Parenting Maths CgRajaei
41.9K subscribers
3.44K photos
382 videos
125 files
2.9K links
Perkongsian Tips Matematik dan bahan-bahan Percuma untuk ibu bapa & pelajar

https://t.me/ParentingMathsCgRajaei
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami ingin memaklumkan bahawa Website www.mathscatch.com/tuition dan Portal MathsCatch telah beroperasi seperti sediakala

Terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama yang diberikan.
Setiap kali hadir ke kelas, walau penat atau rasa malas, sebenarnya sedang beri ruang untuk potensi diri berkembang.

Tak nampak hari ini, tapi hasilnya nanti pasti buat diri tersenyum.

P/S : Ibu Ayah pendaftaran intake April sudah dibuka jika nak anak tingkatkan prestasi Matematik dalam exam yang terdekat
Β»
Pendaftaran April
4 Isu Ni Paling Banyak Berulang-Ulang.

Biasanya kan sepanjang bertahun-tahun pengalaman saya mengajar matematik 4 isuni lah yang paling banyak diulang-ulang.

ISU #1# ANAK LEMAH SANGAT
Ada parent bagitau anak dia lemah sangat, sampai basic pun xda? Ada juga anak asyik bagi alasan matematik ni susahlah, cikgu ajar tak fahamla dan macam-macam lagi.
.
ISU #2# : SELALU CUAI
Ha yang ni ramai giler. Selalu cuai. Nak cepat habis bila jawab, dan ada juga tak semak balik pun jawapan yang dah dibuat.Kadang-kadang soalan mudah pun boleh salah. Nak lagi sakit hati tu, dia dah kira semua betul dah, cuma waktu dia salin balik jawapan tu boleh plak salah ye.. Sabor je lahh.

.
ISU #3# : TAK TAHU TEKNIK
Isu ni juga ramai. Saya perhatikan ramai anak-anak yang lemah matematik ni bukanlah dia lemah sangat, tapi majoriti dari mereka ni tak tahu teknik yang betul. Bila tak tahu teknik, malas, kurang minat, cepat rasa bosan semua tu akan datang.

Kalau di Maths Catch saya banyak gunakan teknik untuk tarik minat pelajar-pelajar saya ni. Contohnya Teknik Tangga, teknik BP pegun, Teknik Gemok Kurus, Teknik Rail kereta api, teknik ulat gonggok dan macam-macam lagi.

Kalau dengan cara yang betul,tiba-tiba boleh jadi lain macam minat diorang ni tau. Sampai tak mau balik rumah asyik nak buat maths je tau πŸ˜‚..

.
ISU #4# LEMAH SOALAN PROBLEM SOLVING
Fuhh yang ni kena tarik nafas panjang sikit.PS ni paling saya risau sangat-sangat. Problem solving ni jenis soalan ayat yang panjang-panjang. Majoriti kalau lemah matematik, sebab lemah soalan jenis macamni.

Ada sesetengah pelajar bila tengok je ayat berbelit panjang-panjang camni terus tinggal, tak mau buat ada juga yang langsung tak baca soalan pun terus cakap "susah lah cikgu".

Nak saya MATHSCATCH bantu tak?
Boleh saya tahu, anak anda semua ada isu yang mana satu?
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
TEKNIK KOTAK PENOLAKAN PECAHAN JAM
.
Teknik ni simple je .Sesuai sangat kalau ada anak Tahun 4,5,6 sekarang.
.
.
Kalau rasa bermanfaat bantu sebarkan.
.
P/S: Ibu Ayah pendaftaran intake April sudah dibuka jika nak anak tingkatkan prestasi Matematik dalam exam yang terdekat
Β» Pendaftaran April
Kepada semua ibu bapa,

Dimaklumkan bahawa waktu operasi Pejabat MathsCatch 2025 adalah seperti berikut:

Sabtu & Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang
Isnin, Selasa & Rabu: 2.00 petang - 10.00 malam
Khamis & Jumaat: Tutup

Terima kasih!
Teknik Ulat Gonggok - Inovasi Untuk Selesaikan Pembahagian 2 Digit.

Cuba ambil masa 2 minit tonton video teknik ulat gonggok ni.Saya tunjukkan satu teknik mudah yang boleh mak ayah ajar anak sendiri dirumah.

