Pendidikan Islam Spmnetic!โ„ข ๐Ÿง•๐Ÿป
19.5K subscribers
768 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises ๐Ÿค˜๐Ÿป

For inquiries, directly ask in a discussion group โœจ
Download Telegram
Letโ€™s go to topic Asy-Syahid .
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
F4 bidang fekah tajuk 14
-
โ˜† SEMBELIHAN โ˜†

MAKSUD SEMBELIHAN

Bahasa : memotong

Istilah : menyembelih binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan niat kerana Allah

HUKUM SEMBELIHAN
- WAJIB supaya HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

RUKUN SEMBELIHAN ( ada 3 )

โœง Penyembelih
โœง Binatang
โœง Alat Sembelihan

SYARAT SAH SEMBELIHAN

โœฟ Penyembelih
ใ Beragama Islam atau Ahli Kitab
- Halal Sembelihan Ahli Kitab kerana niat sembelihan mereka adalah kerana Allah SWT
- Sembelihan kanak-kanak dan orang perempuan adalah sah dan halal

โœฟ Binatang
ใMasih mempunyai hayat mustaqirrah
- Jika binatang yang disembelih hampir mati, maka ia tidak halal dimakan

ใPutus urat halkum dan merih dengan segera dalam sekali sembelihan
- Urat halkum ialah salur pernafasan
- Urat merih ialah salur makanan

โœฟ Alat sembelihan
ใAlat yang boleh melukakan binatang
- kecuali : kuku, gigi, tali, tulang

PERKARA SUNAT SEMBELIHAN

โœฟ Penyembelih
โ€ข Menyembelih pada waktu siang
โ€ข Menghadap kiblat
โ€ข Membaca basmalah
โ€ข Menajamkan pisau

โœฟ Binatang
โ€ข Membaringkan atas rusuk kiri

โœฟ Alat Sembelihan
โ€ข Menggunakan alatan yang tajam seperti pisau

PERKARA MAKRUH SEMBELIHAN

โœฟ Penyembelih
- Menyembelih di hadapan binatang lain
- Menyembelih pada waktu malam
- Tidak membaca basmalah
- Tidak menghadap kiblat

โœฟ Binatang
- Menyeksa binatang

โœฟ Alat Sembelihan
- Menggunakan alatan yang tumpul

๐Ÿ“Œ Spektrum ilmu

1) Hayat Mustaqirrah : Haiwan yang mampu bergerak dengan bertenaga. Antara tandanya termasuklah : binatang tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah disembelih

2) Contoh menyeksa binatang sembelihan tanpa sebab :
- Memenggal leher
- Mematahkan kaki
- Mengheret kaki binatang ke tempat sembelihan
- Menajamkan pisau sembelihan di hadapan binatang lain

3) Janin yang mati selepas ibunya disembelih atau mati dalam perut atau lahir dalam keadaan bukan hayat mustaqirrah halal dimakan dagingnya

4) - Penggunaan water stunner dalam proses penyembelihan ayam adalah harus
- Penggunaan electrical stunner dalam penyembelihan lembu adalah harus

#sembelihan
โค12๐Ÿ‘6
URAT SEMBELIHAN PADA BINATANG
#sembelihan
โค2
haii semua, i hope you guys are doing fine, semoga sihat selalu โค๏ธ
-
min mintak maaf ye sebab dah lama tak on, tbh min dah dapat kertas exam min hehe, korang dah dapat ? macam mana, okay tak ? tbh, min punya markah agak mengecewakan sikit, korang tolong doakan min untuk survive spm life and dapat straight A+ tauu, min doakan korang jugak hehe <3
-
tahniah dan syabas untuk yang dapat markah cemerlang ๐Ÿค
untuk yang kurang cemerlang : teruskan usaha, In Shaa Allah kita boleh ๐Ÿซถ
โค14
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

words from my ustazah :

โ€œ JANGAN BIARKAN MASALAH, MENYEBABKAN KITA GAGAL DALAM HIDUP โ€

for those who are struggling right now, i hope kita semua boleh tempuh ujian dan masalah ni dengan tenang dan sabar, latih hati kita untuk reda ya, saya doakan saya dan korang berjaya dunia akhirat ๐Ÿค
โค62๐Ÿ‘4
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
F4 Bidang Sirah Tajuk 18
-
โ˜† KERAJAAN KHULAFAโ€™ AR-RASYIDIN โ˜†

