Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.5K subscribers
769 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
Isu-isu dalam perkahwinan

Maksud talak:
- Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

Contoh Lafaz Talak:
- Secara Jelas: β€œAku ceraikan engkau.”
- Secara Kiasan: β€œAku lepaskan engkau mulai hari ini.” @ β€œPulanglah ke rumah ibumu.”

Jenis-jenis talak:
- Raj’ie: Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad.
- Ba’in: Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru.

Hukum Talak:
Wajib - apabila berlaku perbalahan suami isteri yang tidak boleh diselesaikan setelah melalui proses mahkamah.
Sunat - apabila isteri berakhlak buruk.
Makruh: apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab.
Haram: apabila suami menceraikan isteri ketika haid atau ketika suci tetapi telah disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak.

Fasakh

Maksud Fasakh:
- Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab tertentu.

Contoh sebab fasakh:
- Isteri memohon fasakh kerana suami sering memukul dan menyebabkan kecederaan fizikal.

Khuluk

Maksud Khuluk:
- Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.

Iddah

Maksud Iddah:
- Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami.
πŸ‘25❀13
Kerajaan Umaiyah

Khalifah Yang Terkenal
- Muawiyah Bin Abi Sufian
- Abdul Malik Bin Marwan
- Al Walid Bin Abdul Malik
- Umar Bin Abdul Aziz

Pusat pemerintahan
- Damsyik, Syria

Pengasas
- Muawiyah Bin Abi Sufian

Bil. khalifah
- 14 Orang

Faktor Kemerosotan Kerajaan Umaiyah:

Politik
- Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan
- Pemberontakan puak Khawarij dan Syiah yang tidak berpuas hati.

Iktibar daripada pemerintahan kerajaan umaiyah:
- Menjaga kebajikan sesama rakan demi mengeratkan kasih sayang
- Menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup harmoni.
πŸ‘26❀14😁2
Tokoh Ahmad Bin Ibrahim

Nama Penuh: Ahmad Bin Muhammad Ibrahim
Tarikh Lahir: 15 Mei 1916
Tarikh Wafat: 17 April 1999
Gelaran: Profesor Emeritus Tan Sri Doktor

Ketinggian Akhlak
- Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan
- Suka menyebarkan ilmu

Dua iktibar
- Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah islamiah agar masyarakat dapat memahami islam yang sebenar.
- Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh ahmad bin ibrahim dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu agar berjaya di dunia dan di akhirat.
πŸ‘24❀12
Alam Sekitar

Maksud Alam Sekitar:
- Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling manusia.

Adab menjaga alam sekitar:
- Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar.
- Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula.
- Sentiasa menggunakan sumber air secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran.

Hikmah Adab Menjaga Alam Sekitar:
- Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana melihat keindahan alam.
- Meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti ekopelancongan.

Kalau dia mintak contoh alam sekitar:
1. Bulan/Bintang/Matahari
2. Pokok/Hutan
3. Gunung/Bukit
πŸ‘37❀11πŸ₯°1
Wasatiyah

Maksud wasatiyah:
- Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.

Maksud kesederhanaan:
- Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat

Aspek/Ciri Kecemerlangan:
- Melakukan kebaikan seperti membangunkan negara
- Melakukan semua tugas dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
πŸ‘46❀9
harap harap la masuk ape yang min share tu, bittaufiq wannajah goodluck semua do your best, jangan tinggal soalan, jangan tinggal kbat 🀍
πŸ‘85❀42πŸ₯°8
Countdown SPM:
86 days left!

β€˜jangan putus asa! masih ada masa’
❀85πŸ‘7πŸ₯°4
quizzes πŸ’‘
f4 bidang sirah
tajuk 20: kerajaan abbasiyah
πŸ‘13
Di manakah pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiyah?
Anonymous Quiz
61%
Baghdad, Iraq
32%
Damsyik, Syria
6%
Istanbul
❀5πŸ‘3
Berapakah bilangan khalifah Kerajaan Abbasiyah?
Anonymous Quiz
34%
14 orang khalifah
13%
26 orang khalifah
50%
37 orang khalifah
3%
55 orang khalifah
❀7πŸ‘4😁3
Siapakah khalifah yang memerintah Kerajaan Abbasiyah selama 4 tahun 9 Bulan?
Anonymous Quiz
21%
Abu Jaafar Abdullah Bin Muhammad
18%
Abu Jaafar Abdullah Al-Makmun
32%
Harun Ar-Rasyid
29%
Abu Al-Abbas Abdullah
❀5πŸ‘2
Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah dari aspek ketenteraan ialah: Inovasi peralatan perang yang moden dan canggih seperti ______
Anonymous Quiz
49%
Manjanik
33%
Bafuret
11%
Owyrtu
6%
Dogcuer
❀3
sape dapat 10/10 je boleh tidur awal 😴
-
korang dapat berapa _ / 10 πŸ‘€
πŸ‘9❀4
Countdown SPM:
84 days left!

β€˜Belajar bukan satu kehendak, ia satu kewajipan. Setiap kewajipan akan mendatangkan kebaikan. Ilmu yang dipelajari perlu diingati dan dimanfaatkan. Walaupun seberapa penat kita belajar, tetaplah belajar. Kerana ia merupakan satu KEWAJIPAN 🫑'
πŸ‘98❀96πŸ”₯11😱8
quizzesπŸ’‘
f5 bidang sirah
tajuk 16: kerajaan uthmaniyah
πŸ‘2❀1