BIJAK EMAS
23 subscribers
58 photos
3 videos
81 links
Download Telegram
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Nak simpan emas sampai bila?

Bagi yang sudah simpan emas atau baru bercadang nak mula simpanan emas, tentu tertanya-tanya soalan begini kan.

Jadi, saya nak berikan tips:

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3 hingga 6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan. Bersara dengan kewangan yang selesa.

5. Kita simpan emas konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah

6. Kita simpan emas untuk selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan dan simpan emas secara konsisten.

Dah faham kan? Boleh bermula hari ni.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Tukar kaedah menyimpan jika kita tidak berjaya simpan duit sebelum ini.

Emas adalah salah satu kaedah yg sangat berkesan sebab ianya adalah force dan forgotten saving.

Apa itu force saving?
Force saving adalah simpanan yg dipaksa setiap bulan selepas dapat gaji. Gaji masuk terus potong untuk disimpan.

Ada yg buat secara automatik (autodebit) dan ada pula yg buat secara manual.

Apa itu forgotten saving?
Forgotten saving adalah simpanan yg kita kena lupakan, sebaiknya asingkan ke dalam akaun yg berbeza dari akaun yg digunakan seharian.

Ada yg simpan di ASB dan Tabung Haji, dua tempat ini adalah contoh tempat saving yg terbaik.

Kedua-dua kaedah ini boleh dilakukan untuk menyimpan emas, simpanan dalam bentuk emas amat mudah untuk dikumpul berbanding duit tunai.

Nak kumpul RM10,000 lebih mudah dengan 50g emas berbanding kumpul duit kertas.

Begitulah.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
6 Keistimewaan Emas Sebagai Harta.

Pesan mentor :


Bagi simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank.

Ini kerana:

1. NILAI TERJAMIN JANGKA PANJANG

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan sekali-kali menjadi kosong!

Ia tidak ada tarikh luput dan tidak boleh dimusnahkan. Habuk emas pun bernilai bukan kosong :)

Duit penjajahan Jepun. Orang tua2 panggil Duit Pokok Pisang. Nilainya menjadi kosong overnight... overnight babeh!!..

Menjadi tidak bernilai langsung (zero, nada, illek) setelah Jepun menyerah kalah secara menyeluruh di Tanah Melayu dan Singapura pada 12 September 1945.

Imagine, kalau tuk nenek kita telah menukarkan duit Jepun mereka kepada emas sebelum duit tersebut menjadi nilai kosong?

2. SENANG DITUKAR KEPADA TUNAI

Emas laku dijual pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jika ke luar negara, kita boleh bawa emas dan boleh dijual di negara tersebut jika kekurangan wang.

Contohnya, 1 dinar hanyalah sekecil duit syiling 10 sen. Tetapi nilai nya adalah lebih dari RM1000.00.

Tiada masalah kita bawa 3 atau 4 dinar, bersama duit syiling yang lain sbg dana kecemasan di luar negara.

Can be very discreet, because 1 dinar is really-really tiny, but immensely powerful and valuable.

3. ASET FIZIKAL MAMPU MILIK

Dengan menggunakan platform Public Gold, kita berpeluang mengumpulkan sedikit demi sedikit bermula dengan item sekecil satu gram atau RM100 minima.

Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuk golongan pelajar kolej dan universiti.

Tiada alasan lagi untuk tidak memulakan simpanan emas.

Hatta bayi baru lahir pun boleh mulakan simpanan emas, dengan hadiah pemberian orang ramai.

4. KEKAYAAN DITANGAN KITA

Menyimpan emas hakikat nya kekayaan itu ada ditangan kita sendiri. Biarpun apa yang berlaku pada ekonomi semasa, selagi kita memiliki emas, kekayaan itu memang berada di tangan kita.

Nilai emas berdiri sendiri. Nilainya dipegang kukuh oleh ketulenannya tanpa perlu jaminan kerajaan atau sesiapa pun.

5. ASET FIZIKAL MUDAH ALIH

Aset fizikal yang paling mudah alih. Ia aset yang mobile dibawa kemana-mana.

