Ustaz Abdullah (Perawat Ruqyah)
1.32K subscribers
53 photos
1 video
1 file
296 links
Nak ilmu berharga dalam perubatan Islam? Join channel telegram saya sekarang. Sebagai hadiah, saya berikan anda 2 ebook percuma berkaitan dengan sihir.

Official Blog: https://perawatislam.com
Download Telegram
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Apa khabar?

Saya doakan anda berada dalam keadaan sihat.

Saya nak tanya...

Apakah tujuan anda menyertai channel telegram saya ini?

Tentu ada sebabkan.

Jadi...

Di sini saya ingin meminta sedikit pertolongan dari anda. Saya ingin mengenali anda semua dengan lebih jelas.

Oleh itu...

Saya minta 5 minit masa anda untuk tolong isikan borang kajiselidik yang saya buat.

Tak lama, 5 minit sahaja. Mungkin kurang dari itu.

Bolehkan?

Klik link di bawah untuk menyertai kajiselidik ringkas ini.

https://forms.gle/WVMiexQYCRiiVzrW6

5 minit masa berharga yang anda berikan kepada saya amat saya hargai.

Terima kasih banyak-banyak :)
Soalan yang pernah ditanya kepada saya;

Adakah apabila tukang sihir nak menyihir seseorang, mesti kena ada barang sihir (barang peribadi) mangsa?

Nak tahu jawapannya?

Saya jelaskan dalam perkongsian video di instagram.

Klik link di bawah:

https://www.instagram.com/tv/CP7ijvQHyhr/?utm_medium=copy_link

Siapa yang ada akaun instagram, boleh follow instagram saya ye🙂.
Assalamualaikum,

Saya nak tanya, anda nak tak buang sihir dari badan?

Tipulah kalau taknak. Saya yakin dan percaya semua pesakit sihir kalau dapat nak sangat buang sihir dari badan.

Betul tak?

Tapi...

Berapa ramai yang bersungguh-sungguh berusaha nak buang sihir dari badan?

Mungkin ada yang akan jawab;

"Ustaz, saya dah merata berubat, tapi tak sembuh-sembuh lagi"

Ini jawapan dari pesakit yang biasa sangat saya dengar.

Tapi sebenarnya...

Dari jawapan pesakit tersebut ada 2 salah faham.

Anda perasan tak apa salah fahamnya?

Kalau tak faham, inshaaAllah akan jelaskan kepada anda.

Pertama...

Pesakit menyangka, kalau nak sembuh mesti kena berubat merata tempat.

Berubat dengan perawat A masih tak ok, pergi pula berubat dengan perawat B.

Padahal kaedah perawat A dan B sama sahaja.

Bila dua-dua masih juga tak ok, pergi pula cari perawat C.

Dan begitulah seterusnya sampai duit habis berubat.

Akhirnya datanglah putus asa.

Itulah yang keluar dialog di atas, berubat merata masih tak sembuh.

Anda tahu tak?

Sebenarnya tugas perawat bukanlah merawat pesakit sampai sembuh.

Ini yang ramai pesakit salah faham.

Tugas perawat ialah:

a) Mengenalpasti apakah seseorang itu mengalami gangguan atau tidak (ini bagi pesakit yang tak pasti ada gangguan jin atau tidak).

b) Membantu mengurangkan gangguan jin/sihir dalam badan pesakit supaya pesakit dapat melakukan terapi ruqyah mandiri. Sebab ada sesetengah kes sihir yang sangat kuat di mana pesakit tak mampu untuk mulakan terapi ruqyah mandiri.

c) Memberikan nasihat atau tunjuk ajar jika pesakit ada kemusykilan tentang perkara yang berkaitan dengan masalah sihir yang dialami pesakit.

d) Membuat rawatan susulan untuk memeriksa tahap sihir yang dialami pesakit (ini untuk pesakit yang mungkin telah menjalani proses terapi secara ruqyah mandiri dalam tempoh tertentu).

Ini sahaja tugas perawat.

Bukan rawat sehingga pesakit sembuh.

Tugas untuk merawat pesakit sehingga menemui kesembuhan dan menghalang dari sihir berulang (dengan izin Allah) adalah tugas pesakit itu sendiri.

Sebenarnya ada sahaja pesakit sihir yang tahap sihirnya banyak berkurang apabila mereka ini diberikan penjelasan dan mahu mengikut apa yang dinasihatkan oleh perawat.

Tapi...

Yang jadi masalah apabila pesakit rasa dia lagi pandai dari perawat.

Jadi saya ulang sekali lagi...

Usaha untuk menyembuhkan pesakit bukan tugas perawat, tetapi pesakit itu sendiri.

Salah faham yang kedua ialah...

Pesakit menyangka usaha merawat diri dari sihir adalah usaha untuk tempoh tertentu sahaja.

