Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.5K subscribers
772 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
_ / 9 πŸͺ„πŸͺ„πŸͺ„πŸͺ„
❀18πŸ‘1
pendidikan islam trial kedah 2023
πŸ‘4
Forwarded from hellaur
1.(a)(i) Maksud perkataan bergaris:
- لِΨͺΩŽΨΉΩŽΨ§Ψ±ΩŽΩΩΩˆΩ’Ψ§ : saling berkenalan
- اَΨͺΩ’Ω‚ΩŽΩ°Ϊ©ΩΩ…Ω’ : orang yang paling bertakwa

(ii) Sebab turun ayat 13 surah al-hujurat:
- Rasulullah SAW telah meminta saidina Bilal bin Rabah r.a melaungkan azan semasa pembukaan kota mekah. Terdapat sahabat yang telah memandang tendah kepada Saidina Bilal bin Rabah r.a. Jibril a.s telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW memanggil mereka dan bertanyakan tentang tindakan mereka, lalu turunlah ayat ini.

(ii) Kepentingan umat Islam dituntut untuk saling mengenal pelbagai bangsa dan kaum:
- Dapat menjalin perpaduan dan perhubungan yang lebih harmoni.

(iv) Dua pengajaran dari ayat di atas:
- Kita hendaklah saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni.
- Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman dalam kalangan masyarakat.
❀29πŸ‘8
Forwarded from hellaur
(b)(i) Maksud berdikari ialah:
- Berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain.

(ii) Konsep berdikari:
- Membebaskan diri daripada bergantung kepada orang lain demi menjaga maruah diri.
- Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.

skema jawapan:
(iii) Pada pendapat saya, sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja demi menjaga maruah diri dan keluarga. Kesannya, kekosongan jawatan diisi oleh warga asing. Oleh itu, kita hendaklah mengubah pemikiran kolot ini agar ekonomi Malaysia dapat dibangunkan oleh rakyatnya sendiri.

(c) Dua jenis qalqalah:
- Qalqalah sughra
- Qalqalah kubra
❀27πŸ‘9
Forwarded from hellaur
2.(a)(i) Maksud Al-Muntaqim ialah:
- Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

(ii) Dua cara saya menanam rasa takut terhadap Allah SWT yang bersifat Al-Muntaqim:
- Saya akan bergaul dengan orang soleh.
- Saya akan menuntut ilmu bersungguh-sungguh berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

skema jawapan:
(iii) Pada pendapat saya, terdapat umat islam yang masih melakukan dosa dan maksiat disebabkan mereka merasa bangga dapat mempamerkan perbuatan tersebut untuk tontonan umum kerana mereka menganggap ianya sesuatu perkara hebat dan menjadi ikutan semasa, contohnya dengan memuat naik video sedang bermesra lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Oleh itu sebagai umat islam, kita hendaklah menjauhi larangan Allah SWT kerana setiap perbuatan akan dihitung dan diberi pembalasan di akhirat kelak.
❀24πŸ‘4
Forwarded from hellaur
(b)(i) Takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah:
- Kumpulan majoriti umat islam yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan Tabi’in serta Tabi’ Tabi’in dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak.

(ii) Dua nama lain bagi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah:
- As-Salafus Soleh
- Ahlul Hadis

(iii) Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai kedudukan iman:
- Ahli Sunnah Wal Jamaah mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal soleh dan maksiat yang dilakukan.

(iv) Pada pendapat saya, pihak berwajib perlu mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penyebar ajaran syiah, contohnya dengan menambahkan jumlah hukuman sebatan dan tempoh hukuman penjara. Hikmahnya masyarakat akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri daripada terpengaruh dengan ajaran ini. Oleh itu kita hendaklah mendalami ilmu agama daripada ulama yang diiktiraf keilmuannya agar akidah tetap terpelihara.
πŸ‘20❀11
Forwarded from hellaur
3 (a)(i) Maksud haji dari segi istilah:
- Mengunjungi Baitullah al-haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

(ii) Empat rukun haji:
- Niat ihram
- Tawaf
- Saie
- Bercukur

(iii) Dua perbezaan antara haji dan umrah: (BUAT JADUAL)

Haji
- Waktu: Dikerjakan pada bulan haji sahaja.
- Rukun: Wajib wuquf

Umrah
- Waktu: Dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun
- Rukun: Tiada wuquf
❀17πŸ‘3😁1
Forwarded from hellaur
(b)(i) Maksud fasakh:
- Pembubaran perkahwinan dengan kuasa hakim dengan sebab tertentu.

