Setelah hampir lima tahun memimpin ibu negeri Perak, Datuk Rumaizi Baharin mengakhiri tugasnya sebagai Datuk Bandar Ipoh pada 31 Mac ini dengan perasaan bangga atas transformasi besar yang berjaya dicapai. Ketika mula memegang tampuk pemerintahan pada 1 April 2020—di tengah-tengah krisis pandemik COVID-19—Ipoh sering dilabel sebagai "bandar pencen" dengan kadar kemiskinan yang membimbangkan. Namun, hari ini, naratif itu berubah.
Rumaizi, yang dilantik pada usia 45 tahun, merupakan Datuk Bandar termuda dalam sejarah Ipoh. Berkelulusan Sarjana Pentadbiran dan Pengurusan Tanah dari UTM, beliau membawa pendekatan segar dalam pentadbiran bandar. "Saya anak jati Ipoh. Membawa perubahan positif untuk tanah kelahiran sendiri adalah suatu tanggungjawab, bukan sekadar tugas," katanya.
Kami di Orang Perak mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti Datuk Rumaizin Baharin disepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh.
https://www.facebook.com/share/p/18wvqzD5V7/

Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Kemudahan Lengkap untuk Perjalanan Lancar
Lebuhraya Pantai Barat (WCE) telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden untuk memastikan keselesaan pengguna, terutamanya ketika musim perayaan seperti Aidilfitri. Selain R&R Sungai Nyior, WCE menawarkan rangkaian hentian rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah plaza tol yang strategik di sepanjang jajarannya.
https://www.facebook.com/share/p/16KYHrAw7w/

Panjut Menyinari Aidilfitri Dengan Tradisi Yang Kian Pudar
Ketika senja menjelang Aidilfitri, suasana kampung-kampung di Malaysia khususnya di negeri Perak bertukar. Deretan pelita berkilauan digantung pada buluh-buluh panjang, membentuk panjut—hiasan tradisional yang menjadi mercu tanda kegembiraan menyambut Hari Raya.
Setiap rumah berlumba-lumba mencipta reka bentuk paling kreatif, dari menara KLCC yang gagah hingga masjid-masjid anggun dengan bulan bintang bersinar. Cahaya panjut bukan sekadar hiasan, tetapi simbol kebanggaan, keharmonian, dan semangat gotong-royong yang semakin jarang ditemui di era moden ini.
https://web.facebook.com/share/p/18KCTcgMxd/

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI: KEMBARA 9 TAHUN ORANGPERAK.COM MENGHARGAI SOKONGAN, MEMARTABATKAN PERAK
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, kami di orangperak.com mengambil kesempatan di bulan Syawal yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pembaca dan rakyat Perak Darul Ridzuan. Semoga sambutan Syawal tahun ini membawa sinar kebahagiaan, memperkukuh ukhuwah, dan menjadi pemangkin kepada perpaduan masyarakat negeri Perak yang kita cintai bersama.
Sebagai sebuah platform digital yang telah beroperasi selama sembilan tahun, kami merenung kembali perjalanan panjang yang penuh makna. Sejak 2016 sehingga kini, orangperak.com telah melalui pelbagai fasa perkembangan, daripada sebuah laman blog kecil sehingga menjadi antara rujukan utama dalam menyajikan maklumat berkaitan sejarah, warisan, dan perkembangan semasa negeri Perak.
Kehadiran kami selama ini tidak lain adalah berkat rahmat Allah SWT dan sokongan padu daripada pembaca setia. Setiap klik, setiap perkongsian, dan setiap komen membina yang diterima menjadi pendorong utama untuk kami terus berkarya. Kepada semua pihak yang pernah bekerjasama dengan kami, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, jutaan terima kasih diucapkan.
Misi utama orangperak.com sejak awal penubuhannya adalah jelas - untuk menjadi wadah informasi yang memartabatkan khazanah negeri Perak. Kami komited dalam mendokumentasikan sejarah Kesultanan Perak yang kaya dengan warisan tak ternilai, menyiarkan perkembangan terbaharu Kerajaan Negeri serta menjadi medium perkongsian ilmu berkaitan adat resam dan budaya masyarakat Perak.
Dalam meniti tahun kesembilan operasi kami, pelbagai inisiatif baharu telah dilaksanakan. Antaranya termasuk siri khas "Sejarah Kesultanan Perak" yang mendapat sambutan menggalakkan, liputan eksklusif program-program Majlis Agama Islam Perak, feature istimewa tentang seni budaya tradisional negeri ini, serta kolaborasi dengan pakar-pakar warisan tempatan. Semua ini dilaksanakan dengan satu hasrat - untuk memastikan generasi muda hari ini tidak terputus hubungan dengan akar sejarah mereka.
Di hari raya yang mulia ini, kami mengambil kesempatan untuk meluahkan beberapa doa dan harapan. Pertama, semoga Negeri Perak Darul Ridzuan terus makmur di bawah pemerintahan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim. Kedua, moga pentadbiran Kerajaan Negeri berjaya membawa Perak ke mercu kejayaan dalam era digital tanpa mengorbankan jati diri dan warisan tradisi. Ketiga, kami berharap masyarakat Perak kekal bersatu padu dalam kepelbagaian budaya dan agama.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan khas kepada semua pihak yang pernah memberikan tunjuk arah ketika kami tersasar, menegur dengan penuh hikmah ketika kami tersilap langkah, menyumbang gambar dan artikel bernilai, serta tidak putus-putus berkongsi pautan kami di media sosial. Setiap sumbangan ini amat kami hargai.
Sebagai penutup, kami menjemput semua pembaca untuk terus bersama kami dalam kembaraan ilmu ini. Marilah kita sama-sama menjadikan orangperak.com sebagai platform perkongsian yang bermanfaat untuk semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Dari kami warga orangperak.com,
Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas & Ketua Editor
[Layari kami di orangperak.com untuk informasi terkini tentang Perak]
[Ikuti kami di media sosial @orangperak]
"Dari Kami Untuk Perak"

