Ustaz Abdullah (Perawat Ruqyah)
1.32K subscribers
53 photos
1 video
1 file
296 links
Nak ilmu berharga dalam perubatan Islam? Join channel telegram saya sekarang. Sebagai hadiah, saya berikan anda 2 ebook percuma berkaitan dengan sihir.

Official Blog: https://perawatislam.com
Download Telegram
Saya nak tanya pandangan anda.

Anda suka tak kalau saya buat perkongsian dalam bentuk voice message.

Saya akan sentuh perkara berkaitan:

- sihir
- gangguan jin
- akidah
- tasauf

Jika anda suka, inshaaAllah saya usahakan.

Perkongsian dalam bentuk voice message boleh anda dengar sambil bawa kereta ke, buat kerja memasak ke.

Cuba berikan pandangan anda.

Terima kasih atas pandangan semua.
Ingatlah hari di mana kita akan berdiri dihadapan Allah untuk diperhitung amal kita satu persatu.
Nak syurga Allah, kena jadi hamba-Nya yang ada 2 ciri:

1) Beriman
2) Beramal soleh

Mudah-mudahan kita semua dimudahkan Allah untuk mendapatkan syurga Allah.

Amin…
Anda pernah ke buat rawatan sihir guna kaedah sembelihan?

Perawat kata sihir tu akan dipindahkan kepada binatang, dan kemudian akan disembelih untuk disedekahkan pada orang.

Hati-hati ye dengan kaedah begini.

Sebab…

Ada satu kaedah yang tukang sihir gunakan untuk menyeru jin.

Iaitu dengan kaedah sembelihan.
👍1
Assalamualaikum semua, ada sesiapa di sini yang berminat nak dapatkan tip-tip dan perkongsian tentang Al-Quran?

Saya jemput untuk follow instagram saya melalui link di bawah ye.

Mudah-mudahan anda mendapat manfaat.
Ada 2 persoalan penting.

Pertama, adakah Allah izinkan sihir berlaku?

Kedua, jika Allah izinkan sihir berlaku, persoalannya mengapa?

Inilah 2 persoalan yang saya kongsikan dalam video instagram terbaru saya.

Jemput tonton dan sharekan dengan rakan-rakan anda ye.
Assalamualaikum, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Hayatilah dan amalkanlah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah.

Semoga Allah meredhai kita semua.
Assalamualaikum,

InshaaAllah saya akan buat facebook live pada hari Sabtu ini, jam 9.30 malam (rujuk gambar).

Tajuk untuk siri 1 ini ialah "Bagaimana Mengesan Gangguan Jin Dalam Badan?".

Bagi yang berminat, saya sangat galakkan anda dapatkan juga e-workbook untuk digunakan dalam sesi fb live nanti.

E-workbook ni percuma je. Dengan e-workbook ni anda mudah untuk mencatit isi penting yang saya kongsikan.

Boleh klik link di bawah untuk dapatkan e-workbook tersebut.

https://perawatislam.com/facebook-live-siri-1/

InshaaAllah selepas dari siri 1 ni, siri-siri seterusnya akan diadakan lagi.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Oh ya. Kalau anda tahu sesiapa yang perlukan ilmu ni, sila hebahkan info tentang sesi fb live saya ni ye.

Terima kasih.😊
Ustaz Abdullah (Perawat Ruqyah)
Photo
Ramai yang tanya saya, macam mana saya boleh rasa gangguan jinlah.

Macam mana nak tahu gangguan jinlah.

Jadi mereka-mereka yang bertanya ni, saya jemput join majlis ilmu malam ni bersama saya di fb live.

InshaaAllah saya akan terangkan sejelas-jelasnya tentang “Bagaimana Nak Mengenalpasti Gangguan Jin Dalam Badan “.

Mudah-mudahan persoalan anda tu terjawab.

Dan yang nak join, saya galakkan sangat-sangat dapatkan e-workbook yang saya sediakan khusus untuk fb live malam ni.

Untuk memudahkan anda mencatit. Sebab e-workbook tu disusun berpandukan kepada isi kandungan yang akan saya sampaikan malam ni.
Kalau yang dah tahu info tentang fb live malam ni, tapi masih bagi alasan untuk taknak join, jangan salahkan orang lain kalau kita masih taktau. Salahkan diri kita yang malas.
Assalamualaikum, beberapa minit lagi fb live akan dimulakan, inshaaAllah. Mudah-mudahan berjalan lancar.
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab semalam sesi fb live siri 1 dapat berjalan dengan lancar. Walaupun last-last minit line internet tiba-tiba terputus.

Kepada yang join, saya harap perkongsian saya dalam sesi live semalam memberikan input yang berguna kepada anda.

Kepada yang tak sempat untuk join, saya faham mungkin anda ada kekangan masa.

Di sini saya sertakan link untuk anda tonton semula rakaman fb live tersebut.

https://fb.watch/75WIq3MbKU/

Segala kekurangan dan kelemahan, ianya adalah datang dari diri saya yang lemah ni. Dan segala yang baik itu, semuanya datang dari Allah SWT.

InshaaAllah selepas ini saya akan buatkan lagi siri-siri yang seterusnya. Doakan Allah berikan kekuatan dan kesihatan pada saya.

Yang benar,
Abdullah Idris
https://panduanterapiruqyahmandiri.com
Perkongsian video terbaru dari saya.

Dalam video ni saya kongsikan 3 LANGKAH untuk anda kenalpasti barang sihir yang digunakan untuk menyihir anda.

Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda.
Assalamualaikum,

Salah satu daripada perbuatan zalim yang dilakukan oleh pelaku sihir ialah mereka akan menghantar sihir penghalang jodoh.

Saya kesian sebenarnya.

Bila ada orang perempuan yang menghubungi saya, minta saya doakan mereka agar ditemukan jodoh.

Yelah kan, umur dah masuk 30 an.

Yang dah masuk 40 an pun ada.

Tapi masih lagi belum berkahwin.

Siapa pun akan rasa tak gembirakan.

Sebab hidup berpasangan ni adalah fitrah manusia.

Atas fitrah tulah Allah menciptakan manusia ada jantina lelaki dan perempuan.

Tapi macam mana anda nak tahu samada terkena sihir penghalang jodoh atau tidak?

Ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti.

Antaranya:

1) Anda akan sentiasa bermimpi dalam keadaan bertelanjang.
2) Anda akan kerap mimpi seseorang (samada lelaki atau perempuan) akan bersama dengan anda juga dalam keadaan bertelanjang.
3) Selalu rasa ditindih atau dipeluk dari belakang.

Ini adalah antara tanda-tandanya.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang sihir penghalang jodoh ni, sila baca artikel yang saya tulis di blog saya.

Dalam artikel tersebut juga saya kongsikan kaedah rawatannya.

Ini link artikelnya.

Saya harap apa yang saya kongsikan dalam artikel tu dapat memberikan manfaat kepada anda.

Selepas baca, tinggalkan komen ye.

Yang benar,
Abdullah Idris

PS: Kalau anda kenal sesiapa yang ada masalah jodoh, boleh kongsikan dengan mereka artikel ni ye. Mudah-mudahan membantu.
👍1
Ada ke sesiapa yang berminat untuk download ebook ni?

Saya nak beri percuma.🙂

Saya harap ebook ni akan dapat memberikan manfaat.

Siapa nak sila komen "SAYA".
😱1