Pendidikan Islam Spmnetic! 🧕🏻
19.5K subscribers
772 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group
Download Telegram
4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar.

Dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar ialah :
1. Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada dalam pemerintahan Allah SWT.
2. Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya. Setiap perbuatan Allah SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi.
3. Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWT akan mencampakkan makhlukNya yang bersifat takabbur dan bongkak ke dalam neraka jahannam.

* pilih mana-mana dua
10👍1
F4 bidang al-quran tajuk 5
-
MEMAHAMI SUNNATULLAH

MAKSUD SUNNATULLAH

- Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

SUNNATULLAH MELIPUTI PERKARA BERIKUT :

✧ Bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah SWT
✧ Meliputi semua makhluk di langit dan di bumi
✧ Berasaskan konsep : sebab - musabab - akibat

KEPENTINGAN MENGKAJI DAN MENELITI SEJARAH UMAT TERDAHULU

1. Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu

Contoh 1 : Nabi Yusuf a.s

Sebab kejayaan : Menyimpan bekalan semasa musim menuai atas nasihat Nabi Yusuf a.s
Akibat : Selamat menghadapi kemarau panjang selama 7 tahun

Contoh 2 : Thalut dan tenteranya

Sebab kejayaan : Mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang kuat
Akibat : Dapat menewaskan tentera Jalut yang ramai

2. Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu

Contoh 1 : Kaum Thamud ( umat Nabi Soleh a.s )

Sebab kemusnahan : Bersifat angkuh dan menuduh Nabi soleh pendusta
Akibat : Dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat

Contoh 2 : Kaum Luth ( umat Nabi Luth a.s )

Sebab kemusnahan : Ingkar perintah Allah SWT dengan mengamalkan homoseksual
Akibat : Dibinasakan dengan diterbalikkan bumi mereka

3. Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia.

KESAN MEMAHAMI SUNNATULLAH

- Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah SWT Yang Maha Bijaksana.
- Menerima ketetapan Allah SWT dengan hati yang terbuka dan bersikap positif.
- Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam mendepani cabaran kehidupan.
- Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan.

PENGAJARAN AYAT

1. Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya dapat mengetahui dan menyelidiki sunnatullah.
2. Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu agar menjadi pedoman dalam kehidupan.
3. Kita hendaklah sentiasa menjaga keimanan agar mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

📌 SPEKTRUM ILMU

- Fenomena kerosakan yang berlaku di muka bumi adalah sebagai satu bentuk pendidikan dan peringatan kepada manusia agar kembali kepada landasan dan matlamat hidup yang sebenar berteraskan syariat Islam.

#memahamisunnatullah
11👍7
Weekly Ayah returning season, ep : 1

أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ
Maksud;

And warn, [O Muhammad], your closest kindred.

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu (Muhammad) yang terdekat,

Tafsiran;

Dan berilah peringatan, wahai Rasul, kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, agar mereka tidak menyekutukan Allah (syirik), dan ajaklah mereka ke jalan yang benar. Keluarga adalah lingkaran pertama yang harus menjadi keutamaan dakwah. Unsur kekerabatan/keturunan tidak bisa menolong dari siksa Allah jika mereka masih tetap berbuat syirik.

Ash-Shu'ara' ayat 214

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
👍188
Forwarded from MySoalan
1
Forwarded from MySoalan
Salam semua,

Saya nak share satu website yang boleh membantu guru dan murid lagi2 untuk musim peperiksaan. Dekat website ini, anda boleh dapatkan pelbagai soalan dari pelbagai jenis subjek (sekolah rendah dan menengah). Skema jawapan pun diberi! Soalan dan jawapan anda boleh download dan print.

