BIJAK EMAS
23 subscribers
58 photos
3 videos
81 links
Download Telegram
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Nak tahu caranya boleh wasap saya terus, klik aje
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Seorang follower saya minta pendapat tentang situasi beliau.

Nak beli emas sekarang, untuk dapat keuntungan dan nak jual pada Oktober 2021 sebagai belanja kahwin

SAYA TAK RECOMMEND.
LEBIH BAIK SIMPAN DUIT JE

1️⃣ Emas sesuai untuk jangka panjang. Kalau duit yang ada sekarang, belum ada plan nak pakai apa-apa dalam masa setahun. Baru beli emas.

2️⃣ Bagi penyimpan emas, konsisten 10% je dari gaji je sebulan. Tak perlu banyak. Yang penting simpan, dan lupakan. Sedar-sedar dah banyak.

3️⃣ Harga emas dalam jangka masa pendek ada turun dan ada naik. Dalam jangka masa panjang, setakat ni terus menaik.

4️⃣ Hakikatnya, bukan nilai emas tu naik, tapi nilai duit yang kita simpan emas tu semakin lama semakin mengecil.

Faham kan???
Bagi yang belum pernah pegang syiling emas 5 dinar 999.9 (21.25 gram) Public Gold.

Ini saya kongsikan gambarnya. Boleh cuci mata.

Salah satu tips untuk pastikan simpanan emas sentiasa bertambah ialah sentiasa tengok emas tu.

Kalau ada dalam simpanan sendiri, pegang dan tengok emas tu selalu.

Sebenarnya, lagi besar item yang kita pegang, lagi kuat auranya, dan lagi cepat simpanan emas kita bertambah.

Itulah pengalaman kebanyakkan penyimpan emas. Auranya lain macam.

Cuma kalau simpan duit dalam akaun bank, tak boleh guna teknik ini. Nanti lagi cepat duit itu lesap kena belanja.

Dah faham kan? Jadikan hari ni sebagai permulaan simpan emas.

Sekarang kita boleh kumpul emas serendah RM 100 dengan AkaunEmasGAP. Dan keluarkan 5 dinar sebegini pada masa akan datang.

Nak bermula serendah RM 100, klik link ni http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
"Wal, bila masa sesuai simpan emas?"

Semalam saya dapat pertanyaan begini.

Sebenarnya, kalau kita simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang, at least 2 tahun dan ke atas, mula saja. Tak ada istilah masa yang sesuai.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab apa?

1. Emas boleh dikatakan confirm naik untuk jangka masa panjang.

Sebab utamanya ialah kuasa beli duit kertas kita yang confirm akan merosot disebabkan inflasi.

Kalau karipap confirm akan naik dalam jangka panjang, inikan pula emas.

2. Harga emas paling rendah hanya kita akan tahu bila dah naik balik dan jadi sejarah.

Tahu pun hanya mampu tengok, sebab dah tak boleh dapat lagi.

Jadi, sebenarnya bila-bila masa sesuai untuk bermula simpan emas.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
#TabungDuit

MENGAPA LAMBAT KAYA?

1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar

2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya

3.Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.

4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi

5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.

6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.

7. Gila buka Lazadada dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.

8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya.

9. Hutang dengan along yang mau tolong

10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangga bila kawan kata kita bank bergerak mereka.

11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, "Lawa giler City lu bro, dah macam Audi"

12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan

13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil

14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.

15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.

16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.

Nak jadi pemberi zakat atau penerima zakat bang?

Gegadis tak suka sangat naik motor, cair mek up mereka.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Nota dari guru kewangan Dr Azizul Azli Ahmad...

Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk kita nilai kembali hidup kita.

Kita dimana dalam garis hayat ini?

Apa kita lakukan untuk kebaikkan dan akhir hayat kita?

Tanya diri kita,

1. Apakah kita telah ada kerjaya yang baik?

2. Apakah simpanan kita sudah baik?

3. Apakah pelaburan persaraan kita nanti ?

Semak, dan tandakan dimana kita sekarang. Berapa tahun lagi berbaki sebelum bersara.