TEKNIK ULAT GONGGOK NI SESUAI UNTUK ANAK TAHUN 1 HINGGA 6

Isu yang saya cuba nak atasi adalah khusus untuk anak-anak yang lemah dan tak tahu nak buat pembahagian cara kaedah lazim.Jadi saya bantu mudahkan dengan Teknik Ulat gonggok ni.

Kadang-kadang anak-anak ni bukan lah lemah pun ,tapi sebenarnya mereka tak tahu cara atau tak tahu teknik yang betul sahaja.Bila betulkan cara belajar, ramai je yang berjaya 'improved result' dengan cepat.

Boleh faham ke cara penerangan saya ni?

Tonton Video Ulat gonggok ni disini :
πŸ‘‰ https://youtu.be/FiwGb5v5wKw
Salam Jumaat

Moga hari ini jadi titik mula menjadi insan yang lebih baik.

Allahumma ameen 🀍
Ada 4 Perkara Penting yang WAJIB DIKUASAI.


JIKA TAHUN ni anda ada anak TAHUN 4,5,6 RUGI SANGAT jika anak-anak tidak tahu dan tidak hafal 4 basic asas kat bawah ni.



PERTAMA. : PENUKARAN UNIT

Penukaran unit asas seperti
1kg = 1000g,
1liter = 1000 ml
1km = 1000m
1m = 100cm
1cm = 10mm
1 alaf = 1000 tahun
1 abad = 100 tahun
1 dekad = 10 tahun
1 tahun = 12 bulan
1 minggu = 7 hari
1 hari = 24 jam
1 jam = 60 minit
1 minit = 60 saat.

Bila masuk je darjah 4,ini memang wajib kena pastikan mereka kuasai dulu. Ingat..

KEDUA : 3P ( PECAHAN, PERPULUHAN, PERATUS)
.
Hubungan antara Pecahan, Perpuluhan, Peratus, nombor bulat dan unit-unit asas. Untuk 3P ni PECAHAN adalah ibu kandung dia. Tak boleh pisah. Syurga kat bawah tapak kaki dia.

Kenapa
Salah satu sebabnya pecahan ni juga keluar dalam bab-bab yang lain .
+ Dalam tajuk jisim ada pecahan
+ Dalam tajuk isipadu ada pecahan
+ Dalam tajuk pengurusan data ada pecahan
+ Dalam tajuk wang ada pecahan
+ Dalam tajuk nombor operasi ada pecahan
+ Senang cerita hampir semua bab ada pecahan.

KETIGA : ASAS BENTUK 2D & 3D
.
Dalam Tajuk ni, anak-anak wajib ingat perkara-perkara kat bawah ni.
πŸ“Œ Bilangan sisi lurus
πŸ“Œ Bilangan sisi melengkung
πŸ“Œ Bilangan bucu
πŸ“Œ Bilangan paksi simetri
πŸ“Œ Bilangan sudut cakah
πŸ“Œ Bilangan tepi
πŸ“Œ Bilangan permukaan melengkung
πŸ“Œ Bilangan permukaan rata.

Bila kita tanya kubus ada berapa bucu? Boleh jawab ke tak? Kalau belum cepat2 hafal.

KEEMPAT : ASAS PERIMETER, LUAS, ISIPADU

🩸 Formula Perimeter
🩸 Formula cari luas segi empat
🩸 Formula cari luas segi tiga
🩸 Formula mencari isipadu.

Masih ramai tak dapat jawab soalan ni dari tajukni SEDANGKAN ini antara tajuk Hot Yang selalu keluar dalam Exam.

Jom Kongsikan dengan yang lain juga ye.Ajak mak ayah yang lain untuk join belajar bantu anak sendiri matematik dirumah( parenting maths) di dalam Channel Telegram ni dengan kongsikan pada mereka link kat bawahni πŸ‘‡

t.me/ParentingMathsCgRajaei

Dah kongsikan? πŸ‘
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kelas tuisyen berjalan seperti biasa hari ini...

Pendaftaran intake April masih dibuka untuk pelajar sekolah Rendah & Menengah (Tahun 2 - Tingkatan 5)

P/S: Kami ada Program unik Online Dan Fizikal yang sangat sesuai utk anak yg masih lemah dgn Maths & Sains. Berminat?. Lihat info disini
Selama 7 minggu, pelajar belajar topik Asas Matematik untuk bantu kukuhkan pemahaman.

Apakah Langkah seterusnya?
πŸ“š Lepas kelas ke-7, pelajar perlu menjawab Ujian Pengukuhan untuk menilai tahap pemahaman.