71 Asnaf di Hilir Perak terima sumbangan dari Yayasan Sultan Azlan Shah
Semalam 28 Ramadhan 1446 Hijrah bersamaan 29 Mac 2025, suasana penuh keberkatan menyelimuti perkarangan Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Di sinilah berlangsungnya Majlis Infak Ramadhan 2025 anjuran Yayasan Sultan Azlan Shah (YSAS), sebuah program tahunan dalam meringankan beban golongan yang memerlukan menjelang kedatangan Syawal.
Majlis penuh makna ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Meor Redwan Bin Mahayuddin, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Perak yang juga Orang Besar Jajahan Hilir Perak. seramai 71 penerima manfaat dari Daerah Hilir Perak telah menerima sumbangan yang pastinya akan meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Yayasan Sultan Azlan Shah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, khususnya kepada golongan asnaf dan mereka yang hidup dalam kesusahan.
https://web.facebook.com/share/p/16B8voh8Du/

Muzium Diraja Kuala Kangsar, Permata Warisan Seni Bina Melayu Perak
Di tengah-tengah bandar diraja Kuala Kangsar yang penuh dengan sejarah, berdiri megah sebuah bangunan yang menjadi lambang kemahiran seni bina Melayu tradisional – Muzium Diraja Kuala Kangsar. Bangunan yang dahulunya dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Lembah, dan Istana Tepas ini bukan sekadar menyimpan sejarah kesultanan Perak, tetapi juga mempamerkan kehalusan seni pertukangan Melayu yang semakin sukar ditemui pada zaman moden ini.
Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan sejarah bangunan ini pada artikel di ruangan komen di bawah..
https://www.facebook.com/share/p/15RoTqhMoM/

Pelajar-pelajar sekolah itu menyanyikan lagu Negeri Perak dalam Bahasa Melayu!
Perhatikan betapa kelirunya situasi ini. Lagu Negeri Perak bukanlah Negaraku, dan ia dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, bukan Mandarin. Namun diputarbelit dengan sangat biadap oleh pemimpin politik yang menghasut supaya berlakunya ketegangan kaum.
https://www.facebook.com/share/p/1ZLtqzSuoE/

Umat Islam Dinasihati Elak Ikut Trend 'Tarian Duit Raya' yang Tular di Media Sosial
IPOH – Umat Islam digesa menjauhi trend menari ketika menerima duit raya sempena Aidilfitri seperti yang tular dalam video-video pendek di media sosial, kerana ia dinilai tidak sesuai dengan syariat, terutamanya jika melibatkan golongan wanita.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menegaskan, perbuatan tersebut tidak sepatutnya menjadi ikutan kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan adab Islam.
https://www.facebook.com/share/p/1LGsjASDpd/

Ikuti whatsapp channel Orang Perak di https://whatsapp.com/channel/0029Vb6bxEE17EmquCvLCs3N
Legenda Filem Melayu, Datin Noor Azizah, 78, Kembali ke Rahmatullah
Ipoh, Perak – Seniwati legenda, Datin Noor Azizah, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Pemergian pelakon terkenal filem Enam Jahanam itu disahkan oleh rakan karibnya, Sanifah Abdul Rahman, kepada pelakon veteran Datuk Tommi Tumiran.
Orang Perak mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan disamping hambaNya yang beriman.
https://www.facebook.com/share/p/1A7mdhbuqu/

Teringat zaman kekanak dulu. Iklan gula gula ubat batuk Kiss Mee. Sape ingat sape artis yg berlakon dalam iklan tersebut. Tak lain tidak bukan, seniwati kelahiran Perak, Datin Noor Azizah Binti Dato’ Seri Azizul Hassan.
Beliau merupakan pelakon terkenal negara di era 60 hingga 70an dan berlakon dalam banyak filem hebat termasuklah 6 Jahanam, Sri Andalas, Raja Bersiong serta banyak lagi.
Beliau telah meninggal dunia jam 3 pagi hari ini di Ipoh pada usia 78 tahun.
Al-Fatihah
https://www.facebook.com/share/p/1BTB9Mgvyq/