Jangan ceritakan pada sesiapa, jawapan itu untuk kita nilai kembali hidup kita.

Bersara dengan tenang dan beribadah kepada yang Maha Esa atau masih kekal bekerja siang dan malam kita.

Jangan pilih untuk kalah, pilihlah untuk menang.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Pernah tak dengar satu perkataan disebut lebih dari 10 kali?

Tentu pernah kan.

Dalam satu temubual dengan Tuan Azizi Ali Pakar Kewangan. Beliau ada sebut perkataan 'konsisten' lebih dari 10 kali semasa bercakap tentang simpanan emas.

Maksudnya konsisten ni adalah penting kalau nak berjaya dalam menyimpan emas.

Sebenarnya ada banyak sebab kita perlu konsisten simpan emas. Dah dapat gaji, simpan dulu walaupun 1 gram. Selebihnya baru belanja.

Ini saya kongsikan 3 dulu sebabnya:

1. Kita tak tahu bila emas akan turun rendah seperti yang kita nak. Tunggu dan tunggu, akhirnya tak ada.

2. Dalam menunggu tu, risiko duit simpanan kita bocor sangat tinggi. Takut nanti bila emas tengah rendah, duit pula habis. Jadi, rendah pun dah tak guna.

3. Ini paling penting, simpan emas dengan konsisten selalunya lebih jimat. Sebab kos emas yang kita miliki akan sentiasa rendah bila dikira secara purata.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang konsisten akan memilki aset emas yang banyak. Dan keuntungan pun lebih banyak bila emas naik tinggi akan datang.

Faham faham !!!
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Nak tahu caranya boleh wasap saya terus, klik aje
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
TUKAR WANG KERTAS JADI WANG EMAS

Kita ubah mindset beli kepada tukar. Selalunya kita selalu beranggapan ada duit beli emas, cuba ubah mindset ada duit tukar kepada emas.

Bila kita berjaya ubah mindset macam ni, adalah lebih mudah untuk kita mengumpul emas. Sebab selalunya bila beranggapan beli, mindset kita akan berkata "abis la duit aku".

Tukar duit jadi emas, duit kita tak habis pun, cuma ia bertukar dari kertas kepada logam emas.

Lagi seronok kumpul emas berbanding duit kertas. Feel dia lain macam, silap haribulan sampai ketagih nak tukar duit jadi emas!

Jadi, mulakan langkah bijak untuk beli dan simpan emas sikit-sikit , lama-lama nanti jadi banyak! Mulakan simpanan anda serendah RM 100 sahaja!
”Setiap Masa Beli Emas, Bila Boleh Jual?”

Sebelum saya mula menyimpan emas, soalan inilah yang sentiasa bermain di fikiran. Bila masa nak jual emas2 ni.

TETAPI…

Setelah mula membeli emas, tak terdetik pun di hati nak menjual walaupun seketul. Malah rasa nak membeli emas tu makin kuat untuk disimpan menjadi aset.

Ramai orang befikir, instrumen emas ni menggunakan kaedah

”buy low, sell high”

Ini cara traders dan investors bukan penyimpan. Pemikiran seorang penyimpan emas adalah

”beli dan simpan”

Yang penting kuantiti emas kita bertambah. Jika bertambah, bermaksud lebih banyak aset kita yang dapat kita selamatkan daripada inflasi. Nilainya juga terjamin dalam jangka masa panjang.

3 Waktu Sesuai Jual/Gadai Emas

1) KECEMASAN

Menghadapi hal kecemasan dan duit simpanan kecemasan juga dah habis. Ada emas maka adalah duit.

2) KEUNTUNGAN

Ada peluang menjana keuntungan yang lebih baik berbanding simpan emas seperti dijadikan modal pusingan untuk bisnes atau membeli aset kekal yang lebih menguntungkan seperti hartanah dan rumah.

