold bar 10 gram sekeping dan simpan dalam dompet!

Buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang "feel" akan berbeza. la mempengaruhi minda separa sedar (subconscious mind) supaya kumpul lebih banyak kepingan emas!

Dapat sesuatu?

Nak simpan emas 1gram 1 bulan, wasap saya di sini
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
JANGAN AMBIL REMEH SIMPANAN EMAS

Ramai mula sedar, bila dah mula simpan "Kalau aku simpan emas dari dulu kan bagus.. banyak juga gram dapat".

Apa yang penting untuk mula simpan emas ialah MINDSET dan TINDAKAN.

MINDSET yang betul tentang simpanan & pelaburan emas. Emas bukan buat kita kaya esok hari, namun orang yang ada emas takkan jatuh miskin. Mula simpan 1gram, 1bulan. sudah cukup baik daripada tak mula simpan langsung.

EMAS makin tinggi nilainya bukan macam duit kertas.

TlNDAKAN yang betul boleh jadi satu perubahan besar dalam hidup. Contohnya, dah tahu tentang emas, terus buat. Jangan bertangguh sebab emas tak tunggu kita betul-betul bersedia.

Tiba-tiba je emas dah harga RM300 satu gram.
Nak beli emas ini tak perlu pun tunggu jadi kaya.

Semua orang boleh beli emas.

Semua orang boleh simpan emas.

Yang penting kena tahu caranya.

So macam mana nak beli dan simpan emas?

Alihkan sekurang-kurangnya RM100 dari duit gaji kita dan beli emas sebagai simpanan dengan akaun emas Public Gold.

Dengan harga hari ini akan dapat dalam 0.3±g emas.

Tapi kalau ada bajet lebih, beli terus 1g emas.

Bila beli akaun emas ini, kita tak perlu risau nak simpan dekat mana sebab Public Gold yang simpankan untuk kita.

Dan yang penting, penbelian kita semua ini adalah patuh syariah.

Begitulah.
EMAS PENYELAMAT KETIKA GAWAT

Anda pernah rasa suatu ketika anda tak berduit?

Nak beli beras pun kena pecahkan tabung anak. Nak beli susu anak terpaksa pinjam duit kat kawan-kawan.

Menabunglah kawan-kawan. Ingat saat "Susah" ketika anda masih "Senang".

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Tak perlu banyak, 10% pun sudah memadai.

Bila saat kesusahan, anda boleh gadai emas anda untuk dapatkan tunai. Jadikannya sebagai "back-up" ketika anda memerlukan.

Mungkin sekarang anda tak perlukannya, ketika anda senang ini cuba bayangkan saat anda pernah susah.

Mulakan hari ini dengan menabung emas. Anda pasti tak akan kecewa dikemudian hari.
Duit atau emas?

Semua orang kenal duit, tak semua orang kenal emas. Ramai kenal duit sebab setiap hari kita guna duit untuk urusan jual beli. Anak kita umur 6 tahun pun kenal duit.

Tapi tak ramai yang betul-betul kenal emas, emas dianggap sebagai pelaburan sahaja. Satu kerugian besar jika emas hanya digunakan sebagai pelaburan.

Ada banyak lagi kegunaan emas yang kita boleh manfaatkan bila kita dah simpan emas. Salah satunya adalah emas boleh dijadikan simpanan untuk ubati penyakit boros.

Ada duit macam-macam fikir untuk belanja, sampai satu tahap benda kehendak habis dibeli jika ada duit. Ada emas belum tentu nak belanja sebab kita ada perasaan sayang untuk jual emas yang kita dah lama simpan.

“Alaaa..sayangnya nak jual. Dulu beli harga RM140, sekarang kalau jual nak beli balik dah RM257.” 😅

Begitulah perasaan orang yang simpan emas, emas hanya dijual atau digadai untuk perkara keperluan sahaja. Sebab itulah simpanan penyimpan emas makin bertambah setiap bulan.

Bagi pendapat saya emas dan duit sama penting; simpanan duit untuk digunakan dalam jangkamasa pendek dan simpanan emas untuk digunakan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

Dua-dua saling melengkapi dan ada fungsi tersendiri, apalah nilai emas kalau tiada duit? Kejatuhan nilai duit membuatkan harg emas naik tinggi saban tahun. Kalau nak lindungi nilai duit simpanan yang banyak boleh tukarkan sebahagiannya kepada emas.

Tak perlu simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas, pakar kewangan pesan dapat simpan 10% dari gaji setiap bulan dalam bentuk emas pun dah cukup bagus. Dapat simpan lebih itu lebih baik.

Apa yang penting simpanlah duit dan emas dengan ilmu insyaallah kita boleh memperbaiki kewangan kita pada masa depan. Wallahualam.

Mula simpan emas sekarang...
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
4 PRINSIP UTAMA MENYIMPAN

Sebenarnya ada 4 prinsip penting untuk kita berjaya menyimpan.

1. Simpan 10% Daripada Pendapatan Bulanan. Jangan bertangguh untuk membuat potong sebaik sahaja mendapat gaji. Simpan dulu baru belanja. Simpan dan lupakan.

