Ustaz Abdullah (Perawat Ruqyah)
1.32K subscribers
53 photos
1 video
1 file
296 links
Nak ilmu berharga dalam perubatan Islam? Join channel telegram saya sekarang. Sebagai hadiah, saya berikan anda 2 ebook percuma berkaitan dengan sihir.

Official Blog: https://perawatislam.com
Download Telegram
Betulkah jin mengetahui perkara ghaib?

Sehingga ada segelintir manusia sanggup memperhambakan diri kepada jin dengan tujuan agar golongan jin dapat mengkhabarkan perkara ghaib.

Hakikatnya jin juga tidak mengetahui tentang perkara ghaib. Perkara ini Allah telah jelaskan dalam ayat di bawah:

“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan. ” (QS. Saba’: 14)

Semoga kita terpelihara dari tipu daya syaitan.
👍2
Assalamulaikum,

Tahu tak apa lagi punca yang menyebabkan seseorang tu boleh terkena gangguan jin atau sihir?

Antara sebabnya ialah pergi jumpa bomoh.

Tapi zaman sekarang ada satu lagi golongan iaitu USKUN.

Uskun ialah gabungan dua perkataan iaitu:

1) UStaz.
2) DuKUN.

Uskun ni lebih kurang juga dengan bomoh, tapi lebih bahaya.

Sebab apa?

Sebab mereka ni berselindung disebalik topeng agama.

Ada yang berjubah dan berserban masa merawat.

Berjanggut.

Sekali pandang memang nampak alim dan warak.

Ada tiga (3) bahaya kalau anda mendapatkan rawatan dari mereka.

1) Risiko gangguan bertambah teruk kerana mereka juga menggunakan bantuan jin walaupun tidak semua.

2) Risiko ditipu dari sudut mengenakan upah rawatan yang tak masuk akal.

3) Risiko dicabul kehormatan, bahkan ada yang dirogol (pernah berlaku kepada pesakit saya)

Jadi ada tak cara untuk kenal golongan uskun ni?

InshaaAllah ada.

Saya kongsikan dalam artikel di bawah:

https://perawatislam.com/akidah/2-cara-terbaik-untuk-anda-selamat-dari-bomoh/

Sekiranya anda ada soalan, sila tinggalkan komen selepas membaca artikel tersebut.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi, wassalam.
👍1
Assalamualaikum,

Ramai yang selalu tanya pada saya soalan begini;

"Ustaz, saya mimpi begini dan begini, adakah itu bermaksud saya disihir?"

Isu yang saya nak kongsikan dengan anda dalam post kali ni ialah, adakah mimpi boleh menunjukkan kita kena sihir?

Dari pengalaman saya memang ada mimpi-mimpi yang boleh menjadi tanda kena sihir.

Tapi, itu bukanlah bermaksud anda komfem disihir kalau ada mimpi-mimpi tu.

Ianya adalah tanda.

Baik.

Dalam post kali ni, saya nak kongsikan satu artikel.

Dalam artikel ni saya kongsikan 6 jenis mimpi yang menunjukkan kemungkinan anda disihir.

Klik link di bawah untuk baca artikel tersebut.

https://perawatislam.com/sihir/6-jenis-mimpi-petanda-anda-disihir/

Lepas baca artikel tersebut, jika ada soalan, sila tuliskan soalan anda diruangan komen.

Semoga bermanfaat.

Ikhlas,
Abdullah Idris
Kenapakah bila seseorang itu diruqyah, tetapi ruqyah tidak memberikan sebarang kesan pada dirinya?

Ini disebabkan dua perkara iaitu:

1) Orang tersebut tidak mengalami gangguan jin.
2) Orang tersebut diganggu oleh jin qarin.

Saya rasa tak perlu jelaskan perkara nombor satu. Sebab kalau dah takde gangguan jin, dah tentulah takde apa-apa kesan bila diruqyah.

Yang saya nak jelaskan dalam post ni ialah perkara nombor dua di atas, iaitu gangguan jin qarin.

Sebelum nak tahu bentuk gangguan jin qarin, kena tahu dulu apakah jin qarin. Jin qarin adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda yang bermaksud:

“Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW? Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” [Riwayat Muslim (2814)]

Dari hadis di atas dapat kita faham bahawa jin qarin ni adalah jin yang diutuskan sejak manusia lahir. Tujuannya tak lain adalah untuk berdamping dengan kita.

Bahkan Rasulullah sendiri pun ada jin qarin yang berdamping dengan Baginda.

Dalam hadis di atas juga Rasulullah menegaskan bahawa Allah telah selamatkan Baginda dari gangguan jin qarin.