Ciri Kempipinan Khulafaโ€™ Ar-Rasyidin :

1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
โœฟ Tegas
- Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
โœฟ Berpandangan Jauh
- Mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai usaha menghimpunkan tulisan ayat Al-Quran kerana ramai penghafaz Al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah
โœฟ Setia dengan arahan Rasul
- Meneruskan usaha Rasulullah SAW untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera di Ghassan
โœฟ Mengamalkan Syura
- Mengambil kira pandangan sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom

2. Khalifah Umar Bin Al-Khattab
โœฟ Tegas
- Menggantikan kepimpinan Khalid Bin Al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dalam perang Yamamah
โœฟ Berfikiran terbuka
- Bersedia ditegur oleh Rasulullah SAW dan menerima pandangan sahabat dan keputusan mesyuarat tentang pembebasan tawanan perang Badar
โœฟ Adil
- Memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa
โœฟ Cekap
- Menubuhkan Majlis Syura serta menubukan beberapa jabatan baru ( Dewan )
- Mengemaskini Baitul Mal
- Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian di bawah kuasa seorang Gabenor

3. Khalifah Uthman Bin Affan
โœฟ Berpandangan Jauh
- Menubuhkan jawatankuasa khas Pembukuan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid Bin Thabit menggunakan lahjah Arab yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani
โœฟ Berfikiran Terbuka
- Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
- Membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah
โœฟ Prihatin
- Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahankan negara
- Membesarkan Masjid Nabawi untuk keselesaan umat Islam
โœฟ Inovatif
- Menubuhkan angkatan tentera laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam khususnya di Syam dan Mesir

4. Khalifah Ali bin Abi Talib
โœฟ Tegas
- Memecat beberapa Gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman seperti Muawiyah dan Abu Musa untuk meredakan kemarahan puak pemberontak
โœฟ Berpandangan Jauh
- Menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh Khalifah Uthman kerana keadaan negara yang masih huru-hara dan dikuasai oleh puak pemberontak
โœฟ Berilmu
- Memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai hakim di Yaman
โœฟ Berani
- Menyertai hampir kesemua peperangan seperti perang badar dan perang khaibar
- Sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui bebanan yang bakal dihadapi

#kerajaankhulafaarrasyidin
#cirikepimpinan
โค10๐Ÿ‘7
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

PENCAPAIAN PEMERINTAHAN KHULAFAโ€™ AR RASYIDIN

1. AGAMA
- Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
- Penyebaran dakwah Islam hingga ke Wilayah Mesir, Parsi dan Rom

2. POLITIK
- Pembukaan wilayah baru Islam di Iraq dan Syam
- Penubuhan Majlis Syura, Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara
- Berjaya mematahkan pemberontakan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan Pulau Cyprus

3. EKONOMI
- Memperkenalkan cukai Jizyah dan Kharaj
- Meneruskan kutipan Jizyah yang dikenakan kepada golongan zimmi
- Mengemaskini Institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baru untuk memperbanyak hasil pertanian
- Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah

4. SOSIAL
- Mengasaskan Takwim Islam sebagai permulaan pengiraan Tahun Hijrah
- Memperkenal undang-undang pentadbiran tanah
- Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian

5. KETENTERAAN
- Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq
- Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir
- Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama

6. PENDIDIKAN
- Mengumpul dan menulis semula naskah Al-Quran
- Menubuhkan sekolah ( Al-Kuttab ) khusus untuk kanak-kanak
- Menyelaraskan bacaan dan penulisan Al-Quran menggunakan bahasa Quraisy

