Nota Emas Chapit
137 subscribers
3.35K photos
84 videos
1.58K links
Download Telegram
Tahniah Tuan Fazrul dan Amir masing masing emasnya dah sampai

Moga terus istiqamah menabung setiap bulan amin 😊
Baru awal bulan May, tapi penyimpan emas di bawah empire #teamhayaG100 telah mengalihkan lebih 1 juta wang fiat mereka kepada simpanan emas.

Yang lebih kukuh dan kekal nilainya.  Bagi yang tiada ilmu berkenaan simpanan emas, pasti tidak terfikir dek akal kenapa orang sanggup habiskan duit “beli” emas.

Tetapi bagi mereka yang faham berkenaan ilmu emas dan tahu berkenaan sejarah wang fiat, mereka akan takut untuk simpan sepenuhnya kekayaan dalam bentuk kertas.

Emas bukanlah segalanya, tetapi emas adalah salah satu “financial tools” yang kita boleh gunakan dalam menguruskan kewangan kita

Rakan-rakan Telegram boleh baca artikel tulisan mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie berkenaan “7 Keistimewaan Emas sebagai Simpanan” dan “5 Risiko Besar Simpan Wang Kertas”

📌 https://www.mohdzulkifli.com/2015/01/keistimewaan-emas-sebagai-simpanan.html

https://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html

Semoga bermanfaat.

www.publicgoldofficial.com/wanchapit/cara-bermula
Jemput join short live petang ni (until 7pm)
Jika ada sebarang soalan silakan bertanya diruangan komen inshaALLAH saya bantu sebaiknya ya.
http://tiktok.com/@wanchapit
Avoid Investing in Paper Gold

‘Paper gold’ refers to financial instruments backed by gold, such as:

- Gold Saving or Investment Accounts at banks.
- Gold merchant stocks like Poh Kong on Bursa Malaysia.
- Gold ETFs, which invest in gold.
- Futures, options, certificates, and notes tied to gold.

Can you invest in paper gold? Yes, but I don’t recommend it.

Why? 

1. Higher risk than physical gold investments. 
2. Defeats the purpose—gold investing should secure physical gold, not just paper claims.

Many institutions offering paper gold don’t hold physical gold, making it unreliable in times of financial crisis.

If you're investing, choose physical gold instead.
Ada yang tanya saya ada ke yang simpan emas banyak dalam Akaun Emas GAP?

Alhamdulillah.
Memang ada Tuan/Puan semua.

Ini simpanan salah seorang penyimpan emas tegar.

Bila sedar tentang kelebihan simpanan emas dan nampak nilai ringgit yang semakin menyusut terus ambil peluang alihkan lebih RM207,000 kepada tabungan emas.

Bagi yang ada ilmu mereka akan nampak kelebihan simpanan emas.

Duit RM10,000 tahun 2017 kekal RM10,000 pada harini tapi hakikatnya kuasa belinya semakin berkurang,

Tetapi nilai emas 50 gram tahun 2017 dulu hanya sekitar RM9000, dan sekarang nilai 50 gram yang sama sudah mencecah lebih RM24,000.

Nak kekalkan kekayaan yang ada, alihkan sebahagian kepada simpanan emas. Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali pun sarankan, untuk long term, simpan emas.

Ada bajet minima RM100 hingga berjuta? Boleh terus whatsapp untuk saya guide personal ya

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
Macam mana nak predict masa terbaik beli emas?

Berdasarkan pengalaman saya, kita takkan tahu bila harga emas akan naik atau turun

Banyak orang boleh buat prediction, tapi belum tentu prediction tu tepat. Walaupun Mentor saya pernah ajar ilmu "Analisis Teknikal Harga Emas" tapi kata beliau:

"Saya tak nampak ilmu tu benar-benar penting untuk penabung emas fizikal."

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Graf terkini, 38.1% setahun. Ia jauh lebih baik berbanding simpan duit dalam ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit dan KWSP.

Kalau nak kaya dengan emas, paling penting kena pastikan jumlah gram emas bertambah setiap bulan.

Baca artikel penuh Mentor saya:
https://www.mohdzulkifli.com/2024/12/macam-mana-nak-tahu-harga-emas-naik-atau-turun.html
Ramai perasan harga emas sekarang lebih rendah berbanding harga tertinggi sebelum ini (RM533/g). Ini adalah masa yang sesuai untuk kita fahami nilai dan tujuan memiliki emas, bukan semata-mata tunggu harga terendah.

Kenapa beli emas melalui GAP Public Gold?
1. Aset lindung nilai – Emas membantu melindungi nilai wang daripada inflasi.
2. Mudah dimiliki – Boleh mula serendah 1 gram, tanpa perlu simpan sendiri.
3. Boleh diwarisi & dicairkan – Mudah untuk diwariskan atau ditukarkan kepada tunai bila perlu.
4. Akaun patuh syariah – Sesuai untuk simpanan jangka panjang yang patuh syariah.

