Parti Amanah Negara
726 subscribers
365 photos
99 videos
437 links
Channel Rasmi AMANAH
Download Telegram
[KENYATAAN MEDIA- 22 JUN 2022]

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN JANGKAAN INFLASI YANG SEMAKIN BURUK: PERTIMBANGKAN SUBSIDI SECARA BERSASAR

1. Tarif elektrik dijangkakan akan naik mulai 1 Julai. Tenaga Nasional Berhad (TNB), sepertimana syarikat tenaga yang lain di seluruh dunia sedang dihimpit oleh kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117% sejak hujung tahun lalu.

2. Namun, kenaikan tarif elektrik disaat pengguna sudah teruk diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar. Malah, sebarang peningkatan dalam kos tenaga elektrik pasti akan menyumbang kepada kenaikan kos operasi dan pengeluaran yang akhirnya akan turut ditanggung pengguna.

3. TNB sebagai sebuah GLC gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion pastinya mampu untuk menyerap impak kenaikan kos bahanapi dan kos operasi mereka. Buktinya, walaupun kos bahanapi meningkat sebanyak 26% sepanjang tahun 2021, keuntungan operasi TNB telah meningkat sebanyak 10% (RM742 juta) untuk tahun tersebut.

4. Justeru, demi melindungi pengguna, saya menuntut kerajaan untuk menangguhkan apa-apa bentuk kenaikan tarif elektrik sekurang-kurangnya sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan pulih kembali.

5. Pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM100 dan RM50 hari ini juga akan terbukti sia-sia dan gagal membantu rakyat marhaen sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik samada untuk pengguna komersial apatah lagi untuk pengguna domestik.

YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB,
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
Ahli Parlimen Pulai,
ADUN Simpang Jeram
Kenyataan Media Biro Pengguna
Parti Amanah Negara

INFLASI MAKANAN MENINGKAT, KERAJAAN DIGESA PERKENALKAN FOOD VOUCHER BANTU GOLONGAN B40 DAN MISKIN BANDAR

1.Pada bulan Mei 2022, inflasi makanan Malaysia mencecah 5.2%, tertinggi sejak November 2011. Jabatan Perangkaan melaporkan 93% item dalam kumpulan makanan telah meningkat harganya. Keadaan ini telah meningkatkan kos sara hidup dan seterusnya meningkatkan kadar inflasi. Biro Pengguna Parti Amanah Negara memandang serius kebimbangan rakyat hari ini.

2.Sungguhpun kerajaan membuat u-turn ke atas harga apungan ayam, namun harga ayam tetap dijangka tinggi. Peningkatan harga barang makanan ini akan menjadi lebih kronik apabila kerajaan memutuskan untuk memberhentikan subsidi ke atas beberapa barang makanan asas termasuk ayam, telur dan minyak masak botol bermula 1 Julai ini.

3.Persoalannya, adakah kerajaan tidak memahami kesan yang akan berlaku apabila subsidi dipotong tetapi bantuan tunai yang diberikan tidak seberapa? Adakah kerajaan Ismail Sabri mahu mengulangi kesilapan Najib Razak dahulu yang memansuhkan subsidi secara mendadak pada ketika inflasi meningkat.

4.Dengan pemansuhan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol, kerajaan tidak lagi perlu berbelanja RM605 juta sebulan (RM550 juta untuk ayam dan telur; RM55 juta untuk minyak masak). Ini adalah penjimatan RM7.26 bilion untuk tempoh setahun. Namun, kerajaan hanya menghulurkan bantuan tunai “one-off” sebanyak RM630 juta dalam bentuk RM50 kepada orang bujang dan RM100 untuk isi rumah di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Hakikatnya, bantuan RM50/RM100 ini tidak mencukupi.

5.Justeru, kerajaan digesa untuk menambah lagi bantuan (di samping BKM) dengan memperkenalkan konsep “digital food voucher”. “Food voucher” ini boleh diberikan setiap bulan dan boleh ditebus menerusi kad pengenalan. Rakyat B40 dan miskin bandar boleh menebus voucher ini untuk barang makanan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam, ikan dan sebagainya bagi meringankan beban hidup rakyat.

Faiz Fadzil
Pengerusi Biro Pengguna
Parti Amanah Negara
24 Jun 2022
Pengerusi Biro Pengguna Parti AMANAH, YB Faiz Fadzil menggesa kerajaan memperkenalkan kaedah bantuan baucar makanan digital bagi membantu penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menghadapi inflasi di negara ini.

Baucar tersebut boleh diberikan kepada golongan sasar secara bulanan dan penebusannya dibuat melalui kad pengenalan penerima.

Seterusnya..
https://www.sinarharian.com.my/article/208598/BERITA/Nasional/Perkenal-bantuan-baucar-makanan-digital-bantu-penerima-BKM?
Himpunan Barang Naik (BN) akan diadakan pd 1 Julai ini bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai sembahyang Jumaat.

Ayuh rakyat Malaysia kita berhimpun nyatakan bantahan kepada kerajaan atas kenaikan harga barang.

Seterusnya..
https://malaysiadateline.com/himpunan-bn-jumaat-ini/
KENYATAAN MEDIA PEGUAM MUDA AMANAH

ADAKAH BERPANTUN MENGENAI HARGA BARANG KINI DIANGGAP JENAYAH OLEH BN DAN PN?