πŸ“š Lulus? Boleh teruskan ke Program KTO!

πŸ“š Gagal? Jangan risau! Boleh bincang dengan team MathsCatch untuk kami bantu langkah seterusnyaβ€”ambil semula ujian atau ulang semester 3.


Sebelum mula menjawab ujian, pastikan tengok balik rakaman kelas GYM untuk ulangkaji ya.

Selamat menjawab & Good luck!

Nak Join GYM Intake 3 ? Boleh isi nama dulu disini Β» Saya nak join GYM - Intake 3
BERJAYA VS MALAS

"Anak nak BERJAYA tapi mereka ada sikap MALAS?"

Anak kita mesti ada idola atau tokoh yang mereka nak contohi, betul?

Anak kita mesti pandang atau sanjung mereka. Tapi, mereka nampak tak tokoh yang mereka idola kan ini ada sifat MALAS? Tak ada kan?

Jadi, nak jadi orang yang hebat kena pastikan mereka perlu buang sikap MALAS demi menjamin kejayaan di masa depan yang lebih cerah. Bila sifat MALAS ini tiada, barulah anak-anak kita dapat fokus dan mencapai KEJAYAAN yang diinginkan.

Betul atau tak?

Pendaftaran untuk April masih dibuka, ibu ayah nak bantu ubah confidence anak terhadap Maths >> https://yup.la/tuitionT
πŸ“’ KELAS PEMULIHAN GYM MATHSCATCH - INTAKE 3

Kebanyakan pusat tuisyen hanya tawarkan kelas biasa, tapi Mathscatch ada 3 program:

βœ… KTO/KTF (kelas biasa ikut silibus)
βœ… KTO DLP (Maths dalam BI)
βœ… GYM (Kelas Pemulihan Khas – Back to Basic 360)


Kalau anak anda lemah, tak minat & benci Maths, kelas GYM ni sangat sesuai! Kami akan bantu bina asas dari awal supaya mereka lebih yakin.


πŸ“Œ Tempoh: 2 bulan sahaja , Kelas Online
πŸ“Œ Ujian akhir: Jika Lulus β†’ ke KTO Premium, jika gagal β†’ boleh ulang intake seterusnya


πŸ—“ INTAKE 3 bermula 19 April 2025, (Setiap Sabtu):

1) GYM Rendah (Tahun 4,5,6) – 10:10 AM - 11:40 AM

2) GYM Menengah Bawah (Tingkatan 1,2,3) – 08:30 AM - 10:00 AM

3) GYM Menengah Atas (Tingkatan 4,5) – 03:10 PM - 04:40 PM


#EarlyBird dibuka Rabu ni! Isi waiting list sekarang untuk dapat link pendaftaran + kod kupon khas
πŸ‘‰ WaitingListGYM - Intake 3


#MathsCatch #GYM2025 #KelasPemulihanMatematik #GrowYourMaths
SKILL MENGAJAR MATEMATIK & SKILL MEMPENGARUHI ANAK 2 BENDA YANG BERBEZA

Walaupun kita ada ilmu matematik tapi jika kita tiada skill untuk mempengaruhi anak untuk belajar matematik ,bila ajar je,kita akan cepat rasa meradang,nak jadi singa,kena plak soalan mudah-mudah dia salah,Salah pulak yang berulang,memang cari nahas budak ni .kan?

Ada cikgu-cikgu bagitahu dia boleh sabar kalau ajar anak orang,mai anak dia sendiri memang dia jadi singa,kadang-kadang jadi tarzan.

Setuju dengan saya?

Ibu Ayah yang nak bantu anak, pendaftaran April masih dibuka, tempat terhad. Jom daftar sekarang
ULANG BALIK ASAS 360 DARJAH.

Program ni dinamakan
GROW YOUR MATHS (GYM).

Kelas GYM ni adalah kelas pemulihan. Back To Basic 360. Ulang balik asas-asas penting dari awal.


Kelas GYM ni sesuai sangat kalau anda nak polish asas Maths anak dari awal balik, sesuai untuk yang lemah sangat, sesuai yang selalu gagal, result asyik E dan D sahaja selalu dapat. Wajib Join nanti.

GYM Intake 3 ini akan bermula pada 19 April 2025, Sabtu.

