Cakna Bahasa Melayu
4.89K subscribers
983 photos
10 videos
177 files
306 links
Pelbagai info dan maklumat terkini tentang bahasa Melayu.
Download Telegram
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
nota tatabahasa 👆
Set Percubaan Didik
Esensi Bahasa

Subjek dalam ayat bahasa Melayu terdiri daripada kata nama/frasa nama.

Buktinya semua pola ayat dalam bahasa Melayu bermula dengan Frasa Nama(FN).

1. FN+FN
2. FN+FK
3. FN+FA
4. FN+FS

Walau bagaimanapun, kita sering kali menemukan ayat-ayat yang dimulakan dengan perkataan yang bukannya tergolong dalam kata/frasa nama.

Sebagai contohnya:

1. Melukis ialah hobinya.
2. Merah lambang keberanian.

Jika diteliti ayat di atas,subjek ayat 1 terdiri daripada kata kerja dan ayat keduanya terdiri daripada kata adjektif.

Adakah ayat-ayat ini menyalahi hukum tatabahasa kita?

Jawabannya tentulah tidak.

Ayat-ayat di atas sebenarnya telah mengalami pengguguran kata nama/inti.

Melukis-Aktiviti melukis
Merah-Warna merah

Jangan pula kita memulakan ayat dengan kata sendi nama dengan berpegangkan konsep ini.

Dengan berdasarkan penerangan di atas,maka jelaslah bahawa kata kerja dan kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat bahasa Melayu.

Apabila kata sendi nama dikedepankan,maka terbentuklah ayat songsang.

Pekerja itu dari kampung.
(Ayat Biasa)

Dari kampung pekerja itu.
(Ayat Songsang)

-Bukannya pengguguran kata/frasa nama seperti yang berlaku pada kata kerja dan kata adjektif.

disediakan:Cikgu Theeban
Apakah itu ayat tergantung?

Ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat yang lengkap dianggap sebagai ayat tergantung.

Ayat tergantung tidak akan mendukung maksud yang ingin disampaikan oleh calon.


Ayat=Subjek+Predikat


Maka,pastikanlah setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat serta gramatis.

Contoh ayat tergantung:
1. Buku yang dibaca.
2. Ayah yang baru pulang.
3. Kami yang datang.


Maka,para calon haruslah teliti apabila menggunakan kata hubung pancangan relatif kerana kebanyakan ayat tergantung calon wujudnya ketika peluasan ayat dilakukan.


Akan tetapi,ayat-ayat di atas dapat menjadi ayat songsang apabila disertakan kata partikal 'lah'.

1. Bukulah yang dibaca.
2. Ayahlah yang baru pulang.
3. Kamilah yang datang.
Forwarded from Deleted Account
Assalamualaikum cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik sekalian.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membeli bahan PdPc Bahasa Melayu UPSR yang saya bangunkan bagi sesi 2019 ini. Saya amat terbaru atas sokongan yang pihak tuan dan puan berikan selama ini. Atas sokongan padu tuan puan itulah yang telah memotivasikan saya untuk terus berkarya, bak kata pepatah Melayu “selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah ilmu akan kucurahkan”. Sebagai tanda ingat, tanda kasih sayang persahabatan ilmu ini ... saya telah menyediakan satu “Modul Khas - Harapan 2A” kepada guru-guru yang telah membeli mana-mana satu daripada bahan yang di bawah ini:
Cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik boleh WhatsApp atau Telegram tepi (terus kepada saya; Md. Ramli sabran, 019-5758131) untuk mendapatkan “Modul Khas - Harapan 2A” ini secara PERCUMA. Modul ini bolehlah anak didik, permata hati sekalian gunakan menjelang dua minggu terakhir sebelum tarikh keramat, 4 September 2019. In Shaa Allah, usaha dan ikhtiar yang mampu kita lakukan.
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account
Kirana Bahasa

ayat biasa dan ayat songsang

ayat biasa:
harus dimulakan dengan subjek

Ali menelaah pelajaran di pusat sumber.

ayat songsang:
tidak dimulakan dengan subjek

Di pusat sumber, Ali menelaah pelajaran.
Di pusat sumber, menelaah pelajaran Ali.
Menelaah pelajaran Ali di pusat sumber
Menelaah pelajaran di pusat sumber Ali.

