PACE UUM
843 subscribers
53 photos
2 videos
3 files
43 links
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan, UUM
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pelajar yang dihormati,

Beberapa perkara penting semua pelajar Semester Januari Sesi 2020/2021 perlu ambil maklum daripada hebahan rasmi bertarikh 7 April 2020 dan 8 April 2020 adalah seperti berikut :

1. Pertemuan Keempat ditunda ke tarikh baharu iaitu bermula 15 April 2020 hingga 15 Mei 2020.

- Jadual kuliah lengkap akan dihebahkan dalam masa terdekat.

- Midsem Gantian akan diadakan (Pertemuan Keempat) secara atas talian dan akan dimaklumkan dengan lanjut dalam masa terdekat.

2, Kaedah pembelajaran diadakan secara β€œRemote Learning”.

3. Tiada Peperiksaan Akhir dan akan digantikan Pentaksiran 100% Kerja Kursus bagi semua kursus.

- Pelajar akan dimaklumkan dengan lebih lanjut berkenaan pentaksiran ini oleh pensyarah masing-masing seawal 14 April 2020.

- Tarikh akhir penyerahan pentaksiran melalui Online Learning UUM adalah pada 4 Jun 2020.

- Pelajar peperiksaan gantian juga terlibat dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

πŸ“’ Hebahan Hal Ehwal Akademik PACE yang disiarkan pada 7 April 2020 dan 8 April 2020 adalah dirujuk :

1. Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dan Pentaksiran Berikutan Penularan Wabak Covid-19 di url ini : https://drive.google.com/…/1YUt9PAOKFJc3c26zANy7eAuRU…/view…

2. Pemakluman Pelanjutan Tarikh Serahan Pentaksiran Berikutan Penularan Wabak Covid-19 di url ini :
https://drive.google.com/…/1-QyA6LKO4wFxTQIk4GIZqg5Rp…/view…

Diharap keterangan ini dapat membantu pelajar memahami lebih lanjut .Sekian, terima kasih 😊

#pjjuum #paceuum
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,

πŸ“Œ Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2019/2020 (JA192) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing hari ini 22 April 2020 di url : https://portal.uum.edu.my/

πŸ“Œ Tarikh Gugur Tambah bagi Semester April Sesi 2020/2021 (JA201) adalah pada 1 Mei 2020 hingga 1 Jun 2020.

πŸ“Œ Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada UUM Online Learning merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.

πŸ“Œ Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 15 hingga 16 Mei 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 16 hingga 17 Mei 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).

πŸ“Œ Kuliah akan dijalankan secara Online Learning atau
Remote Learning.

πŸ“ŒPelajar disarankan agar membaca makluman PdP bagi Semester April Sesi 2020/2021, klik url ini :http://pace.uum.edu.my/index.php/blog-dynamic/13-pengumuman-2/709-pemakluman-pendaftaran-pengajaran-dan-pembelajaran-p-p-bagi-sem-ja201-2

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan ke emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.☺️

#pjjuum #paceuum
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelajar yang dihormati,

πŸ“Œ Persoalan yang sering kali ditanya oleh pelajar selepas keputusan peperiksaan akhir dibuat hebahan adalah seperti berikut :

1. Apakah syarat anugerah Dekan bagi program saya?

πŸ‘‰ Program BPM (Hons)
Anugerah dekan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat PMK 3.60 ke atas (pointer semasa) bagi pelajar yang mengambil sekurang-kurangnya 12 jam kredit.

πŸ‘‰Program BBA (Hons), BCOMM (Hons), BIFB (Hons) & BCIM (Hons)
Anugerah dekan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat PMK 3.50 ke atas (pointer semasa) bagi pelajar yang mengambil sekurang-kurangnya 12 jam kredit.

2. Saya mendapat gred C- bagi kursus sekian - sekian.. adakah saya perlu repeat kursus tersebut?

πŸ‘‰Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL . Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki grednya.

