Beza "apakah" dengan "adakah".
Gunakan "adakah" untuk soalan berkaitan ada ataupun tidak sahaja.
Contoh:
Adakah buku itu di dalam beg kamu?
Adakah sesiapa di sini yang tahu mengenai bisnes di Shopee?
Adakah kenderaan yang boleh memuatkan 11 penumpang?
-
Selain soalan ada / tidak, gunakan "apakah".
Apakah dikau yang menitipkan warkah itu?
Apakah orang Melayu memang suka makan lemang sewaktu hari raya?
Apakah benar dakwaan mereka itu?

Cara menggunakan elipsis (tiga titik ... )
Gunakan elipsis untuk ayat yang terpotong, terhenti seketika, ataupun dialog yang teragak-agak / tergagap-gagap.
Contoh:
"Sebenarnya, saya datang ke sini untuk ...," Ali terhenti apabila Samad muncul.
"Saya ... saya ... tak sengaja."
Elipsis hanya ada TIGA TITIK. Tidak boleh dua ataupun lebih daripada tiga.
Melainkan elipsis (3) di akhir ayat yang disertakan noktah (1) menjadi empat titik. 3 + 1 = 4.
Tiba-tiba ... Ezani pitam!
Kasim mengeluh, "Entahlah ...."
—
Perhati betul-betul cara elipsis dalam setiap ayat contoh ditulis, dan gunakan dalam penulisan dengan betul.
Tidak boleh menamatkan semua ayat dengan elipsis. Sebagai penulis terhormat, kita jangan samakan cara menulis di WhatsApp dengan taraf penulisan untuk buku.

Apakah tuan/puan pernah menyertai mana-mana bengkel penulisan kendalian saya? Jika pernah, mohon nyatakan bengkel apa dan tahunnya di ruang komen. Terima kasih! 😊
Anonymous Poll
28%
Pernah (kelas bersemuka)
16%
Pernah (kelas online)
60%
Belum pernah
Cara menulis perkataan yang ada kalimah Allah dalam ejaan Bahasa Melayu:
Bismillah / bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim / bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah / alhamdulillah.
Insya-Allah / insya-Allah.
Masya-Allah / masya-Allah.
Subhanallah / subhanallah.
Allahuakbar.
Nauzubillah / nauzubillah.
Allah Taala.
Allah Azzawajalla.
Allah Subhanahuwataala / Allah SWT. (sebaiknya dieja penuh "Subhanahuwataala" supaya pembaca membaca penuh)
-
Semua ejaan nama dan gelaran bagi Allah dimulakan dengan huruf besar.
Ya Rahman
Ya Rahim
Allah Maha Besar
Allah Maha Kreatif
Bagi menulis nama Allah yang bermula dengan "al-" (ال), tuliskan semuanya "al-" walaupun sebutan Arabnya "ar-" / "as-" / "asy-".
Al-Rahman / al-Rahman
Al-Salam / al-Salam
Al-Syakur / al-Syakur
-
Mohon ampun daripada Dia.
Kita hidup mengikut jalan-Nya.
Allah mengasihi hamba-hamba-Nya.
"Aku mengikut sangkaan hamba-Ku."
Aku berserah kepada-Mu, ya Allah.
-
Tuliskan "Tuhan" dengan T besar untuk Allah.
Tuliskan "tuhan" dengan t kecil untuk tuhan sembahan bukan Muslim.
Aku berserah kepada Tuhan.
Di kuil itu ada banyak ilustrasi tuhan dan dewa mereka.
... bertuhankan wang.
... mempertuhankan harta.
Sumber: PRPM.
prpm.dbp.gov.my

Bagaimana cara menulis nombor dengan simbol?
Simbol di hadapan nombor, dirapatkan. Contoh: RM10, RM25.30, USD9.99.
Simbol di belakang nombor, dijarakkan. Contoh: 10 kg, 18 cm, 250 km, 8 ml.
Rumus:
Depan - rapat.
Belakang - jarak.

Cara menulis yang betul:
Pak cik / pak cik.
Mak cik / mak cik.
Pak Cik Adam.
Mak Cik Salmah.
"Nak ikut saya ke rumah pak cik?"
"Pak cik yang mana satu?"
"Pak Cik Adam."
"Oh, suami Mak Cik Salmah?"
"Ya, pak cik itu suami kepada mak cik yang jual sup tulang di pasar malam."
"Maaf, saya tak dapat ikut. Kirimkan salam saya kepada Pak Cik Adam dan Mak Cik Salmah."

Sudah dua hari laman web PRPM tidak dapat diakses. Petang semalam muncul kembali, tetapi semua perkataan tidak dapat dicari, seolah-olah laman web tidak disambungkan kepada pangkalan data. Hari ini, hilang lagi.
Sebagai penulis era internet, laman web PRPM memudahkan kerana carian perkataan lebih laju berbanding membelek kamus fizikal. Apabila jadi begini, gelisah juga dibuatnya.
Apapun, kerja perlu diteruskan. Ada alternatif digital dan percuma untuk smartphone, jika rasa berat untuk menyelak kamus-kamus tebal.
Download apps Kamus PRO. Ini untuk Android. Kurang pasti pula untuk iOS kerana saya bukan pengguna iPhone.
https://play.google.com/store/apps/details?id=kamuspro.mobile.pack
Selamat menyambung kerja!

