Si Pencari Cinta
325 subscribers
577 photos
3 videos
1.11K links
Disebabkan Permainan Cinta Seorang Insan ,
Engkau Lupa Akan Erti Cinta Sebenar .

Si Pencari Cinta Sebenar .
Download Telegram
Forwarded from Medan dakwah
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir walau betapa empuknya pasir itu.

- Pepatah Arab-

@medandakwah
ukhti widya:
Muslim.Or.Id:
Umar bin Khoththob radhiallahu 'anhu berkata.

تعلموا العربية فإنها من دينكم

"Pelajarilah bahasa Arab, karena itu bagian dari agama kalian. "
Izza izatul Izara:
🌸بسم الله الرحمن الرحيم 🌸
💚اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم💚


🍂🦋🍂🦋🍂🦋🍂🦋🍂

🍃Sesungguhnya walau di kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau di siram
Dengan air hujan dari tujuh langitNYA
Namun cinta tak kan hadir
Rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatNYA
Jika tidak menagih simpati padaNYA..

🍃Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu..



#salam10ramadhan
#salamsubuh
#selamatmenjalankanibadahpuasa

💗🕊
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ

Dari Abu Dzar RA bahwa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, " lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (HR. Ahmad No: 20530) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa. Ia juga adalah amalan para Nabi.

2. Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka.

3. Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya.

4. Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

"Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (HR Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 – 15 minit sebelum subuh).

‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

05hb Jun 2017
10hb Ramadan 1438H
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

✍🏿 Muhasabah Hati ...

*🌹Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan terhiris ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi._

*🌹Tidak mudah bangkit dalam keadaan tersungkur ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita semakin berani dan kuat._

*🌹Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika kita boleh membahagiakan orang lain._

*🤓Bukan sekadar membahagiakan diri sendiri._*

*🌹Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan di hina ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah kalau itu akan jadi sebahagian dari penyucian jiwa. Dan ikhlas hanya mengharap redho Illahi_

*🌹Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berada didalamnya ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita_

*🌹Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya_

*🌹Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat_

*🌹Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera hati ,*
_👆🏼Tapi akan terasa indah ketika ia melahirkan kesabaran dan kesyukuran. Dan menyedari itu sebahagian dari cara Allah menyayangi hambanya..._

...

Mengikhlaskan sesuatu yang kita inginkan memang tidak mudah. Tapi tidak ikhlas itu jauh lebih susah.

Ikhlaskan , maka Allah akan mengganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang kita perlukan.

🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻
Bagaimana nak tahu kita ini dah jauh dari Allah swt?

1⃣ Lihat solat kita- Adakah kita berkira-kira untuk solat 5 waktu. Bertangguh-tangguh sehingga saat akhir atau tertangguh hingga tidak buat?

2⃣ Lihat bagaimana keutamaan waktu kita- Adakah solat lebih utama atau layan FB/IG 2-3 jam itu paling utama?

3⃣ Lihat kualiti solat kita- Adakah kita buat dengan sangat khusyuk/ fokus sehingga kita dengar setiap bacaan kita atau kita terlupa berapa rakaat dah solat kita? Adakah ia tergesa-gesa janji ada?

4⃣ Lihat hidup kita- Adakah kita bangun sebelum suboh solat sunat atau kita langgar tidak solat setiap pagi?

5⃣ Lihat hidup kita- Adakah ia buat Allah swt gembira atau tidak berapa nak gembira? Lihat kita duduk bersama orang yang ingat Tuhan atau jauh juga dariNya.

Aurat kita, adab tutur bahasa kita, adakah kita sedikit sedikit marah? Atau kita sangat sedikit marah, boleh dikira setahun sekali - dua sahaja, bukan setiap hari dua puluh kali.

6⃣ Lihat berapa kerap kita pegang Quran dan membacanya?

7⃣ Lihat berapa kerap kita buat amalan2 sunat?

8⃣ Lihat masa kita dihabiskan untuk apa dan siapa?

9⃣ Lihat hidup kita rasa tenang atau sebaliknya tidak tenang

🔟 Lihat kasih sayang dalam keluarga- itu tanda nyata.

Astagfirullahalazim😔

*#PesanOstad*
*#IngatanBuatDiri*
Forwarded from Medan dakwah
Tazkirah Kematian

Abu Hurairah mengatakan bahawa ada seseorang yang pernah datang kepada Nabi s.a.w seraya berucap, "Apa yang menyebabkan aku membenci kematian?"

"Apakah kamu mempunyai harta?" tanya beliau.

Orang itu menjawab, "Ya"

"Nafkahkanlah hartamu itu, kerana hati seorang mukmin itu selalu terikat oleh hartanya. Jika harta itu diinfakkan, bererti dia lebih suka untuk mendapatkan kematian itu; jika harta itu ditangguhkan infaknya, bererti dia lebih suka untuk menangguhkan kematian itu"
[HR Abu Nu'aim]

[Ziarah Ke Alam Barzakh - al-Imam Jalaluddin as-Suyuti]

@medandakwah
Forwarded from Medan dakwah
Di Syurga ada satu pintu yang dinamakan Al-Rayyan

Tiada yang memasukinya melainkan orang berpuasa.