#kerajaankhulafaarrasyidin
#pencapaianpemerintahan
๐Ÿ‘13โค7
tak terlambat kan saya nak wish congrats untuk batch 05 ? tapi, before that, saya ada satu ayat nak share <3
-
i read this from tiktok :
โ€œ BELAJAR UNTUK ILMU, KERJA ITU REZEKI โ€
-
kalau korang tak dapat result yang macam korang nak, jangan sedih terlalu lama tau. kalau betul betul nak sambung belajar, tapi result spm agak mengecewakan, teruskan berdoa. Dia dengar. Dia tahu. mungkin ada yang akan sambung belajar, ada yang nak kerja. mungkin ada yang dapat result cemerlang, tapi ambik keputusan untuk kerja sebab nak tolong ekonomi family, takpe teruskan. ingat, ilmu ni ada dekat mana-mana je. jangan cepat mengalah. jangan rasa down tau. okay tu je la kot, macam panjang sangat la pulak hihi. CONGRATS BATCH 05, YOU GUYS DAH BERJAYA SURVIVED HIGH SCHOOL LIFE. TAHNIAH UNTUK SEMUA USAHA KORANG !
jaga diri, jaga solat, jaga hati, jaga iman ๐Ÿค
โค34๐Ÿ‘5
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
F5 Bidang Sirah Tajuk 16
-
โ˜† KERAJAAN UTHMANIYAH โ˜†

KETOKOKOHAN SULTAN YANG TERKENAL PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH

1. UTHMAN BIN ERTUGHRUL

Nama Penuh : Uthman bin Ertughrul
Tahun Lahir : 656 Hijrah/1258 Masihi
Tahun Mangkat : 726 Hijrah/1326 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 27 Tahun
Jawatan : Pemerintah pertama Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Menyatukan wilayah Anatolia selatan selepas ditinggalkan oleh Byzantine
- Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada Kerajaan Saljuk
- Mengasaskan kerajaan Uthmaniyah

2. MURAD I BIN ORHAN

Nama Penuh : Murad I bin Orhan
Tahun Lahir : 726 Hijrah/1325 Masihi
Tahun Mangkat : 791 Hijrah/1388 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 30 Tahun
Jawatan : Pemerintah ketiga Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Membentuk Pasukan Janissary
- Memodenkan angkatan tentera laut
- Menjadikan Edime sebagai ibu negara

3. MUHAMMAD AL-FATEH BIN MURAD II

Nama Penuh : Muhammad Al-Fateh bin Murad II
Tahun Lahir : 833 Hijrah/1429 Masihi
Tahun Mangkat : 886 Hijrah/1481 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 31 Tahun
Jawatan : Pemerintah ketujuh Kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
-Membuka Kota Constantinople pada tahun 857 H/ 1453 M
- Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary
- Mewakafkan Aya Sophia (Hagia Sophia) sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fateh

4. SULAIMAN AL-QANUNI BIN SALIM I

Nama Penuh : Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
Tahun Lahir : 900 Hijrah/ 1494 Masihi
Tahun Mangkat : 974 Hijrah/1566 Masihi
Tempoh Pemerintahan : 48 tahun
Jawatan : Pemerintah kesepuluh kerajaan Uthmaniyah
Sumbangan :
- Membuka Belgrade
- Membuka Algeria dan Tunisia semula
- Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai Kanuname semula
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang merupakan sebuah kuasa besar

๐Ÿ“Œ Spektrum ilmu
Antara Kerajaan Islam selepas Abbasiyah, antaranya termasuklah :
โ€ข Kerajaan Fatmiyyah (909-1171)
โ€ข Kerajaan Ayubiyyah (1250-1174)
โ€ข Kerajaan Mamlukiyyah (1250-1517)

#kerajaanuthmaniyah
#sejarahkerajaanuthmaniyah
๐Ÿ‘8โค7
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH

โ€ข PENTADBIRAN
- Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi
- Pemerintah menyelaraskan dua dewan, iaitu Dewan Kebangsaan Tukri dan Dewan Lembaga Pengarah Urusan Agama
- Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus

โ€ข KEILMUAN
- Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal
- Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan

โ€ข SOSIAL
- Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan
- Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat
- Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan

โ€ข KETENTERAAN
- Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara
- Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan kelengkapan senjata

#kerajaanuthmaniyah
#faktorkegemilangan
โค5๐Ÿ‘3
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN UTHMANIYAH

โˆš Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan

โˆš Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi

โˆš Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah menyebabkan negara tidak stabil

โˆš Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara

โˆš Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan kuasa

โˆš Kesilapan memilih sekutu dalam Peperangan Dunia Pertama menyebabkan kehilangan tentera yang besar

IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIYAH

1. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
2. Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
3. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankan negara daripada serangan musuh.
4. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT.
5. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.

#kerajaanuthmaniyah
#faktorkemerosotan
#iktibar
โค3๐Ÿ‘3
ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
#doa
โค43๐Ÿ‘6๐Ÿฅฐ1