NOTA SAHABAT EMAS ZAIMAH ABBAS
259 subscribers
6.27K photos
398 videos
8 files
3.01K links
Jom belajar ilmu dan manfaat simpanan emas untuk kewangan yang lebih baik.

Serius nak mulakan simpanan emas boleh pm saya, wasap.my/60136238648/naksimpanemas.

Info lanjut, boleh layari https://www.publicgoldofficial.com/zaimahabbas/kelebihan
Download Telegram
Tabung Haji vs Emas

Saya nak kongsikan seorang penyimpan emas yang tukarkan RM242,396 daripada Tabung Haji kepada 500 gram emas (250g x 2).

Ini selepas beliau sedar yang dividen TH hanya 3.25% manakala harga emas naik 22.9% dalam tempoh yang sama.

Simpan emas lebih berbaloi untuk jangka panjang sebab nilainya lebih terjamin dan selamat daripada inflasi dan kejatuhan wang ringgit.

Semoga jadi inspirasi.
SATU KELUARGA BUKA AKAUN EMAS TERMASUK AKAUN JUNIOR!

Duit raya anak tukar jadi emas dengan membuka akaun emas Junior di Public Gold.

Menabung duit raya anak ke dalam akaun emas Public Gold ada beberapa kelebihan berbanding menyimpan dalam akaun biasa atau dalam bentuk tunai.

Berikut adalah beberapa manfaat utama:

1. Nilai yang Lebih Stabil & Tidak Susut

• Emas adalah aset yang kalis inflasi. Berbanding duit kertas yang boleh susut nilai akibat inflasi, emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka panjang.

2. Simpanan Jangka Panjang yang Selamat

• Anak-anak biasanya tidak memerlukan duit raya mereka dalam masa terdekat. Dengan menyimpan dalam bentuk emas, simpanan mereka tidak mudah bocor atau dibelanjakan secara tidak terkawal.

3. Pertumbuhan Nilai dalam Jangka Panjang

• Harga emas cenderung meningkat dalam tempoh jangka panjang. Sebagai contoh, harga emas 10 tahun dahulu jauh lebih rendah berbanding sekarang. Ini bermakna nilai simpanan emas boleh berkembang lebih baik berbanding simpanan tunai biasa.

4. Mudah Dicairkan Bila Perlu

• Akaun emas Public Gold membolehkan anda menjual emas secara online pada bila-bila masa jika memerlukan tunai. Ini memberikan fleksibiliti kewangan yang lebih baik.

5. Tiada Caj Penyelenggaraan & Patuh Syariah

• Berbeza dengan akaun simpanan biasa yang mungkin mengenakan caj tahunan atau caj lain, akaun emas Public Gold tidak mengenakan yuran penyimpanan emas. Ia juga patuh syariah, menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang mengutamakan simpanan Islamik.

6. Mendidik Anak Mengenai Kewangan & Pelaburan

• Dengan menabung dalam emas, anda boleh mendidik anak-anak tentang kepentingan menyimpan dan melabur sejak kecil, berbanding hanya membiarkan mereka menyimpan dalam bentuk wang tunai yang mudah dibelanjakan.

Bagaimana nak Simpan Duit Raya Anak dalam Akaun Emas Public Gold?

1. Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) – Akaun ini membolehkan anda menyimpan emas dalam unit gram, tanpa perlu membeli emas fizikal secara terus.

2. Deposit Duit Raya – Tukarkan duit raya anak kepada gram emas berdasarkan harga semasa di Public Gold.

3. Tambah Simpanan Secara Berkala – Anda boleh terus menambah simpanan emas dari masa ke masa.

4. Pilih Sama Ada Simpan atau Jual – Apabila anak memerlukan wang, anda boleh menjual emas dari akaun GAP dan dapatkan tunai atau keluarkan dalam bentuk emas fizikal (gold bar/dinar).

Kesimpulannya, menabung duit raya anak dalam akaun emas Public Gold adalah strategi bijak untuk memastikan nilai simpanan mereka berkembang dan selamat daripada inflasi serta perbelanjaan tidak terkawal.

Kredit: Tn Khaja
Salam Isnin Ceria 🫶
Gais.

Ada orang tanya saya, harga emas sekarang dah tinggi.

Boleh ke harga emas naik lagi tinggi?

Baik, ini adalah analisis peribadi saya berdasarkan data-data yang lepas.

Baik, first sekali jom kita lihat sejarah harga emas ketika penggal pertama Trump menjadi Presiden US.

