Petua Ibu
1.3K members
19 photos
2 links
Channel berkongsi petua tradisional dan moden
Download Telegram
to view and join the conversation
Sharing.... Untuk wanita yang bakal melahirkan anak... Jadikan ini sbg amalan bagi memudahkan kelahiran...
Sangat Penting Doa Ini Diamalkan..
TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK
TIPS ATASI MASALAH TAHI CICAK
.
Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.
.
Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
.
Bahan
1/3 Cuka makan
1/3 Air
1/3 Cecair pencuci pinggan
.
Campurkan semua bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.
.
Cubalah petua ni. Boleh SHARE kalau bermanafaat.
.

Kredit : roslina hashim
PETUA UBAT BATUK DAN SAKIT TEKAK SEMULAJADI:
Nak mencuba pulak. ..... Uwan batuk dah dekat sebulan dah ni x baik2 jugak. Dah berbotol ubat batuk , pil uwan telan..
Jadi harini uwan nak cuba cara ni pulak. ...insyaallah semoga berkesan. Dapat ni dari rakan fb juga..Rasa ..Alhamdulillah sedap. Buat selalu pun x pe😂😂
.
UBAT BATUK DAN SAKIT TEKAK SEMULAJADI
.
1 ketul saiz sedang gula batu perang/ putih
3 inci halia dihiris
10 biji kurma merah
1 genggam longan kering
3 liter air
.
Satukan kesemuanya dalam periuk dan rendidih hingga kembang...
.
*Nota kaki: Kuantiti bahan uwan ubah suai sendiri
.
Kredit Resepi : sabariah bahasar
JOM SERVIS SENDIRI AIR COND
Rupa2nya Boleh Servis AIRCOND Sendiri Hanya Guna REMOTE & Cuma Perlu Tahu caranya, sangat senang,mudah dan berkesan !!!!
.
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .
.
TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND
.
– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian barulah matikan aircond.
.
MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?
.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??. Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
.
PESANAN...
.
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Adik beradik. ..
Alhamdulillah, dgn izin Allah hampir 4 bln amalkan jus ni suami sy tidak lagi diserang sakit batu karang.. Disini sy kongsikan resepi Jus ni mana tau sesuai untuk pesakit2 batu karang diluar sana. Doakan suami sy bebas dr penyakit batu karang ye kawan2.. Aamiin. Tq

Resepi Jus Batu Karang:

Lobak putih sebatang
Daun Sup/saderi 5 btg
Epal Hijau 2biji
Blend kesemua bahan di atas dan tapis hampasnya...
Minum 2x sehari (Pagi dan Malam)

Kredit : lily rose
PETUA ORANG TUA-TUA DAHULU UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.....

Ramai yang bertanya bagaimana petua untuk mendapatkan zuriat...

Petua ini saya belajar dari seorang ibu angkat saya, dimana beliau adalah seorang bidan tua, yang banyak ilmu tentang kebidannan.

Sebenarnya banyak lagi ilmu bidan yang saya pelajari darinya. Tetapi hari ini saya ingin memberi salah satu petua yang saya ambil darinya untuk mereka yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat...

Wanita yang menginginkan keturunan, maka cuba sediakan bahan yang saya sampaikan ini.

1. Seulas temu hitam sebesar ibu jari..
2. Sebiji buah asam jawa.
3. Pangkal dari buah pisang awak.sebanyak tiga pangkal..

Caranya tumbuk sehingga hancur dan bancuh dengan secawan air putih.

Jadikan ia sebagai minuman harian..

Kepada si suami pulak hendaklah berpuasa selama tujuh hari dan selama berpuasa hendaklah membaca surah Al-Qadr sebanyak 1000 kali sehari.

Selepas sahaja tujuh hari pada malam jumaat bersamalah dengan isteri kamu, pada ketika air mani hendak keluar berdoalah untuk dikurniakan zuriat...

ln Sha Allah dikaburkan doa anda...

Kredit: Md Rosdi Hasan
Assalamualaikum sahabat...
.
Ada yang dah gerak balik kampung ke hari ni?
Petua Ibu updated group photo
Jom sama2 amalkan
Adik beradik