Ok, anda dah tahu dah apa dia jin qarin. Sekarang ni bagaimana pula bentuk gangguan yang disebabkan jin qarin?

Gangguan jin qarin ni berbeza daripada gangguan jin sihir, saka dan sebagainya.

Oleh kerana jin qarin ni hanyalah sebagai peneman atau pendamping manusia, maka jin qarin ni dia tidak berada di dalam badan manusia.

Sebab itulah, apabila seseorang itu mengalami gangguan jin qarin, ruqyah tidak memberikan kesan kepadanya.

Maksud saya tidak memberikan kesan ialah, anda tidak akan mengalami sebarang tindakbalas ketika diruqyah.

Dan gangguan jin jin qarin ni adalah dalam bentuk bisikan. Ada beberapa jenis bisikan yang akan berlaku iaitu:

1) Bisikan yang akan mempengaruhi imaginasi.
2) Bisikan yang akan mempengaruhi fokus/tumpuan.
3) Bisikan yang akan mempengaruhi motivasi untuk melakukan kebaikan.

Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang pesakit yang mengalami gangguan bisikan ni.

Dari yang tak teruk sampai yang dah kronik. Antara pesakit kronik yang pernah saya temui ialah seorang wanita di mana beliau akan memperuntukkan masa selama 3 jam sehari untuk mop keseluruhan rumahnya sebab dia rasa rumahnya sentiasa dalam keadaan kotor.

Satu lagi kes kronik adalah seorang wanita juga di mana beliau akan diganggu bisikan yang menghina Allah, mempertikaikan kewujudan Allah dan bermacam bisikan yang mengganggu kepercayaan akidahnya.

Ianya berlaku setiap masa bahkan ketika beliau sedang solat atau membaca Al-Quran.

Anda boleh bayangkan tak betapa deritanya pesakit yang mengalami gangguan jin qarin pada tahap yang kronik.

Kesian, memang cukup kesian saya tengok mereka ni. Menangis-nangis mereka apabila bercerita kepada saya.

Ok, macam mana pulak nak rawat gangguan jin qarin ni?

Ingat, nak rawat masalah jin qarin tak sama macam rawat pesakit sihir atau saka.

Sebab apa sahaja kaedah yang anda lakukan tidak akan dapat menjauhkan jin qarin kerana mereka memang akan berdampingan dengan anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah lemahkan mereka sehingga bisikan mereka tidak dapat memberikan sebarang kesan, terutamanya dari segi akidah.

Antara yang boleh anda usahakan ialah:

1) Dalami ilmu, terutamanya ilmu tauhid. Ini kerana hanya dengan ilmu sahaja anda akan mampu mematahkan bisikan-bisikan jahat dari jin qarin.

Sebagai contoh, katakanlah bisikan yang datang adalah bisikan yang mempertikaikan kewujudan Allah, maka dengan ilmu yang ada, anda dapat membalas balik bisikan tersebut dengan hujah ilmu.

2) Dekatkan diri kepada Allah melalui amalan terapi ruqyah mandiri. Ini kerana apabila anda semakin dekat dengan Allah, Dia akan membantu dan memberikan kekuatan kepada anda. Boleh dapatkan panduan ruqyah mandiri melalui pautan di bawah:
👍2
https://panduanterapiruqyahmandiri.com

3) Selalu berwangian. Dari pengalaman saya, memakai wangian dapat melemahkan jin. Ini apa yang saya dapat ketika merawat pesakit.

Jin di dalam badan pesakit akan menjerit mengatakan bahawa wangian yang disapukan ke hidung pesakit berbau busuk.

Jika anda mahu mendapatkan wangian kasturi terapi ruqyah saya, klik link di bawah:

https://rahsiakasturi.com

4) Jangan layan. Nampak macam takde apa kan. Tapi percayalah cakap saya. Antara faktor yang menjadikan gangguan bisikan ni lebih teruk ialah apabila anda melayan dan memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh bisikan-bisikan jahat tersebut.

Jadi abaikan sahaja bisikan yang datang tu kerana ianya dari jin qarin yang memang tugas mereka ialah untuk membisikkan kejahatan.

Inilah sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan dengan anda berkaitan jin qarin.

Jadi lepas ni kalau ruqyah takde kesan, mungkin anda berada dalam salah satu dari dua keadaan yang saya sebutkan di atas.