2. Simpan ditempat yang sukar untuk dikeluarkan atau kita rasa sayang untuk belanjakan seperti EMAS. EMAS sifatnya untuk disayangi dan disimpan. Manakala Tunai untuk dibelanjakan.

3. Jangan bertangguh lagi. Jika belum bermula, mulakan sekarang. Yang penting tanamkan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Yang penting konsisten. Akaun Gold Accumulation Program(GAP) anda boleh bermula RM100 atau 1gm.

4. Simpanan yang kalis inflasi. Tukarkan sebahagian tunai kepada gram EMAS kerana sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, nilai EMAS tetap sama sehingga hari ini. Lebih 1400 tahun dahulu harga seekor kambing adalah 1 dinar dan hari ini 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing.

Berbanding dengan tunai, 10 tahun lepas RM1 masih mampu untuk mendapatkan 3 keping karipap. Adakah hari ini masih boleh? Adakah karipap 10 tahun lepas berbeza dengan karipap hari ini. Adakah Abah yang menjual karipap hari i ini lebih kaya dari Abah yang dulu.

Jawapannya pasti TIDAK.
Barang yang sama tetapi harga meningkat selari dengan perubahan masa- INFLASI.
Bagi yang faham, sebenarnya tak perlu fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab apa?

Cuba kita tengok, selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

Dah jelaskan? Jadikan hari ni sebagai permulaan simpan emas.

Klik sini, http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Bila duit kertas RM100 dipotong menjadi dua, nilai setiap keping itu takkan menjadi RM50. Sebaliknya, nilainya menjadi #kosong.

Berbeza dengan emas 10gram. Bila ia dipotong dua, nilainya akan menjadi 5gram + 5gram.

Ini buktinya nilai duit kertas bukanlah terletak pada kertas. Dan duit itu sendiri tak ada nilai yang melekat (intrinsik) pada kertas itu sendiri.

Sebaliknya, nilai duit kertas itu terletak pada jaminan kerajaan yang dipaksa ke atasnya, bukan sebab nilai pada kertas itu sendiri.

Ini berbeza dengan emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Maka nilainya boleh dibahagi-bahagikan menjadi seberapa kecil yang kita mahu. Sekecil manapun saiz dan berat emas tersebut, ia tetap #bernilai.

Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.

Dah faham kenapa kita kena ada aset emas sebagai simpanan? Bermula hari ni ya.

Klik sini saya bantu
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Setiap orang mungkin berbeza.

Kalau pengalaman saya, duit yang dibiarkan dalam akaun tak dapat bertahan lama.

Ada-ada sahaja nak dibelanjakan.

Ya, tak kisah, simpan kat ASB atau akaun bank biasa. Kalau akaun bank ni, lagi lah, tak tahan lama.

Kalau berterusan begini, sudah tentu kekayaan kita makin berkurangan. Simpan, habis, simpan, habis. Simpan lagi,habis lagi.

Berbeza kalau simpan dalam bentuk emas. Ia susah bocor sebab kita terpaksa ambil tempoh bertenang (kena ju al atau pajak dulu) sebelum berbelanja.

Jadi, kita tak akan sesekali ju al emas untuk tujuan yang tak berapa penting.

Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim.

Cuma itulah, kalau duit dalam akaun bank, kita biasanya tak fikir panjang.

Tarik sikit-sikit, lama-lama habis.

Akhir sekali simpanan tak ada, nak kaya pun lambat.

Jadi, hanya dengan ubah cara kita menyimpan hari ni, ia banyak mengubah masa depan kita akan datang.
“Rasanya dah terlambat saya nak mula simpan emas ni. Apa pendapat Tuan?”

Ini persoalan yang baik. Ia mengajak kita berfikir betul ke kita ni dah terlambat simpan emas?

Ini pencerahan saya,

1. Ada orang mula awal menyimpan emas tetapi simpanannya tidak berubah kerana mereka hanya mula sekali seumur hidup simpanan emas & berhenti dengan niat untuk ‘try aje’.

Mula 10 tahun lepas. Tapi cuma ada 1 gram aje.

2. Ada orang bermula awal menyimpan emas dan simpanannya semakin hari semakin banyak kerana mereka konsisten menyimpan emas.

Setiap bulan beli 1 Dinar emas. Konsisten sejak 10 tahun lepas.

3. Ada orang bermula lambat tetapi diakhir cerita, simpanan emas mereka jauh lebih banyak daripada orang yang mula awal.

Keyword adalah konsisten.

4. Ada orang tak bermula langsung. Tiap-tiap tahun hanya mendengar dan melihat harga emas naik. Tak tahu tapi malu nak tanya. Kamon gais, kami tak makan orang.

Jadi, ianya bukan soal lambat atau cepat, tetapi tentang mahu mula atau tidak.

Moga pencerahan ini berikan semangat kepada kita semua untuk tambah emas lagi dan lagi.

Mulakan simpanan emas sekarang, klik sini
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
SOALAN: Di manakah saya boleh menjual emas?

JAWAPAN: Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.

Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Anda akan melalui kurang kerenah di sana.

Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli (1) emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyai pasaran yang paling luas, (2) daripada syarikat-syarikat yang besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah rendah.

Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya.