Pendidikan Islam Spmnetic! 🧕🏻
19.5K subscribers
772 photos
42 videos
627 files
321 links
This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻

For inquiries, directly ask in a discussion group
Download Telegram
Daily Ayah ep 12 :

Al-Mumtahanah ayat 5;

رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِرۡ لَنَا رَبَّنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

Our Lord, make us not [objects of] torment for the disbelievers and forgive us, our Lord. Indeed, it is You who is the Exalted in Might, the Wise."

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang Mahaperkasa, Mahabijaksana."

Tafsiran : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami, orang-orang beriman, menjadi sasaran fitnah bagi orang-orang kafir, karena keluguan kami. Dan ampunilah kami, seluruh dosa dan kekhilafan kami agar jiwa kami bersih, aib kami tertutup, dan hidup kami bahagia. Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mahaperkasa, menyadarkan dan mengubah jalan hidup orang-orang berdosa; Maha bijaksana, menghadapi perilaku hamba yang lalai.

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
14👍3
Daily Ayah ep 13 :

Al-Mu'minun ayat 17

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَآئِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَٰفِلِينَ

And We have created above you seven layered heavens, and never have We been of [Our] creation unaware.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).

Tafsiran : Demikianlah kuasa Allah untuk menciptakan manusia melalui tahapan-tahapan yang sangat mengagumkan. Begitu besar nikmat yang Allah karuniakan kepada manusia. Dan di antara nikmat itu adalah bahwa sungguh, Kami telah menciptakan tujuh lapis langit di atas kamu, dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan Kami. Kami akan selalu menjaganya untuk kebaikan manusia dan makhluk hidup lainnya.

ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
👍104
Assalamualaikum semua ^.^
Apa khabar? Semua sihat? keeee semua busy ni? 🤔 korg semua buat apa je ni? share share lah sikit dengan ana 🫣
6👍2
Jom Jom
21🥰4👍3
Forwarded from Serene NotesChannel ʕっ•ᴥ•ʔっ (αlissα)
👍81
assalamualaikum, haii semua, tengah buat apaa tuu 👀
nak tanye sikit, korang exam pai hari apee ?
good luck untuk semua yang exam esok, do your best, banyakkan zikir, doa, selawat.
kalau macam lupa lupa tu, banyakkan istighfar tau <3
-
untuk yang dah exam, good job okay. focus untuk next paper. doa banyak banyak. 🤍
14👍2👏1
oh by the way, yang still ada 2 3 hari lagi untuk ulangkaji, korang nak fokus topic ape ? boleh comment kat bawah tau, i’ll try my best untuk tolong cari bahan-bahan nanti In Shaa Allah
2
pukul 3 nanti saye nak share soalan sikit tau, tajuk f5 bidang al-quran bab 4
-
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
👍7
1. Senaraikan ciri-ciri mukmin berjaya yang terdapat dalam ayat selain daripada sentiasa memelihara solat.

- Beriman kepada Allah SWT
- Khusyuk dalam solat
- Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia
- Menunaikan zakat
- Menjaga kehormatan diri
- Menjaga amanah dan janji


2. Apakah maksud menjaga kehormatan diri ?

Maksud menjaga kehormatan diri ialah :
- Menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabie’.

3. Apakah maksud dan contoh zina ?

Maksud zina ialah :
- Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Contoh zina ialah :
- Persetubuhan haram antara pasangan kekasih.

4. Nyatakan dua akibat salah laku seksual.

- Terdedah kepada penyakit fizikal seperti AIDS dan SIFILIS.
- Menyebabkan gangguan emosi dan mental.
- Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka bagi anak tidak sah taraf.
- Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
- Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.
- Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.

* pilih mana-mana dua
🤩1613👍10🥰4👏4😁1
korang jawab dulu and then baru tekan jawapan dia tau, jujur ehh dengan diri sendiri 👀
ya Allah baru perasan, soalan pengajaran ayat lupa send 🫠
5. Jelaskan dua pengajaran ayat

- Kita hendaklah sentiasa memelihara solat untuk melahirkan individu yang berdisiplin.
- Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuk agar menjadi hamba yang bertakwa.
- Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja.
- Kita hendaklah berusaha untuk menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat islam.
- Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri dan keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya.
- Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar integriti muslim terpelihara.

* pilih mana-mana dua
23👍6🥰3
nah la untuk yang masih segar tu HAHAHHA
🥰82🤩1
okay moh le jawab soalan
-
tajuk f5 bidang akidah
ALLAH SWT MAHA MENGAWASI DAN MAHA MENYAKSIKAN
👍4🔥31
1. Apakah maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ?

Maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ialah :
- Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.


2. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib.

Dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib ialah :
1. Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangannya.
2. Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.


3. Apakah maksud nama Allah SWT As-Syahid ?

Maksud nama Allah SWT As-Syahid ialah :
- Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pon yang tersembunyi daripadanya.


4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid .

Dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid ialah :
1. Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia.
2. Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik.
3. Allah SWT Maha Menjadi Saksi perutusan Rasulullah SAW keatas umatnya.
4. Allah SWT sahaja yang Menjadi Saksi segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi.

* pilih mana-mana dua.
👍258👏1😁1🤔1
F4 bidang al-quran tajuk 4
-
LARANGAN RASUAH

Allah SWT melarang manusia mengambil harta orang lain secara batil ( salah ) seperti :
- rasuah
- judi
- merompak
- menipu
- salah guna kuasa
- riba’
- mencuri

MAKSUD RASUAH

- Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

4 BENTUK KESALAHAN RASUAH

1. Meminta atau menerima rasuah
2. Mengemukakan tuntutan palsu
3. Menawarkan atau memberikan rasuah
4. Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan tertentu

KESAN PERBUATAN RASUAH

- Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya
- Menjadikan seseorang individu hilang harga dan maruah diri
- Melumpuhkan ekonomi negara akibat pengurusan yang meningkat
- Meningkatkan kes jenayah kerana sikap mementingkan diri sendiri

PENGAJARAN AYAT

1. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberi atau menerima rasuah agar tidak menjadi orang yang zalim
2. Kita hendaklah mencari rezeki yang halal supaya hidup diberkati Allah SWT
3. Kita hendaklah menjauhi perbuatan sumpah palsu agar tidak dimurkai Allah SWT

#laranganrasuah
👍71