Bagi yang berminat, mohon daftarkan sebagai Waiting List disini :
πŸ‘‰ https://yup.la/waitinglistGYM
πŸ‘‰ https://yup.la/waitinglistGYM

βœ… Waiting list ni ada kuota.
βœ… Ada kelebihan
βœ… Ada Promo dan
akan dapat info awal nanti.
Bila cukup kuota kami tutup terus.


P/s : Saya jangka akan kejap sahaja penuh seperti mana kelas KTO. Kelas KTO ketika ni sudah lebih 40,275 pelajar mengikuti program ni sejak tahun 2020 - 2023.
Forwarded from Parenting Maths CgRajaei
Asas Matematik adalah penting untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan kerana beberapa sebab utama:

1. Pemahaman Konsep:

Asas Matematik membantu pelajar memahami konsep-konsep yang lebih kompleks.

Matematik adalah subjek yang berasaskan logik dan pembinaan satu konsep di atas konsep yang lain.

Jika pelajar tidak memahami asas, sukar bagi mereka untuk memahami topik yang lebih maju.

2. Menyelesaikan Masalah:

Banyak soalan peperiksaan memerlukan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

Pengetahuan asas membolehkan mereka menggunakan pendekatan yang betul dan memilih formula atau kaedah yang sesuai.

3. Penguasaan Kemahiran Asas:

Kemahiran asas seperti operasi aritmetik, pemfaktoran, dan persamaan linear adalah penting dalam hampir semua cabang Matematik.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan pelajar menyelesaikan soalan dengan lebih cepat dan tepat.

4. Membina Keyakinan:

Pelajar yang menguasai asas Matematik biasanya lebih yakin dalam menghadapi soalan-soalan peperiksaan.

Keyakinan ini mengurangkan tekanan dan kebimbangan, membolehkan mereka berfikir dengan lebih jelas dan menjawab soalan dengan lebih baik.

5. Penggunaan dalam Subjek Lain:

Matematik sering digunakan dalam subjek lain seperti Fizik, Kimia, dan Ekonomi.

Menguasai asas Matematik membantu pelajar memahami dan menyelesaikan masalah dalam subjek-subjek ini, yang turut menyumbang kepada prestasi keseluruhan yang lebih baik.


6. Penyelesaian Sistematik:

Memahami asas Matematik mengajar pelajar pendekatan yang sistematik dan teratur dalam menyelesaikan masalah.

Pendekatan ini boleh diaplikasikan dalam semua subjek dan situasi kehidupan.

7. Penerapan Dalam Kehidupan Harian:

Asas Matematik tidak hanya penting untuk peperiksaan tetapi juga untuk kehidupan harian.

Contohnya, kemahiran pengiraan asas diperlukan dalam pengurusan kewangan peribadi, pengukuran, dan perancangan.

p/s: Nak kami bantu ulang balik asas penting matematik dari awal secara tersusun? Kami ada teknik dan kaedah Maths Catch tersendiri yang terbukti anak mudah follow. Ia kelas pemulihan khusus untuk pelajar yang selalu dapat result E dan D sahaja. Nak info GYM ke?
Saya dapati masih ramai yang lemah Matematik sebab tertinggal silibus..

Kenapa ada yang tertinggal silibus?

Sebabnya Matematik ni subjek berkait-kait, terutama bab awal contoh nya untuk sekolah rendah bab :
Asas nombor bulat
Asas penambahan
Asas penolakan
Asas Darab
Asas Bahagi
Sifir
Asas Pecahan
Asas Peratus
Asas Perpuluhan


Semua asas ni wajib sangat anak-anak kita kena kuasai dulu. Wajib ni maksudnya tak boleh kata TAK FAHAM.

Sebab apa?

Sebab tajuk selepas tu perlu sangat asas-asas kat atas tu. Tajuk Nisbah dan kadar, ruang, data, jisim, panjang, dan lain-lain semua perlukan asas dari atas tu.


Sebab itu di Mathscatch selain kelas KTO, kami juga ada kelas GYM.

Kelas GYM ni apa? Ringkasnya macam kat Bawah ni.

KELAS GYM
(Grow Your Maths)

πŸ‘‰ Kelas GYM ni adalah KELAS PEMULIHAN . Back To Basic 360 darjah. Ulang balik asas-asas penting dari awal.

πŸ‘‰ Kelas GYM ni sesuai sangat kalau anda nak polish asas Maths anak dari awal balik, sesuai untuk yang lemah sangat, sesuai yang selalu gagal, result asyik E dan D sahaja selalu dapat. Wajib Join nanti.