Beli emas bukan untuk cepat kaya, tapi sebagai satu bentuk simpanan bijak jangka panjang. Kita tak perlu tunggu harga paling terendah, sebab matlamat utama ialah konsisten menyimpan.

Jika anda ingin mula simpan emas atau perlukan penerangan lanjut, saya sedia bantu dari A-Z.

PM saya untuk maklumat lanjut atau pendaftaran akaun GAP.

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
Mula dahulu, baru faham.

Key takeaways:
Simpan emas di GAP senang, patuh shariah, dapat emas FIZIKAL

Tidak bijak untuk diversify emas fizikal dan digital. Emas WAJIB ada fizikal untuk pastikan tiada unsur riba.

Tukar simpanan yang tak digunakan utk jangka panjang ke emas

Orang kaya Zimbabwe, Lubnan, Sri Lanka pun jatuh miskin bila duit kertas tak bernilai akibat hyperinflation!

Jangan wariskan duit ringgit sebaiknya, wariskan emas!

Boleh belajar lagi dalam live saya di,
Http://tiktok.com/@wanchapit
Simpan emas tanpa ada matlamat memang susah. Ia umpama bawa kereta tapi tak tau nak pergi mana.

Akhir sekali.
Tak sampai ke mana-mana.

Jadi cara nak motivasikan diri menyimpan, letak matlamat peribadi.

Buat permulaan ni, boleh letak cukupkan simpanan untuk dana kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji.

Kenapa nak simpan dalam bentuk emas? Kenapa tak bentuk wang tunai.

Ya, betul.
Sebaiknya dana kecemasan dalam bentuk tunai. Cuma itulah, kalau dah simpan asyik bocor je.

Sampaikan dana cemas tak pernah cukup kerana bisikan-bisikan halus sampai ke telinga suruh belanja je.

Lebih baik tukarkan pada bentuk emas. Emosi simpan emas lebih selamat.

Saya pun bermula simpan dana cemas dengan emas, cepat cukup dan tak mudah terbelanja.

Selain itu, dalam jangka masa panjang, nilai emas akan naik.

#wanchapit
Simpan Emas vs Simpan Duit

Ramai orang simpan duit sebab rasa “duit boleh guna bila-bila masa”. Tapi… ada satu perkara yang ramai tak perasan:

Nilai duit makin susut, nilai emas makin kukuh.

Contoh mudah:
Tahun 2000
RM100 boleh beli barang penuh satu troli.

Tahun 2025
RM100 mungkin cuma cukup untuk setengah troli atau kurang.

Kenapa jadi macam tu?
Sebab inflasi. Iaitu nilai duit yang kita pegang dimakan perlahan-lahan oleh kenaikan harga barang.

Sekarang bandingkan dengan emas:
Tahun 2000, harga emas sekitar RM35/g.
Tahun 2025, harga emas lebih RM500/g.

Maknanya?
Kalau simpan duit, kuasa beli kita makin kurang.
Kalau simpan emas, kuasa beli makin bertambah.

Jadi mana lebih selamat?
Duit atau emas?

Jawapannya: simpan duit untuk belanja, simpan emas untuk selamatkan nilai.
Macamana bank buat duit dengan 0% interest? Salah satunya charge lewat bayar. Daripada 4 orang pengguna, lebih daripada 1 orang berpotensi untuk lewat bayar. Penalti lewat bayar biasanya 18% setahun, which is tinggi.

Bulanan nampak kecik, tapi bagi yang tak mampu, nafsu akan sentiasa dorong kata 'mampu'. Last² terciduk.
Tahukah anda yang anda boleh tolak gram emas dalam akaun GAP dan keluarkan barang kemas 999?

Ok, saya nak kongsikan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Akaun emas GAP anda sebenarnya boleh keluarkan barang kemas 999 PG Jewel.

Itulah kelebihan akaun GAP.

Anda boleh keluarkan dinar, gold bar dan barang kemas 999.

Barang kemas 999 PG Jewel sesuai sebagai perhiasan dan simpanan sebab spread yang kecil (9% ++)

Barang kemas 999 jarang dipromosikan oleh kedai emas yang lain kerana teknologi pembuatan di barang kemas Malaysia belum lagi maju namun di PG Jewel, kami telah pun menggunakan teknologi generasi ke 5.

Ini membolehkan barang kemas yang dihasilkan lebih bagus dari segi kualiti dan konsistensi.

Sekarang, bagaimana nak tolak dari akaun emas GAP anda dan dapat barang kemas PG Jewel?