Seperti rumah dan tanah ia tak boleh dialihkan, kalau hendak dijual pun, proses pasti memakan masa berbeza dengan emas.

Jika berlaku peperangan atau pergolakan, harta rumah dan tanah sudah tiada gunanya lagi (contoh spt di Syria. Adakah anda masih nak membeli tanah atau rumah disana?

Yes, quite scary. Semoga Allah melindungi tanah air kita, Amiin).

6. TIADA SIAPA YANG TAHU

Apabila menyimpan emas, tidak ada siapa yang tahu berapa banyak dalam simpanan kita. Kecuali kalau kita sendiri yang beritahu.

Menurut Robert Kiyosaki (penulis buku 'Rich Dad, Poor Dad') emas dan perak adalah aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan negara.

Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang muflis untuk kaya dengan emas.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Cukup untuk tunaikan haji 😍

Semoga anda berjaya capai simpanan emas 11 dinar tahun ini. Amiin 🤲🏻
Kalau tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan menyimpan.

Sampai bila-bila pun tidak akan ada lebih sebab bila gaji meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut sama meningkat

Apabila dapat gaji, perkara paling utama adalah alihkan terlebih dahulu kepada simpanan minimum 10% daripada pendapatan, selebihnya barulah belanja.

Bukan belanja dulu kemudian baru nak menyimpan yang selebihnya memang tak akan tersimpan lah jawabnya.

Tak payah percaya, buat aje.

Klik sini untuk mula
http://www.wasap.my/60139385514/NakMula
TIPS EMAS.

Nak mula simpan emas dulu ke, nak belajar sampai faham tentang emas dulu?

Mana-mana pun boleh lah.
Tapi pengalaman saya, orang yang pilih nak belajar dulu sampai faham baru nak simpan emas, tak akan simpan emas sampai bila-bila.

Dengan emas fizikal ni, takde apa yang kita nak takut. Emas di tangan kita. Apa-apa jadi, emas di tangan kita. Harga emas naik, kita boleh fikir nak jual. Kita happy.

Harga emas turun, kalau nak pakai duit, kita boleh fikir nak gadai. Kita happy.

Beli emas, tak macam beli barang pakai-habis-buang yang lain. Beli emas, kita hanya tukar duit kita jadi emas.

Duit tak habis, harta pun bertambah. Sebab emas adalah harta juga kan?

Bila kita dah bermula, kita ada benchmark harga emas kita sendiri. Baru kita faham apa itu harga rendah, apa itu harga tinggi.

Kejayaan bermula dengan langkah pertama.

Kejayaan dengan emas, bermula dengan pembelian pertama.

Orang yang dah mula simpan emas, dia akan lebih cepat faham.

Jangan takut, jangan bimbang. Bismillah dan jalan...
.
Mula sekarang
http://www.wasap.my/60139385514/NakBeliEmas
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Harga emas paling tinggi yang dicatatkan pada tahun ini adalah pada 6 Januari 2021 iaitu RM277.

Dan hari ini, harga emas adalah RM272 segram.

Lagi RM5 sahaja lagi untuk capai pada paras harga tertinggi yang dicatatkan pada bulan Januari yang lalu.

Kalau tengok pada pergerakan harga emas dalam tempoh 30 hari ini pun nampak harga emas tengah trend menaik.

Nak berharap harga emas turun semula pada paras harga terendah RM240 pada bulan March yang lalu, tak tahu bila.

So cara yang terbaik, kita beli sedikit apabila harga naik. Kita beli borong, ketika harga turun.

Yang penting, kita konsisten membeli emas sebagai simpanan.

Dan semestinya juga saya sangat galakkan beli emas 999 sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Terus mulakan dengan bajet yang rendah. Jangan tunggu, yang dah mula, tambah gram secara konsisten.

Kejayaan penyimpan emas adalah bila gram yang di simpan terus bertambah dan bertambah.
Forwarded from NOTA EMAS AIZ KAMAL (Aiz Kamal)
SELAMATKAN KEKAYAAN KEPADA ASET FIZIKAL

Dalam kemelesatan ekonomi, kita lebih bimbang menyimpan duit kertas (wang fiat) berbanding emas.