Dalam erti kata lain, bila sihir dah sembuh, tak perlu dah teruskan usaha tersebut.

Ini satu lagi kefahaman yang tidak betul

Sebenarnya...

Semua orang perlu melakukan usaha:

- merawat diri untuk sembuh dari sihir (ini bagi mereka yang telah disihir).

- membina pendinding diri untuk elakkan diri dari terkena sihir (usaha ini perlu dilakukan oleh semua orang, termasuklah perawat sendiri).

Dan 2 usaha di atas perlu dilakukan seumur hidup. Apatahlagi kalau anda memang pernah disihir.

Sebab apa seumur hidup?

Saya terangkan sebabnya.

Allah berfirman dalam surah Al-Falaq ayat 4 dan 5 yang bermaksud:

"Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (ikatan-ikatan)" (4)

"Serta dari kejahatan orang yang dengki, apabila dia melakukan dengkinya" (5)

Kedua ayat di atas menjelaskan bahawa kita semua adalah berisiko untuk disihir.

Ingat, sihir dilakukan bukan kerana anda ada bermusuhan dengan orang, tetapi sihir berlaku apabila ada orang yang dengki pada anda.

Orang boleh dengki pada kita dengan pelbagai sebab.

Saya nak tanya...

Anda nak jadi orang yang gagal?

Tentu taknak kan.

Tapi sedar tak orang boleh dengki dengan kejayaan anda.

Anda nak jadi miskin?

Sudah pasti tidak.

Tapi ada orang akan dengki dengan kekayaan anda.

Sebab itu saya kata bahawa kita semua berisiko untuk disihir.

Sebab pasti akan ada orang yang akan dengki dengan kejayaan kita, kekayaan kita, kebahagiaan kita, dan sebagainya.

Sebab itulah usaha untuk mengelakkan diri dari sihir adalah usaha seumur hidup.

Sebab...
Anda taktahu bila orang yang dengki pada anda akan menjalankan dengkinya dengan cara menggunakan sihir.

Saya harap setakat ini anda dapat faham dan jelas dengan apa yang saya sampaikan.

Jadi kesimpulannya...

Nak sembuh dari sihir bukanlah dengan membuat rawatan merata-rata tempat.

Tetapi,

Adalah dengan meningkatkan tahap kekuatan spiritual (imun) melalui terapi amalan ruqyah mandiri.

Dan...

Ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk dan lemah itu adalah dari kejahilan diri saya sendiri.

InshaaAllah berjumpa lagi dalam post akan datang.

Assalamualaikum :)

Yang ikhlas,
Abdullah bin Idris
Assalamualaikum,

Mungkin anda telah pernah mendengar bahawa cara terbaik mematikan sihir di dalam badan adalah dengan mencari dan memusnahkan barang sihir.

Tetapi…

Tak ramai yang menjelaskan persoalan-persoalan penting tentang barang sihir yang perlu anda tahu.

Saya baru sahaja mengemaskini artikel diblog saya berkaitan dengan barang sihir.

Klik link di bawah:

https://perawatislam.com/sihir/bagaimana-mengenali-ciri-ciri-barang-sihir/#barang-sihir-betul

Antara persoalan penting yang dikongsikan ialah:

- mengapa barang sihir sangat penting kepada tukang sihir?

- adakah semua sihir mesti menggunakan barang sihir?

- bagaimanakah cara mencari dan memusnahkan barang sihir?

- bagaimana nak tahu barang yang dijumpai adalah barang sihir?

Semua persoalan di atas saya jelaskan dalam artikel tersebut.

https://perawatislam.com/sihir/bagaimana-mengenali-ciri-ciri-barang-sihir/#barang-sihir-betul

Selamat membaca dan semoga bermanfaat 🙂

Abdullah Idris,
www.perawatislam.com
Siapa nak cuba cara rawat sihir dengan menggunakan minyak zaitun?

Boleh baca perkongsian saya di instagram.

Klik link di bawah:

https://www.instagram.com/p/CQP1Hv-NZzF/?utm_medium=copy_link

Follow instagram saya ye 🙂

Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum,

Untuk tempoh masa TERHAD iaitu sehingga esok jam 8 malam sahaja, saya akan berikan diskaun sebanyak 50% untuk pembelian ebook Panduan Terapi Ruqyah Mandiri.

Kelebihan ebook ini ialah:

Pertama: Anda akan belajar apakah amalan-amalan khusus berimpak tinggi dalam ruqyah mandiri.

Amalan berimpak tinggi ini akan menjadikan anda berbeza pada pandangan Allah berbanding hamba-Nya yang lain.

Jadi anda akan menjadi hamba yang lebih disayangi dan diredhai oleh Allah.