3) CAPAI MATLAMAT

Matlamat simpanan emas sudah tercapai seperti simpanan pendidikan anak-anak, simpanan pergi haji dan sebagainya.


Jadi selagi tak terjumpa situasi di atas, selagi itulah emas sesuai dibeli dan disimpan.

”Tak Rugi ke Beli Emas Waktu Harga Mahal?”

Harga emas sentiasa mahal. Hari ini harga emas RM260/g orang cakap mahal. Dulu harga RM170/g pon orang cakap mahal. Akan datang harga RM300/g pon orang cakap mahal.

Mari saya bawa saudara sekalian melihat dari perspektif yang lain.

Hakikatnya NILAI emas tetap sama tidak berubah. Pergerakan turun naik harga emas adalah disebabkan naik dan turunnya nilai matawang yang kita guna.
🤔🤔🤔

Faham ke faham? Hehe

Renung-renungkan. 😉

Ambil tindakan segera dan mulakan simpanan EMAS anda hari ini. 👍🏼😊👍🏼

Now or Never
Do or Die

Klik sini untuk bermula
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
"Kenapa kita perlu simpan emas?"

Sebenarnya begini, saya pun sama juga dulu. Belum faham.

Biasanya, yang simpan duit belum tentu beli harta. Kalau yang simpan emas, sudah tentu dia berharta.

Biasanya duit dibuat apa?

Sudah tentu dibelanjakan. Memang tak ramai yang fikir nak beli harta bila ada duit. Contoh, beli rumah atau hartanah untuk disewakan.

Selalunya, duit habis hujung bulan. Bulan depan, ulang lagi benda yang sama.

Bila duit sudah bertukar jadi emas sedikit demi sedikit, secara diam-diam dia sudah membina aset.

Ya,tanpa kita sendiri sedar.

Eh, sudah ada berpuluh gram bahkan beratus gram emas dalam simpanan!

Emas ni best, sebab harta yang boleh kita kumpul sekecil 1 gram. Kalau kat Public Gold, hari ni cuma R M 250 sanuhaja. Memang mampu milik.

Bagi yang belum mampu ada aset yang besar. Kita bermula dulu dengan aset yang kecil sebagai latihan ya.
EMAS TAK AKAN JATUH NILAI 0 DAN BERTAHAN SAMPAI MATI

Apa pelaburan terbaik yang kita boleh buat sekarang?

1. Hartanah. Saya tak nafikan beli rumah / tanah akan bagi pulangan yang besar jika kena tempatnya. Tapi kalau salah tempat dan masa, ia boleh jatuh nilai 0. Ingat Kondominium Highland Tower di KL, bukankah nilainya jatuh 0 sehingga kini? Tak lakuuuu

2. Tanah. Adakah tanah yang selalu dilanda banjir, kebun yang selalu berlaku bencana alam gempa bumi dan lain-lain harga dia akan naik. Mustahil ke tak dia akan jadi harga 0 sebab tak ada orang nak beli.

3. Emas. Percaya lah, emas tidak akan jatuh harga seperti contoh-contoh di atas. Nilai emas berdiri atas diri sendiri. Tidak bergantung kepada ekonomi dunia, bebas bencana alam, dan bebas segalanya.

Antara ketiga-tiga ini, hanya emas yang boleh dibeli sikit-sikit, lama-lama akan sama nilai dengan rumah dan tanah. Emas boleh beli 1 gram 1 gram atau minima RM100. Tapi rumah dan tanah tak boleh beli sikit-sikit.

Mulakan Tabungan emas anda sekarang klik aje,
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Salah faham tentang emas

Semalam saya baca seorang influencer komen pasal emas. Katanya tak sesuai sebagai dana kecemasaan. Sebab susah cair (tunai)Kemudian dia kata, takkanlah nak beli beras potong sikit-sikit Goldbar tu kan.

Ini jawapan saya.

1. Emas ini macam ubat. Kena tahu apa penyakit kita. Baru boleh bagi ubat yang sesuai. Tak semua penyakit sesuai dengan emas.