Kalau anda ada soalan nak tanya, tuliskan soalan anda diruangan komen di bawah dan inshaaAllah saya akan cuba untuk menjawab soalan anda.
👍1
Assalamualaikum,

Untuk makluman, promosi diskaun sebanyak 20% untuk produk wangian kasturi terapi ruqyah telah dibuka.

Bermula sekarang sehingga jam 9 malam ini sahaja.

Kepada mereka yang terlepas promosi bulan lepas, harapnya tidak terlepas lagi diskaun bulan ni ye.

Saya harap takdelah yang mesej saya esok lusa minta diskaun.

Bagi yang berminat dengan promosi ni, boleh dapatkan info lanjut melalui link di bawah.

https://preview.mailerlite.com/x0v2n6

Klik sekarang ye.

Sebab biasanya kalau bertangguh, itu yang akan lupa tu.

Itu sahaja dulu makluman saya pagi ni :)

Assalamualaikum.
Ada pesakit marahkan saya bila saya nasihatkan jangan buat rawatan jarak jauh.

Guna nama dan guna gambar.

Alasannya ialah perawat tu seorang ustaz dan banyak merawat pesakit.

Alahai, ceteknya pemikiran.

Ingatlah Nabi SAW telah bersabda:

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal/tukang tenung, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal/tukang tenung dan membenarkan/mempercayai apa yang dikatakannya maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad “

Rawatan jarak jauh menggunakan perantaraan nama atau gambar, termasuklah dalam golongan tukang ramal dan tukang tenung.

Ikutan kita adalah Nabi SAW, bukan ustaz, bukan imam.

Kalau kaedah ustaz atau imam bercanggah dengan apa yang Nabi ajar, maka kaedah tu tertolak.

Harap fahamlah dengan perkara asas ni.
Pernah dengar tak sihir mafdun?

Sihir mafdun ialah sihir yang dilakukan dengan cara barang sihir dipendam atau ditanam di suatu tempat.

Apakah gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang terkena sihir ini?

Gejalanya ialah:

1) Selalu mencium bau busuk.

2) Selalu merasa sakit yang biasanya diseparuh bahagian badan sahaja samada bahagian kanan sahaja atau kiri sahaja.

3) Selalu berpeluh disatu bahagian badan sahaja.

4) Selalu mimpi berada dikawasan kubur, tempat sampah, runtuhan bangunan, gereja.

5) Selalu juga bermimpi melihat orang mati, bangkai, tulang-tulang, tengkorak dan juga dikejar binatang buas.

6) Selalu sakit kepala dibahagian dahi, belakang kepala dan juga dikedua mata.

7) Menjadi sangat takut bila mendengar berita tentang kematian, merasa seakan-akan hidupnya tak lama, dan merasakan kematiannya telah dekat, sangat takut waktu melihat jenazah sehingga menjadikan hidupnya tidak tenang.

8) Selalu bermimpi seakan-akan sedang terbang dari satu tempat ke tempat yang lain.

9) Selalu rasa takut yang teramat sangat tanpa ada sebab yang pasti.

Anda dakah gejala-gejala di atas?

Jika ada gejala-gejala di atas, kemungkinan anda adalah mangsa sihir jenis ni.

InshaaAllah esok saya akan kongsikan pula bagaimana cara merawatnya.

Mudah-mudahan memberikan manfaat.
InshaaAllah kita akan bertemu pada hari dan masa yang tertera, dalam sesi fb live.

Set dalam kalendar anda.

Dalam sesi kali ni, saya akan kongsikan tentang bagaimana nak tahu perawat yang bakal merawat anda, menggunakan kaedah patuh syarak atau tidak.

Saya akan ajar cara untuk investigate perawat tersebut sebelum anda berjumpa dengan mereka.

Jadi takkan timbul isu tersilap pilih perawat lagi.

Saya juga akan kongsikan apakah bahaya yang bakal menunggu, kalau anda tersilap pilih perawat.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas sesi kali ni ye.
1
Oh ya, siapa yang belum lagi LIKE fb page saya, sila berbuat demikian melalui link di bawah:

https://facebook.com/Perawatislamdotcom
Fb live saya dah mula. Jom join🙂
Assalamualaikum😊,

Buat pertama kali, untuk bulan Oktober ni, saya nak berikan BONUS yang sangat istimewa kepada anda.

Kesemua bonus-bonus ini bernilai RM1419.80.

Ya, sangat bernilai.

Sebab itulah BONUS ni saya hanya hadkan kuotanya untuk 50 orang yang bertuah sahaja.

Klik link di bawah untuk tahu apakah BONUS-BONUS yang bakal saya berikan kepada anda.

Dan bagaimana caranya anda dapat jadi 50 orang yang bertuah untuk mendapatkannya.

