Promo Travel Malaysia
2.1K subscribers
2.96K photos
121 files
630 links
Download Telegram
[TARIKAN MURAL BAHARU DI IPOH, PERAK]

Kalau aokmer jenjalan Ipoh pergi dine-in atau beriadah, jangan lupa singgah ke Perpustakaan Tun Razak yang kini berwajah baru dengan lukisan mural cantik dan sangat Instagrammable!

Menarik juga nak bergambar sekeping dua kat sini 🤩📸

Kredit: Perpustakaan Tun Razak

#rileklah #ipoh #perak #perakviral #mural
Min tengok sekali tadi min ingat Jambatan Golden Gate, San Fransisco tadi, hehe 😍

Ini sebenarnya Satok Suspension Bridge, Kuching Sarawak yang asalnya dibina pada tahun 1921, pada era Rajah Putih Sarawak.

Ianya digunakan bagi menghantar air bersih dari Matang, ke pekan di seberang Sungai Sarawak.

Sebelum Jambatan Gantung Satok moden ini dibina dan perkhidmatan feri diperkenalkan, orang tempatan dulunya melalui jambatan ini untuk ulang alik Kuching dan Matang.

Jambatan Satok ni panjangnya 130 meter dan 2.3 meter lebar dan kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM8.5 juta.

Jambatan asal dulu musnah di dalam sebuah ribut pada bulan Oktober 2004.
Selepas selesai pembinaan jambatan baru ni, terus dia jadi port bergambar baru yang memang Instagrammable giler, lagi-lagi pada waktu matahari terbenam. 😍🌅

Kredit 📸: @aizaharwani_mj, Edwin Lay
📍The Senja, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Seronoknya kalau bangun tidur, terus buka mata dan nampak sekeliling kita hutan hijau je.

Sejuk mata memandang!
Kalau korang nakkan tempat percutian yang penuh privasi dan dikelilingi pemandangan alam semulajadi cukup menakjubkan begini, korang boleh consider lokasi ni nanti.

📸@stephyshuen

#rileklah #PusingSelangorDulu #malaysiatrulyasia #traveldomestic #kkbheight #thesenja #CutiCutiMalaysia