βœοΈπŸ“‘Nota-Nota Pembelajaran πŸ“‘βœοΈ
1.02K subscribers
2.02K photos
64 videos
192 files
159 links
Pelbagai jenis nota untuk semua subjek termasuk membaca,nota sekolah rendah dan sekolah menengah πŸ€—
Download Telegram
Kata Penguat

ter/paling/lebih/kurang-kata penguat hadapan

amat/sangat/sungguh-kata penguat bebas

benar/nian/sekali-kata penguat belakang

1. amat/sangat/sungguh-boleh diikuti sekali/benar/nian

amat cantik sekali
sungguh besar benar
sangat indah nian

2. ter/paling/sekali-tidak boleh ditulis bersama-sama dalam satu frasa adjektif

tercantik sekali(Γ—)
tercantik(/)
cantik sekali(/)

paling ayu sekali(Γ—)
paling ayu(/)
ayu sekali(/)

3. teramat/tersangat-penggunaan yang tepat

teramat cantik(/)
tersangat bijak(/)
tersungguh cantik(Γ—)
Makin menjadiΒ² bahasa & ejaan budakΒ² wechat ni.. Susah betul nak belajar.. Apa yg susahnya kalau cuba taip ejaan mcm biasa seperti yg diajar di sekolah saja.. πŸ˜‚πŸ˜‚
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kita kelihatan lebih cepat tua berbanding sepatutnya. Baru-baru ni para netizen kelihatan aktif menggunakan aplikasi yg mempamerkan muka masing-masing apabila tua.

Tak nak lah tua yang kedut. Sudah pastinya semua orang inginkan masa tua yang sihat dan cantik. Mari kita amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat demi masa depan yang hebat .

Jom follow group telegram untuk mendapatkan nota-nota terkini utk anakΒ² sekolah rendah dan sekolah menengah..

Klik link dibawah : πŸ‘‡

βœοΈπŸ“‘Nota-Nota Pembelajaran πŸ“‘βœοΈ

Pelbagai jenis nota untuk semua subjek termasuk membaca,nota sekolah rendah dan sekolah menengah πŸ€—

https://t.me/notapembelajaran

#share #share #share
#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyendirumah #hometuition #kelantan #tuisyendirumah #tuisyenmurah # #privatehometuition #personaltuition #tuisyentermurahdikelantan #pakemurah #tutorberpengalaman #areakelantan #kaelantan #coverkelantan #membaca #upsr #pt3 #spm
Senarai peribahasa yang membawa maksud yang sama:

1. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
(a) sambil menyelam minum air
(b) belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
(c) berkayuh sambil bertimba
(d) berkayuh sambil ke hilir
(e) sambil berdendang, biduk hilir
(f) sambil berdiang, nasi masak
(g) sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar
(h) sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

2. Menuruti kehendak hati sendiri
(a) nafsu-nafsu, raja di mata, sultan di hati
(b) beraja di hati, bersultan di mata
(c) bersultan di mata, beraja di hati

3. Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
(a) tiada sakit, makan ubat
(b) memelihara gajah putih
(c) menolong orang ditangkap harimau
(d) menolong kerbau ditangkap harimau
(e) mendukung biawak hidup

4. pergaduhan antara adik-beradik yang tidak berpanjangan
(a) air yang dicencang tidak akan putus
(b) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(c) cencang air tiada putus, pancung abu tak berbekas
(d) biduk lalu kiambang bertaut

5. penyesalan yang terlambat
(a) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna
(b) sudah terhantuk baru tengadah
(c) sudah kalah baru berkubu
(d) sudah kecurian baru mengunci pintu
(e) sudah lulus maka hendak berlantai
(f) Teperlus maka hendak menutup lubang
(g) sudah lulus maka hendak memasang lantai
(h) berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian
(i) apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat

6. Kesalahan orang lain nampak, kesalahan diri tak nampak
(a) kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
(b) langit dapat dilukis, sudut kabut diserayakan
(c) seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar
(d) kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiad tampak

7. berhati-hati apabila memperkatakan hal orang lain
(a) bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
(b) bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
(c) berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

8.sangat karib
(a) Setikar seketiduran
(b) Dua badan senyawa
(c) Satu nyawa dua badan
(d) Sejiwa dua tubuh
(e) Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran
(f) Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
(g) Selauk senasi
(h) Seperti dua senyawa).

9. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(a) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
(b) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan
(c) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui
(d) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
(e) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan

10. Sesuai benar
(a) Seperti telap dengan tudungnya
(b) Bagai cembul dapat tutupnya
(c) Bagai dulang dengan tudung saji
(d) Cembul dengan tutupnya
(e) Seperti telepa dengan tudungnya

11. kembali ke asalnya / pulang ke asal
(a) belut pulang ke lumpur
(b) misai pulang ke bibir
(c) pulang ke kandang
(d) Ikan pulang ke lubuk
(e) Sirih pulang ke gagangnya

12. Berturut-turut mendapat kesusahan
(a) Sudah basah kehujanan
(b) Lagi jatuh ditimpa tangga
(c) Sudah hamba diperhambakan pula
(d) Sudah jatuh ditimpa tangga
(e) Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula
(f) Terjatuh dihimpit janjang

13. Seia-sekata; sehina semalu.
(a) Sekebat bagai sirih
(b) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
(c) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
(d) Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
(e) Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
(f) Serumpun bagai serai, selubang seliang bagai tebu

14. Besar belanja daripada penghasilan
(a) Masuk tiga, keluar empat
(b) Masuk bagai lubang penjahit, keluar bagai lubang tabuh
(c) Masuk sebesar lubang penjahit, keluar sebesar lubang tabuh
(d) Masuk lima keluar sepuluh
(e) Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh

15. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah
(a) Dapat durian runtuh
(b) Dapat harta karun
(c) Dapat kijang teruit
(d) Dapat tebu rebah
(e) Dapat harta timbul

16. Lahirnya baik, batinnya jahat
(a) Di luar merah di dalam pahit
(b) Di luar bagai madu, di dalam bag
Bad Habits

A wealthy businessman was worried about his son’s bad habits. He sought counsel from a wise, old man. The old man met the man’s son and took him out for a stroll. They walked into the woods, and the old man showed the boy a small sapling and asked him to pull it out. The boy did so with ease, and they walked on.

The old man then asked the boy to pull out a small plant. The boy did that too, with a little effort. As they walked, the old man asked the boy to pull out the bush, which he did. The next was a small tree, which the child had to struggle a lot to pull out. Finally, the old man showed him a bigger tree and asked the child to pull it out.

The child failed to pull it out even after trying several times, in different ways. The old man looks at the boy, smiles and says, β€œSo is the case with habits, good or bad”.

Moral:
Bad habits are hard to get rid of once they have settled in our system. It is best to get rid of them early on.

#story #shortstory #moral #lesson #english #education

🏒 LOKASI PTDI

Pusat Rawatan Math & English No1 di Kelantan
Bersebelahan Rex Trading(Kami di tingkat 2) Berhampiran Tesco KB

CALL / WHATSAPP : 016 - 30 100 40
FACEBOOK PAGE / INSTAGRAM : TUISYEN DIDIK IKHLAS

Email : ptdi_didikikhlas@yahoo.com
Blogspot : https://tuisyendidikikhlas.blogspot.com/

Pendaftaran dibuka setiap tahun πŸ˜€


#pusattuisyendidikikhlas #klinikrawatanmatematikdanenglish #pusatrawatanmath #darjah123 #darjah456upsr #ting123pt3 #ting45spm #tesco #pusattuisyen #lembahsireh #basicmath #pusatpemulihanmatematik #math #addmath #lembahsireh #tescokotabharu #kelantan #pusattuisyen
Frasa Menarik dalam karangan:
1. meningkatkan martabat bangsa
2. menyemarakkan perpaduan komuniti
3. melawan serangan gejala sosial
4. menitikberatkan perkembangan lahiriah dan rohaniah
5. memanfaatkan sumber ilmu
6. melikwidasikan sentimen antikerajaan
7. menyalahertikan kebebasan bersuara
8. menabur benih keinsafan
9. mengikis prinsip kehidupan masyarakat
10. menagih kasih sayang daripada ibu bapa
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN

TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN
(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT
(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK
(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya

TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA
(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)

TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat

TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL
(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

TEMA 8: AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA
(a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) membaca jambatan ilmu
(d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
(e) bangsa membaca bangsa berjaya

TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN /
(a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
(b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
(c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (jangan ambil risiko)
(d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (jangan memandang rendah kebolehan orang lain)

TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN
(a) biar putih tulang, jangan putih mata
(b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
(d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan)
(e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)

Jom follow group telegram untuk mendapatkan nota-nota terkini utk anakΒ² sekolah rendah dan sekolah menengah..

Klik link dibawah : πŸ‘‡

βœοΈπŸ“‘Nota-Nota Pembelajaran πŸ“‘βœοΈ

Pelbagai jenis nota untuk semua subjek termasuk membaca,nota sekolah rendah dan sekolah menengah πŸ€—

https://t.me/notapembelajaran

#share #share #share
#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyendirumah #hometuition #kelantan #tuisyendirumah #tuisyenmurah # #privatehometuition #personaltuition #tuisyentermurahdikelantan #pakemurah #tutorberpengalaman #areakelantan #kaelantan #coverkelantan #membaca #upsr #pt3 #spm
πŸ“ Soalan Tahun 3

Banyak soalan KBAT menjadi mudah jika kita pandai menggambarkan situasi tersebut.

Keluarkan data dari soalan dan analisis melalui gambar sangat membantu memberi faham dan menyelesaikan masalah rumit dan sukar.

Gambaran melalui lukisan pecahan, graf, gundalan, gambar situasi dan seumpamanya memang berkesan untuk membantu murid faham seterusnya menjawab dengan betul sesuatu soalan.

Contohnya soalan ini.

Tanpa bantuan gambar, agak sukar untuk murid memahami seterusnya menjawab soalan ini.

Keluarkan data dan buat satu pecahan mudah untuk menggambarkan maklumat penting dalam soalan.

Terus nampak jalan penyelesaian dan sangat mudah difahami. Kan?
Nota Mudah Sains KSSR Tahun 4 dari Cikgu Zazol.

Pastikan anak-anak tahu dan ingat ya!

T.me/MohdFadliSalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Basic penting ni. Menukar pecahan kepada perpuluhan.

Wajib anak-anak kuasai sejak darjah 4 lagi. Nah aku kongsi dah ni. Share banyak-banyak biar ramai dapat manfaat.

Tak puas dengan video ni? Nak lebih banyak bahan pelajaran dan juga video pengajaran Matematik? Jemput join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh.

Yang tak boleh play video ni kat Telegram, terus klik link ni ya!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2467074929980754&id=100000348124684
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TOLONG AMBIL PERHATIAN.

Fenomena Ghost Smoke mula melanda negara kita. Aku perasan sejak awal tahun lagi, namun dulu tak ada ramai sangat budak-budak yang beli.

La ni makin merebak pula. Dijual dengan harga murah RM1 atau 50 sen sahaja. Memang la budak-budak mampu beli. Mereka acah-acah macam hisap rokok pula.

Aduh, kalau seawal darjah 1 darjah 2 dah biasa main hembus asap begini, risau pula nanti mereka akan mula merokok atau hisap vape pula.

Lebih menyeramkan, serbuk Ghist Smoke dan cara sedut dah macam penagih cocaine pula. Bezanya cocaine sedut pakai hidung sahaja.

Barang ni mudah jual dan bertebaran di Shopee atau Lazada. Serendah RM10 untuk 30 paket tau. Memang laju la penjual depan sekolah beli sebab murid-murid suka.

Harap pantau anak-anak kita ya.

******

PENAFIAN : Video yang dipaparkan bukan berlaku di sekolah saya atau sekitar. Ianya video yang tular di dalam group wasap dan Telegram yang tidak dapat dipastikan sekolah mana.

#MFS
.
Daulat Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong XVI Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sempena pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI
Pada 30 Julai 2019 (Selasa) Bersamaan 27 Zulkaedah 1440H.

β€œSemoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”.

#DaulatTuanku