Klik link di bawah:

https://perawatislam.com/bonus

Semoga anda termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya mendapat BONUS-BONUS tersebut.

Jumpa lagi.

Assalamualaikum 😊
Saya nak tanya anda satu soalan;

Kalaulah tiba-tiba ahli keluarga anda (anak, isteri atau sesiapa sahaja), mengalami gangguan jin atau disihir, apakah anda akan lakukan?

Hubungi perawat?

Kalau perawat jauh, atau perawat tidak dapat melakukan rawatan, apakah langkah anda seterusnya?

Mesti anda sesuatu yang akan anda ikhtiar untuk lakukan, betul tak?

Kenapa tidak anda sendiri yang meruqyah?

Anda taktahu cara nak meruqyah?

Inilah sebabnya anda perlu rebut tawaran bonus yang saya tawarkan kepada anda.

Sebab tawaran bonus ini saya fokuskan kepada kaedah untuk meruqyah.

Jumlah keseluruhan bonus-bonus ini bernilai RM1419.80 di mana ada 7 item kesemuanya.

Oleh kerana bonus-bonus ini sangat istimewa, maka saya hadkan kuotanya kepada 50 orang sahaja.

Anda nak lebih lanjut tentang bonus-bonus ini?

Dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Klik link di bawah:

https://perawatislam.com/bonus

Saya harap anda tidak melepaskan peluang untuk dapatkan bonus-bonus ini.

Kerana saya tidak buka lagi tawaran bonus ini di masa akan datang.

Sekian, wassalam.
Assalamualaikum,

Siapa lagi berminat untuk dapatkan diskaun 20% dan juga bonus istimewa dari saya?

Nak tahu apakah bonus-bonus yang saya tawarkan?

KLIK DI SINI

Dapatkan sekarang ye sebab diskaun dan bonus ni akan berakhir malam ni jam 11 malam.

KLIK DI SINI UNTUK MENEMPAH MELALUI WHATSAPP.

Sekian, wassalam.
Ada satu lagi keadaan di mana saya melihat, usaha untuk melakukan ruqyah adalah lebih tertumpu pada pesakit.

Kerana apa?

Kerana, apabila pesakit datang mendapatkan rawatan ruqyah dengan perawat, langsung tidak menunjukkan sebarang tindakbalas gangguan seperti rasa sakit, muntah, meracau dan sebagainya.

Tetapi, apabila balik saja ke rumah, maka gangguan akan berlaku semula.

Siapa ada hadapi keadaan begini?
Assalamualaikum,

Semalam saya ada kongsikan tentang keadaan di mana, apabila pesakit mendapatkan rawatan ruqyah dengan perawat, tidak ada sebarang tindakbalas yang berlaku.

Tetapi, apabila pulang saja ke rumah, gangguan berlaku kembali.

Jadi, mengapa keadaan ini berlaku?

Dan bagaimana jalan penyelesaiannya?

Oleh kerana perkongsian ini memerlukan penjelasan yang sedikit panjang, saya akan kongsikan dengan anda secara berperingkat.

Dalam post ini, saya akan menjawab dulu tentang persoalan apakah faktor-faktor yang menyebabkan pesakit tidak ada sebarang tindakbalas ketika diruqyah.

Walaupun ketika dirumah, pesakit merasa dirinya seperti diganggu oleh jin.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan tidak ada tindakbalas bila diruqyah ialah:

1) Jin keluar dari badan pesakit apabila hendak diruqyah oleh perawat.

2) Pesakit sebenarnya tidak mengalami sebarang gangguan jin atau sihir.

3) Pesakit sebenarnya tidak mahu diruqyah dan diruqyah dalam keadaan terpaksa.

4) Jin mengganggu pesakit dari luar badan sahaja, tanpa masuk ke dalam tubuh badan pesakit.

Di atas adalah 4 faktor yang mungkin antara sebab apabila diruqyah tidak ada sebarang tindakbalas yang berlaku.

InshaaAllah dalam post seterusnya, saya akan jelaskan secara lebih mendalam lagi 4 faktor di atas.

Semoga bermanfaat.😊
👍21
Ustaz Abdullah (Perawat Ruqyah) pinned «Assalamualaikum, Semalam saya ada kongsikan tentang keadaan di mana, apabila pesakit mendapatkan rawatan ruqyah dengan perawat, tidak ada sebarang tindakbalas yang berlaku. Tetapi, apabila pulang saja ke rumah, gangguan berlaku kembali. Jadi, mengapa keadaan…»
Assalamualaikum,

Saya baru mengemaskini artikel diblog saya.

