Cakna Bahasa Melayu
4.73K subscribers
983 photos
10 videos
177 files
306 links
Pelbagai info dan maklumat terkini tentang bahasa Melayu.
Download Telegram
Forwarded from Life and Death
Contoh bina lima ayat tentang cara-cara mengisi masa lapang.

Ada gambar:
1. Budak lelaki membaca buku
2. Melancong
3. Main congkak
4. Berkelah
5. Bergotong- royong

Saya guna ajar teknik ni aje

Orang + perbuatan + di
Orang + perbuatan + pada
Orang + perbuatan + untuk
Orang + perbuatan + sambil
Orang + perbuatan + agar
Orang + perbuatan + supaya
Orang + perbuatan + perasaan apa
Orang + perbuatan + ketika
Orang + perbuatan + semasa

Dan sebagainya lah
Forwarded from Life and Death
Kalau gambar budak lelaki tgh baca buku tu saya ajar begini:

Orang + perbuatan + di + ketika

Ayatnya jadi begini:

Aiman membaca buku cerita di perpustakaan ketika waktu rehat.
Forwarded from Matariffin Ismail
Kesalahan penggunaan perkataan 'dalam' dalam bahasa Melayu

Ayat yang berikut sering kita baca dalam pelbagai dokumen yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu di negara kita.

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
2. Dalam melaksanakan program ini, beberapa masalah yang timbul telah dapat diatasi dengan jayanya.
3. Kami telah berusaha dengan pelbagai cara dalam menangani masalah ini.

Dalam bahasa Melayu, perkataan dalam berfungsi sebagai :

(i) kata adjektif. Contoh:
Perigi itu sangat dalam.
(ii) kata arah. Contoh:
Mereka berbincang di dalam bilik itu.
(iii) kata sendi nama. Contoh:
Saya tidak terlibat dalam mesyuarat itu.

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa ialah mereka menggunakan perkataan 'dalam' sebagai kata hubung seperti ayat (1) hingga (3) di atas. Perkataan 'dalam' dalam ayat tersebut sepatutnya digantikan dengan kata hubung 'kerana', 'semasa', dan 'untuk' seperti yang berikut:

1(a) Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana menjayakan program ini.
2(a) Semasa melaksanakan program ini, beberapa masalah yang timbul telah dapat diatasi dengan jayanya.
3(a)Kami telah berusaha dengan pelbagai cara untuk menangani masalah ini.

Sebagai kesimpulannya, kita mestilah menggunakan bahasa Melayu dengan betul jika kita ingin memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri. Sumber Munsyi Galib
Forwarded from Dg Norliah Ali Omar
RPH TAHUN 2.docx
31.9 KB
Soalan:
Cikgu Ghalib,
Mengapakah perkataan 'pangsapuri' dieja rapat sedangkan perkataan tersebut bukan kata majmuk mantap.

Jawapan:

Perkataan 'pangsapuri' merupakan kata majmuk yang baru dicipta dan dianggap sebagai kata bahasa Melayu baharu. Perkataan ini disesuaikan dengan perkataan 'kondominium' dalam bahasa Inggeris.

Jika cikgu memahami konsep Tatabahasa Dewan, perkataan yang sering digunakan ialah lazimnya. Maksud perkataan lazim ialah sesuatu yang dinyatakan itu bukanlah bermaksud 100 peratus betul atau tepat atau jumlah itu sahaja.

Sebenarnya, kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan. Namun demikian, kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah lazim digunakan sekian lama oleh masyarakat

Maksudnya ialah jumlah kata majmuk mantap 15 tetapi kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan.

Sumber MD Cikgu Ghalib Yunus
Salam Cikgu Ghalib,

Perkataan siang/malam ni jenis kata adjektif betul ke ?

Tk
Daripada:
Cikgu M, Pusat Bandar Puchong.

Jawapan:
Perkataan 'malam' dan 'siang' ialah kata nama, bukan kata adjektif. Kedua-dua perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata nama kerana perkataan itu dapat hadir selepas kata sendi nama seperti yang berikut:

a. Pada malam tadi..., kata sendi nama 'pada' berada di hadapan kata nama 'malam'.

b. ....dari pagi hingga malam...kata sendi 'hingga' berada di hadapan kata nama 'malam'
.
c. Pada siang hari, lazimnya musang akan tidur. Perkataan 'siang' hadir selepas kata sendi nama 'pada'.

Selain itu, kata nama.dapat disertai oleh kata bilangan seperti yang berikut:

a. Saya berada di sana selama lima malam.
Kata bilangan (lima) hadir di hadapan kata nama 'malam'.

b. Setelah lima kali siang dan 5 kali malam, keadaannya masih tidak berubah. Perkataan 'siang' ialah kata nama kerana dapat disertai oleh kata bilangan.

Sumber MD Cikgu Ghalib Yunus
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Sebagai guru BM, kita perlu.mengetahui dan dapat membezakan konsep singkatan, sinkope, klitik dan akronim.
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Singkatan☝️
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Sinkope☝️
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Akronim☝️
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Forwarded from Abdul Ghalib Yunus
Klitik☝️