Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.5K subscribers
772 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
alright 9/9 tak? easy kan πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š
❀28😁12πŸ‘8
oh by the way, good luck untuk yang belum bertutur, tidur awal tau, jangan lupa bawak ic, doa and selawat banyak banyak okay ❀️
❀47πŸ‘10
Salam 1 Rejab 1445H

Doa ketika masuk bulan rejab:

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ Ω„ΩŽΩ†ΩŽΨ§ ΩΩΩŠΩ’ رَجَبٍ ΩˆΩŽΨ΄ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ω†ΩŽ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΩ„ΩΩ‘Ω‘ΨΊΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]


malam ni antara malam mustajab doa, perbanyakkan lagi doa kita tau malam ni ❀️
❀217πŸ‘11
helloooo, hehe korang tidur lagi eh? takpe takpe, nanti bangun bangun pagi terus jawab kuiz min eh πŸ™Š
πŸ‘4
quizzesπŸ’‘
f4 bidang akhlak
tajuk 22: bersikap benar menjauhkan kemunafikan
Dalil Naqli


ΩŠΩŽΩ€Ω°Ω“Ψ£ΩŽΩŠΩ‘ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ‘ΩŽΨ§Ω…ΩŽΩ†ΩΩˆΨ§ΫŸ Ω±ΨͺΩ‘ΩŽΩ‚ΩΩˆΨ§ΫŸ Ω±Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩŽ ΩˆΩŽΩ‚ΩΩˆΩ„ΩΩˆΨ§ΫŸ Ω‚ΩŽΩˆΩ’Ω„Ω‹Ψ§ Ψ³ΩŽΨ―ΩΩŠΨ―Ω‹Ψ§ {Ω§Ω  }

Maksud:
Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah yang benar.

Surah Al-Ahzab: Ayat 70
❀29πŸ‘5
maksud bersikap benar: tidak berdusta dari segi perkataan, _______ dan perbuatan.
Anonymous Quiz
18%
niat
44%
perkhabaran
38%
perlakuan
πŸ‘7❀2
hukum bersikap benar
Anonymous Quiz
89%
wajib
4%
sunat
7%
harus
0%
makruh
0%
haram
❀8
_ / 9 πŸͺ„πŸͺ„πŸͺ„πŸͺ„
❀18πŸ‘1
pendidikan islam trial kedah 2023
πŸ‘4
Forwarded from hellaur
1.(a)(i) Maksud perkataan bergaris:
- لِΨͺΩŽΨΉΩŽΨ§Ψ±ΩŽΩΩΩˆΩ’Ψ§ : saling berkenalan
- اَΨͺΩ’Ω‚ΩŽΩ°Ϊ©ΩΩ…Ω’ : orang yang paling bertakwa

(ii) Sebab turun ayat 13 surah al-hujurat:
- Rasulullah SAW telah meminta saidina Bilal bin Rabah r.a melaungkan azan semasa pembukaan kota mekah. Terdapat sahabat yang telah memandang tendah kepada Saidina Bilal bin Rabah r.a. Jibril a.s telah memberitahu Rasulullah SAW perbuatan para sahabat tersebut lalu Rasulullah SAW memanggil mereka dan bertanyakan tentang tindakan mereka, lalu turunlah ayat ini.

(ii) Kepentingan umat Islam dituntut untuk saling mengenal pelbagai bangsa dan kaum:
- Dapat menjalin perpaduan dan perhubungan yang lebih harmoni.

(iv) Dua pengajaran dari ayat di atas:
- Kita hendaklah saling bekerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni.
- Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman dalam kalangan masyarakat.
❀29πŸ‘8
Forwarded from hellaur
(b)(i) Maksud berdikari ialah:
- Berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain.

(ii) Konsep berdikari:
- Membebaskan diri daripada bergantung kepada orang lain demi menjaga maruah diri.
- Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.

skema jawapan:
(iii) Pada pendapat saya, sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja demi menjaga maruah diri dan keluarga. Kesannya, kekosongan jawatan diisi oleh warga asing. Oleh itu, kita hendaklah mengubah pemikiran kolot ini agar ekonomi Malaysia dapat dibangunkan oleh rakyatnya sendiri.

(c) Dua jenis qalqalah:
- Qalqalah sughra
- Qalqalah kubra
❀27πŸ‘9
Forwarded from hellaur
2.(a)(i) Maksud Al-Muntaqim ialah:
- Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

(ii) Dua cara saya menanam rasa takut terhadap Allah SWT yang bersifat Al-Muntaqim:
- Saya akan bergaul dengan orang soleh.
- Saya akan menuntut ilmu bersungguh-sungguh berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

skema jawapan:
(iii) Pada pendapat saya, terdapat umat islam yang masih melakukan dosa dan maksiat disebabkan mereka merasa bangga dapat mempamerkan perbuatan tersebut untuk tontonan umum kerana mereka menganggap ianya sesuatu perkara hebat dan menjadi ikutan semasa, contohnya dengan memuat naik video sedang bermesra lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Oleh itu sebagai umat islam, kita hendaklah menjauhi larangan Allah SWT kerana setiap perbuatan akan dihitung dan diberi pembalasan di akhirat kelak.
❀24πŸ‘4