3. Saya terlupa kata laluan Portal UUM, bagaimana saya hendak akses Portal UUM saya seperti biasa?

πŸ‘‰Panduan tetapkan kata laluan Portal UUM, sila klik url ini : http://pace.uum.edu.my/images/Pelajar/Manual_Pelajar/tatacara_reset_password_portal.png

4. Bagaimana saya hendak semak baki yuran pengajian yang belum dibayar?

πŸ‘‰Panduan semakan penyata akaun pelajar melalui Portal UUM, sila klik url ini : http://pace.uum.edu.my/images/Pelajar/Manual_Pelajar/TATACARA_SEMAK_ACCOUNT_STATEMENT.pdf

5. Bagaimana saya hendak membayar baki yuran pengajian sedangkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

πŸ‘‰Pelajar boleh menjelaskan yuran pengajian secara atas talian, klik url ini :
https://drive.google.com/file/d/0B7MR63t8yCtWcmo0NmVncUF0NzQ/view

6. Bagaimana cara untuk saya membuat semakan semula keputusan peperiksaan saya?

πŸ‘‰Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 per kursus melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my.

πŸ‘‰Capaian borang permohonan semak semula, klik url ini : http://pace.uum.edu.my/images/Pelajar/Muat_Turun/form_semaksemula.pdf

πŸ‘‰Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 4 Mei 2020 (Isnin)

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat lain - lain pertanyaan, pelajar boleh mengemukakan pertanyaan melalui
emel PACEUUM : pace@uum.edu.my.
Kami sedia membantu.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. ☺️ #paceuum #pjjuum
πŸ“£ Selamat Kembali ke Kuliah Pelajar PJJUUM Semester April
Sesi 2020/2021(JA201)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar yang dihormati,

Berikut dilampirkan pautan ke kuliah secara remote learning menggunakan WEBEX.

Adalah dimaklumkan sesi kuliah akan diadakan secara Remote Learning menggunakan Aplikasi Cisco Webex.

Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki
memuat turun Aplikasi Cisco Webex melalui telefon bimbit ataupun komputer riba.

Untuk menyertai sesi kuliah secara atas talian iaitu
Pelajar dikehendaki :
πŸ–±klik pada link yang diberikan bagi setiap subjek mengikut kumpulan masing-masing.

Bersama - sama ini disampaikan Link Jadual Kuliah Semester JA201 untuk perhatian pelajar seperti di url ini : https://drive.google.com/…/11TI8n-VvAK9SP4pyi9tG2LncS…/view…

Nota tambahan : untuk memudahkan carian pautan setiap subjek dan pusat PJJUUM sila taip ctrl F pada keyboard laptop atau komputer anda.

Mohon sebarluas dan kongsikan hebahan ini kepada semua pelajar yang berada di Semester April Sesi 2020/2021 untuk panduan bersama.

πŸ’‘Tatacara muat turun aplikasi webex melalui telefon bimbit dan komputer riba adalah seperti berikut :

πŸ“² Tatacara Muat turun Aplikasi Webex melalui Telefon Bimbit :

1. Sila ke Playstore apps

2. Taip pada ruangan carian : cisco webex meetings

3. Klik install

4. Semak dan Klik link sesi kuliah yang hendak disertai merujuk kepada kursus yang diambil semester semasa

πŸ’» Tatacara muat turun Aplikasi Webex melalui komputer riba :

1. Download webex di - https://www.webex.com/downloads.html/

2. Klik Install

3. Semak dan Klik link pada sesi kuliah yang hendak disertai merujuk kepada kursus yang diambil pada semester semasa

Mulakan semester baru dengan penuh semangat πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Selamat Maju Jaya
πŸ’πŸ’πŸ’

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

#paceuum #pjjuum
S E R T A I P E R T A N D I N G A N V I D E O P E N D E K P A C E U U M 2 0 2 1 .
Terbuka kepada Semua Pelajar PJJ UUM. Tempoh penyertaan adalah bermula pada 28 Mac 2021 hingga 30 April 2021. Peserta boleh mendaftar dan berikan link untuk tujuan penilaian. Lengkapkan maklumat penyertaan anda di link berikut : https://bit.ly/3rsvWhj
#paceuum #pjjuum #pjjno1 #odl
Sambutlah Hari Kemerdekaan kali ini dengan lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh dengan semangat patriotisma!
Selamat Hari Kemerdekaan Tahun 2021 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada pelajar-pelajar program PJJ UUM.
β€œJangan takut GAGAL kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.” – HAMKA
#MalaysiaPrihatin #pjjuum #paceuum #uum #merdeka2021
Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada seluruh warga UECSB dan PACE UUM.
Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk taat setia dan cintakan tanah air demi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang dikecapi selama ini terus berkesinambungan, seterusnya mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
Bersama-samalah kita berdoa semoga negara Malaysia yang bertuah ini sentiasa dilimpahi rahmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan.
#HariMalaysia #MalaysiaPrihatin #pjjuum #uum