Kalau kita masih ingat, pertama kali Tun Mahathir bercakap kepentingan menyimpan emas, ketika itu ekonomi Malaysia dalam keadaan krisis dalam tahun 1997.

Lagi gawat ekonomi, lagi penting kekayaan kita disandarkan kepada aset fizikal sebab ia penyimpan nilai yang lebih kukuh.

Dengan aset fizikal, kita tidak perlu risau. Meleset macam mana pun ekonomi kekayaan kita tidak akan berkurangan sebab ia secara fizikalnya aset tu tidak akan terjejas.

Berbeza dengan aset kertas. Kalau ia jatuh, pasti ia akan jatuh sebab aset kertas tidak ada apa-apa aset fizikal yang melindungi nilainya yang sebenar.

Perkara yang lebih penting, bila keadaan ekonomi semakin gawat selamatkan kekayaan kita kepada aset fizikal.

Ini termasuk emas, rumah-rumah sewa, atau tanah-tanah yang diusahakan.

Aset-aset sebegini perlu dibeli dengan duit simpanan jangka panjang, bukan dengan duit kecemasan.

Jika dibeli dengan duit kecemasan, itu menggawatkan ekonomi sendiri.

Kan! 😉
Forwarded from NOTA EMAS AIZ KAMAL (Aiz Kamal)
CARA MANFAATKAN EMAS YANG DISIMPAN

Emas yang kita kumpul sekian lama agak sayang sekiranya dijual. Emas adalah aset/harta.

Kebiasaannya penyimpan emas akan menjual emas mereka sekiranya hendak membeli aset/harta lain seperti tanah atau rumah.

Jarang sekali orang jual emas untuk beli handphone, sportrim kereta atau barang2 lain yang diingininya.

Apa yang boleh anda buat dengan simpanan emas anda apabila anda terdesak perlukan wang?

Gadaikan di mana2 pusat gadaian Islam (ArRahnu). Anda akan dapat sekurang-kurangnya 70% pembiayaan dari nilai marhum emas anda.

Contohnya 10gram goldbar, anda boleh pinjam RM1,900. Upah simpannya RM160 untuk 6 bulan.

Dengan wang RM1,900 itu anda selesaikanlah urusan anda. Sebelum tamat tempoh gadaian 6 bulan, bersedialah untuk tebus goldbar tadi dengan bayaran RM1,900 + RM160 = RM2,060.

Masalah selesai, emas anda tak hilang.
Tip simpan 1 Gram 1 bulan

Ini strategi paling mudah bagi kebanyakan orang. Syarat nya ;

1. Letak matlamat simpanan 1 gram setiap bulan sebagai forgotten saving ( simpanan untuk di lupakan). Simpan dan lupakan

2. Apabila dapat gaji, terus asing siap-siap 1 gram. Jangan tunggu. Guna formula ( Pendapatan - Simpanan : Perbelanjaan). Bukan belanja dulu kemudian baru simpan.

3. Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu harga terbaik, biasanya sampai ke sudah tak menyimpan. Fokus kepada gram simpanan bertambah. Setiap bulan bertambah 1 gram. 12 bulan 12 gram.

4. Gunakan kaedah Gold Accumulation Program. Lebih mudah secara online. Cukup masa keluarkan fizikalnya. Harga pergram lebih murah dan pemilikannya adalah patuh syariah.

Mula sekarang
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Nak tahu caranya boleh wasap saya terus, klik aje
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Seorang follower saya minta pendapat tentang situasi beliau.

Nak beli emas sekarang, untuk dapat keuntungan dan nak jual pada Oktober 2021 sebagai belanja kahwin

SAYA TAK RECOMMEND.
LEBIH BAIK SIMPAN DUIT JE

1️⃣ Emas sesuai untuk jangka panjang. Kalau duit yang ada sekarang, belum ada plan nak pakai apa-apa dalam masa setahun. Baru beli emas.

2️⃣ Bagi penyimpan emas, konsisten 10% je dari gaji je sebulan. Tak perlu banyak. Yang penting simpan, dan lupakan. Sedar-sedar dah banyak.