Google Play
Kamus Pro Malay-English Dict - Apps on Google Play
Learn Malay, English and Chinese anywhere, with dictionaries from DBP...
"Bakal" vs "Akan"
Bakal = status.
Akan = peristiwa.
Siti bakal pengantin. ☑️
Dialah bakal isteri Ali. ☑️
Dia akan berkahwin. ☑️
Ali bakal berkahwin dengan Siti. ❎
Siti akan jadi pengantin minggu depan. ☑️
Mereka bakal berkahwin. ❎
Majlis bakal diadakan di dewan besar. ❎
Mereka akan bernikah di masjid. ☑️
Mereka bakal doktor. ☑️
Mereka akan berkhidmat di Sibu. ☑️
Mereka bakal berkhidmat di hospital kerajaan. ❎
Buku Siti bakal terbit tidak lama lagi. ❎
Buku Siti akan terbit tidak lama lagi. ☑️
Siti bakal isteri Ali itu, bakal penulis. ☑️

Konteks penggunaan "bakal" dan "akan"
Perkataan "bakal" ini elok digunakan untuk "kata nama" bagi menyatakan sesuatu peristiwa pada masa depan. Contoh:
bakal menantu
bakal ketua murid
bakal calon pilihanraya
bakal usahawan
Untuk kata atau frasa kerja, gunakan saja perkataan "akan", contoh:
bakal dirobohkan = akan dirobohkan
bakal menjadi kecoh = akan menjadi kecoh
bakal memasuki universiti = akan memasuki universiti
bakal mengahwini seorang kenamaan bergelar Datuk = akan mengahwini seorang kenamaan bergelar Datuk.
- Prof Emeritus Abdullah Hassan.

Ada kosa kata diperkenalkan di FB KL BACA pada setiap Jumaat. Hari ini, kata yang diperkenalkan ialah "komplit".
Seperti biasa, akan ada yang mempersoal, mempertikai, dan menyindir penggunaan kata serapan asing dalam Bahasa Melayu.
Hal ini tidak akan berlaku sekiranya kita memahami cara bahasa hidup dan berkembang, juga cara kamus dibangunkan dalam bahasa apa pun.
https://www.facebook.com/382146868892762/posts/1128490320925076/

Bagi rujukan lanjut tentang kata serapan, tuan/puan boleh Search channel ini dengan kata kunci "kata serapan".
Sebagai penulis yang sering dipersepsikan sebagai golongan bijaksana, sebarang hal bahasa yang kita kurang mahir, kita rujuklah pada pakarnya. Ada banyak pakar Bahasa Melayu di Facebook yang rajin berkongsi, antaranya Prof Emeritus Abdullah Hassan, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan (Pengerusi DBP), Dr. Salleeh Rahamad (Presiden PENA), Puan Mahaya Mohd Yassin, dan Puan Nisah Haron.
Kita jangan sekali-kali terus mempersoalkan sesuatu yang kita rasakan aneh. Boleh jadi ia tidaklah aneh, hanya belum masuk ke dalam kotak ilmu kita kerana belum pernah mendengarnya. Sebagai manusia, tentulah kita akan sentiasa bertemu ilmu baru selagi bernyawa.
Maruah bahasa tidak terletak pada perkataannya, tetapi pada tata berbahasa penuturnya.
Sama-sama kita beringat.

Cara penulisan angka besar:
Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.
Contoh:
1. RM1 juta
2. RM1 000 000.00
- Khidmat Nasihat PRPM.

Kongsian daripada Puan Kay Bee tentang cara melaporkan konten kita yang diplagiat di Facebook.
Ya, setiap hantaran di Facebook juga adalah karya terzahir yang dilindungi oleh hak cipta. Kita adalah pemilik kepada konten asal yang kita cipta.
https://www.facebook.com/523499991/posts/10160706641449992/

Facebook
Log in to Facebook
Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.
Penting dan perlunya penterjemah menterjemahkan teks mengikut konteks ayat, supaya tidak berlaku salah faham begini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158374028854822&id=578204821
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158374028854822&id=578204821
Facebook
Log in to Facebook
Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.
Lagi tentang kata serapan asing, terutama daripada bahasa Inggeris.
Sungguh, masih ramai melenting terus apabila kata serapan diperkenal dan digunakan. Malah mereka marah kepada DBP kerana mendaftarkan perkataan-perkataan ini.
Perlu kita fahami, kata serapan asing bukan untuk menggantikan kata bahasa Melayu sedia ada. Tetapi untuk menambahkan kepelbagaian dan juga untuk ayat dengan maksud lebih tepat dan padat.
Misalnya, perkataan "zoom" telah diserap ke dalam BM menjadi "zum". Adakah istilah lain yang lebih tepat dalam BM untuk maksud zoom? Tiada. Jadi, pada zaman ini, apabila kita mengatakan "zum", majoriti besar orang faham maksud "zum" disebabkan majoriti besar orang sudah biasa menggunakan telefon pintar dan kamera digital.
Bezakan dua ayat ini:
1. "Kalaulah kita dapat menukar jarak tumpu ke hadapan gambar ini, tentu tulisan itu dapat dibaca."
2. "Kalaulah kita dapat zum dekat gambar ini, tentu tulisan itu dapat dibaca."
Ayat yang mana lebih mudah difahami?

Kepelbagaian perkataan untuk satu maksud yang sama juga memberi penulis peluang untuk mencantikkan ayat.
Contoh:
1. Maklumat yang baru diperoleh membolehkan Ali meneruskan penyiasatan. Rakaman itu sememangnya maklumat yang bernilai tinggi.
2. Maklumat yang baru diperoleh membolehkan Ali meneruskan penyiasatan. Rakaman itu sememangnya informasi yang bernilai tinggi.
Ayat 1 dan 2, kedua-duanya betul. Hanya, apabila dalam satu perenggan ada dua perkataan berbeza digunakan untuk maksud yang sama, memberikan persepsi yang penulisnya mewah perbendaharaan kata atau kata mudahnya, "pintar".