Antara kelebihan lain dalam website ni, kita boleh tambah dan edit soalan sendiri. Kalau nak yang shortcut, memang dah siap compile, boleh pergi dekat bahagian PDF Set Latihan

So, saya sangat galakkan anda untuk cuba guna website ni mana tahu boleh bantu exam, sign up dekat sini: Website MySoalan

Join juga channel telegram mereka untuk more info berkaitan guru dan murid: https://t.me/mysoalan
👍61
“Petikan” Quran :

Az-Zalzalah 99:2
وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا

And the earth discharges its burdens

dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandung-nya

Tafsiran ;
dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandung-nya, baik kekayaan yang ada di dalamnya atau mayat-mayat yang terkubur,

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
21👍1
Kepada semua student batch 05...Ana doakan keputusan anda semua mendapat yang cemerlang...Aminn 🤲

Tak dapat 9A dalam SPM tak apa , janji kena jaga 9A ni .

1. Allah
2. Agama
3. Aqidah
4. Akhlak
5. Ayah dan ibu
6. Aurat
7. Amalan
8. Adab
9. Akhirat

goodluck batch 05 *termasuk Ana sekali
181👍12🥰7
Assalamualaikum everyone, da lama anjee Tak buat quizz , sorry tau Sbb focus sgt kan examm . Insyaa Allah lepasni anjee try ADA KAN MASA 🫰🏻
Quizz : F5 Bidang Akidah Bab 9
👍4
Tgk point anje , jgn keliru🫰🏻
Let’s go to topic Asy-Syahid .
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
F4 bidang fekah tajuk 14
-
SEMBELIHAN

MAKSUD SEMBELIHAN

Bahasa : memotong

Istilah : menyembelih binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan niat kerana Allah

HUKUM SEMBELIHAN
- WAJIB supaya HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

RUKUN SEMBELIHAN ( ada 3 )

✧ Penyembelih
✧ Binatang
✧ Alat Sembelihan

SYARAT SAH SEMBELIHAN

✿ Penyembelih
く Beragama Islam atau Ahli Kitab
- Halal Sembelihan Ahli Kitab kerana niat sembelihan mereka adalah kerana Allah SWT
- Sembelihan kanak-kanak dan orang perempuan adalah sah dan halal

✿ Binatang
くMasih mempunyai hayat mustaqirrah
- Jika binatang yang disembelih hampir mati, maka ia tidak halal dimakan

くPutus urat halkum dan merih dengan segera dalam sekali sembelihan
- Urat halkum ialah salur pernafasan
- Urat merih ialah salur makanan

✿ Alat sembelihan
くAlat yang boleh melukakan binatang
- kecuali : kuku, gigi, tali, tulang

PERKARA SUNAT SEMBELIHAN

✿ Penyembelih
• Menyembelih pada waktu siang
• Menghadap kiblat
• Membaca basmalah
• Menajamkan pisau

✿ Binatang
• Membaringkan atas rusuk kiri

✿ Alat Sembelihan
• Menggunakan alatan yang tajam seperti pisau

PERKARA MAKRUH SEMBELIHAN

✿ Penyembelih
- Menyembelih di hadapan binatang lain
- Menyembelih pada waktu malam
- Tidak membaca basmalah
- Tidak menghadap kiblat

✿ Binatang
- Menyeksa binatang

✿ Alat Sembelihan
- Menggunakan alatan yang tumpul

📌 Spektrum ilmu

1) Hayat Mustaqirrah : Haiwan yang mampu bergerak dengan bertenaga. Antara tandanya termasuklah : binatang tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah disembelih

2) Contoh menyeksa binatang sembelihan tanpa sebab :
- Memenggal leher
- Mematahkan kaki
- Mengheret kaki binatang ke tempat sembelihan
- Menajamkan pisau sembelihan di hadapan binatang lain

3) Janin yang mati selepas ibunya disembelih atau mati dalam perut atau lahir dalam keadaan bukan hayat mustaqirrah halal dimakan dagingnya

4) - Penggunaan water stunner dalam proses penyembelihan ayam adalah harus
- Penggunaan electrical stunner dalam penyembelihan lembu adalah harus

#sembelihan
12👍6
URAT SEMBELIHAN PADA BINATANG
#sembelihan
2
haii semua, i hope you guys are doing fine, semoga sihat selalu ❤️
-
min mintak maaf ye sebab dah lama tak on, tbh min dah dapat kertas exam min hehe, korang dah dapat ? macam mana, okay tak ? tbh, min punya markah agak mengecewakan sikit, korang tolong doakan min untuk survive spm life and dapat straight A+ tauu, min doakan korang jugak hehe <3
-
tahniah dan syabas untuk yang dapat markah cemerlang 🤍
untuk yang kurang cemerlang : teruskan usaha, In Shaa Allah kita boleh 🫶
14
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

words from my ustazah :