3️⃣ Harga emas dalam jangka masa pendek ada turun dan ada naik. Dalam jangka masa panjang, setakat ni terus menaik.

4️⃣ Hakikatnya, bukan nilai emas tu naik, tapi nilai duit yang kita simpan emas tu semakin lama semakin mengecil.

Faham kan???
Bagi yang belum pernah pegang syiling emas 5 dinar 999.9 (21.25 gram) Public Gold.

Ini saya kongsikan gambarnya. Boleh cuci mata.

Salah satu tips untuk pastikan simpanan emas sentiasa bertambah ialah sentiasa tengok emas tu.

Kalau ada dalam simpanan sendiri, pegang dan tengok emas tu selalu.

Sebenarnya, lagi besar item yang kita pegang, lagi kuat auranya, dan lagi cepat simpanan emas kita bertambah.

Itulah pengalaman kebanyakkan penyimpan emas. Auranya lain macam.

Cuma kalau simpan duit dalam akaun bank, tak boleh guna teknik ini. Nanti lagi cepat duit itu lesap kena belanja.

Dah faham kan? Jadikan hari ni sebagai permulaan simpan emas.

Sekarang kita boleh kumpul emas serendah RM 100 dengan AkaunEmasGAP. Dan keluarkan 5 dinar sebegini pada masa akan datang.

Nak bermula serendah RM 100, klik link ni http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
"Wal, bila masa sesuai simpan emas?"

Semalam saya dapat pertanyaan begini.

Sebenarnya, kalau kita simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang, at least 2 tahun dan ke atas, mula saja. Tak ada istilah masa yang sesuai.

Mula sahaja walaupun dengan 1 gram.

Sebab apa?

1. Emas boleh dikatakan confirm naik untuk jangka masa panjang.

Sebab utamanya ialah kuasa beli duit kertas kita yang confirm akan merosot disebabkan inflasi.

Kalau karipap confirm akan naik dalam jangka panjang, inikan pula emas.

2. Harga emas paling rendah hanya kita akan tahu bila dah naik balik dan jadi sejarah.

Tahu pun hanya mampu tengok, sebab dah tak boleh dapat lagi.

Jadi, sebenarnya bila-bila masa sesuai untuk bermula simpan emas.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
#TabungDuit

MENGAPA LAMBAT KAYA?

1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar

2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya

3.Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.

4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi

5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.

6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.

7. Gila buka Lazadada dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.

8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya.

9. Hutang dengan along yang mau tolong

10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangga bila kawan kata kita bank bergerak mereka.

11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, "Lawa giler City lu bro, dah macam Audi"

12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan

13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil

14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.

15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.

16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.

Nak jadi pemberi zakat atau penerima zakat bang?

Gegadis tak suka sangat naik motor, cair mek up mereka.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Nota dari guru kewangan Dr Azizul Azli Ahmad...

Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk kita nilai kembali hidup kita.

Kita dimana dalam garis hayat ini?

Apa kita lakukan untuk kebaikkan dan akhir hayat kita?

Tanya diri kita,

1. Apakah kita telah ada kerjaya yang baik?

2. Apakah simpanan kita sudah baik?

3. Apakah pelaburan persaraan kita nanti ?

Semak, dan tandakan dimana kita sekarang. Berapa tahun lagi berbaki sebelum bersara.

Jangan ceritakan pada sesiapa, jawapan itu untuk kita nilai kembali hidup kita.

Bersara dengan tenang dan beribadah kepada yang Maha Esa atau masih kekal bekerja siang dan malam kita.

Jangan pilih untuk kalah, pilihlah untuk menang.
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
Pernah tak dengar satu perkataan disebut lebih dari 10 kali?

Tentu pernah kan.

Dalam satu temubual dengan Tuan Azizi Ali Pakar Kewangan. Beliau ada sebut perkataan 'konsisten' lebih dari 10 kali semasa bercakap tentang simpanan emas.

Maksudnya konsisten ni adalah penting kalau nak berjaya dalam menyimpan emas.

Sebenarnya ada banyak sebab kita perlu konsisten simpan emas. Dah dapat gaji, simpan dulu walaupun 1 gram. Selebihnya baru belanja.