2. Kalau jenis penyakit simpan Rm bocor, ubat emas sesuai la. Sebab emas ada tarikan tersendiri apabila menyimpannya. Banyak bukti yang saya kongsikan dalam telegram ini.

3. Jika nak menyimpan Rm pun tak boleh dan sukar, yang lain-lain lagilah. Nak ada takaful, nak ada rumah mungkin sukar. Simpan emas untuk bentuk habit. Ada habit, apa-apa sahaja impian kita InsyaAllah dipermudahkan.

4. Emas tak sesuai bagi yang ada habit menyimpan Rm. Tapi sesuai untuk mereka yang nak elak simpanan mereka daripada inflasi. Sebab emas sifat nya kalis inflasi. Nampak. Sesuai untuk mereka yang ada ilmu inflasi. Kadar inflasi di Malaysia sekitar 2.5-4% setahun.

5. Mudah cair. Ye, berbezalah dengan Rm. terus ada tunai. Tapi kena ingat, Kalau dah habit menyimpan takde, takkan adanya simpanan dalam bank tu. Kalaupun emas ambik masa 3-4 jam untuk cashkan samaada jual atau pajak itu lebih bagus berbanding nak menyimpan Rm pun sukar.

6. Kajian kes di Kelantan, apabila banjir 2014 mereka yang berada sekitar Sungai Golok terpaksa beli barang guna emas di seberang Thailand.Pada waktu tu orang thailand tak terima duit Malaysia. Mereka tukar barang dengan kepingan emas. Ini betul-betul berlaku. Bukan cerita dongeng. Emas bukan sekadar tak cukup duit untuk kecemasan bahkan lebih daripada itu. Untuk keperluan meneruskan hidup.

7. Bagi saya, semua instrumen kewangan ada kelebihannya. Tahu guna, ada ilmu, apa-apa sahaja jenis simpanan dan pelaburan kita boleh sertai.

8. Emas ini macam pisau la. Kalau pisau dapat kepada tukang masak, memang pandai guna. Tetapi, pisau yang sama dapat kepada anak kecil, itu bahaya. Kena tahu fungsi, manfaat dan orang yang betul.

9. Dan satu pesanan mentor saya yang saya pegang sehingga kini “ Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu”. Carilah ilmu dan mentor yang betul.

10. Dan anda telah berada dalam channel yang betul Haha.
Simpan emas saya suka, ajak orang simpan emas lagi saya suka.

Saya nak bantu:

1. Rakan-rakan yang ada pendapatan tapi belum ada simpanan minima RM1000, saya nak bantu supaya anda dapat simpan RM1000 pertama dalam bentuk emas. Kita cuba dengan 1 dinar dulu. Saya tunjukkan caranya ikut bajet.

2. Rakan-rakan yang suka emas tapi tak tahu macam mana nak kongsikan kegirangan memiliki emas kepada orang lain. Kita jangan zalimi orang lain yang perlukan ilmu daripada kita. Kita kongsikan kepada mereka.

Kita sebarkan manfaat emas, orang dapat manfaat, kita dapat pahala dan juga insentif yang Public Gold berikan kepada kita. Insentif 1-2% saja tak banyak tapi syok juga dapat.

Simple je jadi penyimpan emas dan dealer emas Publicgold ni.😘😘
Kata pepatah, perjalanan sejauh 1000 km bermula dengan 1 meter pertama.

Teknik memiliki emas sehingga 1000 gram, bermula dengan 1 gram pertama hari ini. Jika kita tak mulakan langkah bagi memiliki 1 gram hari ini, tidak mungkin tiba-tiba ada 1000 gram!

Kecuali dengan bermimpi saja.
Sebelum beli kereta mahal,

Sebelum beli motosikal mahal,

Sebelum melabur,

Sebelum beli rumah,

Sebelum dan sebelum...

Buat simpanan dana kecemasan dulu 3 - 6 bulan gaji sejak awal permulaan kita ada pendapatan.