Follow step ini:

1. Layari website PGjewel di https://pgjewel.my

2. Pilih barang kemas yang berkenan di hati dan cek berapa gram beratnya.

3. Pastikan baki gram akaun GAP anda mencukupi. Kalau tak cukup, topup akaun gap anda.

4. Add to cart di website pgjewel dan semasa checkout, pilih option untuk withdraw dari akaun GAP anda.

5. Sila lihat gambar.
Selalu saya share sejarah harga emas kan? Itu pun dah buat kita teruja.

Tapi pernah tak tuan puan predict berapakah harga emas untuk 10 tahun akan datang?

Yang simpan untuk dana pendidikan anak-anak,  mesti tersenyum kan bila kita imagine wahh berapakah harga emas bila anak saya 10 tahun,  15 tahun dan sebagainya?? ☺️

Nak pergi haji, simpanlah emas dari sekarang.

Adik-adik yang nak kahwin, beli kereta, nak beli rumah dan sebagainya,  simpanlah emas dari sekarang.

Tuan puan yang dah bekerja, simpanlah untuk dana persaraan.  Lagi tinggi dari dividen KWSP.

Yang dah pencen?

Takde masalah simpan jelah emas. Kita mungkin akan hidup 10-20 tahun lagi selepas pencen jika panjang umur.

Emas semestinya sesuai untuk semua golongan umur. Jangan tangguh dah! Harga emas tak tunggu kita.

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
Tahniah Hannah & Pasangan,Aliff. Pasangan ini jadikan 7 dinar sebagai mas kahwin.

Dari jadikan duit, lebih baik jadikan emas sebagai mas kahwin. Kepada bakal pengantin perempuan,boleh bincang elok-elok dengan pasangan tau.

Ikutlah emas mana yang mampu.Boleh kumpul siap-siap di akaun GAP mulai sekarang.

Anak muda nak simpan emas untuk hantaran atau mas kahwin terus cari saya okay.

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
Risiko Emas Digital – Jangan Pandang Ringan

Emas digital ialah bentuk pelaburan emas yang tidak disandarkan secara langsung kepada emas fizikal.

Maksudnya, kita hanya memiliki angka dalam sistem bukan emas sebenar yang boleh dipegang. Walaupun kelihatan praktikal dan mudah diakses, emas digital datang dengan risiko tersendiri yang wajib difahami.

Berikut adalah beberapa risiko utama:
1. Tidak 100% selamat. Aset digital terdedah kepada gangguan sistem, godaman, atau masalah teknikal yang boleh menyebabkan kerugian.
2. Risiko tertipu itu tinggi kerana telah terperangkap dalam skim cepat kaya yang menyamar sebagai pelaburan emas digital. Jika tersalah pilih platform, duit kita boleh lesap begitu sahaja.
3. Aset yang mudah dimanipulasi. Tanpa pemantauan atau pengesahan pihak ketiga, angka dalam sistem boleh dimanipulasi tanpa kita sedar.
4. Emas yang tak pernah wujud ini bahaya bila tiada ketelusan. Bila berlaku krisis, pelabur tanggung risiko sebab emas itu sebenarnya tidak wujud.
5. Tidak boleh dipajak. Jika perlukan wang kecemasan, emas digital biasanya tak boleh dipajak. Nak duit satu-satunya pilihan yang ada hanya boleh dijual semula.
6. Pihak ketiga yang simpan emas itu kita tidak kenal siapa. Di mana ia disimpan dan tiada kawalan ke atasnya. Berbeza dengan emas fizikal yang boleh disimpan sendiri.

Bayangkan jika syarikat bankrap, digodam atau sistem mereka bermasalah – transaksi boleh hilang begitu sahaja, dan pelaburan kita mungkin lenyap tanpa jalan mudah untuk dituntut semula.

7. Tidak semua platform telus mengenai jumlah emas sebenar yang mereka simpan, atau di mana lokasinya. Jadi ia tiada jaminan ketelusan

8. Sesetengah platform kalau boleh tidak mahu benarkan pengeluaran emas fizikal, atau mereka mengenakan caj tinggi serta syarat yang menyusahkan jika ingin menebus.

Akan tetapi bukan bermaksud emas digital ini tidak bagus langsung, tapi ia perlukan ilmu, pengalaman, dan pemilihan platform yang benar-benar diyakini. Jangan letak semua pelaburan dalam bentuk digital sahaja.

Gabungkan antara emas digital dan emas fizikal.

Jika saya mahukan gabungan kelebihan digital dan akses kepada emas fizikal, akaun GAP adalah pilihan yang baik selamat, patuh syariah, dan boleh dimulakan dengan hanya RM100.

Http://www.publicgoldofficial.com/wanchapit/gap