Pendidikan Islam Spmnetic!β„’ πŸ§•πŸ»
19.5K subscribers
768 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🀘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group ✨
Download Telegram
Jelaskan Dua kepentingan berpegang dengan akidah ahli Sunnah waljamaah
Terangkan Dua perbezaan pandangan ahli Sunnah wal jamaah Dan aliran bertentangan dengannya tentang beberapa isu.
SELAMAT MENJAWAB HAHAHAH,ESOK DAH SEKOLAHπŸ˜‰πŸ€ͺ😜
f4 bidang akhlak
TAJUK 24 : Unit 2, Adab Terhadap Orang Kurang Upaya
-
#maksud
❀5
bidang akhlak
F4 TAJUK 24 : Unit 2, ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA
-
KBAT
Soalan :

Huraikan pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada golongan orang kurang upaya jika masyarakat awam menggunakan kemudahan khas untuk mereka dengan sewenang-wenangnya.

[ 4 markah ]

Contoh jawapan :
Orang kurang upaya akan menghadapi kesukaran dalam urusan seharian (1m) kerana kemudahan mereka telah disalahgunakan. (1m) Contohnya, penyalahgunaan tempat parkir atau tandas untuk golongan orang kurang upaya. (1m) Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat agar kemudahan khas terhadap golongan orang kurang upaya tidak disalahgunakan. (1m)

[ 4 markah ]
πŸ‘16❀14
Forwarded from A
β˜† quiz session β˜†
-
f5 bidang akhlak
TAJUK 21 : SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI
πŸ‘3
Forwarded from A
β€œ Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. ” merupakan maksud bagi sifat ..
Anonymous Quiz
4%
Hasad
49%
Riyak
19%
Takabbur
28%
Ujub
🀯17❀7🀩4πŸ‘3
nampaknya ramai yang salah soalan no satu tu πŸ‘€
hati-hati korang.
-
sape 3/3 macam min je boleh tido.
😱3
RIYAK VS UJUB

πŸ“Œ RIYAK
Maksud : Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.
Contoh : Melaksanakan solat sunat hanya jika berada di hadapan orang.

Riyak ni perbuatan. Dia buat amalan sebab nakkan pujian. Dia buat kerana manusia bukan kerana Allah.

πŸ“Œ UJUB
Maksud : Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Contoh : Merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain.

Ujub pulak perasaan. Dia tak tunjuk pon amalan dia, tapi dalam hati dia, dia rasa dia la yang paling baik sekali. Bangga sorang-sorang dia.

Nauzubillahi Min Zalik. Semoga kita semua terhindar dari sifat mazmumah, penyakit penyakit hati, aamiinn.
-
korang boleh refer jawapan dari Ustaz Muhaizad untuk jawapan yang lebih tepat 🀍

https://youtu.be/5kd37EisTcA
❀13πŸ‘8
okay before kita tidur, muhasabah balik diri kita. min nak share words dari motivation talk yang min tengok haritu which is TOP ACHIEVERS TALK <3
-
words from kak heera :

β€œ Jangan buat maksiat. Maksiat ni bukan couple sahaja. Maksiat dan ilmu, dua benda yang tak boleh campur. ”
-
Ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan datang pada hati-hati yang bermaksiat.

#spmtips
πŸ₯°51❀27πŸ‘5πŸ”₯1
soalan
-
f5 bidang sirah
TAJUK 16: KERAJAAN UTHMANIYAH
❀6πŸ‘1
1. Nyatakan pusat pemerintahan pertama Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Pusat pemerintahan pertama Kerajaan Uthmaniyah ialah:
- Sogut
❀7πŸ‘2
2. Nyatakan dua khalifah Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal selain Sultan Muhammad Al-Fateh.

Jawapan:
Dua khalifah Kerajaan Uthmaniyah yang terkenal selain Sultan Muhammad Al-Fateh ialah:
- Uthman Bin Ertughrul
- Murad I Bin Orhan
- Sulaiman Al-Qanuni Bin Salim I

*pilih mana-mana dua
πŸ‘6
3. Jelaskan tiga sumbangan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membangunkan Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Tiga sumbangan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membangunkan Kerajaan Uthmaniyah ialah:
1. Membuka Kota Constantinopale pada tahun 857 H/ 1453 M.
2. Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary.
3. Mewakafkan Aya Sophia (Hagia Sophia) sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fateh.
πŸ‘6❀2
4. Jelaskan dua iktibar daripada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

Jawapan:
Dua iktibar dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah ialah:
- Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
- Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
- Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh.
- Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
- Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.

* pilih mana-mana dua
❀7πŸ‘3πŸ€”1
β˜† quiz session β˜†
-
f5 bidang sirah
TAJUK 17: KEUNGGULAN TOKOH ISLAM
❀5
Forwarded from A
πŸ₯°3❀1