Lambat lah bang nak beli kereta. Ya lambat. Tapi biarlah lambat asalkan kita tak akan mudah terpalit dengan hutang jahat bila terdesak.

Antara instrumen simpanan ada beberapa di Malaysia:
1. Emas
2. ASB
3. Tabung Haji

Jangan tanya mana satu lebih baik kalau kita mampu simpan ke dalam ketiga-tiga akaun simpanan tu.
Formula mempunyai wang yang lebih adalah dengan mempelajari bagaimana untuk tidak membelanjakannya.

Antara ubat mujarab untuk tidak membelanjakan wang adalah dengan tukar sebahagian kecil duit (RM) kepada emas (GRAM).

RM ke GRAM. Emosi sudah tidak 'dirasuk' lagi untuk membelanjakan wang kita.

Mula sekarang dengan Publicgold, klik sini
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
" Aku rasa susah nak menyimpan lah"

Ok, apa masalahnya?

" Gaji aku setakat sekarang sikit sangat bro, nak simpan pun tak cukup"

Ok, lagi?

"Itulah, mungkin bila gaji aku banyak, aku mudah nak menyimpan kan? Betul tak?"

Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN

" Eh betul lah kan? Dekat mana salahnya?"

Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.

Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu.

Nilai kembali betulkah apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?

1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?

2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?

3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?


Maka bagaimana kita nak menyimpan?

Begini kawan,

Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri.

Kalau ada duit syiling, simpan duit syiling

Kalau ada duit not 5 ringgit, letak asing dalam tabung

Kalau rasa boros juga, boleh juga simpan emas.

Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.

Pernah dengar kan?

" Besar periuk, besarlah keraknya?"

Begitulah kawan-kawan, mungkin sekarang kita rasa buat apa nak menyimpan, tapi percayalah satu hari bila kita sesak, simpanan ni lah yang berguna pada kita.

Haa, faham kan...😉
7 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas

Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.

Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.

Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 3 tahun saya dalam bidang emas:

7 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada SST atau GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Tiga perkara asas yang perlu kita usahakan dikala kita masih berkerjaya dan mempunyai gaji bulanan (pendapatan aktif) adalah:

1. Bina Dana Kecemasan minimum 6bulan
2. Bina Pendapatan Pasif setaraf pendapatan aktif
3. Kawal perbelanjaan bulanan dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif

Sebab kalau ditakdirkan kita hilang sumber pendapatan utama, kita masih lagi boleh survive dengan Dana Kecemasan yang ada...

Jika kita ada Dana Kecemasan sebanyak 6bulan gaji, secara teoritikal kita akan mampu untuk survive selama 6bulan tanpa sebarang gaji bulanan. Tetapi saya amat yakin actual practice kita tidak akan pernah cukup...

Sebab itu kita perlu back-up plan dengan membina pendapatan pasif setara dengan pendapatan aktif...

Jika berlaku apa-apa kecemasan terhadap pendapatan utama, kita masih lagi boleh tersenyum indah sebab kehidupan kita masih boleh berjalan seperti biasa..

Tapi dengan syarat, kita perlu kawal jumlah perbelanjaan bulanan kita tidak melebihi pendapatan aktif kita...

Sebaiknya kita perlu kawal perbelanjaan bulanan supaya sentiasa dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif...

Ramai di antara kita yang gagal membina status kewangan yang mampan sebab mereka kalah dalam mengawal jumlah perbelanjaan bulanan mereka...

Sebab itu pepatah melayu ada berkata "ukur baju dibadan sendiri", cuma kita saja yang selalu ambil sambil lewa...

Kalau kita lihat dengan keadaan ekonomi negara dan dunia sekarang ini, 3 perkara asas ini bukan lagi soal pilihan samada kita mahu buat atau tidak mahu buat...

Nak tak nak, kita hanya ada satu pilihan iaitu "mesti buat" demi memastikan kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun...

Betul ‼️ Rezeki itu ketentuan ALLAH tetapi kita sebagai hamba-NYA perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki sebagai bekalan kita di akhirat kelak.