Bolehkah ayat songsang ini diterima?

Ali di pusat sumber menelaah pelajaran.

Jawabannya mestilah tidak.

Hal ini dikatakan demikian kerana Ali(subjek) tidak diubah kedudukan dalam ayat di atas.

Maka kita haruslah berpegang kepada empat teknik pembinaan ayat songsang yang sudah termaktub dalam Tatabahasa Dewan.

A. 231
B. 321
C. 213
D. 312

1-Subjek
2-Predikat(kerja + objek/pelengkap)
3-Keterangan

Peringatan:

Kata kerja + objek/pelengkap tidak boleh dicerakinkan dalam pembentukan ayat songsang.

Oleh itu,ayat songsang di bawah ini juga salah kerana telah memisahkan kata kerja dan objeknya.

1. Di pusat sumber, menelaah Ali pelajaran.(×)

disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan
Kekeliruan penggunaan 'ianya'.

ia-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata ganti nama diri ketiga
nya-kata pembenda
nya-kata penekan
nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan

Oleh hal yang demikian, perkataan 'ianya' dianggap salah dari segi penggunaan kerana tidak mendukung maksud yang ingin disampaikan.

1.kata ganti nama diri ketiga
ia=dia(hanya merujuk manusia)

Dia abang saya yang sulung.(/)
Ia abang saya yang sulung.(/)

2.kata ganti nama diri ketiga
nya-his/her

Ibunya seorang kerani di pejabat itu.(/)
Ayahnya akan menunaikan umrah pada musim haji yang akan datang.(/)

3. nya-kata pembenda

Kipas itu berputar dengan ligat.(×)
Kipas itu berputar dengan ligatnya.(/)
Ali berlari dengan pantas.(×)
Ali berlari dengan pantasnya.(/)

4.nya-kata penekan

Sesungguhnya,ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak terpuji dalam diri anak-anak.(/)

Hakikatnya,kehidupan kita masih dibelenggu oleh masalah sosial selepas pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak berwajib.(/)

5. nya-kata ganti nama diri yang merujuk Tuhan

bagi penggunaan ini, perkataan awal ditulis dengan huruf besar dan diawali oleh tanda sempang.

-Nya

Kita haruslah senantiasa bersyukur atas limpah kurnian-Nya.(/)

Kita haruslah tabah menghadapi segala dugaan daripada-Nya.(/)


Maka,sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan 'ianya' merupakan penggunaan yang salah.

disediakan:Cikgu Theeban
Info Bahasa

Adakah klausa komplemen boleh menjadi objek dalam sesuatu ayat?

Lihat contoh ayat:

Ibu mengatakan bahawa ayah perlu berkursus di ibu kota pada minggu hadapan.(aktif)

Bahawa ayah perlu berkursus di ibu kota pada minggu hadapan dikatakan oleh ibu.(pasif)

Anissa menyatakan bahawa buku-buku itu sudah tersusun di pusat sumber.(aktif)

Bahawa buku-buku itu sudah tersusun di pusat sumber dinyatakan oleh Anissa.(pasif)

Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa klausa komplemen(bahawa) dapat menjadi objek dalam ayat aktif dan menjadi subjek dalam ayat pasif.

disediakan:Cikgu Theeban
Forwarded from Deleted Account
Assalamualaikum / Salam Mesra ...

Cikgu-cikgu, ibu bapa dan anak didik sekalian, nak dapatkan soalan Target Cemerlang dan Ramalan UPSR 2019. Saya sedia membatu kalian untuk memperoleh serta Skor 2A dalam Bahasa Melayu melalui Modul MuLus Pecutan Akhir UPSR 2019 ...
In Shaa Allah, Mimpi 2A menjadi realiti ...

Harga : MODUL MULUS 2A
RM20.00 (Murah tetapi Berbaloi)

Beli Modul MuLus, PERCUMA ...
1. Modul Harapan Skor 2A
2. Modul Ramalan UPSR 2019

Akaun Maybank:
158060-849055
Akaun CIMB Bank:
7028158059
(Md. Ramli Sabran)
019-5758131
Forwarded from Deleted Account
Forwarded from Deleted Account