1. Peguam Muda AMANAH mengecam sekerasnya tindakan terdesak kerajaan menahan dan menyiasat serta merampas barangan Mantan Senator, Siti Aishah semalam.

2. Tindakan PDRM bersama SKMM dilihat satu tindakan terdesak kerajaan yang sehingga hari ini gagal untuk mengawal kenaikan menggila harga barang terutama barangan asasi termasuk ayam dan minyak masak.

3. Persoalannya, adakah kerajaan PN dan BN sekarang ini menganggap luahan rakyat melalui apa jua medium sekalipun termasuk TikTok sebagai satu jenayah samada di bawah Kanun Keseksaan mahupun Akta SKMM 1998?

4. Sepatutnya kerajaan memikirkan penyelesaian segera dan tuntas kepada kenaikan mendadak harga barang dan bukannya sibuk melakukan intimidasi ke atas rakyat yang meluahkan perasaan dan kegusaran mereka sebagaimana yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

5. Peguam Muda AMANAH juga berbesar hati menawarkan khidmat guaman secara pro-bono kepada mana-mana rakyat yang dikenakan sebarang intimidasi dan siasatan oleh kerana meluahkan kegusaran berkenaan kenaikan harga barang di mana-mana medium media sosial.

Sekian.

Fadhli Umar Aminolhuda
Pengerusi
Peguam Muda AMANAH

28 Jun 2022
KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL

29 Jun 2022 | 29 Zulqa’idah 1443H

“SELAMATKAN SEGERA SYARIKAT-SYARIKAT KURIER ANAK MALAYSIA”
[LIVE] [LIVE] [LIVE]
JOMchannel Youtube dan Facebook

BICARA YB KHALID SAMAD (SIRI 155)

TAJUK: PAS TERPESONG? JANJI TGNA DIKHIANATI?

TARIKH: 29.06.2022 (RABU)
MASA: 9.00 MLM

MODERATOR: MOHD SHAIFUL ROSEMAN


Layari kami juga untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia

https://linktr.ee/jomchannel

#MovingForwardSharingANewExperience #JomTontonJomChannel #LikeShareFollow
PERLUASKAN BANTUAN TUNAI, M40 JUGA PERLUKAN PEMBELAAN

1. Pengakuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa inflasi di Malaysia sepatutnya telah mencapai 11.4% pada Mei 2022 tanpa subsidi adalah sangat membimbangkan, walaupun ia bukanlah mengejutkan. Apa yang lebih membimbangkan adalah kerajaan BN-Bersatu-Pas telah memansuhkan subsidi atas beberapa makanan asas, dan sedang mengkaji untuk merombak subsidi RON95 dan diesel.

2. Apakah nasib rakyat jika lebih banyak subsidi dibuang dan pada masa yang sama GST pula diperkenalkan? Sebagai ganti, PM Ismail Sabri hanya umumkan bantuan tunai RM50/RM100 kepada rakyat miskin. Bayangkan, isirumah yang mempunyai pendapatan RM2,501 dan tiga orang anak hanya akan diberikan bantuan tambahan RM100 berserta BKM RM100 lagi pada bulan Jun. Adakah ini mencukupi?

3. Bagaimana pula golongan M40 yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur (KL) yang berpendapatan RM5,001 dan mempunyai 3 orang anak? Mengikut logik kerajaan, isirumah M40 ini tidak layak untuk menerima bantuan tunai. Apakah golongan M40 seperti ini harus dianak-tirikan? Mungkin bagi seorang PM yang memakai baju berharga RM7,000, pastinya tidak memahami kesusahan rakyat miskin mahupun berpendapatan sederhana.

4. Sementara itu, data Jabatan Perangkaan menunjukkan bakul barangan dan perkhidmatan yang bernilai RM500 pada Oktober 2018 (bawah kerajaan Pakatan Harapan) telah meningkat harganya kepada RM524.44 setakat Mei 2022. Andai kata cukai GST tidak dimansuhkan oleh PH, kos bakul ini pasti lebih mahal. Sebab itu, pemansuhan GST oleh PH adalah dasar yang tepat.

5. Justeru, pengurusan fiskal negara yang lebih efisien tanpa ketirisan, termasuk memastikan subsidi sampai ke golongan yang benar-benar memerlukan adalah satu langkah penting. Namun, usaha berkenaan sama sekali tidak boleh merampas hak golongan golongan yang memerlukan. Oleh itu, kerajaan digesa agar bantuan tunai yang menggantikan subsidi ditambah dan kerajaan harus mengkaji pengenalan sistem "digital food voucher" menerusi penggunaan kad pengenalan yang harus diperluas kepada isi rumah M40 bawahan atau "lower M40". Apatah lagi, dianggarkan lebih 600,000 orang golongan M40 telah tergelincir ke dalam golongan B40 sekarang.

6. Di samping itu, bantuan yang diberikan harus mengambil kira saiz tanggungan dan kawasan yang didiami supaya lebih ramai rakyat dibantu berhadapan kos sara hidup yang menggila ini. Adalah tidak logik jika isirumah di Kampung Baru, KL menerima bantuan RM100 sama seperti isirumah di Marang, Terengganu. Ini adalah kerana impak inflasi berbeza mengikut lokaliti. Kerajaan harus bertindak segera mengatasi masalah kos sara hidup ini yang merupakan sesuatu yang ‘real’.

FAIZ FADZIL
30 Jun 2022