(ii) Situasi bagi hukum talak tersebut:
a) Wajib - Apabila berlaku perbalahan antara suami dan isteri yang tidak boleh diselesaikan setelah melalui proses mahkamah
b) Haram - Apabila suami menceraikan isteri ketika haid tetapi telah disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak.

(iii) Hujah saya ialah, rumahtangga akan musnah jika pasangan mengabaikan solat kerana solat dapat mencegah seseorang dari melakukan dosa. Contohnya, suami yang solat dengan sempurna terutamanya solat berjemaah tidak akan memukul isterinya sebaliknya akan sentiasa menjaga keharmonian rumahtangga. Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha menambah ilmu berkaitan perkahwinan supaya kerukunan rumahtangga terpelihara.
❀21
Forwarded from hellaur
4.(a)(i) Nama khalifah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyah:
- Abu Al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As-Saffah

(ii) Tiga sumbangan khalifah Harun al-Rasyid dalam membangunkan Kerajaan Abbasiyah:
- Mewujudkan jawatan ketua hakim negara.
- Membina baitul hikmah
- Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.

(iii) Peranan Baitul Hikmah pada zaman Kerajaan Abbasiyah:
- Perpustakaan terulung yang menempatkan terjemahan karya asing seperti bahasa Yunani ke dalam bahasa arab.

(iv) Dua faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah dari aspek politik:
- Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan.
- Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al-Muntasir dan Al-Muktaz menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah.
❀12πŸ‘8
Forwarded from hellaur
(b)(i) Riwayat hidup Ahmad bin Ibrahim secara ringkas:
- Nama penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
- Tarikh lahir: 15 Mei 1916

(ii) Dua sumbangannya dalam bidang berikut:
a) Perundangan:
- Anggota panel pengasas kuliah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Pengasas dan penggubal Enakmen Undang-undang Islam (Hudud dan Kisas) Kelantan pada tahun 1991.
b) Hasil Karya:
- Menghasilkan Pelopor Jurnal Hukum
- Menghasilkan buku-buku undang-undang keluarga islam seperti Family Law in Malaysia.

(iii) Dua iktibar yang dapat diambil daripada ketokohan peribadinya:
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.
- Kita hendaklah berusaha menjadi insan yang lebih dinamik supaya dapat berbakti kepada negara dan masyarakat.
❀15πŸ‘3
Forwarded from hellaur
5(a)(i) Dua aspek wasatiah selain kesederhanaan:
- Keseimbangan
- Kecemerlangan

(ii) Dua kelebihan melaksanakan prinsip wasatiyah:
- Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni.
- Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan melalui keperluan negara.

(iii) Pada pendapat saya, pelajar akan mudah mengalami masalah kemurungan apabila gagal menguruskan emosi diri ketika menghadapi kegagalan dalam akademik. Hal ini disebabkan mereka hanya memikirkan kejayaan akademik tanpa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah menghayati cara hidup Islam agar mendapat rahmat daripada Allah SWT.
❀22πŸ‘2
Forwarded from hellaur
(b)(i) Maksud alam sekitar:
- Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling manusia.

(ii) Dua aktiviti amalan hijau yang boleh dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan kelestarian alam sekitar:
- Mengurangkan penggunaan plastik agar alam tidak tercemar.
- Mengamalkan amalan kitar semula agar pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan baik.

(ii) Dua hikmah adab menjaga alam sekitar:
- Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana melihat keindahan alam.
- Meningkatkan pendapatan kerana dapat melaksanakan aktiviti eko-pelancongan.
πŸ‘25❀15😁1
pendidikan islam trial putrajaya set 1 2023
❀8πŸ‘1
Forwarded from hellaur
1.(a)(i) Maksud sunnatullah:
- Sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

(ii) Dua kaum terdahulu yang dimusnahkan oleh Allah SWT:
- Kaum Lut
- Kaum Thamud

(iii) Dua pengajaran ayat di atas:
- Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan dan ketetapanNya.
- Kita hendaklah meyakini bahawa Al-Quran ialah petunjuk ke arah kebenaran bagi orang yang beriman dan bertakwa.
πŸ‘16❀10πŸ€”1