πŸ‘‰ Pelajar tahfiz  bukan akademik dan pelajar yg tertinggal silibus sebelumni sesuai sgt join .

πŸ‘‰ Berlangsung 2 bulan sahaja. Minggu ke 7 (terakhir) ada exam khas.Kalau LULUS disarankan Join kelas KTO.Kalau GAGAL disarankan ulang balik kelas GYM ni.

πŸ‘‰ Matematik & secara Online sahaja


Pendaftaran Kelas GYM
(Kelas Pemulihan Khas Matematik)
Untuk baiki Asas dahulu sebelum ke kelas KTO Intensif

πŸ‘‰ Klik sini https://yup.la/wlgym


Pendaftaran KTO INTENSIF
(Untuk anak sederhana dan nak score A)
πŸ‘‰ https://yup.la/Jadual-BookingKTO2025
Forwarded from Maths Catch Seksyen 20
Apa Beza Program MathsCatch 2025 Kelas KTO VS GYM?

Ramai tanya soalan ni kan? Saya ringkaskan seperti dibawah.

KELAS KTO
(Kelas Tuisyen Online)
βœ… KELAS KTO ni adalah KELAS INTENSIF yang dijalankan secara tersusun dan konsisten setiap minggu

βœ… Kelas KTO sesuai sangat untuk anak yang lemah tetapi, dah ada sedikit asas , dan nak tingkatkan penguasaan matematik dan Sains melalui teknik menjawab

βœ… Berlangsung selama 11 bulan.

βœ… Matematik dan Sains sahaja.

__________________________________________________________________

KELAS GYM
(Grow Your Maths)

πŸ‘‰πŸΌ Kelas pemulihan Matematik Asas (Back to Basic)

πŸ‘‰πŸΌ Khusus untuk pelajar yang sangat lemah dalam Matematik ( Selalu gagal, dapat E/D)

πŸ‘‰πŸΌ Sesuai untuk pelajar yang tertinggal silibus

πŸ‘‰πŸΌ Online, diajar dalam Bahasa Melayu

πŸ‘‰πŸΌ Tempoh: 2 bulan (7 kali kelas, selepas kelas ke-7 ada UJIAN)

Apa yang berlaku selepas kelas?
βœ… LULUS – Disarankan join Program KTO
❌ GAGAL – Boleh ulang balik intake seterusnya (2 bulan lagi)

Info lanjut GYM
yup.la/wlgym
Cg Arif dan kawan2 kita di MathsCatch kelas Matematik Tahun 6 Isnin (8PM- 9.30 PM) ini sedang mencari 8 org lagi kawan2 utk join belajar bersama-sama dengan mereka!

Bulan April ni, kawan-kawan tengah belajar Bab 2 - Pecahan , Perpuluhan & Peratus.

Jom join sekarang! Masih belum terlambat lagi untuk catch up topik bulan April ni.☺️
Nak anak pandai matematik? ❀️

πŸ‘‰ Buat 3 Langkah ni sekarang.

Langkah 1️⃣ :
Kenal Pasti anak lemah dalam peringkat mana

Untuk menguasai matematik ada 5 PERINGKAT yang anak perlu kuasai.

PERTAMA : Kuasai Asas Matematik berbentuk Nombor contohnya turutan menaik ,menurun,ganjil genap, bundarkan ,tukarkan,tuliskan,membaca jam, membaca timbangan dan seumpamanya

KEDUA : Kuasai Fakta Asas dan Operasi Matematik contohnya tambah dan tolak.

KETIGA : Kuasai Fakta Asas Sifir Matematik
Operasi pendaraban dan pembahagian.

KEEMPAT : Kuasai Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah

KELIMA : Kuasai Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Langkah 2️⃣ :
Perlu tahu dimana kelemahan anak paling utama dahulu.Lihat dari 5 susur galur diatas anak lemah yang mana satu?

Langkah 3️⃣:
Bila dah tahu
βœ… Barulah berikan anak buat latihtubi secara BERFOKUS mengikut kategori kelemahannya.

βœ… Barulah beli buku yang bersesuaian dan KHUSUS mengikut kategori yang mereka lemah

βœ… Barulah hantarkan anak ke bengkel atau seminar yang khusus mengikut kategori yang mereka lemah.

P/S : Ibu Ayah yang nak bantu anak, pendaftaran April masih dibuka, tempat terhad. Jom daftar sekarang!