⋆·˚ N O T E P H I L I C ༘ * 🔭
14.3K subscribers
2.24K photos
125 videos
3.71K files
1.29K links
┌──────────────┐

-ˋˏ WELCOME STUDENTS! ˎˊ-

└──────────────┘
🖤𝐃𝐢𝐬𝐜𝐮𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩
@studybuddiesz ﹏﹏﹏‍ 。˚✩

🖤 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭𝐬
╰────✬ Notes for all subjects * ˚ ✶
╰───── ✬ Study tips * ˚ ✶
╰───────✬ Motivations * ˚ ✶
Download Telegram
Forwarded from 📚 stu(dying)
- cikgu kata, baca bahan rangsangan still ada markah, tapi pemarkahan dia tak rigid macam format lama

- kalau dulu, baca sahaja pun dah 10 markah tapi sekarang banyak kepada jawapan soalan kita tu, (markah nada, intonasi, kelancaran)

dan ikut apa yang cikgu anda ajar.. jgn percaya sangat medsos, percayalah cikgu anda

#bahasamelayu
http://t.me/spmacers
dengar cakap cikgu
⋆·˚ N O T E P H I L I C ༘ * 🔭 pinned «nota ujian bertutur (fast search) ↬ sinonim: https://t.me/notephilicc/11189 https://t.me/notephilicc/11190 ↬ skrip: https://t.me/notephilicc/11204 ↬ semua tentang ujian BERTUTUR bahasa melayu: https://t.me/notephilicc/11250 ↬ tajuk ujian bertutur…»
Forwarded from 📚 stu(dying)
JOM JAWAB SOALAN 1 DAN 2!

- PINTU: Pindah jawapan dan Tutur

- Fokus kepada kata kunci soalan (cth: faedah menabung). Daripada kata kunci, kita dah boleh tahu soalan yang akan ditanya

- Kalau boleh jangan tolak ayat sebab sama konsep macam kertas 2 Bahagian B (Pemindahan Maklumat), namun begitu perlu tambah penanda wacana. Tak perlu olah semula, ambil je ayat tu bulat-bulat tapi jangan lupa kepala ayat!

- Kebiasaannya soalan no. 1 akan tanya definisi/konsep yang kebanyakannya berada di atas petikan

- Tak perlu bawak kertas ke bilik pentaksiran selepas baca secara mentalis dalam bilik menunggu, sebaliknya ingat tajuk dan tema untuk diberitahu kepada pengawas

- Gemuruh suatu perkara yang biasa, tapi jangan terlalu gemuruh sampai mengganggu penyampaian kita! Manfaatkan masa yang diberi, jawab dengan tenang 😊

- Sampaikanlah pendapat awak dengan intonasi yang elok dan bersungguh-sungguh, tunjukkan kepada pemeriksa yang kita sedang berusaha untuk membaiki kesilapan kita

Tajuk yang dibincangkan:
- Alat Pengesan Mudah Alih
- Faedah Menabung
- Keselamatan Kanak-Kanak

#bahasamelayu
http://t.me/spmacers
Forwarded from 📚 stu(dying)
JOM JAWAB SOALAN 3 DAN 4!

- Soalan No. 3 dan No. 4 sebenarnya tak ada salah, maksudnya apa-apa jawapan yang dikemukakan akan diterima kerana pemeriksa akan membuka peluang kepada calon untuk menjawab soalan dalam pelbagai perspektif jadi jangan takut untuk jawab apa yang berada dalam minda awak! Jangan takut, jangan sesekali terdiam, teruskan sahaja

- Contoh soalan No. 3: Jelaskan peranan-peranan/langkah-langkah dll memadailah bagi 2 isi dan 2 huraian
~ Pada pendapat saya.. (isi) seperti.. (huraian). Selain itu, (isi) seperti.. (huraian)

- Walaupun arahan nak 2 isi, bagi 1 pun cukup. Tapi tetaplah cuba penuhi kehendak soalan. Sama konsep dengan soalan KBAT kertas 2, bagilah jawapan yang lebih untuk setiap soalan secara gramatis, lengkap dan matang

- Sewaktu baca secara mentalis dalam bilik menunggu, cuba sedaya-upaya untuk janakan soalan KBAT supaya dalam bilik ujian kita dah bersiap-sedia untuk menjawab soalan

- Pemeriksa tak diberikan skema yang tetap/jitu, maknanya apa-apa jawapan diterima asalkan logik.