“ JANGAN BIARKAN MASALAH, MENYEBABKAN KITA GAGAL DALAM HIDUP ”

for those who are struggling right now, i hope kita semua boleh tempuh ujian dan masalah ni dengan tenang dan sabar, latih hati kita untuk reda ya, saya doakan saya dan korang berjaya dunia akhirat 🤍
62👍4
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
F4 Bidang Sirah Tajuk 18
-
KERAJAAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Ciri Kempipinan Khulafa’ Ar-Rasyidin :

1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Tegas
- Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
Berpandangan Jauh
- Mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai usaha menghimpunkan tulisan ayat Al-Quran kerana ramai penghafaz Al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah
Setia dengan arahan Rasul
- Meneruskan usaha Rasulullah SAW untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera di Ghassan
Mengamalkan Syura
- Mengambil kira pandangan sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom

2. Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Tegas
- Menggantikan kepimpinan Khalid Bin Al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dalam perang Yamamah
Berfikiran terbuka
- Bersedia ditegur oleh Rasulullah SAW dan menerima pandangan sahabat dan keputusan mesyuarat tentang pembebasan tawanan perang Badar
Adil
- Memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa
Cekap
- Menubuhkan Majlis Syura serta menubukan beberapa jabatan baru ( Dewan )
- Mengemaskini Baitul Mal
- Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian di bawah kuasa seorang Gabenor

3. Khalifah Uthman Bin Affan
Berpandangan Jauh
- Menubuhkan jawatankuasa khas Pembukuan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid Bin Thabit menggunakan lahjah Arab yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani
Berfikiran Terbuka
- Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal
- Membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah
Prihatin
- Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahankan negara
- Membesarkan Masjid Nabawi untuk keselesaan umat Islam
Inovatif
- Menubuhkan angkatan tentera laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam khususnya di Syam dan Mesir

4. Khalifah Ali bin Abi Talib
Tegas
- Memecat beberapa Gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman seperti Muawiyah dan Abu Musa untuk meredakan kemarahan puak pemberontak
Berpandangan Jauh
- Menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh Khalifah Uthman kerana keadaan negara yang masih huru-hara dan dikuasai oleh puak pemberontak
Berilmu
- Memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai hakim di Yaman
Berani
- Menyertai hampir kesemua peperangan seperti perang badar dan perang khaibar
- Sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui bebanan yang bakal dihadapi

#kerajaankhulafaarrasyidin
#cirikepimpinan
10👍7
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

PENCAPAIAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AR RASYIDIN

1. AGAMA
- Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
- Penyebaran dakwah Islam hingga ke Wilayah Mesir, Parsi dan Rom

2. POLITIK
- Pembukaan wilayah baru Islam di Iraq dan Syam
- Penubuhan Majlis Syura, Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara
- Berjaya mematahkan pemberontakan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan Pulau Cyprus

3. EKONOMI
- Memperkenalkan cukai Jizyah dan Kharaj
- Meneruskan kutipan Jizyah yang dikenakan kepada golongan zimmi
- Mengemaskini Institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baru untuk memperbanyak hasil pertanian
- Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah

4. SOSIAL
- Mengasaskan Takwim Islam sebagai permulaan pengiraan Tahun Hijrah
- Memperkenal undang-undang pentadbiran tanah
- Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian

5. KETENTERAAN
- Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq
- Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir
- Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama

6. PENDIDIKAN
- Mengumpul dan menulis semula naskah Al-Quran
- Menubuhkan sekolah ( Al-Kuttab ) khusus untuk kanak-kanak
- Menyelaraskan bacaan dan penulisan Al-Quran menggunakan bahasa Quraisy

#kerajaankhulafaarrasyidin
#pencapaianpemerintahan
👍137