Pendidikan Islam Spmnetic! 🧕🏻
19.5K subscribers
768 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group
Download Telegram
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
F5 Bidang Sirah Tajuk 16
-
KERAJAAN UTHMANIYAH

KETOKOKOHAN SULTAN YANG TERKENAL PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH

1. UTHMAN BIN ERTUGHRUL

Nama Penuh : Uthman bin Ertughrul
Tahun Lahir : 656 Hijrah/1258 Masihi
Tahun Mangkat : 726 Hijrah/1326 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 27 Tahun
Jawatan : Pemerintah pertama Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Menyatukan wilayah Anatolia selatan selepas ditinggalkan oleh Byzantine
- Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada Kerajaan Saljuk
- Mengasaskan kerajaan Uthmaniyah

2. MURAD I BIN ORHAN

Nama Penuh : Murad I bin Orhan
Tahun Lahir : 726 Hijrah/1325 Masihi
Tahun Mangkat : 791 Hijrah/1388 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 30 Tahun
Jawatan : Pemerintah ketiga Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Membentuk Pasukan Janissary
- Memodenkan angkatan tentera laut
- Menjadikan Edime sebagai ibu negara

3. MUHAMMAD AL-FATEH BIN MURAD II

Nama Penuh : Muhammad Al-Fateh bin Murad II
Tahun Lahir : 833 Hijrah/1429 Masihi
Tahun Mangkat : 886 Hijrah/1481 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 31 Tahun
Jawatan : Pemerintah ketujuh Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
-Membuka Kota Constantinople pada tahun 857 H/ 1453 M
- Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary
- Mewakafkan Aya Sophia (Hagia Sophia) sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fateh

4. SULAIMAN AL-QANUNI BIN SALIM I

Nama Penuh : Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
Tahun Lahir : 900 Hijrah/ 1494 Masihi
Tahun Mangkat : 974 Hijrah/1566 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 48 tahun
Jawatan : Pemerintah kesepuluh kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Membuka Belgrade
- Membuka Algeria dan Tunisia semula
- Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai Kanuname semula
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang merupakan sebuah kuasa besar

📌 Spektrum ilmu
Antara Kerajaan Islam selepas Abbasiyah, antaranya termasuklah :
• Kerajaan Fatmiyyah (909-1171)
• Kerajaan Ayubiyyah (1250-1174)
• Kerajaan Mamlukiyyah (1250-1517)

#kerajaanuthmaniyah
#sejarahkerajaanuthmaniyah
👍87
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH

• PENTADBIRAN
- Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi
- Pemerintah menyelaraskan dua dewan, iaitu Dewan Kebangsaan Tukri dan Dewan Lembaga Pengarah Urusan Agama
- Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus

• KEILMUAN
- Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal
- Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan

• SOSIAL
- Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan
- Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat
- Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan

• KETENTERAAN
- Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara
- Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan kelengkapan senjata

#kerajaanuthmaniyah
#faktorkegemilangan
5👍3
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN UTHMANIYAH

√ Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan

√ Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi

√ Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil

√ Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara

√ Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan kuasa

√ Kesilapan memilih sekutu dalam Peperangan Dunia Pertama menyebabkan kehilangan tentera yang besar

IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIYAH

1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
2. Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
3. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankan negara daripada serangan musuh.
4. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
5. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.

#kerajaanuthmaniyah
#faktorkemerosotan
#iktibar
3👍3
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
#doa
43👍6🥰1
oraitt min ada soalan and quiz tapi min hantar kejap lagi pukul 8 lebih.
lepas korang dah habis solat maghrib baca quran semua baru korang jawab tau. ❤️
-
f5 bidang hadis tajuk 8
TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT
11
1. Senaraikan tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT.

Jawapan :
Tujuh golongan orang yang mendapat naungan Allah SWT ialah :
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang hidupnya taat beribadah kerana Allah SWT.
3. Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.
5. Seseorang yang membenci maksiat kerana takut kepada Allah SWT.
6. Seseorang yang menyembunyikan sedekah.
7. Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata.
7👍1
2. Apakah maksud seseorang yang menyembunyikan sedekah ?

Jawapan :
Maksud seseorang yang menyembunyikan sedekah ialah :
- Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapakan pujian manusia.
👍5🤔1
3. Nyatakan dua contoh seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid.

Jawapan :
Dua contoh seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid ialah :
1. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid.
2. Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu dan program sukan dan riadah.
5👍1
4. Jelaskan dua pengajaran hadis mengenai tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT.

Jawapan :
Dua pengajaran hadis mengenai tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT ialah :
1. Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT.
2. Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan.
4. Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai.
5. Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT.
6. Kita hendaklah berusaha memperbanyak sedekah kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa .
7. Kita hendaklah melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.

* pilih mana-mana dua
👍84👏1
quiz session ☆
5👍1