Semoga kita dikalangan ahli syurga Al-Rayyan. 💕

#RamadanKareem1438H

@medandakwah
Pencinta tanpa syaratku

Minggu ini, bulan ini, tahun 2017 ini, adalah saat dimana para remaja graduasi busy menjalani interview, ujian medsi bagi mendapatkan tempat melanjutkan pengajian termasuklah diri ni haaa... Sampai sahaja kat U , kalut la uruskan semua benda.. Ha kelam kabut la, bawa keluar segala dokumen, file², gambaq pasport, lampiran diri semua bg lengkap.. Alhamdulillah diri ni selamat jalani interview.. Ketaq ni jgan tnya laaa... Yg penting, settle.. Now berdoa dan tawakal.. InsyaAllah ada rezeki, ada tempat untk diri ni.. Doakan ya rakan rakan.. AMIN.. Hati ni terdetik la sikit.. Dlam suasana riuh rendah, dpat la perati keadaan sekeliling smbil tgu turn nak kena iv.. Tersedaq,ramai para pelajar ditemani ibu bapa.. Para bapa sibuk berada di bawah buat geng kedai kopi manakala para ibu pula setia disisi anak² untk bntu isi borg, keluarkan file, pegang beg, bg nasihat dll.. Abah dan ma juga setia menemani aku disana, memberi semangat dan menunjukkan diri ni tak keseorgan.. Andai satu dunia menentang, aku ada abah ma aku.. Terima kasih ALLAH kerana kurniakan mereka, pencinta tnpa syaratku.. Bg anak² diluar sana, cintailah dan sygilah pencinta tnpa syaratmu.. Andai berada disisi, hargailah setiap saat bersama dan andai sudah dijemput Ilahi, jdilah anak soleh solehah, agar dpat membntu mereka disana.. Semoga kita semua menjadi anak soleh solehah dunia akhirat semua..
#awesomegirl
#alhamdulillah
DOA@ZIKIR YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN  PADA 10 MALAM TERAKHIR

للَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni
Mafhumnya:
Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau meredhai@mengasihani orang yang meminta maaf, Maka maafkanlah aku..
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat Syawal boleh bermula pada dua hari raya eidil fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga 30 hb syawal.

30hb Jun 2017
06hb Syawal 1438H
Forwarded from Medan dakwah (● Insan biasa ●)
Forwarded from Penyebar Inspirasi OFFICIAL 🌹 (● Insan biasa ●)
🌸بسم الله الرحمن الرحيم 🌸
💚اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم💚
🌼💕🌼💕🌼💕🌼💕🌼

🍃Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh..

🍃"Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh."

*Saidina Umar Al-Khattab.*

💗🕊
Jauhi akidah mujassimah dan musyabihah, yakni akidah yang menjisimkan Allah dan menyerupakan Allah dengan makhluk.

Akidah kita yakni Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menyucikan Allah dari penyerupaan dengan segala makhluk. Allah tidak sama dengan makhluk. Allah menciptakan makhluk tetapi Allah tidak berhajat kepada makhluk.

Allah menciptakan jisim yang besar seperti gunung dan arasy tetapi Allah tidak berhajat kepada gunung dan arasy. Allah menciptakan jisim yang kecil seperti semut dan habuk tetapi Allah tidak berhajat kepada semut dan habuk. Allah menciptakan jisim yang kasar seperti kayu dan batu tetapi Allah tidak berhajat kepada kayu dan batu. Allah menciptakan jisim yang halus seperti cahaya dan kegelapan tetapi Allah tidak berhajat kepada cahaya dan kegelapan

Allah menciptakan tempat, tetapi Allah tidak berhajat kepada tempat, Allah menciptakan arasy, tetapi Allah tidak berhajat kepada arasy, maka Allah tidak menempati di atas arasy kerana Allah wujud tidak bertempat.

Kata seorang sahabat Rasulullah yang alim, Saydina Ali Karamallahu wajhah, mafhumnya, "Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaannya dan bukan menjadikan ia arasy sebagai menempatkan zat-Nya.

Kata seorang Ulama salaf Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, mafhumnya, "Maha suci Allah dari ukuran, batas-batas akhir, sisi-sisi, anggota besar mahupun anggota kecil, dan tidak diliputi arah yang enam seperti seluruh makhluk-Nya.

Allah wujud tidak bertempat
الله موجود بلا مكان
Forwarded from Penyebar Inspirasi OFFICIAL 🌹 (Nur Mujahidah)
Bismillahirahmanirrahim....

doa saya untuk semua sahabat dan diri saya... semoga Allah menerima kita dengan penuh kasih sayang, menerima taubat kita dengan penuh kecintaan, menerima pengakhiran kita dengan penuh kegembiraan, melindungi kita tatkala di alam barzakh dengan kemurahan-Nya, membangkitkan kita dari tulang sulbi dengan cinta-Nya, lantas terlindung daripada sebarang seksa dan dugaan ketika mahsyar kita pijak dengan matahari sejengkal cuma di atas kepala, bahawa tatkala melintas titian sirat, kita melintasnya sepantas kilat dan menyertai orang-orang yang diredhai Allah dalam syurga yang berhias raudhah jamilah (taman indah), juga dengan harapan mampu menyelamatkan orang-orang yang kita kasihi dan cintai di dunia hanya kerana-Nya...
Aamiin ya rabbal alamiin...

#selamat_malam
#salam_kemaafan
#mogaAllahredha
🌹🍃
Assalamualaikum semua moga semua sihat saja dan dimurahkan rezeki slalu amin ☺️
Pencinta Rasulullah ﷺ

"Ramai yang jaga solat mereka, ramai yang berpuasa, ramai yang simpan janggut, ramai yang pakai serban tapi menyedihkan amatlah sedikit mereka yang jaga akhlak mereka."

🍃 _Maulana Tariq Jameel_ 🍃

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Perbanyakkan berselawat 💕

- Akhi Muz -

t.me/pencaricintahakiki