Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.5K subscribers
768 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
RIYAK VS UJUB

πŸ“Œ RIYAK
Maksud : Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.
Contoh : Melaksanakan solat sunat hanya jika berada di hadapan orang.

Riyak ni perbuatan. Dia buat amalan sebab nakkan pujian. Dia buat kerana manusia bukan kerana Allah.

πŸ“Œ UJUB
Maksud : Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Contoh : Merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain.

Ujub pulak perasaan. Dia tak tunjuk pon amalan dia, tapi dalam hati dia, dia rasa dia la yang paling baik sekali. Bangga sorang-sorang dia.

Nauzubillahi Min Zalik. Semoga kita semua terhindar dari sifat mazmumah, penyakit penyakit hati, aamiinn.
-
korang boleh refer jawapan dari Ustaz Muhaizad untuk jawapan yang lebih tepat 🀍

https://youtu.be/5kd37EisTcA
❀13πŸ‘8
okay before kita tidur, muhasabah balik diri kita. min nak share words dari motivation talk yang min tengok haritu which is TOP ACHIEVERS TALK <3
-
words from kak heera :

β€œ Jangan buat maksiat. Maksiat ni bukan couple sahaja. Maksiat dan ilmu, dua benda yang tak boleh campur. ”
-
Ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan datang pada hati-hati yang bermaksiat.

#spmtips
πŸ₯°51❀27πŸ‘5πŸ”₯1
soalan
-
f5 bidang sirah
TAJUK 16: KERAJAAN UTHMANIYAH
❀6πŸ‘1
1. Nyatakan pusat pemerintahan pertama Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Pusat pemerintahan pertama Kerajaan Uthmaniyah ialah:
- Sogut
❀7πŸ‘2
2. Nyatakan dua khalifah Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal selain Sultan Muhammad Al-Fateh.

Jawapan:
Dua khalifah Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal selain Sultan Muhammad Al-Fateh ialah:
- Uthman Bin Ertughrul
- Murad I Bin Orhan
- Sulaiman Al-Qanuni Bin Salim I

*pilih mana-mana dua
πŸ‘6
3. Jelaskan tiga sumbangan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membangunkan Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Tiga sumbangan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membangunkan Kerajaan Uthmaniyah ialah:
1. Membuka Kota Constantinopale pada tahun 857 H/ 1453 M.
2. Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary.
3. Mewakafkan Aya Sophia (Hagia Sophia) sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fateh.
πŸ‘6❀2
4. Jelaskan dua iktibar daripada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Dua iktibar dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah ialah:
- Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
- Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
- Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh.
- Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
- Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.

* pilih mana-mana dua
❀7πŸ‘3πŸ€”1
β˜† quiz session β˜†
-
f5 bidang sirah
TAJUK 17: KEUNGGULAN TOKOH ISLAM
❀5
Forwarded from A
πŸ₯°3❀1
berapa korang dapat? 3/3 tak?
Sesungguhnya tanggungjawab terhadap agama lebih banyak daripada masa yang ada. Maka manfaatkanlah waktu. Apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan, sederhanakanlah dan percepatkan untuk diselesaikan.

[Sepuluh Wasiat Hassan Al-Banna]
❀25πŸ”₯3πŸ€”1
f4 bidang al-quran
TAJUK 6: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
-
#kesan
πŸ‘21
β˜† quiz session β˜†
-
f4 bidang al-quran
TAJUK 6: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
ada 4 soalan kuiz je harini. senang kan semua. πŸ‘
-
sape macam min 4/4? πŸ‘€
πŸ‘27❀2
kita selalu baca doa sebelum belajar je kan, lepas ni, kita biasakan diri untuk baca doa selepas belajar pulak ❀️
❀59πŸ‘1πŸ₯°1