Unit Pusat Sehenti (OSC) MBIP
180 subscribers
37 photos
9 files
11 links
Pemakluman terkini OSC MBIP
Download Telegram
*DITANGGUHKAN & DIPINDA*

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Penyelenggaraan ke atas perkhidmatan OSC 3.0 Plus Online bagi penambahan kapasiti Storan yang dijadualkan pada 7 November 2022 hingga 8 November 2022 telah *DITANGGUHKAN* dan dipinda sepertimana ketetapan berikut:

PINDAAN
*Tarikh pinda : 09/11/2022 (Rabu) 6 Petang hingga 10/11/2022 Khamis 6 pagi*

Sehubungan dengan itu, Perhatian kepada semua pengguna sistem OSC3.0 Plus Online agar tidak melakukan sebarang aktiviti/transaksi sepanjang tempoh tersebut.

Sekian. Terima kasih
PEMAJU / PEMILIK / PERUNDING
       
YB. Dato’ / Tuan/ Puan,

PENERIMAAN AKHIR PERMOHONAN SEMAKAN DAN PENERIMAAN PELAN DI KAUNTER PEJABAT OSC
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.  Adalah dimaklumkan, Unit ini tidak akan menerima Permohonan Semakan dan Penerimaan Pelan Pemajuan yang melibatkan Fi Proses (bayaran pemprosesan) di Kaunter Pejabat OSC pada 15 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 dan akan menerima semula pada 1 Januari 2023 bagi memberi laluan Jabatan Kewangan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri membuat pengiraan dan penutupan Akaun Berakhir Disember 2022.

3.  Walau bagaimanapun, Unit Pusat Sehenti masih menerima Permohonan Mula Kerja (Borang B dan Borang E2) serta Permohonan CCC (Borang G1-G21 dan Borang F) sepanjang tempoh tersebut. Oleh itu, Pengesahan Cukai Harta penggal ke 2 tahun 2022 masih boleh di gunapakai sehingga 28 Februari 2023.

4.  Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


-tt-
( NOR AZLIN BINTI HAJI AHMAD )
Pengarah Pusat Sehenti (OSC)
b/p Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri Dr./Datin/YBrs Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan Luar Jangka peralatan Rangkaian Pusat Data Sektor Awam (PDSA) di PDSA.

Sehubungan dengan itu, beberapa aplikasi Jabatan Kerajaan Tempatan seperti Portal JKT, Portal PBTPay, Portal OSC3Plus Online, Portal eJKT, Portal OSC, Portal ePBT OVS & OVM, i-Tegur dan MyWC menghadapi gangguan capaian.

Perhatian Kepada:

Semua IT Admin Agensi Pengguna Perkhidmatan MyGovCloud@PDSA Putrajaya

Tarikh / Masa Mula: 19/12/2022 (Isnin) / 11.50 pagi

Tarikh / Masa Tamat: Akan dimaklumkan kelak

Kerja-kerja/Tujuan/Sebab: Dimaklumkan bahawa MAMPU sedang mengalami masalah capaian dan kini sedang melaksanakan aktiviti troubleshoot pada perkakasan Infrastruktur MyGovCloud@PDSA Putrajaya pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.

Kesan kepada Pengguna yang terlibat: Gangguan terhadap pengguna perkhidmatan cloud hosting di MyGovCloud@PDSA Putrajaya dan melibatkan semua aplikasi/sistem yang berkaitan.

Tindakan yang perlu diambil oleh Agensi: Semua IT Admin Jabatan / Kementerian / Agensi yang menggunakan perkhidmatan MyGovCloud@PDSA di PDSA Putrajaya dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua warga agensi yang terlibat.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi : MyGovCloud@PDSA Service Desk

E-mel : dc@mampu.gov.my

Pegawai MAMPU
Nama : En Abdul Kudus Bin Ibrahim
Telefon : 0173336446
E-mel : kudus@mampu.gov.my



Nama : Puan Farah Natasha binti Jasmin
Telefon : 0122910193
E-mel : natasha@mampu.gov.my
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, pemakaian Senarai Semak Baru bagi semua permohonan melalui OSC 3.0 Plus Online berkuatkuasa 15 Januari 2023.
Senarai semak tersebut boleh didapati di laman sesawang (webiste) MBIP atau klik link https://tinyurl.com/3576mrdx .

Bermula 15 Januari 2023 juga, Permohonan Menara dan Struktur Pemancar, Permohonan Permit Sementara bagi Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) / Penempatan Berkerja Di Tapak Bina akan di terima di Kaunter Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat OSC di talian 07-5555000 / 07-5555007.
Kod QR Video Tutorial mengikut kategori pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online
PENUTUPAN SEMENTARA PEMBAYARAN PBTPAY.pdf
111.1 KB
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM BAYARAN PBTPAY
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Penyelenggaraan ke atas perkhidmatan Sistem OSC 3.0 Plus Online yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh dan masa : 20/02/2024 (Selasa) 8 malam hingga 11 malam

Perhatian kepada semua pengguna Sistem OSC3.0 Plus Online agar tidak melakukan sebarang aktiviti/transaksi sepanjang tempoh tersebut.

Sekian. Terima kasih
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YB Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik,
Pemaju / Pemilik / PSP / SP,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:

TARIKH : 25 APRIL 2024 (KHAMIS)
MASA : 11.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN UTAMA, BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, MEDINI

3. Sehubungan dengan ini, pihak Majlis berbesar hati dan dengan penuh takzimnya menjemput YB Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik untuk menghadiri Majlis tersebut.

4. Kesudian pihak YB Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik menerima jemputan ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


DATO' HAJI MOHD HAFFIZ BIN HAJI AHMAD
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,

*PEMAKLUMAN LAMPIRAN HILANG DALAM SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE*

Pihak vendor memaklumkan sedang berusaha menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. Anggaran tempoh isu ini dapat diselesaikan dalam pkl 2 petang ini. Harap maklum dan segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih atas kesabaran tuan/puan.
🚨*PENYELENGGARAAN KE ATAS PERKHIDMATAN OSC 3.0 PLUS ONLINE*🚨

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Penyelenggaraan ke atas perkhidmatan OSC 3.0 Plus Online  yang dijadualkan pada sepertimana ketetapan berikut:

*Tarikh dan masa : 22/11/2024 (Jumaat) 6 Petang hingga 24/11/2024 (Ahad) 8 pagi*

Sehubungan dengan itu, Perhatian kepada semua pengguna sistem OSC3.0 Plus Online agar *TIDAK* *melakukan sebarang aktiviti/ transaksi sepanjang tempoh tersebut.*

Sekian. Terima kasih

*ADMIN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE*