Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.6K subscribers
768 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
tarikh meninggal ahmad bin ibrahim:
Anonymous Quiz
19%
16 November 1999
55%
17 April 1999
18%
28 Mei 1999
8%
26 Februari 1999
❀9πŸ‘2
bilakah tarikh lahir ahmad bin ibrahim
Anonymous Quiz
4%
15 Mei 2023
75%
15 Mei 1916
6%
26 April 2006
16%
15 Mei 1975
❀3πŸ€”3πŸ‘2
tokoh ahmad bin ibrahim - _/5
πŸ‘5
okay last, akhlak tajuk wasatiyah dan alam sekitar !!
alam sekitar ialah ______ yang terdapat di sekeliling manusia
Anonymous Quiz
88%
segala benda hidup dan bukan hidup
12%
flora dan fauna
❀5
orait that’s all. thank you yang sudi jawab. harap kuiz yang min buat tu masuk la exam esok. (min pon exam pai esok korang huhu 🫠) allah yuftah alaykum korang ❀️
❀50
Fiqhul Awlawiyyat

Maksud Fiqh al-Awlawiyyat:
- Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.

Dua contoh aplikasi Fiqh Awlawiyyat dalam bidang amalan:
- Mengutamakan bersedekah berbanding dengan gotong-royong.
- Mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak amalan sunat untuk peribadi.

Dua kepentingan fiqhul awlawiyyat terhadap masyarakat:
- Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.
- Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.

Dua prinsip asas dalam fiqhul awlawiyyat:
- Bersumberkan dalil syarak.
- Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak.
πŸ‘40❀28
Kemuliaan Berdikari

Maksud berdikari:
- Berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Dua konsep berdikari:
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.
- Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Dua kelebihan berdikari:
- Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha
- Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal kerana berusaha bersungguh-sungguh.

Dua pengajaran hadis:
- Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan agar hidup dirahmati Allah SWT.
- Kita hendaklah berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
πŸ‘39❀17
Ibtida’

Maksud Ibtida’
- Memulakan bacaan Al-Quran selepas wakaf

Terbahagi kepada dua:
1. Ibtida Hassan
- Memulakan bacaan pada kalimah yang dapat difahami maknanya serta tidak bersalahan dengan maksud yang dikehendaki Allah SWT
Hukum bacaan: Harus

2. Ibtida’ Qabih
- Memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan makna yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki Allah SWT.
Hukum bacaan: Tidak harus
πŸ‘21❀11
Ajaran Sesat

Maksud ajaran sesat:
- Ajaran yang didakwa sebagai ajaran islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ciri ajaran sesat:
- [Al-Quran] Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata.
- [Akidah] Mengaku menjadi nabi atau rasul.
- [Ibadah] Menolak kewajipan ibadat fardhu
- [Akhlak] Bersikap taksub dengan ajaran guru

Kesan melakukan ajaran sesat:
- Melahirkan individu yang pasif dan malas.
- Menggugat kestabilan politik.
πŸ‘23❀8
Ar-Raqib

Maksud Ar-Raqib:
- Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhlukNya.

Bukti Allah SWT Bersifat Ar-Raqib:
- Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan laranganNya.
- Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.
πŸ‘26❀9
Haji & Umrah

Maksud Haji:
- Mengunjungi Baitullah Al-Haran pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Maksud Umrah:
- Mengunjungi Baitullah Al-Haran pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Syarat wajib haji & umrah:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Mampu

Ciri-ciri berkemampuan:
- Cukup perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan umrah pergi dan balik.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Aman perjalanan pergi dan balik.
- Sihat tubuh badan.

Perbezaan Haji dan Umrah

Haji
Waktu: Dikerjakan pada bulan haji sahaja
Rukun: Wajib Wuquf
Perkara Wajib: - Melontar 7 anak batu pada ketiga-tiga jamrah.
- Bermalam di Mudzalifah
- Bermalam di Mina
- Melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra

Umrah
Waktu: Dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Rukun: Tiada wuquf
Perkara Wajib: Tiada

* Kalau dia tanya perbezaan, BUAT JADUAL
πŸ‘32❀16
Solat Sunat Istikharah

Maksud Solat Sunat Istikharah:
- Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.

Hikmah menunaikan solat sunat istikharah:
- Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana menjadikan Allah SWT sebagai tempat pergantungan.
- Mendidik umat Islam agar sentiasa memohon petunjuk kepada Allah SWT terutama di dalam membuat keputusan.
πŸ‘24❀9
Isu-isu dalam perkahwinan

Maksud talak:
- Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

Contoh Lafaz Talak:
- Secara Jelas: β€œAku ceraikan engkau.”
- Secara Kiasan: β€œAku lepaskan engkau mulai hari ini.” @ β€œPulanglah ke rumah ibumu.”

Jenis-jenis talak:
- Raj’ie: Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad.
- Ba’in: Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru.

Hukum Talak:
Wajib - apabila berlaku perbalahan suami isteri yang tidak boleh diselesaikan setelah melalui proses mahkamah.
Sunat - apabila isteri berakhlak buruk.
Makruh: apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab.
Haram: apabila suami menceraikan isteri ketika haid atau ketika suci tetapi telah disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak.

Fasakh

Maksud Fasakh:
- Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab tertentu.

Contoh sebab fasakh:
- Isteri memohon fasakh kerana suami sering memukul dan menyebabkan kecederaan fizikal.

Khuluk

Maksud Khuluk:
- Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.

Iddah

Maksud Iddah:
- Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami.
πŸ‘25❀13