Kedua: Anda akan belajar teknik merawat sihir dengan menggabungkan 3 makanan sunnah iaitu:

- Madu
- Minyak zaitun
- Habbatus sauda

Dengan 3 gabungan ini akan memberikan kesan yang lebih kuat pada jin sihir di dalam badan anda.

Ketiga: Anda akan belajar bagaimana cara menyediakan air ruqyah.

Air ruqyah adalah satu lagi elemen yang anda akan gunakan dalam rawatan bersama dengan 3 makanan sunnah di atas.

Jadi kenapa anda perlu keluarkan duit jika anda boleh belajar caranya. Bukankah lebih jimat kalau anda ruqyahkan sendiri.

Dan tahukah anda bahawa air yang diruqyahkan sendiri oleh pesakit adalah lebih afdhal dari orang lain.

Kerana 2 sebab:

1) Bacaan mereka lebih fokus dan lebih ikhlas kerana mereka yang sakit.
2) Doa mereka lebih mustajab kerana mereka termasuk orang yang dizalimi. Dan doa orang yang dizalimi tidak ada hijab berdasarkan kepada hadis Nabi SAW.

Keempat: Anda akan belajar cara mencari dan memusnahkan barang sihir.

Ingat lagi penjelasan saya pada point pertama, inshaaAllah apabila anda bersungguh-sungguh melakukan point pertama, anda akan berjaya mencari dan memusnahkan barang sihir berpandukan kepada cara yang akan saya ajar dalam ebook ini.

Berminat?

Klik di sini untuk menempah dengan diskaun 50%.

Untuk menebus diskaun anda, masukkan kod diskaun di bawah sebelum anda submit tempahan.

KOD DISKAUN: offpkp50

PS: Tawaran ini akan ditutup esok 22/6/2021 jam 8 malam.
Kesembuhan itu bukan datang dari luaran, ia datang dari dalam diri anda sendiri.
Saya nak tanya pandangan anda.

Anda suka tak kalau saya buat perkongsian dalam bentuk voice message.

Saya akan sentuh perkara berkaitan:

- sihir
- gangguan jin
- akidah
- tasauf

Jika anda suka, inshaaAllah saya usahakan.

Perkongsian dalam bentuk voice message boleh anda dengar sambil bawa kereta ke, buat kerja memasak ke.

Cuba berikan pandangan anda.

Terima kasih atas pandangan semua.
Ingatlah hari di mana kita akan berdiri dihadapan Allah untuk diperhitung amal kita satu persatu.
Nak syurga Allah, kena jadi hamba-Nya yang ada 2 ciri:

1) Beriman
2) Beramal soleh

Mudah-mudahan kita semua dimudahkan Allah untuk mendapatkan syurga Allah.

Amin…
Anda pernah ke buat rawatan sihir guna kaedah sembelihan?

Perawat kata sihir tu akan dipindahkan kepada binatang, dan kemudian akan disembelih untuk disedekahkan pada orang.

Hati-hati ye dengan kaedah begini.

Sebab…

Ada satu kaedah yang tukang sihir gunakan untuk menyeru jin.

Iaitu dengan kaedah sembelihan.
👍1
Assalamualaikum semua, ada sesiapa di sini yang berminat nak dapatkan tip-tip dan perkongsian tentang Al-Quran?

Saya jemput untuk follow instagram saya melalui link di bawah ye.

Mudah-mudahan anda mendapat manfaat.
Ada 2 persoalan penting.

Pertama, adakah Allah izinkan sihir berlaku?

Kedua, jika Allah izinkan sihir berlaku, persoalannya mengapa?

Inilah 2 persoalan yang saya kongsikan dalam video instagram terbaru saya.

Jemput tonton dan sharekan dengan rakan-rakan anda ye.
Assalamualaikum, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Hayatilah dan amalkanlah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah.

Semoga Allah meredhai kita semua.
Assalamualaikum,

InshaaAllah saya akan buat facebook live pada hari Sabtu ini, jam 9.30 malam (rujuk gambar).

Tajuk untuk siri 1 ini ialah "Bagaimana Mengesan Gangguan Jin Dalam Badan?".

Bagi yang berminat, saya sangat galakkan anda dapatkan juga e-workbook untuk digunakan dalam sesi fb live nanti.

E-workbook ni percuma je. Dengan e-workbook ni anda mudah untuk mencatit isi penting yang saya kongsikan.

Boleh klik link di bawah untuk dapatkan e-workbook tersebut.

https://perawatislam.com/facebook-live-siri-1/

InshaaAllah selepas dari siri 1 ni, siri-siri seterusnya akan diadakan lagi.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Oh ya. Kalau anda tahu sesiapa yang perlukan ilmu ni, sila hebahkan info tentang sesi fb live saya ni ye.

Terima kasih.😊