Ini saya kongsikan 3 dulu sebabnya:

1. Kita tak tahu bila emas akan turun rendah seperti yang kita nak. Tunggu dan tunggu, akhirnya tak ada.

2. Dalam menunggu tu, risiko duit simpanan kita bocor sangat tinggi. Takut nanti bila emas tengah rendah, duit pula habis. Jadi, rendah pun dah tak guna.

3. Ini paling penting, simpan emas dengan konsisten selalunya lebih jimat. Sebab kos emas yang kita miliki akan sentiasa rendah bila dikira secara purata.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang konsisten akan memilki aset emas yang banyak. Dan keuntungan pun lebih banyak bila emas naik tinggi akan datang.

Faham faham !!!
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Nak tahu caranya boleh wasap saya terus, klik aje
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100
Forwarded from Nota Emas Syawal Ameron
TUKAR WANG KERTAS JADI WANG EMAS

Kita ubah mindset beli kepada tukar. Selalunya kita selalu beranggapan ada duit beli emas, cuba ubah mindset ada duit tukar kepada emas.

Bila kita berjaya ubah mindset macam ni, adalah lebih mudah untuk kita mengumpul emas. Sebab selalunya bila beranggapan beli, mindset kita akan berkata "abis la duit aku".

Tukar duit jadi emas, duit kita tak habis pun, cuma ia bertukar dari kertas kepada logam emas.

Lagi seronok kumpul emas berbanding duit kertas. Feel dia lain macam, silap haribulan sampai ketagih nak tukar duit jadi emas!

Jadi, mulakan langkah bijak untuk beli dan simpan emas sikit-sikit , lama-lama nanti jadi banyak! Mulakan simpanan anda serendah RM 100 sahaja!
”Setiap Masa Beli Emas, Bila Boleh Jual?”

Sebelum saya mula menyimpan emas, soalan inilah yang sentiasa bermain di fikiran. Bila masa nak jual emas2 ni.

TETAPI…

Setelah mula membeli emas, tak terdetik pun di hati nak menjual walaupun seketul. Malah rasa nak membeli emas tu makin kuat untuk disimpan menjadi aset.

Ramai orang befikir, instrumen emas ni menggunakan kaedah

”buy low, sell high”

Ini cara traders dan investors bukan penyimpan. Pemikiran seorang penyimpan emas adalah

”beli dan simpan”

Yang penting kuantiti emas kita bertambah. Jika bertambah, bermaksud lebih banyak aset kita yang dapat kita selamatkan daripada inflasi. Nilainya juga terjamin dalam jangka masa panjang.

3 Waktu Sesuai Jual/Gadai Emas

1) KECEMASAN

Menghadapi hal kecemasan dan duit simpanan kecemasan juga dah habis. Ada emas maka adalah duit.

2) KEUNTUNGAN

Ada peluang menjana keuntungan yang lebih baik berbanding simpan emas seperti dijadikan modal pusingan untuk bisnes atau membeli aset kekal yang lebih menguntungkan seperti hartanah dan rumah.

3) CAPAI MATLAMAT

Matlamat simpanan emas sudah tercapai seperti simpanan pendidikan anak-anak, simpanan pergi haji dan sebagainya.


Jadi selagi tak terjumpa situasi di atas, selagi itulah emas sesuai dibeli dan disimpan.

”Tak Rugi ke Beli Emas Waktu Harga Mahal?”

Harga emas sentiasa mahal. Hari ini harga emas RM260/g orang cakap mahal. Dulu harga RM170/g pon orang cakap mahal. Akan datang harga RM300/g pon orang cakap mahal.

Mari saya bawa saudara sekalian melihat dari perspektif yang lain.

Hakikatnya NILAI emas tetap sama tidak berubah. Pergerakan turun naik harga emas adalah disebabkan naik dan turunnya nilai matawang yang kita guna.
🤔🤔🤔

Faham ke faham? Hehe

Renung-renungkan. 😉

Ambil tindakan segera dan mulakan simpanan EMAS anda hari ini. 👍🏼😊👍🏼

Now or Never
Do or Die

Klik sini untuk bermula
http://www.wasap.my/60139385514/emas+RM100