Tarikhnya adalah 20/1/2017 sehingga 20/1/2021 (4 tahun)

Tarikh 20/1/2017, harga emas adalah sekitar $1,209.09 per troy Oz.

Tarikh 20/1/2021 pula, harga emas adalah sekitar $1,870.03 per teoy Oz.

Ini adalah kenaikan 54.67% dalam tempoh 4 tahun.

Ketika penggal pertama ini, antara peristiwa besar adalah Trump telah memulakan perang perdagangan dengan Cina dan berlakunya wabak  COVID-19.

Selepas tu Joe Biden menjadi presiden.

Kemudian pada bulan 11, 2024 Trump menang pilihanraya presiden.

20/1/2025 Trump angkat sumpah sebagai presiden US buat kali kedua.

Jadi bermulalah penggal kedua pemerintahan Trump sebagai presiden US ke 47.

Pada 20/1/2025, harga spot emas berada pada sekitar $2,708.29 USD per auns troy.

Pada 20/4/2025, harga spot emas ditutup pada kira-kira $3,317.23 USD per auns troy, menandakan paras tertinggi baharu dalam sejarah pasaran emas. 

Ia adalah kenaikan 22.49% dalam masa hanya 3 bulan. Banyak tu gais.📈

Jadi, Trump masih ada masa sebanyak 3 tahun 9 bulan untuk berkuasa.

Jadi apa pendapat saya?

Pada pendapat saya, penggal kedua Trump ini, harga emas akan meneruskan trend peningkatan harga.

Apa sebabnya?

1. Sifat president Trump yang tidak boleh diramalkan (unpredictable) menyebabkan pasaran huru-hara. 

Beliau melancarkan perang perdagangan dengan semua kawan dan lawan US.

Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi seluruh dunia.

Krisis perang perdagangan dengan China adalah yang paling buruk pada ketika ini.

2. Trump mahukan kadar faedah yang lebih rendah ketika pemerintahannya.

Kadar faedah rendah menyebabkan US Dollar hilang daya tarikan di mata pelabur dan menyebabkan emas dilihat lebih menarik.

3. Trump sekarang sedang bertelagah dengan chairman Fed iaitu Jerome Powell.

Trump dilihat mahu memecat Jerome Powell kerana tidak mendengar pendapat Trump yang mahukan kadar faedah diturunkan.

Pertelagahan ini mampu menyebabkan market kurang stabil. Harga emas akan naik jika pertelingkahan ini semakin besar dan hangat.

Gais.

Secara peribadi, saya berpendapat harga emas berada dalam trend menaik ketika zaman pemerintahan kedua Trump.

Jadi kita ada masa 4 tahun gais untuk simpanan emas dengan senyuman 😃 😁👍

Penafian: Ini adalah analisis peribadi ye. Saya tidak akan bertanggung jawab jika anda terpaksa kaya kerana membeli emas.

Sila buat analisa sendiri sebelum anda membeli dan menyimpan emas.

Sekian, harap maklum.

#NotaEmasSyukorHashim
#JanganTungguLagi
Recap Akaun Emas GAP

𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗚𝗔𝗣?

Akaun 𝗚𝗼𝗹𝗱 𝗔𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 (𝗚𝗔𝗣) itu kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia. Ia disahkan patuh syariah.

Dengan Akaun Emas GAP :

1️. Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100

2️. Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online

3️. Emas tu boleh simpan dengan PG tanpa sebarang caj. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan

4️. Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah

5️. Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa

6️. Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 0.5gram, paling besar emas terbaru 12.5kilogram! Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun

7️. Boleh minta PG poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit)

Nak mula menabung emas di akaun GAP dengan ilmu? Jom saya bantu sebaiknya.

https://publicgoldofficial.com/zaimahabbas/gap
Harga GAP selepas revised ya!
Salam New ATH 520! 🔥🚀
Breaking news!
Bismillah ﷺ ﷴ

Bulan April 2025 kenaikan mendadak harga emas menyebabkan saya bertindak nekad menjual sebahagian kecil emas saya. Alhamdulillah saya selesaikan Housing loan yang berbaki RM208,400 pada 17 April 2025. Lebihan duit yang ada saya akan topup semula emas saya yang sudah 'hilang'

Alhamdulillah....syukur tak terkata. Allah mudahkan saya setelkan Housing loan asbab simpanan emas. Saya tak ada lagi hutang lain dalam hidup  saya kecuali Hutang Budi di Bawa mati.. Huhu.

Asbab simpanan emas, Housing loan 35 tahun, saya setelkan dalam masa 10 tahun sahaja. Maka....nikmat Allah mana lagi yang kamu dustakan?

