Nota Emas Chapit
137 subscribers
3.35K photos
84 videos
1.57K links
Download Telegram
Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara – lebih daripada 1.6% – dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan – naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis “Harga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendek”, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.
“Ada orang kata, saya cikgu sekolah je tuan.”

Ayyoooo.. tak kisah anda siapa. Saya ada pakcik kerja kebun, ada nurse, ada makcik karipap, ada akak jual nasi lemak. Semua orang boleh simpan emas. Mula RM100 dan target keluarkan 100g emas pertama. Anda boleh sangat. Saya bimbing anda okay.

“𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗶?”

Harga emas hari ini sekitar RM500/g
Ramai kata mahal. Tapi… ingat tak tahun 2020?
Masa tu harga RM270/g, orang pun kata mahal juga.

Hari ini?
RM270 tu tinggal kenangan.
Kalau dapat harga tu balik, mesti kita berebut beli, kan?

Sama juga dengan harga RM500/g hari ini.
3 tahun, 5 tahun, 10 tahun akan datang — harga ni bakal nampak murah sangat!

Sebab apa?
Duit makin susut.
Harga barang makin naik.
Emas makin mahal.

Kalau karipap pun confirm naik harga,
apatah lagi emas yang makin hari makin bernilai!

Prinsip penyimpan emas,
Beli dulu, baru tunggu,
Bukan tunggu dulu baru beli.

Sebab kalau tunggu…
harga naik, kita cuma mampu tengok.

Penyimpan emas yang bijak,
tak kejar harga, tapi kejar gram.

Semakin banyak gram emas kita kumpul,
semakin kukuh kekayaan kita.

Kalau anda nak mula bina simpanan emas dengan betul,
saya sedia bimbing untuk anda secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔.

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
1. Grab / Foodpanda Hari-Hari

• “Ala order je lah, RM12 je pun.”
• Tapi 20x sebulan? Itu RM240 dah melayang tanpa sedar. Aduduu.

2. Langgan App Yang Tak Guna Pun

• Netflix, Adobe, iCloud, Spotify, tapi tak guna pun.
• Autodebit jalan je tau. Rugi senyap-senyap tiap bulan tu.

3. Beli Benda Sebab Ada Promo, Bukan Sebab Perlu

• “Buy 1 Free 1”, “Diskaun 80%”, terus terjebak.
• Barang tu ada je masuk rumah, tapi tak pernah guna. Duit pun lesap.

4. Topup ShopeePay / TnG Terlebih Bajet

• Konon senang nak bayar. Tapi sebab nampak banyak, terus belanja lebih dari perlu. Haa siapa tuuu.

5. Sering Tertinggal Bayar Bil On Time

• Lambat bayar bil = kena caj lewat.
• Lambat bayar kad kredit = interest makan diri.
• Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

6. Self-Reward “Kecil-Kecil” Yang Terlalu Kerap

• “Baru closing sorang, jom reward Starbucks.”
• Hari ni reward, esok reward. Lama-lama reward tu lebih banyak dari income.

7. Tak Rancang Simpanan, Semua Guna Akaun Sama

• Duit gaji = duit belanja = duit simpan = duit kecemasan.
• Tak asing, tak nampak. Sebab tu semua licin.
• Tip: Saya sendiri asing siap-siap dalam Akaun GAP emas. Tak nampak, tak usik.

Nak simpan emas dalam akaun GAP Public Gold? Jom klik link di bawah ini sekarang
👉🏻 http://www.publicgoldofficial.com/wanchapit/cara-bermula

Kadang kita tak boros. Kita cuma tak sedar duit keluar sikit-sikit. Sampai satu masa, dompet dah kering.

Jom sama-sama audit balik duit kita bocor kat mana. Sebelum menyesal bulan depan.
G100 ACHIEVERS NIGHT (GAN) MAY 2025

"𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀"

Apabila kita perlukannya kelak, ia ibarat buah yang sudah ranum dan sedia untuk dipetik. Seperti menanam benih utk dinikmati hasilnya dikemudian hari.

Tuan Mentor, Tuan Mohd Zulkifli Shafie selalu berpesan bahawa kita berada didalam bisnes yang betul, bisnes yang bantu selesaikan masalah ramai orang.

Ini bertepatan dengan apa yang disarankan didalam buku Robert T. Kiyosaki "The Business School- For People Who Like Helping People"

Inilah rahsia kejayaan 6 orang achievers baru dalam kalangan Master Dealer lepasan G100NETWORK yang kita akan bawakan kepada anda kali ini.