- Jangan sesekali tinggalkan buku teks, sentiasa jadikannya sebagai rujukan

- Kalau tak dapat masukkan peribahasa, bagus. Kalau dapat masukkan peribahasa, lagi bagus. Kalau rasa yakin untuk memasukkannya, masuklah tapi tak buat pun tak apa. Ingat! masa 3-5 minit je

- Kalau rasa janggal untuk baca baku, elakkan. Tapi cubalah sedaya-upaya untuk jawab dalam bahasa baku. Kalau baca macam biasa, berikan perhatian kepada sebutan dan intonasi

- Pentaksir akan menilai secara holistik dari mula sampai habis, bukannya berdasarkan setiap soalan

- Jangan risau, semua benda yang korang belajar takkan disia-siakan pada hari esok 💐

#bahasamelayu
http://t.me/spmacers
Forwarded from 📚 stu(dying)
°○ ADAB DAN TATASUSILA °○

□ Sebelum masuk bilik ujian semasa ujian bertutur Individu, bolehlah beri salam

- "Assalamualaikum cikgu, izinkan saya masuk/duduk?"

□ Boleh minta pentaksir ulang soalan (Tapi janganlah lebih 2 kali 😅)

- "Maafkan saya, boleh ulang kembali soalan?"

□ Sekiranya tak dapat jawab soalan no. 3, boleh minta kepada pentaksir untuk teruskan ke soalan no. 4 dan kembali semula ke soalan no. 3

- "Maafkan saya, boleh teruskan soalan yang berikut?"
- "Maafkan saya cikgu, boleh ulang kembali soalan nombor 3?"

#bahasamelayu
http://t.me/spmacers
tengok pinned message or sini , min dah compile kan semua benda pasal bertutur (yg penting jela)
so senang lah korang nak study 🫶🏻
apa apa pasal bertutur lagi nanti min update jugak insya allah
share share kat kawan kawan jugak.. jangan kedekut ilmu nanti jadi mr crab
kan best jadi mr crab, x jawab spm pun kayo
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
- cara jawab ujian bertutur -

kepada anak anak madani sekalian.. macam ni lah gambaran ujian bertutur

#malay
#bertutur
hurm pantun takde markah au
Forwarded from Hapeez Abdullah
Saya salah seorang ketua pentaksir tahun lepas. Sampai satu tahap rasa nak marah sebab semua buang masa berpantun dan masukkan unsur yg tak perlu. 3 hari mentaksir, 3 hari tu semua sama. Lepas tu dengar bab isi semua biasa ii 😢
jaga lah adab, jawab soalan dengan elok, berdoa bukan sahaja senang dapat jawab exam, tapi dapat pentaksir yang baik dan senang bagi markah.. jangan naikkan kemarahan mereka.. mereka penat, kita pun penat..

buat elok elok semua, saya percaya kat semua.. kalau saya pun percaya, takkan lah tuan badan tak percaya diri sendiri kan? tunjukkan kita ni berkeyakinan tinggi! first impression pun penting jugakk
sidang berapa? hari apa?
hehe semoga berjaya
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
jodoh pak mat biar berkekalan,
makan bersama bijirin bijian,
selain membawa kad pengenalan,
bawa juga otak anda ke dalam bilik ujian

minta maaf minta restu,
pandang lama lama sampai tersuka,
selain anda membuka pintu,
fikiran juga haruslah dibuka

pekerja rajin diberikan gaji,
dibawa pergi majlis bertunang,
walau tidak sempat habis ulangkaji,
janganlah risau yang penting tenang

walaupun tinggi mu tidak ku ukur,
ku tahu kamu pendek sahaja,
ku ucapkan selamat menjawab ujian bertutur,
SPM baru bermula sahaja.