Dalam artikel tersebut, saya jelaskan bolehkah manusia melihat makhluk halus.

Klik link di bawah untuk membaca artikel tersebut.

https://perawatislam.com/alam-jin/bolehkah-manusia-melihat-makhluk-halus

Semoga bermanfaat. Jika ada soalan, boleh tuliskan diruangan komen ye.😊
Ramai yang salah faham diantara barang sihir dan juga buhul sihir.

Jadi dalam post kali ini saya akan kongsikan dengan anda apakah perbezaan diantara
barang sihir dan juga buhul sihir.

Mudah-mudahan ada manfaat.

Barang sihir adalah barang peribadi milik mangsa yang digunakan untuk menyihir mangsa.

Contohnya seperti rambut, kuku, gambar mangsa dan sebagainya.

Berdasarkan hadis yang menceritakan tentang Rasulullah SAW disihir menyebut bahawa
Baginda disihir dengan menggunakan sikat dan juga sisa rambut yang melekat pada sikat tersebut.

Manakala buhul sihir pula adalah tali ghaib yang dihubungkan antara barang sihir dan juga jin sihir.

Bagaimanakah buhul sihir dibuat dan apakah fungsinya?

Buhul sihir dibuat dengan bacaan mentera oleh tukang sihir.

Kemudian buhul itu diikat pada barang sihir dan juga jin sihir.

Jin sihir akan masuk ke dalam badan mangsa, manakal barang sihir akan dipegang oleh tukang sihir ataupun ditanam di tempat-tempat tertentu berdasarkan kepada apakah sihir yang hendak dilakukan ke atas mangsa.

Jadi untuk makluman, dengan sebab buhul inilah tukang sihir akan dapat menyakiti mangsa hanya dari jauh sahaja.

Macam mana?

Ok, katakanlah tukang sihir hendak melakukan sihir pasung kepada mangsa, caranya tukang sihir akan menjadikan barang sihir milik mangsa kepada bentuk patung.

Setelah dijampi dengan mentera sihir, tukang sihir akan mencucuk tangan mangsa dengan benda tajam.

Jin yang berada dalam badan mangsa pun akan menyakiti tangan mangsa.

Bagaimana jin boleh tahu? Disebabkan buhul tadilah. Sebab itu buhul ini akan dihubungkan antara barang sihir dan juga jin sihir.

Faham tak bagaimana buhul ini berfungsi.

Baik, seterusnya saya akan jelaskan kenapa kaedah rawatan paling berkesan untuk merawat sihir ialah dengan dicari dan dimusnahkan barang sihir.

Perbuatan memusnahkan barang sihir ini sabit dengan apa yang diceritakan dalam hadis Nabi SAW.

Katakanlah anda pergi buat rawatan dan perawat dapat keluarkan jin sihir yang ada dalam badan anda dengan izin Allah.

Walaupun jin sihir dikeluarkan, tetapi buhul sihir yang dihubungkan antara jin sihir dan juga barang sihir belum diputuskan.

Sebab itulah, sihir boleh dilakukan berulang-ulang kali.

Tapi, jika barang sihir dapat dijumpai dan dimusnahkan, maka buhul yang dihubungkan antara jin sihir dan barang sihir akan dapat diputuskan kerana barang sihir tadi telah pun dimusnahkan.

InshaaAllah tukang sihir tak dapat nak hantar sihir kepada anda semula melainkan dia dapat barang peribadi anda yang lain.

Dan tentang perkara ini juga telah dijelaskan di dalam hadis Nabi SAW.

Di mana apabila barang sihir telah dimusnahkan, ketika Rasulullah membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas, Baginda dapat merasakan bahawa diri Baginda terlepas dari 11 ikatan yang mengikat Baginda.

Jadi, apa yang sepatutnya anda lakukan?

Berhati-hatilah dengan barang peribadi anda.

Saya lihat sekarang ini, sudah menjadi trend masyarakat kita yang suka kongsikan segala-galanya di media sosial.

Kalau anda juga melakukan perkara yang sama, sedarlah bahawa perbuatan tersebut sebenarnya boleh mengundang bahaya ke atas diri dan keluarga anda.

Tengok semula maksud ayat 5 Surah Al-Falaq. Apa Allah kata dalam ayat tersebut?

Allah suruh kita mohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan orang yang dengki apabila mereka menjalankan dengkinya.

Tapi kita pula pergi buat sesuatu yang boleh menimbulkan kedengkian orang kepada kita dengan berkongsi segala perkara di media sosial.
👍21