Mereka memberikan komitmen 100% untuk membantu masyarakat untuk kukuhkan kewangan dengan simpanan emas, rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu yang dipelajari.

Dengan niat murni inilah mereka terus berbuat kebaikan dgn menyebarkan ilmu yang bermanfaat, dan setiap kebaikan tidak akan pernah sia-sia, ia akan sentiasa bersama kita dimasa susah dan senang.

Nak tahu kisah kejayaan mereka? Jom rakan sahabat sekalian!! Sama-sama kita saksikan kisah inspirasi mereka untuk dijadikan sebagai pembakar semangat kita serta dealer-dealer dibawah empayar kita.

Ikuti kisah mereka yang akan dibongkarkan dalam G100 Achievers Night pada 2 Mei 2025, jam 8.30 malam secara eksklusif untuk anda.

Seperti biasa, G100 Achievers Night akan disiarkan secara 'live' di youtube & FB page Public Gold By G100 Network. 

FB : https://www.fb.com/pgg100network (LIVE DI SINI)

YouTube : https://youtube.com/c/pgg100network (LIVE DI SINI)

‘With G100 network. Succes is predictable’!

Jumpa anda di G100 ACHIEVERS NIGHT👏👏

#GANMAY2025
#SeeYouAtTheTop
HATI-HATI,SCAMMER DIMANA-MANA

1.Scammer tak tayang muka
2.Scammer tak share gambar sebenar
3.Scammer tak share tentang kehidupan
4.Scammer tak share gambar keluarga
5.Scammer tak share profile sebenar

Biasanya orang yang betul betul kaya biasanya tidak akan menunjukkan kemewahan atau lifestyle yang mewah mereka.

Jadi hati-hatilah jika ada yang beritahu hidup mereka berubah selepas join pelaburan syarikat tersebut. Malah mengajak anda juga join untuk dapatkan kehidupan yang sama. lebih lagi jika hidup mereka berubah dengan cepat. fokus saja pada simpanan jika tidak ada duit lebihan kerana ada ramai orang yang rugi kerana melabur di luar sana.

Mereka akan kata rugi tak melabur disini sebab keuntungan berkali ganda. Prinsip saya pegang biarlah rugi sebab tak melabur. jangan rugi sebab melabur. Fokus saja simpan emas fizikal. jangan sibuk nak melabur jika tiada ilmu. melabur lah pada diri sendiri dahulu. itulah pelaburan terbaik

Puak acah acah kaya ni ada yang sanggup sewa jet peribadi, sewa hotel mewah, pakai kereta mewah untuk menunjukkan kejayaan mereka. katanya itu satu pelaburan. supaya orang percaya pelaburan itu betul betul menguntungkan dan untuk tarik orang join mereka. sebenarnya mereka sedang beri harapan palsu kepada orang ramai.

Saya dah baca beratus buku kewangan dan pelaburan, tidak ada jalan pintas untuk kaya dan berjaya. kalau ada pun melalui perniagaan, bukan pelaburan. perniagaan pun kalau tak ada ilmu boleh lingkup. jadi penting untuk ada ilmu

Jangan pula terpengaruh untuk jadi kaya cepat macam mereka. sebab skim cepat kaya ni akan sentiasa wujud selagi ada orang yang tamak dan nak cepat kaya. dia akan wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. biasanya benda macam ni tidak akan bertahan lama. ada ramai orang melabur sekadar ikot kawan. ada ramai yang cari pelaburan paling cepat untung. akhirnya terjebak dengan skim cepat kaya.

Hati hati. sayangi lah duit anda. scammer sentiasa mencari peluang untuk mempengaruhi anda. Jom baca pesanan Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan Bertauliah.

Terima kasih Tuan Mejar Adam atas ilmu yang dikongsikan 👍
Kumpul sikit-sikit tak sedar dah ada lebih 9gm.

Nilai 9.5gm today bersamaan Rm4,600+

Tahniah Amila!
Mengapa perlu keluarkan emas anda & pegang sendiri?

Selagi kita tidak pegang emas pertama kita, kita tidak akan paham 100% keistimewaan emas. Kalau nak paham, ikut ajaran mentor/introducer anda, saya yakin selepas kelaurkan emas pertama anda, pandai terketagih mau emas lain lagi. Pertama, ada 1g, then 5g, 10g, 1 dinar, 5 dinar, 50g, 100g n etc.