Anak muda....

Simpanlah emas daripada gaji pertama anda mula bekerja. Ia sangat membantu anda pada masa hadapan.

Kredit : Sahabat Dealer Tuan Sihusin
Kata Mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, "menyesal beli lebih baik daripada menyesal tak beli."

Video penuh beliau, https://vt.tiktok.com/ZSrG2P1oE/

Harga emas mahal pada hari ini tetapi pasti akan murah beberapa tahun akan datang. Hari ni harga emas sudah pun mencecah RM520/gram.

Mula simpan emas RM100 sekarang!

wasap.my/60136238648/nakmulasimpanemastele
Kalaulah tahun 2023 akak dengar nasihat saya dan beli emas bernilai RM30,000.

akak akan dapat sekitar 110 gram emas yang mana nilainya harini adalah RM56,000.

Keuntungan RM 26,000 dalam 2 tahun. Hampir double.

kalau biar dalam KWSP beliau dapat dividen sekitar RM1500 saja setahun.

sayang sekali beliau tak buat apa yang saya pesan selama ini iaitu :

"Duit yang tak guna dalam 2 tahun dan ke atas better tukarkan kepada emas kerana emas lebih menguntungkan"

Namun apa boleh saya buat. saya hanya boleh kongsikan. saya tak boleh paksa.

Harini pun harga emas dah cecah RM520 segram. takkan nak tunggu RM700 segram baru nak percayakan saya.

saya dah share dan ajak orang menabung emas sejak tahun 2015 ketika harga emas hanya RM140 segram saja.

beliau masih was was sedangkan beliau dah pernah beli emas dibawah bimbingan saya sebelum ni dan dah dapat emas tersebut.

namun saya salute akak ni. ada simpanan RM50k pun masih humble dan kata tak kaya. pada saya banyak dah tu.

Betul kata guru saya
"Bukan Emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu tentang emas"

Kredit : Tuan Adam Fahmi
Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

Tindakan ini telah cetuskan panik pelabur:

1. Pasaran saham AS menjunam

2. Dolar AS jatuh ke paras terendah

3. Emas melonjak lebih $3,400/oz (pelabur cari aset selamat)

4. Bon AS dijual besar-besaran

Apa yang berlaku sekarang? Trump bukan saja menekan Fed untuk turunkan kadar faedah, tapi juga dia telah perkenal tarif besar-besaran.

Antaranya:

a) 10% tarif ke atas kebanyakan negara.

b) 245% tarif untuk barangan dari China.

c) 25% tarif ke atas semua kereta import

Justeru, syarikat besar macam Walmart, Target & Ford dah mula naikkan harga — inflasi dijangka meningkat.

Powell pula bertegas takkan turunkan kadar faedah tanpa merujuk data yang sahih.

Akibatnya, pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan dasar ekonomi AS.

Gais.

Dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, kita akan melihat aset selamat seperti emas dan perak akan terus naik.

Sila simpan emas dengan senyuman 😃

21/4/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica #FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan
'Kegilaan' Donald Trump memang tak dapat dijangka ye tuan puan. Ada 3 tahun lebih lagi dia dalam politik US dan dunia.

Satu perkara dia sebut, automatik harga emas dunia berubah, saham merudum, ekonomi terusik.

Jadi nasihat Mentor Tuan Zul, kita mungkin akan 'terganggu' kalau nak ikut trend harga emas. Jadi apa kita boleh buat untuk kekal tenang, target nak berapa gram.

Bagi yang baru bermula, target ada 250gram. Jadi time gaji, time ada duit lebih, tukar je RM100 jadi emas setiap bulan atau pada bila² masa.

Salam RM533 🚀
AMPANG ! | AMPANG ! | AMPANG !

Mana orang Ampang dan Kuala Lumpur ? Jom join #SeminarKayaDenganEmas pada Selasa 22 April 2025 di branch Public Gold Ampang.

Antara topik yang akan dikupaskan oleh speaker:

Simpanan sebagai asas membina kekayaan
Keistimewaan emas sebagai pelindung kekayaan
Peluang yang disediakan oleh Public Gold untuk memiliki pendapatan pasif yang boleh diwarisi

🗓 22 April 2025 (Selasa)
8.30 malam
📍 Public Gold Ampang

Penyertaan percuma. Boleh ajak ahli keluarga dan rakan-rakan sekali datang belajar tentang emas dan kewangan.

Sila datang awal untuk dapatkan seat selesa. Seminar akan bermula tepat 8.30 malam.

#SeminarKayaDenganEmas
#G100Network
#5GAssociates