Ini lah yang dinamakan ketagih menyimpan emas. Sama macam kita beli baju, ada baju putih tidak puas. Mahu juga ada baju kuning, baju tidur, baju jalan, baju raya, baju kenduri & etc.

Tapi, mana lagi bagus, ketagih emas atau ketagih barang lain yg tidak membawa nilai di masa hadapan?

Lebih baik ketagih emas, sebab emas ni adalah simpanan utk masa depan kita. Setuju?

Untuk lebih faham dan start menyimpan emas, in shaa Allah saya dan team sudi bantu
Boleh mula di sini :

https://publicgoldofficial.com/wanchapit/cara-bermula

P/s : Daftar dan buat belian minimum RM100. Support group disediakan untuk belajar lebih banyak ilmu kewangan & emas, in shaa Allah
Simpanan emas lebih baik dari apa? tahu tak?
Jemput hadir dalam live sesi petang ini dan jika ada sebarang pertanyaan silakan bertanya di ruangan komen yang disediakan.

http://tiktok.com/@wanchapit
Ada sesetengah orang terlalu ghairah melabur, walaupun tabungan tak cukup dan asyik bocor.

Sebelum melabur,  fokus tabungan dulu. Tabungan dah cukup, baru melabur.

Tapi kalau tabungan tak pernah cukup sebab simpan duit asyik bocor, cuba menabung emas!

Dah menabung emas, pastikan pegang emas fizikalnya!

Confirm selepas tu tabungan akan terlebih-lebih!

Bonus: Setiap gram yang kita menabung tu harganya akan semakin mahal saban tahun.
“Emas ada susut nilai. Jadi mana untungnya emas ni?“

Kereta ada susut nilai, beli hari ni, esok nak jual dah jatuh harga dari asal. Tapi, kita beli kereta untuk bergerak dari point A ke point B.

Iphone ada susut nilai, beli harini, esok nak jual. Dah jatuh harga. Tapi kita beli phone ada tujuanya.

Kereta dan phone, kalau dah susut. Dah tak naik-naik dah harganya.

Saham? Hartanah? Unit trust? Semuanya ada kos dan ada susut nilai…Tapi, semuanya ada fungsi dalam kewangan.

Ini emas 1000g. Harganya RM150,000 sahaja pada 10 tahun lepas. Dan sekarang, harganya dah cecah RM480,308.

Walaupun ada susut nilai atau spread value 6%. Tetap kita boleh untung..Sebab kita simpan emas untuk jangka masa panjang. Bukan beli harini nak jual esok.

Berminat nak mula simpan emas, klik link ni  https://publicgoldofficial.com/wanchapit/cara-bermula. Saya bantu sebaiknya.
Saya dah mula beli emas. Saya ni penyimpan ke pelabur? 🤔

Soalan ni memang selalu orang tanya. Ramai juga yang baru nak kenal emas masih keliru.

Okay, jom saya explain dengan cara paling ringkas dan santai:

💰 *. Pelabur Emas
Biasanya beli 100 gram ke atas
Fokus mereka: Buy low, sell high
Sebab apa 100g? Sebab spread rendah (sekitar 6%) dan harga per gram lebih jimat 
Lagi besar belian, lagi cepat boleh buat untung bila harga naik!

🔐 2. Penyimpan Emas
Beli sikit-sikit ikut kemampuan – 1g sebulan, 10g sebulan, atau 1 dinar sebulan
Fokus utama: selamatkan nilai duit dalam bentuk emas 
Tak kisah sangat pasal harga, yang penting konsisten simpan 
Boleh capai macam-macam impian: travel, kahwin, rumah, kereta dll.

🎉 BONUS!
Simpan emas secara konsisten, lama-lama cukup 100g, dan automatik anda jadi pelabur juga! 🔁💸

Tak kisah mula sebagai penyimpan atau pelabur – yang penting, mula dulu💪
Syukur kenal #publicgold , kita belajar yang sebenarnya gold saver ni paling banyak gram emasnya.

Sebab ?

Kita tak fokus harga! Ramai ya yang menyesal lepas setahun monitor harga. Rupanya naik je harga emas ni!

Tapi untuk jangka panjang. 2-3 tahun ke atas atau kegunaan pencen nanti. Jom bermula, hubungi saya ya.

http://www.wasap.my/60165554594/NakSimpanEmas
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns — satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas — sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.